kaum Twa, juga dikenali sebagaiBatwa , adalah bangsapigmi dan yang paling tua dalam catatan sebagai bangsa yang mendiamikawasan sekitarTasik Besar diAfrika Tengah. Populasi semasa didapati dalam bangsaRwanda,Burundi,Uganda dan bahagian timurRepublik Demokratik Congo. Pada tahun 2000, bilangan mereka adalah lebih kurang 80,000 orang, membuatkan mereka menjadi kumpulan minoriti.
Ada juga sebilangan kelompok Kaun Twa di Angola, Namibia, Zambia, dan Botswana yang tinggal di paya dan padang pasir yang jauh dari hutan . Terdapat hanya sedikit kajian yang dilakukan dan artikel ini hanya menbincangkan tentang Kaum Twa yang Hidup di kawasan Tasik Besar.
Sekitar abad ke-15,Kaum Tutsi, sebuah kaumNilotik yang bercakap dalamBahasa Bantu tiba secara berturut-turut, mereka menaklu kedua-dua bangsa yang lain iaituKaum Twa dankaum Hutu. Kaum twa bercakap dalam bahasa yang sama dengan Kaum Hutu dan Kaum Tutsi iaituBahasa Kinyarwanda. Untuk beberapa ratus tahun, kaum Twa telah menjadi minoriti di kawasan itu (lebih kurang 1% di Rwanda dan Burundi) dan hanya ada sedikit pemimpin politik