Katowice (sebutan:[katɔ'vʲitsɛ] (Bahasa Czech:Katovice;Jerman:Kattowitz) ialah sebuah bandar penting di wilayah bersejarahUpper Silesia di selatanPoland di persimpangan Sungai Kłodnica dan Sungai Rawa.
Katowice ialah pusat pentadbiran dan bandar bagi sebuah kerajaan tempatan yang bernama Majlis Perbandaran Silesian sejak tahun1999 dan sebelum itu merupakan pusat bandar bagi Majlis Perbandaran Katowice. Katowice ialah bandaraya utama kawasan perindustrian Upper Silesia.
Kawasan sekitar Katowice iaituUpper Silesia, pernah didiami oleh etnik Silesia sejak kurun pertama masihi. Ia diperintah buat pertama kali olehDinasti PiastPoland sehinggalah kejatuhan dinasti itu. Ia kemudian diperintah oleh KerajaanHabsburg. Bandar itu sendiri diasaskan pada kurun ke-19 masihi ketika kawasan terbabit di bawah pemerintahan KerajaanPrussia, dan Katowice mendapat taraf bandaraya pada tahun1865. Diduduki oleh orang-rang Jerman, Silesia,Yahudi, dan Poland, Katowice menjadi sebahagian daripadaRepublik Kedua Poland bersempena dengan kebangkita masyarakat Silesia di antara tahun1918 dan1921. Tanah di kawasan itu dibahagikan oleh tentera bersekutu, meninggalkanKattowitz di sebelah Poland dengan kuasa autonomi.
Bandar ini berkembang kerana banyaknya sumber-seumber asli (kebanyakannya adalaharang batu) di kawasan pergunungan sekitar.
Di antara tahun1953-1956 ia dinamakan sebagaiStalinogród - "BandarStalin" oleh pihak komunis Poland.