Kaspersky Lab merupakan syarikat yang membangunkan, menghasil dan mengedar maklumat atau produk penyelesaian sekuriti atau keselamatan yang menghadang ancaman IT dan membenarkan pengguna mengurus risiko yang timbul sepertianti-virus,anti-spyware,anti-spam dananti-penceroboh. Kaspersky, juga menyediakan produk dalam menghalang ancamanvirus,penggodam danspam untukrumah(personal) dansyarikat (enterprise), juga menyediakan khidmat rundingan dan sokongan teknikal.
Kaspersky telah menerima pengiktirafan usahasama dari Microsoft Gold untuk penyelesaian sekuriti, dan juga merupakan rakan usahasama untuk SUSE dan Red Hat. Perisian antivirus Kaspersky 6 telah mendapat pilihan pengedit CNET untuk tahun2007 dan telah mendapat tempat pertama untukTop 8 Windows Anti-viurs dari About.com. Begitu juga, Kaspersky telah menjalin usahasama dengan kerajaanMalaysia dalam menangani masalah pencurian dan pencerobohan disektor swasta.
Kaspersky, juga membenarkan pengguna mendapat penyemakkan virus atas talian secara percuma. Diantra penyemakan masa nyata yang diperkenalkan ialahKaspersky Online Virus Scanner danKaspersky File Scanner. Produk ini tidak seperti produk personal yang membenarkan pengguna mencuba sehingga 30 hari sahaja dan kemudiannya pengguna perlu menlanggan secara bayaran tahunan untuk mendapat khidmat produk Kaspersky.