Rencana inimungkin boleh dikembangkan melalui teks yang diterjemah daripadarencana yang sepadan dalam Wikipedia Bahasa Jerman. (Januari 2019)
Klik [tunjuk] pada sebelah kanan untuk melihat maklumat penting sebelum menterjemahkan.
Lihat versi rencana Jerman itu yang diterjemahkan oleh mesin.
Terjemahan mesin Google adalah permulaan yang berguna untuk terjemahan, tetapi penterjemah harus membaiki kesalahan-kesalahan mengikut keperluan dan mengesahkan bahawa terjemahan itu adalah tepat, bukan sahaja salin dan tampal teks keterjemahan mesin ke dalam Wikipedia Bahasa Melayu.
Jangan terjemah teks yang tidak boleh dipercayai atau berkualiti rendah. Jika boleh, sahkan teks dengan rujukan yang disediakan dalam rencana bahasa asing.
Selepas menterjemah, templat{{Laman diterjemahkan|de|Karl Liebknecht}} hendaklah ditambah padalaman perbincangan untuk memastikan pematuhan kepadahak cipta.
Karl August Frederich Liebknecht (13 Ogis 1871-15 Januari 1919) merupakan seorang pemikir dari Jerman. Beliau sebelum ini menganggotaiParti Demokrat Sosial Jerman sebelum keluar dan membentuk Liga Spartacus (Spartakusbund) bersama-samaRosa Luxemburg, di mana kelompok ini kemudiannya membentukParti Komunis Jerman.
Pada Ogos 1914, beliau bersamaRosa Luxemburg,Clara Zetkin danFranz Mehring membentuk kumpulanLiga Spartacus (Spartakusbund) yang menyuarakan bantahan penglibatan pemerintah Parti Demokrasi Sosial terhadap kegiatan peperanganEmpayar Jerman dalam perang dunia ini. Liebknecht ditahan sekali lagi dalam suatu tunjuk perasaan anti-perang di Berlin pada 1 Mei 1916 lalu dipenjarakan atas dakwaanpenderhakaan tinggi, asalnya selama dua setengah tahun dan kemudiannya empat tahun satu bulan.[2]
Liebknecht dibebaskan jua pada 9 November 1918, sehari selepas pembebasan Rosa Luxemberg. Pada hari sama juga Liebknecht mengisytiharkan pembentukanFreie Sozialistische Republik (Republik Sosialis Merdeka) dari balkonBerliner Stadtschloss, dua jam setelahPhilipp Scheidemann mendeklarasikan Republik Jerman dari balkonReichstag.Parti Komunis Jerman ditubuhkan 1 Januari tahun berikutnya dengan Rosa dan Karl dilantik sebagai ketua bersama.[3][4]
Tidak lama selepas pemberontakan ini dihapuskan pada 15 Januari, Liebknecht dan Luxemburg ditangkap pihakFreikorps pada 15 Januari 1919 dan dibawa ke Hotel Eden di Berlin di mana mereka disoal siasat dan diseksa selama beberapa jam.[5] Luxemburg dipukul dan ditembak mati dalam interogasi ini, dan mayatnya dibuang ke dalamTerusan Landwehr; manakala Liebknecht mati ditembak dari belakang ketika cuba meloloskan diri menurut catatan rasmi komander tersebut, KaptenWaldemar Pabst yang turut berkata "saya telah menghukum bunuh mereka".[6]
^Annelies Laschitza,Die Liebknechts: Karl und Sophie – Politik und Familie, Berlin: Aufbau Taschenbuch, 2009
^"UNREST IN GERMANY".The Argus. Melbourne. 4 July 1916. m/s. 7. Dicapai pada29 November 2012 – melalui National Library of Australia.
^Ottokar Luban, The Role of the Spartacist Group after 9 November 1918 and the Formation of the KPD, in: Ralf Hoffrogge and Norman LaPorte (eds.), Weimar Communism as Mass Movement 1918-1933, London: Lawrence & Wishart, 2017, pp. 45-65.