Gneisenau | |
| Sejarah | |
|---|---|
| Nama: | Gneisenau |
| Bersempena dengan: | August Neidhardt von Gneisenau[1] |
| Pembina: | Deutsche Werke |
| Dibaringkan: | 6 Mei 1935 |
| Dilancarkan: | 8 Disember 1936 |
| Ditauliah: | 21 Mei 1938 |
| Dibersarakan: | 1 Julai 1942 |
| Takdir: | Ditenggelamkan sebagaikapal blok pada 23 Mac 1945 dan disekerap selepas perang. |
| Ciri-ciri umum | |
| Kelas dan jenis: | kapal tempurkelas-Scharnhorst |
| Sesaran: |
|
| Panjang: | 234.9 m (771 ka) |
| Lunas: | 30 m (98 ka) |
| Draft: | 9.9 m (32 ka) |
| Installed power: | 165,930 PS (163,660 shp; 122,040 kW) |
| Jana kuasa: | 3turbin stim bergear Germania |
| Halaju: | 31 knot (57 km/j; 36 mph) |
| Jarak: | 6,200 nmi (11,500 km; 7,100 bt) pada 19 knot (35 km/j; 22 mph) |
| Anak kapal: |
|
| Persenjataan: |
|
| Perisai: |
|
| Pesawat yang dibawa: | 3AradoAr 196A |
| Kemudahan penerbangan: | 1katapel |
Gneisenau ialah sebuahkapal utama Jerman, yang digambarkan secara alternatif sebagaikapal tempur dankruiser tempur,KriegsmarineJerman Nazi. Ia merupakan kapal kedua darikelasnya, termasuk kapal yang lagi satu,Scharnhorst. Kapal ini telah dibina di limbunganDeutsche Werke diKiel; iamula dibina pada 6 Mei 1935 dan dilancarkan pada 8 Disember 1936. Selesai pada Mei 1938, kapal ini dilengkapi dengan sembilan laras meriam utama berukuran28 cm (11 in) C/34 dalam tiga turet triple , walaupun terdapat rancangan untuk menggantikan senjata ini dengan enam meriam38 cm (15 in) SK C/34 dan turet berkembar.
Gneisenau danScharnhorst beroperasi bersama-sama untuk sebahagian besar awal Perang Dunia II, termasuk ditugaskan ke Atlantik untuk menyerang kapal-kapal dagang British. Semasa operasi pertama mereka, kedua-dua kapal menenggelamkan kruiser bantuan BritishHMS Rawalpindi dalam satu pertempuran singkat.Gneisenau danScharnhorst terlibat dalamOperasiWeserübung, iaitu pencerobohan Jerman ke atas Norway. Semasa operasi diluar Norway, kedua-dua kapal bertarung dengan kruiser tempurHMS Renown dan menenggelamkan kapal pengangkut pesawatHMS Glorious.Gneisenau telah mengalami kerosakkan dalam pertembungan denganRenown dan kemudian ditorpedo oleh sebuah kapal selam British,HMS Clyde, luar Norway. Selepaskejayaan serangan di Atlantik pada tahun 1941,Gneisenau dan kapal kembarnya berlabuh diBrest, Perancis. Kedua-dua kapal tempur ini menjadi sasaran pengeboman berulang-kali olehRAF;Gneisenau telah dibom beberapa kali semasa serangan itu, namun ia akhirnya diperbaiki.
Pada awal tahun 1942, kedua-dua kapalmembuat gerakan lintas pada waktu siang merentasiSelat Inggeris dari taklukan Perancis ke Jerman. Selepas tiba ke Kiel pada awal Februari, kapal ini dimasukkan ke limbungan kering. Pada malam 26 Februari, pihak British melancarkan serangan udara terhadapnya; sebiji bom menembusi perisai geladaknya dan meletop di magazin amunisi bahagian haluannya, menyebabkan kerosakkan serius dan angka korban yang tinggi. Pembaikian akibat kerosakkan itu telah memakan masa dan pihakOKM berhasrat untuk membina semula kapal itu dengan memasang meriam utama 38 sm seperti yang dirancang pada mula lagi. Meriam 28 sm telah dipindahkan dan digunakan sebagai meriam pantai. Pada tahun 1943,Hitler mengarahkan pemberhentian kerja-kerja pengubahan, dan pada 27 Mac 1945, ia telah ditenggelamkan sebagaikapal blok diGotenhafen (Gdynia) di Poland taklukan Jerman. Bangkai kapalGneisenau akhirnya dipecah-pecahkan untuk menjadi sekerap pada tahun 1951.

|deadurl= ignored (bantuan)