Kapal selam ialah kenderaan yang bergerak di bawahair, selalunya untuk tujuan ketenteraan. Kebanyakan tentera laut mempunyai kapal selam. Kapal selam juga digunakan untuk kajian sains laut dan air tawar dan untuk bertugas di kedalaman yang tidak sesuai untuk penyelam manusia.U-boot ialah ringkasan bagiUnterseeboot (istilahbahasa Jerman bermaksud "bot bawah laut") iaitu namaJerman untuk kapal selam Jerman (mula ditugaskan dalamPerang Dunia Pertama). Salah satu pesawat selam yang lain ialahloceng selam.
Perkataan "kapal selam" merupakan pinjam terjemahbahasa Belandaduikboot (duik bermaksud "menyelam" danboot bermaksud "bot" atau "perahu") yang diketahui daripada perkenalan teknologi ini dalam Nusantara diHindia Timur (kiniIndonesia).[1][2]
Kebiasaannya, kapal selam biasanya merujuk kepada kapal selam ketenteraan; pesawat untuk penyelidikan atau perdagangan dirujuk sebagaipesawat selam "submersible". Kapal selam bukan ketenteraan biasanya lebih kecil berbanding kapal selam tentera. Terdapat pesawat selam jenis tanpa enjin yang dipanggilbathysphere. Sebelumbathysphere, loceng selam berbentuk loceng dalam air dengan lantai terbuka. Udara dipam masuk oleh orang di ataskapal bagi membenarkan penyelam tinggal lebih lama di bawahair.
Kapal selam pelancong digunakan kebanyakannya di kawasan pelancongan biasa. Pada tahun1996, terdapat lebih 50 kapal selam persendirian beroperasi di sekeliling dunia yang berkhidmat untuk membawa anggaran 2 juta penumpang setiap tahun. Kebanyakan kapal selam tersebut membawa antara 25 sehingga 50 penumpang pada satu masa dan melakukan 10 atau lebih penyelaman setiap hari. Kebanyakan kapal selam ini meminjam reka bentuk kapal selam penyelidikan dengan mempunyai tingkap besar untuk penumpang melihat dan meletakkan kebanyakan perkakasan di luar lunas untuk menjimatkan ruang dalaman. Bagaimanapun, tempat duduk kapal selam penumpang juga sempit. Kebanyakannya berkuasa bateri dan sangat perlahan.
Sebuah perkembangan yang agak baru, kapal selam kecil tanpa pemandu yang dikenali sebagai kenderaan beroperasi jarak jauh marin (marine remotely operated vehicles) digunakan secara meluas pada masa kini untuk bekerja di air dalam atau terlalu berbahaya untuk penyelam. Sebagai contoh, kenderaan beroperasi jarak jauh (remotely operated vehicles ) (ROV) membaiki pelantarpetroleum luar pantai dan melekatkan kabel kepada kapal karam untuk mengangkat mereka. Kenderaan kawalan jauh seumpamanya disambung dengantether (kabel tebal yang membekalkan kuasa dan komunikasi) kepada pusat kawalan di atas kapal. Operator atas kapal melihat imej video yang dihantar balik oleh robot dan mengawal kipas dan lengan robot. Bangkai kapalTitanic dijelajah dengan menggunakan kenderaan sedemikian, termasuk pesawat dipandu.
Kemungkinannya terdapat lebih banyak kapal selam tentera beroperasi berbanding kapal selam jenis lain, walaupun sukar untuk mendapatkan jumlah sebenar kerana tentera laut berahsia mengenai angkatan kapal selam mereka.
Kapal selam amat berguna kepada tentera kerana ia mampu menghampiri mangsa mereka tanpa dikesan, kemudian menyerang pada jarak dekat. Banyak perhatian diberikan dalam reka bentuk kapal selam untuk membolehkan mereka bergerak dalam air secara senyap untuk menghalang ia dikesan oleh kapal musuh dan kapal selam.
Kapal selam moden berbentuk cerut. Reka bentuk ini yang dikenali sebagai "badan titisan air", direka menurut badanikan paus. Ia mengurangkan geseran antara air dan badan kapal selam dengan banyaknya, dan membenarkan kapal selam untuk bergerak lebih pantas berbanding kapal selam sebelumnya. Kapal selamUSSAlbacore merupakan kapal pertama mempunyai bentuk titisan air (teardrop). Dengan menggunakan kuasa yang dibekalkan olehreaktor nuklear kapal selam moden mampu kekal di bawah air hampir sepenuh masa, dan timbul hanya apabila diperlukan.
Menara pada atas kapal selam mengandungiperiskop dan layar eletronik (electronics mast), yang termasukradio,radar,peperangan elektronik (electronic warfare), dan sistem lain. Di dalam kapal selam kelas berbentuk bot (lihat sejarah, di bawah), bilik kawalan, atauconn, terletak di dalam menara ini, yang dikenali sebagai menaraconning. Bagaimanapun, semenjak itu bilik kawalanconn telah diletakkan dalam badan utama kapal, dan menara itu biasanya pada masa kini dikenali sebagai layar. Dalam fahaman lain,conning tower datang daripada kata kerjabahasa Inggeristo con, yang berertiuntuk mengemudi, menunjukkan kehadiran sistem navigasi dalam menara kawalan.Conn tidak patut dikelirukan denganbridge, yang merupakan pelantar kecil pada puncak layar yang digunakan untuk pemerhatian mata kasar ketika berlayar di permukaan laut.
Kapal selam moden menggunakansistem pemanduan inert (Inertial guidance system) untuk pemanduan semasa menyelam, bagaimanapun, ralat hanyut (drift error) meningkat menurut masa dan tidak dapat dielakkan. Untuk menangani masalah ini,sistem kedudukan sejagat (global positioning system) kadang-kala digunakan untuk mendapatkan kedudukan yang tepat. Periskop hanya digunakan sekali-sekala, kerana jarak penglihatan di bawah laut sangatlah terbatas.
Kapal selam ketenteraan biasanya mempunyaianak kapal melebihi seratus orang. Kerja mereka merupakan yang paling sukar dalamtentera laut, kerana mereka mesti bekerja secara terasing untuk tempoh masa yang panjang, tanpa hubungan dengan keluarga mereka, kerana kapal selam kebiasaannya mengekalkan senyap radio (radio silence) untuk mengelakkan dikesan. Mengendalikan kapal selam adalah berbahaya, walaupun pada waktu aman; banyak kapal selam telah tenggelam akibat kemalangan (lihat sejarah, di bawah).
Kapal selam telahpun lama digunakan, tetapi dengan pertukaranteknologi, peranannya telah berubah secara mendadak. Ciri-ciri utama kekal sukar dikesan, terselindung oleh lautan seluas berbatu-batu. Walaupun dengan sistem pengesanan moden, kapal selam masih mampu bergerak hampir tidak kelihatan.
Kapal selam ketenteraan biasanya terbahagi kepada dua jenis: kapal selam pengangkutpeluru berpandu balistik dan kapal selam penyerang. (Selain kapal selam jenis ini terdapat banyak jeniskapal selam katek (bahasa Inggeris:midget submarine) yang jauh lebih kecil, digunakan untuk sabotaj, mengintip dan pengangkutan rahsia. Malah angkatan kapal selamKorea Utara, dianggarkan yang keempat terbesar di dunia pada tahun 1990-an, kebanyakannya terdiri daripada kapal selam kecil. Juga selain daripada dua jenis di atas, ialah kapal selamJerman,milch cowPerang Dunia Kedua: kapal bekalan boleh menyelam.)
Kapal selampeluru berpandu balistik (atauboomers, dalam bahasa Inggeris Amerika) membawapeluru berpandusenjata nuklear bertujuan untuk menyerang sasaran strategik seperti bandar atau silo peluru berpandu yang terletak di mana-mana kawasan di dunia. Kesemuanya berkuasa nuklear untuk mengekalkan ciri-ciri paling senyap dan paling tahan menyelam. Ia memainkan peranan penting dalammutual deterrence semasa perang dingin: kerana kedua-duaAmerika Syarikat danSoviet mempunyai keupayaan (atau tidak dapat menjamin) kemusnahan sepenuhnya negara yang diserang sekiranya salah satu menyerang, menjadikan kedua-dua negara terhalang. NegeraChina juga mempunyai sebuah kapal selam balistik (kelas Xia).
Kapal selam Kelas George Washington "boomers" dinamakan sempena "rakyat Amerika terkenal" dan kemudiannyakapal selam Kelas Ohio dinamakan sempena nama negeri, dengan pengecualian sebahagian "rakyat Amerika yang terkemuka" ialah orang asing danSSBN-730 dinamakan sempena nama Senator.
Kapal selam yang direka untuk menyerangkapal dagang ataukapal perang lain dikenali sebagai kapal selam "penyerang" atau "pembunuh pemburu" (hunter-killer ). Kapal selam penyerang biasanya membawatorpedo untuk menyerang kapal tentera laut, dan kadangkalapeluru berpandu krus untuk menyerang sasaran darat atau kapal. Kapal selam penyerang menggunakan pelbagai sistem tujahan. Kebanyakannya menggunakan gabungan diesel dan eletrik yang serupa dengan apa yang dimajukan pada awal abad ke-20, banyak yang menggunakan kuasa nuklear, dan semakin banyak yang menggunakan bentuktujahan bebas udara lain sepertisel bahan api atauenjin Stirling. Kesemua kapal selam penyerang Amerika Syarikat menggunakan kuasa nuklear. Kesemua kapal selam Amerika Syarikat (yang mempunyai nama sebenar dan bukannya namaalphanumerik) dinamakan sempena "makhluk laut dalam" sehinggakelasLos Angeles, yang dinamakan menurut nama bandar di A.S – dengan pengecualian beberapa buah yang dinamakan menurut ahli politik, dan kelas barukelasSeawolf, yang menerima nama tradisional untuk yang pertama, nama negeri untuk kedua, dan nama presiden untuk yang ketiga.
^Gustaaf Kusno (1 Disember 2010)."Kenapa Diberi Nama 'Kapal Induk'?".Kompasiana. Dicapai pada27 Jun 2020.Karena negara kita [Indonesia] cukup lama dijajah oleh Belanda banyak sekali istilah-istilah dalam bahasa kita yang mengekor serupa dengan ekspresi dalam bahasa Belanda. [...] Kata ’kapal selam’ ini juga diambil dari bahasa Belandaduikboot (duik = selam,boot = kapal), sedangkan dalam bahasa Inggris dinamakansubmarine...
Fail audio dicipta daripada semakan semasa bertarikh 2006-01-11, dan tidak membayangkan penyuntingan rencana yang selepasnya bagi rencana ini. (Bantuan audio)