Movatterモバイル変換


[0]ホーム

URL:


Pergi ke kandungan
WikipediaEnsiklopedia Bebas
Cari

Kanibalisme

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.

Kanibalisme merupakan sebuah fenomena di mana satumakhluk hidupmemakan makhluk sejenis yang lain (yaknianjing yang memakan anjing ataumanusia yang memakan manusia).

Secaraetimologinya kata "kanibal" merupakan kata pungutanBahasa Belanda daripada akarBahasa Sepanyol iaituCaníbales, suatu nama untuk puakCarib[1] yang wujud dalam rantauCaribbean (juga asal nama ini) yang dketahui perilaku pemakanan sebegini oleh para peneroka Sepanyol yng memerhati.

Kelaziman dalam kalangan haiwan

[sunting |sunting sumber]

Fenomena ini telah dicatat dalam sebanyak lebih 1,500spesieshaiwan yang diketahui.[2]

Akibat persaingan

[sunting |sunting sumber]

Pemangsaan makhluk sejenis lazim diperhatikan berlaku dalam suatu taburan terbatas dalam suatu lingkungan setempat yang boleh tertimbulnya permasalahan akibatperebutan sumber yang sama sesama penghuni sehabitat dari segi perbilangan[3] atau hubungan dalam sesuatu kawan.[4] Fenomena ini biasa melibatkan anak hidupan yang masih bernyawa mahupun yang sudahlahir mati ataupun yangkeguguran, malah juga semasa dalam peringkat telur yangdieram.[5] Ia juga lazim di habitat-habitatekosistem laut.

Perilaku ini boleh menjejaskan perbezaan taburan yang ujud secara setempat dari serendah 8% (tupai spesiesUrocitellus beldingi) sampailah sebanyak 95% (larvapepatung) di seratataksa hidupan.[6]

Semasa pembiakan

[sunting |sunting sumber]

Pemangsaan dan pemakanan pasangan sering berlaku dalam kalanganlabah-labah sertainvertebrata lain termasukgastropoda (misalnyamentadak dankala jengking)[7] semasa tempoh menarik perhatian pasangan ataupun semasa kedua-dua pasanganmengawan. Perilaku ini lazim dilakukan pasangan betina ke atas pasangan jantan, namun ada juga situasi sebaliknya dalam pemerhatian terkawal dalam makmal.[7][8][9]

Kelaziman dalam kalangan manusia

[sunting |sunting sumber]
Patung karya Leonhard Kern (1650) yang menggambarkan seorang wanita kanibal

Fenomena ini turut diberi namaanthropophagus (pinjamanBahasa Yunani ανθρωποφαγία - gabungananthrôpos, "manusia" danphagein, "makan").

Pada zaman purba

[sunting |sunting sumber]

Selain di Caribbean, diBenua Amerika, pada zaman dahulu kala kejadian ini banyak terjadi , misalnya di antara sukuAnasazi,Bangsa Maya danAztek. Selain itu diAsia-Pasifik, kanibalisme juga pernah ditemui. Antara lain di antara sukuBatak diSumatera Utara, sukuDayak diKalimantan, sukuAsmat diPapua, beberapa suku lain di Papua Barat mahupun Timur,Fiji dan daerah Melanesia lainnya. DiPapua New Guinea di antara sukuFore, kanibalisme menimbulkan penyakitkuru.

Ada beberapa petunjuk bahawa kanibalisme secara ritual juga pernah muncul di beberapa tempat rangkumanIndonesia moden termasuk pulauJawa,Bali danSulawesi.

Alfonso de Albuquerque mencatatkan semasa pemerhatiannya diMelaka bahawa kerajaan tersebut menjalankan hukuman mati terhadap pesalah laku berat secara dimakan sekumpulan kanibal yang ditangkap darikerajaan Aru.[10][11]

Pada zaman moden

[sunting |sunting sumber]

Kanibalisme semakin lama semakin tidak diamakan langsung lalu hanya dapat diperhatikan di persekitaran terpencil. Ia pernah muncul diAmerika Syarikat, pada kesEkspedisi Donner,Ukraine pada tahun1930-an, diLeningrad padaPerang Dunia II dan diAndes ketika ada kemalangan kapal terbang pada tahun1972. Kes terakhir ini pernahdifilemkan dengan judulAlive pada tahun1992.

Kes-kes di atas ini merupakan kes keterpaksaan dengan kata lain, fenomena ini berlaku kerana mereka yang terlibat dalam kanibalisme kehabisan bahan makanan. Lain pula halnya dengan kematian anak leleki seoreng jutawanRockefeller diIrian Barat atau Papua pada tahun1965 di antara suku Asmat dan kes-kes kecelaruan jiwa di seluruhdunia yang dibincangkan di bawah ini.

Kes-kes kanibalisme moden

[sunting |sunting sumber]

Selain kes kanibalisme kerana keadaan terpaksa, ada pula beberapa kes yang terjadi kerana pelakunya terkena pengaruh kelainan jiwa.

Beberapa nama:

Rujukan

[sunting |sunting sumber]
  1. ^"Cannibalism Definition".Dictionary.com.
  2. ^Polis, G. A. (1981). "The evolution and dynamics of intraspecific predation".Annual Review of Ecology and Systematics (12): 225–251.
  3. ^David Claessen, A. M. De Roos, and L. Persson, Population dynamic theory of size-dependent cannibalism. Proceedings of the Royal Society of London Series B-Biological Sciences 271 (1537), 333-340 (2004)
  4. ^V. H. W. Rudolf, Consequences of stage-structured predators: Cannibalism, behavioral effects and trophic cascades. Ecology 88, 2991-3003 (2007)
  5. ^Rohwer, S. (1978). "Parent Cannibalism of Offspring and Egg Raiding as a Courtship Strategy".American Naturalist (112): 429–440.
  6. ^G. A. Polis, The evolution and dynamics of intraspecific predation. Annual Review of Ecology and Systematics 12, 225-251 (1981)
  7. ^abElgar, M. A.; Crespi, B. J. (1992).Cannibalism: ecology and evolution among diverse taxa. Oxford [England]; New York: Oxford University Press.
  8. ^Kenwyn Blake Suttle (1999)."The Evolution of Sexual Cannibalism".University of California, Berkeley.
  9. ^Min-Li Tsai; Chang-Feng Dai (2003)."Cannibalism within mating pairs of the parasitic isopodIchthyoxenus fushanensis"(abstract page).Journal of Crustacean Biology.23 (3): 662–668.doi:10.1651/C-2343.
  10. ^Brás de Albuquerque, 1557The commentaries of the great Afonso Dalboquerque, second viceroy of India, edited by Walter de Grey Birch, 1875, ch. XVIII pg. 87
  11. ^Brás de Albuquerque, 1557Comentários do Grande Afonso de Albuquerque, edited by António Baião, 1923, part II ch. XVIII
Diambil daripada "https://ms.wikipedia.org/w/index.php?title=Kanibalisme&oldid=5920502"
Kategori:

[8]ページ先頭

©2009-2026 Movatter.jp