Kancil | |
---|---|
![]() | |
Seekor kancil di dalam zoo di Sepanyol | |
Pengelasan saintifik![]() | |
Domain: | Eukaryota |
Alam: | Haiwan |
Filum: | Chordata |
Kelas: | Mammalia |
Keluarga: | Tragulidae |
Genus: | Tragulus |
Spesies: | T. kanchil |
Nama binomial | |
Tragulus kanchil Raffles, 1821 |
Kancil (Jawi: کنچيل ; nama saintifik:Tragulus kanchil)[2] merupakanspesies haiwan berkakitelapuk pendek dan kurus dalamkeluargaTragulidae yang masih wujud, ia spesies yang paling kecil. Ia tidak mempunyaitanduk. Ia ditemukan dihutan hujan tropika yang berbatu-batan diAsia Tenggara.
Panjangnya yang hanya berukuran 45sentimeter, dengan berat sebanyak duakilogram.
Ini adalah mamalia berkuku yang paling kecil yang diketahui, saiz matangnya adalah sekecil 45 cm (18 inci) dan 2 kg (4.4 lb). Ia diancam oleh pemangsa oleh anjing liar.
Pelanduk (Kancil) Lesser terdapat di Asia Tenggara di Indochina, Burma (Kra Isthmus), Brunei, Kemboja, China (Yunnan Selatan), Indonesia (Kalimantan, Sumatera dan banyak pulau kecil lain), Laos, Malaysia (Semenanjung Malaysia, Sarawak) dan banyak pulau kecil lain), Singapura, Negara Thai, dan Vietnam.
Kancil tersebar luas diAsia Tenggara, bermula dariCina selatan (Yunnan bahagian selatan),Indocina,Burma,Thailand,Semenanjung Malaysia,Singapura,Sumatera, danKalimantan. BeberapasubspesiesTragulus kanchil, di antaranya[3]:
Kancil merupakanhaiwan yang termasyhur dalam cerita rakyatMelayu kerana kepandaiannya.[4]:61–66 Cerita rakyat "Sang Kancil dan Sang Buaya" mengisahkan tentang kecerdikan Sang Kancil memperdayakan sekumpulanbuaya untuk menyeberangi sungai untuk menikmatibuah rambutan yang sedang masak ranum.
Dalam sejarah penubuhan negeriMelaka pula, kancil dilihat sebagai maskod haiwan pada jata negeri Melaka. Mengikut sejarah, negeri Melaka mula mendapat nama dari "kisah Kancil menendang Anjing". Pada catatan aliran sejarahnya dikisahkan bahawa, pada suatu ketika dahulu, (selepas baginda dan para bangsawanPalembang berjaya menyelamatkan diri dari ditangkap oleh tentera (Siam) dan kemudiannya diselamatkan oleh pendudukorang laut/nelayan yang menetap disekitar pesisir lautMuar,Johor. Paduka (Parameswara) telah berkenan untuk pergi memburu kedalam hutan(kini disekitar hutan negeri Melaka). Ketika baginda pergi memburu bersama-sama hulubalangnya, baginda berasa penat dan berkenan berehat sebentar di bawah pokok yang terletak dihadapan sebatang anak sungai.Tiba-tiba, sewaktu baginda berehat, baginda dikejutkan dengan suatu peristiwa yang aneh bahawa seekor kancil yang kecil yang berdiri diatas batang pokok tumbang yang merentasi anak sungai telah menendang anjing buruan baginda dengan kuat kedalam sungai.Melihat peristiwa tersebut, baginda merasakan bahawa kawasan ini kelak mampu dibangunkan dengan sempurna dan sekaligus mampu melahirkan rakyat yang kuat dan handal dalam semua perkara. Maka dengan itu, baginda telah menanyakan nama pokok tempat baginda bersandar pada ketika itu, tuan bendahara yang bersama baginda telah memberitahu bahawa pokok itu adalah pokok Melaka. Oleh yang demikian, Parameswara telah berkenan menjadikan seluruh kawasan tersebut sebagai sebuah negeri baru yang aman dan kuat dikenali sebagaiMelaka pada ketika ini.[5]:51–52
Kancil turut digunakan sebagai nama keretaPerodua Kancil, Malaysia.