Kampung (کامڤوڠ) ataudesa (ديسا) menurut takrifanuniversal, ialah sebuah penempatan manusia di kawasan luar bandar. Biasanya ia lebih kecil daripadapekan.
DiBrunei, kampung secara rasmi ialah pembahagian pentadbiran peringkat ketiga dan yang terakhir. Kampung merupakan sub-pembahagianmukim, yang mana mukim pula merupakan sub-pembahagiandaerah. Komuniti kampung diketuai olehketua kampung. Biasanya kampung mempunyai kemudahan komuniti asas seperti sekolah rendah dan agama, masjid, dan balai raya atau dewan kemasyarakatan.
DiMalaysia, istilah kampung dirujukkan pada satu petempatan yang penduduknya kurang daripada 1,000 orang di sesebuah kawasan terutamanya di luar bandar atau mana-mana petempatan penduduk masih mengekalkan identiti asalnya seperti organisasinya dan cara pemilikan tanah bagi penduduknya. Dalam organisasi sesebuah kampung, ia terdiri daripada Penghulu(ketua), Naib Penghulu, imam, bilal, setiausaha, bendahari dan dibantu oleh beberapa ahli jawatankuasa yang dilantik mengikut tugas dan peranannya dalam menentukan hal ehwal serta kebajikan penduduk terutamanya.