Untuk membincangkan pelbagai perkara dalam projek Wikipedia Bahasa Melayu, sila keWikipedia:Kedai Kopi.
"MembincangkanPerang di sebuah Café Paris",The Illustrated London News 17 September1870
Kedai kopi (Jawi: کداي کوڤي) atauwarung kopi (Jawi: واروڠ کوڤي) ialah sebuah tempat yang pada asasnya menyediakan minuman kopi ataupun minuman panas lain. Ia berkongsi beberapa ciri dengan sebuahbar, dan sebuahrestoran, tetapi ia berlainan dari sesebuahkafeteria. Ia turut dikenali sebagaikafe (Jawi: کافي) yang berkonotasi menjadi tempat untuk minum-minum yang bukan sahaja kopi, tetapi juga minuman lain termasuk minuman yang beralkhohol. Seperti digambarkan namanya, kedai kopi tertumpu kepada penghidangan minumankopi danteh dan juga makanan ringan. Banyak kedai kopi diTimur Tengah dan di kawasan penempatan pendatangAsia Barat didunia Barat turut menyediakansyisyah (nargile dalam bahasa Turki dan Yunani), dengan variasi perisa yang diadun bersama tembakau lalu dihisap melalui sebuahhuqqah.
Dari suatu pengamatan budaya, kedai kopi banyak memberi khidmat sebagai pusat interaksi sosial: kedai kopi dilihat memberi peluang kepada ahli masyarakat untuk berkumpul, berbual, menulis, membaca, menghibur satu sama lain, atau membuang waktu, sama ada secara individu atau dalam kumpulan kecil.
"Kafe" serapanPerancis:café pinjaman kataTurki Uthmaniyahقهوةqahve (bentuk moden:kahve) melanjut dariArab:قَهْوَة,rumi: qahwah bererti "kopi" melalui suatu kata perantara dalam bahasa serumpun Itali. Pengungkapan ini mula diperkenalkan di benua Eropah melalui katacaveé diVenezia yang mula dicatatkan pada tahun 1570.[1]
Sehingga tahun 962 H (1555 M), di kota Besar dan Kota yang dipelihara TuhanKustantiniyah, dan negeri Uthmaniyah amnya, kopi dan kedai kopi tidak wujud. Pada lebih kurang tahun itu, seorang bernama Hakam dariHalab dan seorang yang suka melawak bernama Shams dariDamsyik datang ke bandar itu; mereka berdua membuka kedai besar di daerah Tahtakale, dan mula menjual kopi.[2]
Berbagai legenda berkenaan pengenalan kopi di Istanbul di "Kiva Han" pada lewat abad ke-15 berkitar dalam tradisi pemasakan, tapi tanpa sebarang dokumentasi.[3]
Kedai kopi diMakkah pantas menjadi satu keriasauan kepada para imam kerana menjadi tempat perjumpaan politik. Kedai kopi—dan kopi itu sekali—diharamkan oleh para imam antara tahun 1512 dan dan diharamkan oleh mereka antara tahun 1512 dan 1524 M. Pada tahun 1530, kedai kopi pertama dibuka diDamsyik,[4] dan tidak lama kemudian terdapat banyak kedai kopi diKaherah.
PengembaraPerancis abad ke-17,Jean Chardin, memberikan pemerian rancak tentang budaya kedai kopiParsi:
Orang ramai berbual, kerana di situlah tempat berita disebarkan dan tempat mereka yang berminat tentang politik bebas mengkritik kerajaan tapi ragu-ragu, kerana kerajaan tidak menghiraukan apa yang diperkatakan mereka. Permainan... seakan-akandam, ketingting dancatur dimain. Tambahan, mullah, darwis, dan penyair mengambil giliran bercerita dalam bentuk puisi atau prosa. Pengisahan mullah dan darwis merupakan cerita-cerita moral, sama seperti khutbah kita, tetapi tidak dianggap melampau sekiranya tidak dihiraukan. Tiada siapa yang dipaksa berhenti bermain ataupun perbualannya oleh pengisahan tersebut. Seorang mullah akan berdiri di tengah-tengah ataupun di sudut hujung qahveh-khaneh, dan akan mula berkhutbah dengan suara kuat, atau seorang darwis akan masuk dengan tiba-tiba dan mengingatkan para hadiran tentang dunia dan kebendaan duniawi yang sia-sia. sering juga berlaku apabila dua atau tiga orang akan bercakap pada masa yang sama, seorang pada satu sudut dan seorang lagi pada sudut yang lain, dan kadang kala seorang berkhutbah dan seorang lagi bercerita.[5]
Kopi muncul di luar Empayar Uthmaniyah diEropah buat kali pertamanya pada abad ke-17, dan kedai kopi pun tertubuh dan berkembang dengan cepat. Berkemungkinan besar kedai kopi pertama sampai diEropah Barat melalui KerajaanHungary (yang sekali gus menjadi perantara di antaraEmpayar Rom Holy dan Empayar Uthmaniyah),[6] dan juga muncul diVenice; kedai kopi pertama dicatatkan pada tahun 1645.
Kedai kopi pertama diEngland dibuka diOxford pada tahun 1650 oleh seorangYahudi bernama Jacob, di Angel, di dalam sebuah bangunan yang sekarang dikenali sebagaiThe Grand Cafe ("Cafe Besar"). Peristiwa ini dicata pada sebuah plak pada dinding kedai kopi dan kedai tersebut merupakan sebuah bar koktel yang mengikut perkembangan fesyen terbaru.[7]Queen's Lane Coffee House ("Kedai Kopi Lorong Ratu") Oxford, tertubuh pada tahun 1654, juga masih kekal hingga ke hari ini. Kedai kopi pertama diLondon dibuka pada tahun 1652 di Cornhill, London. Tuan punya kedai tersebut bernama Pasqua Rosée, seorang gaji berbangsaArmenia seorang pedagang baranganTurki bernama Daniel Edwards, yang juga mengimport kopi dan membantu Rosee menubuhkan kedai tersebut.[8][9] Menjelang tahun 1675, terdapat lebih daripada 3,000 kedai kopi di England.[10]
Di England, pada amnya, kedai kopi terbuka kepada semua kaum lelaki tanpa mengira darjat. Kedai kopi menjadi tempat pertemuan di mana peniagaan dijalankan dan juga tempat bertukar-tukar berita. Syarikat insurans, Lloyd's of London ditubuh di kedai kopi yang diusahakan oleh Edward Lloyd. Seorang penulis Perancis, Antoine François Prévost, berkata, "... kedai kopi, di mana anda memiliki hak membaca semua akhbar, sama ada yang menyokong atau menentang kerajaan," merupakan "benteng kebebasa Inggeris."[11]
Pasqua Rosee juga menubuhkan kedai kopi pertama diParis pada tahun 1672.[12] Kedai kopi ini masih kekal dan merupakan tempat pertemuan utama padaZaman Kesedaran di Perancis.Voltaire,Rousseau, danDenis Diderot kerap mengunjunginya, dan berkemungkinan besar ia tempat lahirEncyclopédie, ensiklopedia moden pertama.
Kedai kopi pertamaVienna ditubuhkan pada tahun 1683, sementara kedai kopi pertamaPoland pula ditubuhkan pada tahun 1724.[13][14]
Di Eropah pada masa ini, kaum wanita sering diharamkan daripada melanggan kedai kopi mahupun pengharaman ini tidak lah dikenakan secara sejagat. Kaum wanita selalu melanggani kedai kopi diJerman, tetapi mereka diharamkan daripada berbuat demikian di England dan Perancis.[15] Émilie du Châtelet, seorang ahli matematik dan penterjemah bukuPricipia MathematicaIsaac Newton, dikatakan menyamar sebagai lelaki untuk memasuki kedai kopi di Paris.[16]
Di Timur Tengah, kedai kopi (al-maqhā dalam bahasaArab,qahveh-khaneh dalam bahasaParsi,kahvehane ataukıraathane dalam bahasaTurki) berfungsi sebagai tempat pertemuan sosial orang lelaki. Kaum lelaki berkumpul di kedai kopi bagi meminum kopi (selalunyakopi Arab atau teh, mendengar muzik, membaca buku, bermaindam,catur dan backgammon, dan mungkin juga mendengar deklamasi daripadaShahnameh dan karya-karya seumpamanya.
Di Mesir, kedai kopi disebut 'ahwah dalam bahasa basahan, yakni sebutan dialek bagiقَهْوةqahwah (harfiah, "kopi")[18][19]’Ahwah pertama dibuka sekitar tahun 1850-an dan pada asalnya dilanggani oleh orang berumur; para belia mengunjung, tapi tidak membeli. Pada tahun 1920-an kedai kopi dikaitkan dengan kelabKaherah,bursaIskandariah dangharza (kedai kopi kampung). Pada awal abad ke-20 juga, beberapa kedai kopi menjadi tempat penting buat perdebatan politik dan sosial.[18]
DiUnited Kingdom, peranan kedai kopi tradisional sebagai tempat perjumpaan buat kaum muda merosot selepas tahun 1960-an, akan tetapi konsep itu disegarkan semula semenjak tahun 1990-an dengan rangkaian kedai kopi sepertiStarbucks,Coffee Republic,Costa Coffee danCaffè Nero sebagai tempat para profesional berkumpul untuk bertemu, makan atau membeli minuman dan makanan.
Di Perancis, sebuah kedai kopi ataucafé juga menyediakan minuman beralkohol. Cafe Perancis sering menghidangkan snek seperti sandwic. Cafe juga mungkin memiliki bahagianrestoran. Sebuahbrasserie ialah cafe yang menghidangkan makanan, lazimnya makanan ringkas, dalam keadaan yang lebih santai berbanding restoran. Sebuahbistro pula ialah sebuah cafe / restaurant, terutamanya diParis. Namun, selepas eraKesedaran kedai kopi sukar dibezakan daripada bar (tempat minuman keras) kerana mereka berhenti menjadi tempat berkumpul popular buat para saintis dan falsafah, dan diganti dengan taman teh yang mempunyai fungsi yang amat berlainan.
Di beberapa wilayahBelanda di mana penjualanganja dibenarkan, banyak kedai ganja digelar kedai kopi. Kebanyakan kedai ganja juga menjual minuman tanpa alkohol.
DiMalaysia danSingapura, kedai kopi tradisional digelarkopi tiam. Perkataan itu ialah kata lakur perkataan Bahasa Melayu bagi "kopi" dan dialekHokkien bagi kedai (咖啡店;POJ: tiàm). Menu tipikal menawarkan hidangan ringan: makanan berlandaskantelur,roti bakar, danseri kaya, tambahkopi,teh, dan minumanMilo, sejenis minumancoklat malt yang amat popular di Asia Tenggara dan Australasia, terutamanya Malaysia dan Singapura.
DiChina, rangkaian kedai kopi domestik yang baharu ditubuhkan dapat dilihat sebagai melayan mereka yang gemar menunjuk-nunjuk, dengan harga kopi lebih tinggi daripada Barat.
DiFilipina, kedai kopi seperti Starbucks tersebar luas di kawasan-kawasan tempat terdapat profesional kelas atas dan menengah terutamanya di Makati.
DiAustralia, kedai kopi lazimnya dipanggilcafe. Kemasukan pendatang Itali semenjak Perang Dunia Kedua memperkenalkan mesin kopi espreso di Australia pada tahun 1950-an, dan terdapat peningkatan budayacafe di negeri itu. Terdapat peningkatan mendadak bagi kopi khusus tempatan, khusunya kopiflat white (kopi susu), terutamanya di bandarMelbourne, ekoran kemunculan budayahipster, penuntut, atau artis, pada dasawarsa lepas.
Kedai kopi di Amerika Syarikat selalunya menjual kuih-muih dan makanan lain
Bar espreso ialah sejenis kedai kopi yang khusus menjual minuman berasaskan kopi espreso. bar espreso berasal dariItali dan tersebar di seluruh dunia dalam pelbagai bentuk. Contoh-contoh utama rangkain kedai kopi jenis ini ialahStarbucks (AS) danCosta Coffee (UK) (rangkaian bar espreso terbesar dan kedua terbesar di dunia).
Bar espreso secara tipikalnya tertumpu sekitar kaunter panjang yang dilengkapi mesin espreso dan bekas di mana terdapat pastri da juga makanan seperti sandwic. Di dalam bar espreso tradisional di Itali, pelanggan biasanya memesan dan menikmati minuman di bar; bayaran tambahan dikenakan sekiranya mereka lebih suka duduk di meja makan dan dilayan. Di beberapa bar, minuman yang dihidangkan di kawasan di luar bar dikenakan bayaran tambahan; akan tetapi di bar-bar lain pula, meja disediakan percuma.
Secara amnya, sebelum tahun 1990-an, kedai kopi tulen tidak ditemui di bandar-bandar utama Amerika selain yang terdapat berdekatan kampus-kampus universiti.
Kedai kopi di Amerika Syarikat muncul daripada kedai-kedai kopi kendalian pendatang Itali yang menjual espreso dan kuih-muih di bandar-bandar sepertiNew York, Boston, danSan Francisco. Semenjak lewat tahun 1950-an kedai kopi menjadi tempat hiburan di mana penyanyi lagu tradisional Amerika berkumpul dan mendendangkan lagu. Kedai kopi juga digunakan oleh pendakyah Kristian untuk menyebarkan agama tersebut.[20]
Rangkaian kedai kopiStarbucks kemudian menyeragamkan model bar espreso dan budaya kedai kopi ini menular ke seluruh dunia melalui rangkai kedai kopi antarabangsa seperti Starbucks dan Costa Coffee. Satu daripada kegunaan asal kedai kopi, yakni sebagai tempat pertukaran maklumat dan komunikasi, kembali muncul di kedai kopi pada tahun 1990-an dengan kewujudanKafe Internet.[21] Penyebaran kedai kopi moden seiring dengan perkembangan pengkomputan dan kedai kopi espreso kini kelihatan lebih muda, moden dan berpandangan ke hadapan berbanding kedai kopi tradisional.
^Weinberg, Bennett Alan (2002).The World of Caffeine: The Science and Culture of the World's Most Popular Drug. Routledge. m/s. page 154.ISBN0-415-92722-6.Unknown parameter|coauthors= ignored (|author= suggested) (bantuan)
^Wild, Anthony (2005).Coffee A Dark History. W. W. Norton & Company. m/s. page 90.ISBN0393060713.
^Prévost, Abbé (1930)Adventures of a man of quality (translation ofSéjour en Angleterre, v. 5 ofMémoires et avantures d'un homme de qualité qui s'est retiré du monde) G. Routledge & Sons, London,OCLC 396693
^Teply, Karl: Die Einführung des Kaffees in Wien. Verein für Geschichte der Stadt Wien, Wien 1980, Vol. 6. p. 104. citated in: Seibel, Anna Maria: Die Bedeutung der Griechen für das wirtschaftliche und kulturelle Leben in Wien. p. 94 online available under:http://othes.univie.ac.at/2016/pdf
^Weinberg, Bennett Alan (2002).The World of Caffeine: The Science and Culture of the World's Most Popular Drug. Routledge. m/s. page 77.ISBN0-415-92722-6.Unknown parameter|coauthors= ignored (|author= suggested) (bantuan)
^Desmond Stewart (1965).Cairo. Phoenix House. Dicapai pada1 April 2012.[...]qahwah, coffee, is pronounced asahwah; the word for citadel,qal'ah, is pronouncedal'ah; in both cases, it should be added, the final 'h' is silent and is often omitted.
^Sources: Tim Schultz, Director, "Jesus For You".A Coffeehouse Manuel, Bethany Fellowship, 1972.
Tom Standage,A History of the World in Six Glasses, Walker & Company 2006,ISBN 0802714471
AhmetYaşar, "The Coffeehouses in Early Modern Istanbul: Public Space, Sociability and Surveillance", MA Thesis, Boğaziçi Üniversitesi, 2003.[1]
Ahmet Yaşar, "Osmanlı Şehir Mekânları: Kahvehane Literatürü / Ottoman Urban Spaces: An Evaluation of Literature on Coffeehouses", TALİD Türkiye Araştırmaları Literatür Dergisi, 6, 2005, 237–256.[2]