Movatterモバイル変換


[0]ホーム

URL:


Pergi ke kandungan
WikipediaEnsiklopedia Bebas
Cari

KTM Antarabandar

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Ikon tunas

Rencana berkenaankereta api atautren ini ialahrencana tunas. Anda boleh membantu Wikipedia denganmengembangkannya.

KTM Antarabandar
ک.ت.م. انتاراباندر
கேடிஎம் இண்டர்சிட்டி (Tamil)
KTM IntercityInggeris
Sebuah kereta api KTM Antarabandar di stesen kereta apiKuala Lipis,Pahang (sekitar tahun 2004)
Umum
StatusBeroperasi
LokasiSemenanjung Malaysia
Stesen60 (Laluan Pantai Timur), 12 (Laluan Pantai Barat), 2 (Shuttle Tebrau)
PerkhidmatanLaluan Pantai Timur
Laluan Pantai Barat (dariGemas)
Shuttle Tebrau
Laman sesawanghttps://www.ktmb.com.my/Intercity.html
Operasi
BermulaSekitar 1960-an
PengendaliKeretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB)
Teknikal
Tolok landasan1,000 mmtolok meter
Kelajuan operasi110 km/j (68 mph)

KTM Antarabandar (bahasa Inggeris:KTM Intercity) merujuk kepadaperkhidmatan kereta api antara bandar berkuasa diesel diSemenanjung Malaysia,Singapura, danNegara Thai dioperasikan olehKeretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB). Kebanyakan perkhidmatan beroperasi dari stesenKuala Lumpur Sentral diKuala Lumpur. Namun terdapat beberapa perkhidmatan yang hanya beroperasi di landasanPantai Timur antaraTumpat denganGemas dan terus keSingapura. Terdapat juga satu perkhidmatan kereta api merentas sempadan antaraButterworth denganHat Yai,Thailand.

KTM Antarabandar telah lama menikmati kejayaan sederhana, namun bertambah persaingannya dengan pengangkutan jalan raya dan pengangkutan udara atas penambahan bilanganlebuh raya danpenerbangan murah menawarkan masa perjalanan yang lebih singkat. Pada tahun 2006, KTM Antarabandar mendapat untung sebanyak RM70.94 juta sebagai hasil kumpulan, kekal sekitar RM 65 juta sejak 2001.[1]

Perkhidmatan setempat dan ekspres

[sunting |sunting sumber]

Terdapat dua jenis perkhidmatan KTM Antarabandar:ekspres dankereta api mel. Kereta api mel secara umumnya juga dirujuk sebagai kereta api tempatan atau tren lokal. Semua kereta api penumpang pada landasan Pantai Barat merupakan kereta api ekspres - kecuali satu perkhidmatan kereta api tempatan antaraSingapura danGemas - yang hanya berhenti pada stesen-stesen utama. Landasan Pantai Timur masih ada kereta api mel yang berhenti pada semua stesen dan perhentian.

KTM pernah mengoperasikan satuperkhidmatan shuttle antaraJohor Bahru danSingapura untuk memberi manfaat mereka yang bekerja di negara bandar ini, namun perkhidmatan ini telah ditamatkan pada15 April2006. Ini disebabkan oleh projek pembaharuan landasan antaraSeremban danSingapura. Kini perkhidmatanshuttle dilarikan antaraIpoh danSentral KL,Tumpat danKemubu sertaWoodlands danGemas

Pada 1 Julai 2011, berikutan penamatan operasi KTM di Stesen Keretapi Tanjung Pagar diSingapura, perjalanan KTM Antarabandar ke selatan Semenanjung Malaysia berakhir di terminalWoodlands diWoodlands,Singapura yang hanya terletak kira-kira 2 kilometer dariJohor Bahru.

Berikut antara perkhidmatan yang beroperasi bagi KTM antarabandar :

Ekspres Rakyat : Woodlands-Butterworth, Butterworth-Woodlands

Ekspres Sinaran Selatan : Woodlands-KL Sentral, Kl Sentral-Woodlands

Ekspres Senandung Timuran : Woodlands -Tumpat

Ekspres Senandung Wau : KL Sentral-Tumpat

Ekspres Senandung Langkawi : KL Sentral-Hat yai

Ekspres Senandung Sutera : Woodlands- KL Sentral

Perkhidmatan yang telah diberhentikan/tamat beroperasi oleh pihak KTM Berhad :

Ekspres Kenali

Express Antarabangsa

Express Senandung Malam

Ekspres Gading Mas

Express Lambaian Timur

Ekspres Sinaran Utara

Ekspres Senandung Mutiara

Ekspres Sinaran Timur

Ekspres Sinaran Pagi

Express Kembara

Perkhidmatan Tren Express Baharu Yang diperkenalkan oleh pihak KTM Berhad :

Express Rakyat Timuran ( ERT )

Express Selatan ( ES )

Shuttle Tebrau ( SH )

Express My Sawadee ( Antara KL Sentral Ke Hatyai )

Railway To See Malaysia ( RTSM )

Senarai stesen KTM Antarabandar

[sunting |sunting sumber]

Berikut merupakan senarai stesen KTM Antarabandar.

Laluan Utara-Selatan

[sunting |sunting sumber]
Nama stesenBandar lokasi stesenTarikan utamaNota
(Bersambung kekeretapi Negeri Thai)
Stesen keretapi Padang BesarPadang Besar,Perlis
Stesen keretapi ArauArau,PerlisStesen KTMB terdekat untuk ke Pulau Langkawi
Stesen keretapi Alor StarAlor Star,Kedah
Stesen keretapi Sungai PetaniSungai Petani,Kedah
Stesen keretapi ButterworthButterworth,Pulau PinangFeri danJambatan Pulau Pinang
Stesen keretapi Bukit MertajamBukit Mertajam, Pulau Pinang
Stesen keretapi Nibong TebalNibong Tebal, Pulau Pinang
Stesen keretapi TaipingKg. Boyan Taiping,Perak
Stesen keretapi IpohIpoh, PerakReka bentuk Taj Mahal(boleh dikenali sebagai Taj Mahal Ipoh)
Stesen keretapi Tapah RoadTapah Road, Perak
Stesen keretapi Tanjung MalimTanjung Malim, Perak
Stesen keretapi RawangRawang,Selangorpertukaran denganLaluan Rawang-Seremban KTM Komuter
Kuala Lumpur SentralKuala LumpurPertukaran dengan semua keretapi antara bandar dan komuter serta monorel
Stesen keretapi KajangKajang,Selangorpertukaran denganLaluan Rawang-Seremban KTM Komuter
Stesen keretapi SerembanSeremban,Negeri Sembilanpertukaran denganLaluan Rawang-Seremban KTM Komuter
Stesen keretapi Pulau Sebang/TampinPulau Sebang,MelakaLokasi bersejarah Negeri MelakaStesen KTM utama untuk ke Melaka
Stesen keretapi GemasGemas, Negeri Sembilan
Pertukaran dengan Laluan Pantai Timur Antarabandar
[sunting |sunting sumber]
Stesen keretapi SegamatSegamat,Johor
Stesen keretapi LabisLabis, Johor
Stesen keretapi PalohPaloh, Johor
Stesen keretapi KluangKluang, Johor
Stesen keretapi KulaiKulai, JohorLapangan Terbang Antarabangsa Senai
JB SentralJohor Bahru, JohorGerbang Selatan Bersepadu danJB Sentral
WoodlandsWoodlands,Singapura

Laluan Pantai Timur

[sunting |sunting sumber]
Nama stesenBandar lokasi stesenTarikan utamaNota
Stesen keretapi GemasGemas,Negeri SembilanPertukaran denganLaluan Utara-Selatan Antarabandar
Stesen keretapi BahauBahau,Negeri Sembilan
Stesen keretapi TeriangTeriang,Pahang
Stesen keretapi BahauBahau,Pahang
Stesen keretapi MentakabMentakab,Pahang
Stesen keretapi JerantutJerantut,Pahang
Stesen keretapi Kuala LipisKuala Lipis,Pahang
Stesen keretapi Gua MusangGua Musang,Kelantan
Stesen keretapi DabongDabong,Kelantan
Stesen keretapi Kuala KraiKuala Krai,Kelantan
Stesen keretapi Tanah MerahTanah Merah,Kelantan
Stesen keretapi Pasir MasPasir Mas,KelantanPertukaran denganLaluan Rantau Panjang Antarabandar
Stesen keretapi Wakaf BharuKota Bharu,Kelantan
Stesen keretapi TumpatTumpat,Kelantan

Laluan Rantau Panjang

[sunting |sunting sumber]
Nama stesenBandar lokasi stesenTarikan utamaNota
Stesen keretapi Pasir MasPasir Mas,KelantanPertukaran denganLaluan Pantai Timur Antarabandar
Stesen keretapi Rantau PanjangRantau Panjang,Kelantan
(Bersambung keThai Railway)

Lihat juga

[sunting |sunting sumber]

Rujukan

[sunting |sunting sumber]
  1. ^Darshini M. Nathan (6 Oktober 2007)."Back on track: KTMB upgrades to be competitive".Bizweek, The Star. Diarkibkan daripadayang asal pada 2007-10-11. Dicapai pada18 November 2008.
Diambil daripada "https://ms.wikipedia.org/w/index.php?title=KTM_Antarabandar&oldid=6450981"
Kategori:
Kategori-kategori tersembunyi:

[8]ページ先頭

©2009-2025 Movatter.jp