Movatterモバイル変換


[0]ホーム

URL:


Pergi ke kandungan
WikipediaEnsiklopedia Bebas
Cari

Monorel KL

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
(Dilencongkan daripadaKL Monorail)
8 Laluan Monorel KL
Laluan Monorel KL ditandakan hijau muda dalam rajah sistem
Umum
JenisMonorel
StatusDalam operasi
LokasiLembah Klang
TerminalKL Sentral
Titiwangsa
Stesen11
PerkhidmatanKL Sentral-Bukit Bintang-Titiwangsa
Nombor laluan8 (hijau muda)
Laman sesawangmyrapid.com.my
Operasi
Dibuka31 Ogos 2003
PemilikPrasarana Malaysia
PengendaliRapid Rail
CiriBertingkat
DepotBrickfields
Stok kereta apiMonorel jenisstraddle-beam
Teknikal
Panjang aliran8.6 km (5.3 bt)
Panjang landasan0 km (0 bt)
Kelajuan operasi60 km/j (37 mph)
Peta laluan

MR11
Titiwangsa
MR10
Chow Kit
MR9
Medan Tuanku
KJ12
Dang Wangi
MR8
Bukit Nanas
MR7
Raja Chulan
KG18A
Pavilion KL-Bukit Bintang
MR6
Bukit Bintang
MR5
Imbi
MR4
Hang Tuah
MR3
Maharajalela
MR2
Tun Sambanthan
Depoh Monorel
KG15
Muzium Negara
MR1
KL SentralKTM ETS

Stesen pertukaran

kawasan berbayar bersepadu
perjalanan tambang tunggal
kawasan berbayar tidak bersepadu
perjalanan tambang berbilang

Monorel KL merupakan salah satu sistemmonorel yang beroperasi diMalaysia. Ia merupakan sebahagian daripada sistemRapidKL kendalianRapid Rail, anak syarikatPrasarana Malaysia, dan salah satu komponen dalamSistem Transit Bersepadu Lembah Klang. Jajarannya diberi nombor 8 dan diwarnakan hijau muda pada peta transit rasmi.

Sejarah

[sunting |sunting sumber]
Stesen monorel Kuala Lumpur.

Perancangan dan pembinaan

[sunting |sunting sumber]

Skim monorel diumumkan olehDewan Bandaraya Kuala Lumpur pada Januari 1990 setelah diluluskan oleh kerajaan Malaysia dalam mesyuarat kabinet pada Jun 1989; kosnya ketika itu dianggarkan pada RM 143 juta. Menurut perancangan asal, sebuah sistem sepanjang 14 km (8.7 bt) yang terdiri daripada 22 stesen direka untuk mengangkut seramai 34,000 penumpang sehari dalam gelungan 20 minit melalui teras perdagangan Kuala Lumpur, dan ia hendak dibina dalam dua fasa: fasa pertama adalah jajaran 7.7 km (4.8 bt) dengan 16 stesen, dan fasa kedua adalah gelungan 6.5 km (4.0 bt). Fasa pertama dijangka siap dalam dua tahun.[1]

Menurut perancangan dari seawal 1990-an, jajaran akan terdiri daripada dua cabang (serupa denganLaluan Ampang danSri Petaling), di mana satu cabang melalui stesenMaharajalela hingga ke pusat bandar, dan satu lagi pergi keMid Valley,Abdullah Hukum,Jalan Klang Lama dan berakhir di Kampung Pasir, mungkin akan berintegrasi denganKTM KomuterLaluan Pelabuhan Klang di stesenPetaling atauPantai Dalam, denganKL Sentral danTun Sambanthan sebagai stesen pertukaran antara kedua-dua cabang.[2][3] Akhirnya hanya cabang pusat bandar yang dibina disebabkankrisis kewangan Asia 1997.

Kerja pembinaan dijadualkan bermula pada Jun 1990, tetapi ditunda ke Mei 1991 ekoran aduan daripada Datuk Bandar bahawa tender-tender yang diserahkan untuk kerja persiapan awal terlalu mahal. Semenjak itu tidak terdapat sebarang aktiviti pada projek ini malah tidak banyak terdapat butiran berkenaan hala tuju projek. Kontraktor utamanya ialah syarikat tempatan BNK yang menghadapi kesukaran mencari penyokong untuk membiayai bahagiannya dalam usaha. Antara sebab-sebab kesukaran memperoleh pembiayaan adalah anggaran kos projek yang meningkat mendadak dan juga kurangnya pengalaman BNK dalam mengendalikan projek-projek sebesar ini.[1]

Pembinaan dimulakan semula olehHitachi, Ltd., tetapi tergendala pada Disember 1997 akibatkrisis kewangan serantau. Kerja bersambung semula pada Julai 1998 apabilaMTrans Holdings mengambil alih dan mengilang armada sendiri dan menyiapkan projek untuk menjimatkan kos;[4] jajaran disiapkan setelah menelan belanja RM 1.18 billion.

Menurut rancangan transit tahun 1999, Monorel KL terdiri daripada 19 stesen, bermula dari Titiwangsa, Chow Kit, Wawasan, P. Ramlee, Raja Chulan, Bukit Bintang, Imbi, Hang Tuah, Merdeka, Sultan Sulaiman (dibatalkan) hingga Tun Sambanthan, diikuti laluan yang tidak terbina dari Syed Putra, Taman Seputeh, Abdullah Hukum, Lembah Pantai, Pantai Dalam, Taman Desa, OUG hingga Kampung Pasir.[5]

Pembukaan

[sunting |sunting sumber]

Jajaran monorel kota ini dibuka pada 31 Ogos 2003 dan terdiri daripada 11 stesen yang melayani dua landasan selari bertingkat sepanjang 8.6 km (5.3 bt). Ia menghubungkan hab pengangkutanKL Sentral di selatan danTitiwangsa di utara dengan "Segi Tiga Emas", iaitu kawasan perdagangan, beli-belah dan hiburan yang terdiri daripada kawasanBukit Bintang dan dikelilingiJalan Imbi,Jalan Bukit Bintang,Jalan Sultan Ismail, danJalan Raja Chulan.[6]

Selepas pembukaan, pemilik Monorel KL iaitu KL Monorail System Sdn Bhd (KLMS), anak syarikat KL Infrastructure Group (KL Infra), mendapat persetujuan untuk memegang konsesi 40 tahun untuk mengendalikan monorel.[7] Jajaran dan bilangan stesen tidak berubah-ubah sejak tahun 2003.

Semenjak bermulanya operasi, KL Infrastructure Group mengalami kerugian besar akibatsusut nilai dan kos pembayaran semulafaedah.[8] Untuk tahun kewangan berakhir 30 April 2004, KL Infra mencatatkan kerugian bersih RM 46.24 juta dari pendapatan RM 15.08 juta.[9] KL Infra juga memohon pinjaman dari kerajaan sebanyak RM 300 juta dan pinjaman infrastruktur RM 260 juta dariBank Pembangunan Malaysia.[perlu rujukan] Selain daripada itu, KL Infra mempelawa tiga anak syarikat MTrans untuk membaiki perniagaannya, tetapi gagal setelah beberapa syarikat berkenaan diserap olehScomi.[8]

Pengambilalihan oleh pihak kerajaan

[sunting |sunting sumber]

Pada April 2007, KL Infra berbincang dengan pihak kerajaan dan Bank Pembangunan Malaysia Berhad untuk menjual laluan Monorel KL kepadaSyarikat Prasarana Negara yang ketika itu sudah menyerap kedua-dua sistem LRT iaituLaluan Kelana Jaya danLaluan Ampang danSri Petaling, di samping membeli 10% saham KL Infra. KL Infra dikatakan berhasrat untuk berundur dari perniagaan monorel Malaysia. Pengambilalihan ini adalah dalam pelan induk kerajaan untuk meningkatkan kualiti pengangkutan awam bandar.[8][10]

SPNB menyatakan persetujuan secara prinsip bagi pengambilalihan KL Monorail pada 22 Disember 2006 dan satu persidangan susulan diadakan pada 6 Februari 2007 dengan kerajaan mengenai pengambilalihan aset beroperasi dan pegangan liabiliti pinjaman. Audit ketepatan tanggungjawab telah dilakukan dari 5 Mac hingga 27 April 2007 oleh para perunding yang dilantik oleh kerajaan. Selepas persetujuan mengenai pengambilalihan ini, BPMB memberi KL Monorail penunggakan masa sehingga 29 April 2007 bagi pembayaran faedah yang berjumlah RM4,244,801.91 yang asalnya harus dilangsaikan pada 29 Disember 2006.[11]

Namun, pada 26 Mac 2007, KL Infra diberitahu oleh Bank Pembangunan Malaysia bahawa bank itu tidak akan lagi menerima apa-apa rayuan penundaan bagi pembayaran faedah dan seterusnya pada 27 April 2007, bank itu menegaskan bahawa tiada lagi moratorium bagi pembayaran faedah akan dibenarkannya. Pada 29 April 2007, pihak KL Monorail tidak mampu membayar balik faedah cagaran yang sudah tiba tarikh luputnya.[11]

Pada 3 Mei 2007, KL Monorail diisukan notis kegagalan membayar hutang oleh Bank Pembangunan Malaysia yang hendak menerima bayaran semula jumlah pinjaman pokok keseluruhan bernilai RM609,616,423.73 serta faedah dimodalkan sebanyak RM296,428,910.88, menjadikan jumlahnya RM906,045,334.61. Syarikat itu diberi tujuh hari mulai hari itu bagi membayar balik jumlah keseluruhannya, namun masih gagal berbuat demikian. Pada 14 Mei 2007, Mohd Anwar Bin Yahya dan Cho Choo Meng dinamakan sebagai penerima dan pengurus oleh Amanah Raya Berhad, iaitu Pemegang Amanah Jaminan Bank Pembangunan Malaysia. Namun begitu, proses pengambilalihan ini dianggap masih diteruskan kerana KL Infra telah menyatakan perbincangannya dengan kerajaan dan Bank Pembangunan Malaysia masih diadakan untuk menangani cadangan pengambilalihan KL Monorail oleh SPNB berdasarkan perbincangan dan persetujuan secara prinsip awalnya.[12]

Antara kesan daripada pelantikan penerima dan pengurus adalah kemungkinan bahawa KL Infra tidak akan menerima sebarang pampasan untuk KL Monorail sekiranya pengambilalihan SPN dilangsungkan.[13]

Dagangan KL Infra digantung sejak 15 Mei 2007.[14] Pada hari yang sama, lembaga KL Infra mengumumkan kepada Bursa Malaysia bahawa syarikat tersebut mendapati dirinya tidak mampu membayar segala hutangnya dalam tempoh tidak melebihi 12 bulan.[15] Pada 28 November 2007, Prasarana menandatangani perjanjian jual beli dengan KL Monorail Systems, maka Prasarana secara efektif menjadi pengendali KL Monorail dan oleh itu mengambil alih pinjaman BPM sebanyak RM 882 million BPM.[perlu rujukan]

Infrastruktur

[sunting |sunting sumber]

Stesen

[sunting |sunting sumber]
KodNamaGambarJenis platformPertukaran/Nota
 MR1 KL SentralTerminus (solusi Sepanyol [en])Terminus selatan.

Dicapai melalui pusat beli-belah NU Sentral jika datang dari KL Sentral (bangunan terminal utara).

Stesen sambungan (perlu keluar darikawasan berbayar [en]) ke:

 MR2 Tun SambanthanSisiKeluar keKolej Methodist Kuala Lumpur (MCKL) danBrickfields.
 MR3 MaharajalelaKeluar keMerdeka 118.
 MR4 BBCC–Hang TuahStesen pertukaran ke AG9  SP9 LRT Laluan Ampang dan Sri Petaling.

Keluar ke LaLaport danBukit Bintang City Centre (BBCC) melalui hab transit.

 MR5 ImbiKeluarBerjaya Times Square melalui jejantas.
 MR6 Bukit BintangStesen sambungan ke KG18A MRT Laluan Kajang.

Capaian jalan kaki ke KJ10 KLCC diLRT Laluan Kelana Jaya melalui jejantas dariPavilion Kuala Lumpur.

Keluar keLot 10 danSungei Wang Plaza melalui jejantas.

 MR7 Raja ChulanCapaian jalan kaki ke KJ10 KLCC diLRT Laluan Kelana Jaya melalui jejantas dariPavilion Kuala Lumpur.
 MR8 Bukit NanasStesen sambungan ke KJ12 Dang Wangi diLRT Laluan Kelana Jaya.
 MR9 Medan TuankuCapaian jalan kaki ke AG5  SP5 Sultan Ismail diLRT Laluan Ampang dan Sri Petaling melalui jejantas 580 meter.

Keluar keQuill City Mall melalui jejantas.

 MR10 Chow KitKeluar ke daerahChow Kit danHospital Kuala Lumpur.
 MR11 TitiwangsaTerminus (solusi Sepanyol [en])Terminus utara.

Stesen pertukaran ke AG3  SP3 LRT Laluan Ampang dan Sri Petaling dan PY17 MRT Laluan Putrajaya.

Cadangan pertukaran ke CC08 MRT Laluan Lingkaran.

Armada

[sunting |sunting sumber]
ALWEG dua gerabak terdahulu
Scomi SUTRA empat gerabak
Dalaman gerabak Scomi SUTRA

Tren-tren terawal yang digunakan pada laluan Monorel KL adalah 10 set tren dua gerabak berganding kekal jenisAlweg.[4] Setiap tren dapat menumpangkan 158 orang sewaktu operasi biasa. Gerabak-gerabak monorel dipasang oleh syarikat tempatanScomi Rail[4] di kilangRawang yang mempunyai landasan sendiri untuk ujian tren.[16].

Monorel KL kemudian menaik taraf kepada tren empat gerabak.[17] Tren-tren ini juga dikilang oleh Scomi, kali ini mengikut reka bentuk sendiri iaituSUTRA. Setiap tren ini boleh menumpangkan 430 orang setiap perjalanan berbanding 213 orang untuk tren dua gerabak.[17] Tren-tren SUTRA dilengkapi dengan empat kameratelevisyen litar tertutup serta ruang untuk kerusi roda dan kereta sorong bayi.[17]

Dua set pertama tren empat gerabak mula berkhidmat pada Disember 2014, disusuli set-set selebihnya yang tiba secara berperingkat. Walaupun dijangka semuanya beroperasi menjelang akhir tahun 2015,[17] namun hanya lima set sempat dihantar. Kelima-limanya pun diberhentikan pada Mei 2017 atas sebab keselamatan.[18] Tiga set empat gerabak dipulihkan pada Ogos 2019,[19][20] disusuli dua lagi set empat gerabak baharu pada bulan September.[21] Pada awal 2020-an, tujuh lagi tren empat gerabak ditempah,[22] dan perkhidmatan monorel menggunakan tren empat gerabak sepenuhnya mulai 23 Mei 2022.[23]

Spesifikasi
ModelMTrans Monorail[24]Scomi SUTRA
PengeluarMTransScomi
Bilangan gerabak24
Dimensi
Panjang20.8 m45.4 m
Lebar3 m3.08 m
Tinggi4.3 m4.72 m
Berat25 tan metrik60 tan metrik
Sistem elektrik/voltan750 V / 1500 V DC750 V
PecutanTidak diketahui1.1 m/s²
Kelajuan maksimum90 km/j
Kelajuan maksimum komersial80 km/j

Penumpang

[sunting |sunting sumber]
Jumlah Penumpang KL Monorail[25][26]
TahunBulan/SukuJumlah PenumpangJumlah Tahunan
2023Q14,099,6878,370,974
Q24,271,287
Q3
Q4
2022Q12,431,76011,496,524
Q22,434,132
Q33,125,274
Q43,505,358
2021Q11,167,4914,226,329
Q2968,990
Q3591,448
Q41,498,400
2020Q12,928,8237,143,534
Q2774,603
Q32,021,544
Q41,418,564
2019Q12,854,68812,573,738
Q22,853,647
Q33,077,452
Q43,749,951
2018Q13,456,79712,594,377
Q23,110,144
Q33,047,678
Q42,979,758
201716,841,630
201624,200,299
201525,067,866
201424,303,465
201325,437,621
201224,435,931
201124,200,299
201022,108,308
200921,021,390
200821,765,233
200720,142,772
200617,370,337
200514,482,575
200410,956,675
2003September–Disember2,917,065

Galeri

[sunting |sunting sumber]
  • Pandangan KL Monorail dari atas
    Pandangan KL Monorail dari atas
  • Monorail di Stesen Imbi
    Monorail di Stesen Imbi
  • Stesen Tun Sambanthan
    Stesen Tun Sambanthan
  • KL monorel menghampiri stesen Bukit Bintang
    KL monorel menghampiri stesen Bukit Bintang

Lihat juga

[sunting |sunting sumber]

Rujukan

[sunting |sunting sumber]
  1. ^abDoug, Tsuruoka (26 September 1991). "Off the Rails: Kuala Lumpur's Monorail Project Becomes Bogged Down".Far Eastern Economic Review.
  2. ^"KLTransit". Dicapai pada6 March 2017.
  3. ^"Transit System Map (1998)". Dicapai pada16 January 2018.
  4. ^abc"Monorails of Asia - Kuala Lumpur, Malaysia". The Monorail Society. Dicapai pada2 September 2014.
  5. ^Azliana Ahmad (1999).Peranan Sistem Transit Aliran Ringan (STAR) dalam mengatasi masalah pengangkutan awam di bandar Kuala Lumpur. Universiti Malaya: Jabatan Antropologi dan Sosiologi, Fakulti Sastera dan Sains Sosial, Universiti Malaya, 1998/99. m/s. Lampiran 2.
  6. ^"RapidKL Monorail".Official Portal Visit Kuala Lumpur. Tourism Unit, Kuala Lumpur City Hall. Dicapai pada21 September 2019.[pautan mati]
  7. ^"KL Infrastructure Group". 2005-04-10. Diarkibkan daripadayang asal pada 10 April 2005. Dicapai pada2023-07-14.
  8. ^abc"KLIG in talks to exit monorail business".New Straits Times (Business Times). Kuala Lumpur. 25 April 2007. Dicapai pada25 April 2007.[pautan mati]
  9. ^Abu Bakar, Dalila (24 September 2004)."MTrans upbeat on mass transit project in W. Asia".New Straits Times (Business Times). Kuala Lumpur. Diarkibkan daripadayang asal pada 13 February 2007. Dicapai pada2 September 2014.
  10. ^"Syarikat Prasarana Negara in talks to take over KL monorail".The Edge. Kuala Lumpur. 24 April 2007. Diarkibkan daripadayang asal pada 27 April 2007. Dicapai pada25 April 2007.
  11. ^ab"Bursa Malaysia General Announcement: Default in Payment Pursuant to Practice Note No. 1/2001 of the Listing Requirements of Bursa Malaysia Securities Berhad". 30 April 2007. Diarkibkan daripadayang asal pada 7 Februari 2012.
  12. ^"Bursa Malaysia General Announcement: Appointment of Receivers and Managers for KL Monorail System Sdn Bhd (KLMS)". 14 May 2007. Diarkibkan daripadayang asal pada 4 March 2016.
  13. ^Lim Ai Leen (21 May 2007)."Corporate: Puzzle over bank's move on KL Monorail".The Edge. Kuala Lumpur. Diarkibkan daripadayang asal pada 28 September 2007. Dicapai pada23 May 2007.
  14. ^"Bursa Malaysia General Announcement: KL Infra - Suspension of trading". 15 May 2007. Diarkibkan daripadayang asal pada 3 March 2016.
  15. ^"Bursa Malaysia Announcement: Default in Payment Pursuant to Practice Note No. 1/2001 of the Listing Requirements of Bursa Malaysia Securities Berhad". 15 May 2007. Diarkibkan daripadayang asal pada 3 March 2016.
  16. ^"Kuala Lumpur Monorail - a Photo Essay (page 1/13)". The Monorail Society. Diarkibkan daripadayang asal pada 8 March 2007. Dicapai pada25 April 2007.
  17. ^abcd"Four-car trains make debut".New Straits Times. Kuala Lumpur. 22 December 2014. Dicapai pada22 December 2014.
  18. ^Mahpar, M. Hafidz (8 June 2017)."Monorail trains built for Prasarana are 'fit for operation' - Scomi".The Star. Kuala Lumpur. Dicapai pada27 June 2017.
  19. ^Loheswar, R. (20 August 2019)."KL monorail rolls out four-carriage trains on 16th anniversary".Malay Mail. Kuala Lumpur.
  20. ^Kumara Sabapatty (20 Ogos 2019)."Tiga tren monorail 4 gerabak mula beroperasi".MalaysiaGazette. Diarkibkan daripadayang asal pada 13 November 2013. Dicapai pada15 November 2023.
  21. ^Tan, Danny (18 September 2019)."Two new KL Monorail four-car train sets enter service".Paultan.org. Diarkibkan daripadayang asal pada 8 November 2023. Dicapai pada15 November 2023.
  22. ^Kumara Sabapatty (28 Ogos 2020)."Era baharu Monorel pada 2021 dengan tren empat gerabak berjalan lancar".MalaysiaGazette. Diarkibkan daripadayang asal pada 14 November 2023. Dicapai pada15 November 2023.
  23. ^Kisho Kumari Sucedaram (10 Januari 2023)."Prasarana expects 1.2 million daily ridership in 2023 with full Putrajaya Line opening".The Edge. Diarkibkan daripadayang asal pada 11 November 2023. Dicapai pada15 November 2023 – melalui Bernama.
  24. ^Nuradzimmah Daim (2012-01-16)."KL Monorail fleet expansion project to double passenger capacity".NST. Dicapai pada2012-03-13.
  25. ^"Prasarana's Ridership". 14 January 2023. Diarkibkan daripada yang asal pada 14 January 2023. Dicapai pada14 January 2023.CS1 maint: bot: original URL status unknown (link)
  26. ^"Statistic of Rail Transport".Ministry of Transport (Malaysia).Diarkibkan daripada yang asal pada 9 January 2022. Dicapai pada12 February 2022.

Pautan luar

[sunting |sunting sumber]
Gambaran keseluruhan
Tambang dan tiket
  • Koin Token
  • KadTouch 'n Go
  • Kad Laluan Komuter
  • Kad-KTMi
  • MyDebit Card
Suruhanjaya
Operator Utama
Kereta api antara bandar
Laluan utama
Kini
Masa depan
Perancangan
Digantung
Perkhidmatan
Kereta api komuter
pinggir bandar
Terkini
Laluan Lapangan Terbang
Terkini
Digantung
Rel Metro
LRT
Terkini
Masa Depan
Perancangan
Digantung
MRT
Terkini
Perancangan
Monorail
Terkini
Perancangan
Digantung
Laluan Sempadan
Terkini
Masa Depan
Rel Lainnya
People mover
Funicular
Pengangkutan Gondola
Pengeluar
Rolling Stock(s)
Antara Bandar
Komuter
Laluan Lapangan Terbang
LRT
MRT
Monorail
Lainnya
Depoh
Terkini
Masa Depan
Artikel berkaitan
Stesen ditandakan dalamcondong masih dalam pembinaan, belum dibuka, atau dalam perancangan.
Diambil daripada "https://ms.wikipedia.org/w/index.php?title=Monorel_KL&oldid=6323257"
Kategori:
Kategori-kategori tersembunyi:

[8]ページ先頭

©2009-2025 Movatter.jp