Movatterモバイル変換


[0]ホーム

URL:


Pergi ke kandungan
WikipediaEnsiklopedia Bebas
Cari

KIL

Rencana pilihan
Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
(Dilencongkan daripadaKIL (filem))

KIL
Poster keluaran tayangan
PengarahNik Amir Mustapha
Penulis
  • Nik Amir Mustapha
  • Rewan Ishak
  • Khairulzaman Dzulkifly
Lakon layarNik Amir Mustapha
Dihasilkan oleh
Dibintangi
SinematografiS. Y. Chong
Disunting olehRewan Ishak
Muzik olehSaiful Ridzuan Sharafuddin
Syarikat
penerbitan
Grand Brilliance
Flux Visual Lab
Diedarkan olehPrimeworks Studios
Tarikh tayangan
  • 30 Mei 2013 (2013-05-30) (Malaysia)
Masa tayangan
90 minit
NegaraMalaysia
BahasaMelayu
BajetRM 150,000
Pecah panggungRM 510,000

KIL (Tulisan Jawi: كيل; merujuk kepada singkatanAkil dan perkataankill dalambahasa Inggeris) merupakan sebuah filem drama romantik misteriMalaysia 2013 arahanNik Amir Mustapha terbitanGrand Brilliance danFlux Visual Lab. Ia dibintangi olehRedza Minhat danCristina Suzanne yang baru pertama kali menjadi watak utama melalui filem ini.[1] Filem ini juga merupakan filem pertama Nik Amir. Filem ini mengisahkan mengenai Akil, seorang lelaki muda yang mempunyai kecenderungan untuk membunuh diri. Selepas beberapa percubaan membunuh diri yang gagal, Akil telah mengupah sebuah agensi pembunuhan, Life Action Bureau (LAB) untuk membantu dirinya membunuh diri. Ketika tarikh kematiannya semakin dekat, dia jatuh cinta dengan seorang gadis yang dia temui, Zara. Selepas itu, dia mula mempunyai fikiran yang was-was untuk mati.[2] Filem ini telah ditayangkan kepada umum pada 30 Mei 2013.

Filem ini telah berjaya memenangi empat anugerah daripada tujuh pencalonan diAnugerah Skrin 2013 (termasuk Filem Terbaik)[3] dan mengungguliFestival Filem Malaysia ke-26 dengan lima kemenangan dari sebelas pencalonan (termasukFilem Terbaik).[4]

Plot

[sunting |sunting sumber]
Akil, sedang berehat di tingkat atas apartmennya

Seorang pemuda bernama Akil (Redza Minhat) menghadapi kemurungan serta cenderung untuk membunuh diri. Tetapi, dia masih tidak berani untuk membunuh diri. Percubaannya untuk mati sentiasa gagal. Ketika dalam percubaan untuk terjun dari bangunan, dia telah berjaya menghalang seorang gadis (Juliana Evans) daripada membunuh diri kerana putus cinta.

Pada suatu hari, ketika sedang menghisap rokok di sebuah lorong, dia ternampak sehelai risalah yang mempromosi khidmat bunuh diri. Akil menelefon nombor tersebut dan bercakap dengan Salina (Dira Abu Zahar) yang akhirnya menemukan dirinya dengan sebuah agensi pembunuhan (Life Action Bureau - LAB). Setelah berbincang dengan konsultan LAB, Encik Harun (Harun Salim Bachik), dia mengupah agensi tersebut untuk membunuhnya dengan cara pembunuhan yang bakal dilakukan adalah tidak dijangka olehnya. Dia tidak tahu akan siapa kontraktor LAB (pembunuh upahan) dan bila atau di mana dia akan mati.

Zara sedang menerangkan sesuatu kepada Akil.

Akil kembali meneruskan kehidupan seperti biasa sehingga dia mula jatuh cinta pada seorang gadis yang baru ditemuinya, Zara (Cristina Suzanne).[5] Akil kerap bertemu dengan Zara sebelum dia menyedari dirinya diekori oleh seseorang (kontraktor LAB). Akil kemudiannya mendapat bonus pertama (selepas empat tahun bekerja) daripada bosnya. Akil membawa Zara menonton wayang cerita Dunia Tanpa Esok arahan Johan Iskandar (Hasnul Rahmat). Johan merupakan antara pelanggan LAB kerana tertekan hasil kegagalan perkahwinan dengan isterinya (Atilia Haron).

Akil semakin kerap mendapat gambar-gambar dia menjalani kehidupan seharian berserta nota-nota perangsang untuk meneruskan kehidupan. Akil juga semakin sedar akan kebahagiaan yang akan hadir sekirannya dia meneruskan kehidupan. Zara kemudiannya didedahkan sebagai kontraktor LAB untuk Johan. Keesokan harinya, Akil diculik untuk ditangkap gambar wajahnya sebelum dilepaskan. Akil pulang ke rumah dengan keadaan rumahnya yang lintang-pukang. Marah akan apa yang berlaku, Akil menelefon pejabat LAB untuk membatalkan kontrak pembunuhannya. Setelah Encik Harun mengatakan perbuatan tersebut sebagai mustahil, Akil cuba membuat laporan polis tetapi berdepan kesukaran untuk menjelaskannya kepada pihak polis.

Akil kemudian balik ke kampung untuk bertemu dengan Mak Cik Ros. Maknya telah terkorban dalam kemalangan suatu ketika dahulu dalam kenderaan yang dipandu Akil. Zara pula didedahkan mendapat buah pinggang daripada Raj, anak kepada Miss Jasmine (Anna James). Setelah pulang dari kampung, Akil terjumpa koleksi gambar-gambar mangsa Zara. Akil mula mengesyaki keikhlasan Zara berkawan dengannya dan hakikat bahawa Zara merupakan kontraktor LAB.

Setelah itu, Akil bertemu dengan Zara. Zara memberitahu bahawa dia memang bekerja di LAB tetapi menafikan dirinya seorang pembunuh. Mereka bertengkar seketika sebelum Akil menyuruh Zara untuk membunuhnya. Zara menampar Akil dan mengingatkan Akil bahawa dia mengambil kisah terhadap dirinya. Apabila pulang ke rumah, Akil bertemu dengan kontraktor LAB yang ditugaskan untuk membunuh dirinya (Encik Harun). Akil berkata dia mahu kehidupannya semula sebagai kata-kata terakhir ketika Encik Harun mengacukan pistol di kepalanya.

Zara cuba mencari maklumat mengenai kes Akil di koleksi maklumat LAB, tetapi terlambat untuk menghalang Encik Harun dari melaksanakan tugasnya.

Di dalam epilog, pistol Encik Harun merupakan pistol mainan. LAB pula sebenarnya bukan agensi pembunuhan tetapi sebuah NGO yang bertujuan untuk menghalang bunuh diri dari berlaku. Dengan mengetahui bahawa dirinya akan dibunuh, seseorang itu akan lebih menghargai kehidupannya. Encik Harun turut memberitahu Akil bahawa Zara memang seorang kontraktor LAB tetapi bukan untuk dirinya. Filem berakhir dengan Zara membelanja Akil aiskrim kerana berjaya meneka dengan tepat pekerjaanya.

Barisan pelakon

[sunting |sunting sumber]

Penampilan khas

[sunting |sunting sumber]

Penerbitan

[sunting |sunting sumber]

Filem ini merupakan filem pertama yang diarahkan oleh Nik Amir Mustapha. Nik Amir Mustapha, Rewan Ishak dan Jeremy Little pada mulanya, berhasrat untuk membuat projek KIL dengan kos produksi yang rendah. Nik Amir asalnya hanyalah berniat untuk menghasilkan filem ini atas dasar suka-suka dan minat filem. Kos produksi bagi filem ini turut–pada mulanya–dibiayai oleh Nik Amir sendiri. Mereka bertiga kemudian menubuhkan sebuah syarikat produksi, Flux Visual Lab dan ingin menjalankan penggambaran tanpa krew produksi yang lengkap. Tetapi selepas berjumpa S.Y Chong, seorang pengarah fotografi, mereka bersetuju untuk mencari dan menubuhkan satu pasukan produksi yang lengkap. Nik Amir & Rewan Ishak telah melakukan penyelidikan mengenai bunuh diri dan mereka memutuskan untuk menghasilkan satu cerita berdasarkan topik ini. Dalam proses mengembangkan cerita ini, mereka telah menyuntik elemen-elemen segar untuk menambahkan rasa bagi naskah ini. Selepas 2-3 bulan proses perbincangan, penulisan semula, skrip KIL telah berjaya disiapkan.

Pemilihan pelakon dilakukan dengan membentangkan idea mengenai projek ini kepada pelakon yang berpotensi tinggi. Pihak produksi kemudiannya membentangkan sinopsis dan skrip filem ini kepadaRedza Minhat danChristina Suzanne sebagai pelakon utama. Kedua-dua pelakon ini bersetuju untuk berlakon di dalam filem ini.

Pengembaraan filem ini dilakukan di sekitarKuala Lumpur dalam tempoh 11 hari pada bulan Mei 2011. Pengambaraan filem ini menggunakan kamera Canon DLSR 5D Mark II.[6]

Pada tahun 2012, filem ini telah dibeli oleh Tengku Iesta Tengku Alaudin. Filem ini kemudiannya melalui proses produksi yang lebih teliti dengan memasukkan kesan bunyi dan sebagainya.[7]

Keluaran dan sambutan

[sunting |sunting sumber]

Tayangan

[sunting |sunting sumber]

Teaser pertama filem ini telah dimuat naik keYoutube pada 12 April 2011. Trailer filem ini pula telah dimuat naik keYoutube pada 14 Julai 2011. Tayangan perdana peringkat dunia bagi filem ini telah dilakukan diMarche du Film diCannes pada Mei 2013.[8] Tayangan perdana di Malaysia pula telah dilakukan di Cathay Cineplex, eCurve,Mutiara Damansara pada 15 Mei 2013.[9][10]

Filem ini telah ditayangkan kepada umum pada 30 Mei 2013 di 54 pawagam seluruhMalaysia. Selepas 32 hari tayangan, filem ini mengumpul kutipan sebanyak RM 510,000.[11]

Ulasan kritis

[sunting |sunting sumber]

Rata-rata pengkritik memberikan kritikan yang positif mengenai filem ini. Portal hiburan Rotikaya.com memberikan filem ini 4 bintang daripada 5 dengan ulasan "KIL tampil berbeza...satu pengalaman baru menonton filem hasil karya anak tempatan yang mempunyai visi tersendiri dalam industri".[12] Portal hiburan Beautifulnara.com pula memuji sinematografi filem ini dengan ulasan "Yang terbaik jua kami pernah tengok untuk filem Malaysia setakat ini".[13] Filem ini turut dipuji oleh portal perfileman Dramaticdurian.com dari segi sinematografi dan muzik tetapi kurang dari segi penceritaan filem. Portal komuniti, Kapasitor.net pula memberi 4 bintang daripada 5 dengan ulasan "Ia sebuah filem melayu yang sudah berjaya keluar dari kerangka cliche filem melayu yang biasa. Dan pembebasannya memberi satu kepuasan yang berlapis-lapis."[14] Filem ini mendapat rating 7.9 per 10 oleh laman web perfilemanIMDb.[15]

Runut bunyi

[sunting |sunting sumber]
Lihat juga:Rapuh (lagu Pesawat)

OST bagi filem ini ialah Rapuh yang dinyanyikan olehPesawat.[16] Video klip bagi lagu ini telah dimuat naik ke Youtube pada 15 Mei 2013 olehGrand Brilliance. Runut bunyi untuk filem ini telah dimuat naik keYoutube oleh Rewan Ishak pada 4 Jun 2013. Terdapat tiga buah lagu lain yang muncul di dalam filem ini.

Format dan senarai runut

[sunting |sunting sumber]
Muat turun digital
No.TajukPenulisPenyanyiMasa
1."Rapuh"JipiePesawat4:26
2."Lights"DuanSeven Collar T-Shirt5:34
3."Lagu"BoBo
4."Mati Hidup Kembali"Emmett, LoqueButterfingers


Sejarah keluaran

[sunting |sunting sumber]
NegaraTarikhFormatSyarikat rakaman
Malaysia15 Mei 2013Muat turun digital
Penstriman digital
Pramugaru Music

Tayangan media

[sunting |sunting sumber]

KIL Pada 13 March 2021, filem ini boleh didapati secara eksklusif di Tonton CINEMA.

Anugerah

[sunting |sunting sumber]
Penerbit filem KIL, Tunku Iesta Tunku Alaudin mengangkat trofiFilem Terbaik FFM 26.
AnugerahKategoriPenerimaKeputusan
Festival Filem Fantastik Antarabangsa Porto Alegre 2014[17][18]PanoramaTengku Iesta Tengku AlaudinTercalon
Festival Filem Asia Tenggara 2014Tengku Iesta Tengku AlaudinTercalon
Marché du Film 2013[19]Tengku Iesta Tengku AlaudinTercalon
Festival Filem Luang Prabang 2013[20]Tengku Iesta Tengku AlaudinTercalon
Festival Filem Asia Osaka 2014[21]Grand PrixTengku Iesta Tengku AlaudinTercalon
Festival Filem Antarabangsa Dhaka 2014Australasian Film CompetitionTengku Iesta Tengku AlaudinTercalon
Anugerah Skrin 2013Filem TerbaikTengku Iesta Tengku AlaudinMenang
Lakon Layar TerbaikNik Amir MustaphaMenang
Pengarah TerbaikMenang
Pelakon Wanita TerbaikCristina SuzanneMenang
Pelakon Lelaki TerbaikRedza MinhatTercalon
Pelakon Pembantu Wanita TerbaikAnne JamesTercalon
Pelakon Pembantu Lelaki TerbaikHarun Salim BachikTercalon
Festival Filem Malaysia ke-26Filem TerbaikTengku Iesta Tengku AlaudinMenang
Poster TerbaikMenang
Lakon Layar TerbaikNik Amir MustaphaMenang
Pengarah TerbaikMenang
Pengarah Harapan TerbaikTercalon
Pelakon Harapan Wanita TerbaikCristina SuzanneMenang
Pelakon Pembantu Wanita TerbaikAnne JamesTercalon
Penataan Seni TerbaikRewan IshakTercalon
Penyunting TerbaikTercalon
Sinematografi TerbaikS.Y. ChongTercalon
Penataan Bunyi TerbaikMohsin OthmanTercalon
Anugerah Majlis Pengkritik Filem Kuala Lumpur 2013[22]Filem TerbaikTengku Iesta Tengku AlaudinTercalon
Lakon Layar TerbaikNik Amir MustaphaTercalon
Pengarah TerbaikTercalon
Pelakon Lelaki TerbaikRedza MinhatTercalon
Pelakon Pembantu Wanita TerbaikAnne JamesMenang
Sinematografi TerbaikS.Y. ChongMenang
Shout! Awards 2013Breakthrough Local FeatureTengku Iesta Tengku AlaudinMenang
Best On-Screen ChemistryRedza Minhat &Cristina SuzanneTercalon
Hot GuyRedza MinhatTercalon
Hot ChickCristina SuzanneTercalon
Anugerah dan Festival Filem Antarabangsa ASEAN 2015[23]Pelakon Lelaki TerbaikRedza MinhatTercalon
Lakon Layar TerbaikNik Amir MustaphaTercalon

Rujukan

[sunting |sunting sumber]
  1. ^"KIL: About". Dicapai pada22 April 2013.
  2. ^"Sinopsis Filem KIL, Trailer". Dicapai pada2015-08-08.
  3. ^"Senarai Pemenang : Kategori Filem".Anugerah Skrin 2013. 29 November 2013. Dicapai pada29 November 2013.
  4. ^"KIL Bolot Anugerah Festival Filem Malaysia Ke 26".mStar. Diarkibkan daripadayang asal pada 2015-09-28. Dicapai pada2 November 2014.
  5. ^"Filem: KIL Tampilkan Sinematografi Hebat". Rentak Media Network. 16 November 2011. Diarkibkan daripadayang asal pada 2016-02-20. Dicapai pada22 April 2013.
  6. ^"FILEM KIL, KISAH MAUT YANG DIRANCANG". Dicapai pada14 Mei 2013.
  7. ^"Dari Youtube ke Layar Perak".Sinar Harian. Dicapai pada18 Mei 2013.
  8. ^"Empat filem Malaysia ke Festival Filem Cannes".Astro Awani. Dicapai pada14 Mei 2013.
  9. ^"Redza Minhat & Cristina Suzanne, Teraju Utama Filem KIL". Beautifulnara.com. Dicapai pada16 Mei 2013.
  10. ^"Filem KIL Mulakan Tayangan Di Pawagam Hari Ini". Beautifulnara.com. Dicapai pada30 Mei 2013.
  11. ^"TAYANGAN FILEM CEREKA TAHUN 2013".FINAS. Dicapai pada12 Ogos 2013.
  12. ^"Filem Minggu Ini: KIL". Rotikaya.com. Dicapai pada4 Jun 2013.
  13. ^"Sinematografi Anggun Filem KIL". Beautifulnara.com. Dicapai pada16 November 2011.
  14. ^"Review Filem "KIL" : pandanglah ke kanan". Dicapai pada2015-08-08.
  15. ^(Inggeris)Kil (2013) - imdb
  16. ^"Pesawat Lancar Video Muzik Baru Rapuh OST Filem KIL". Dicapai pada27 Mei 2013.
  17. ^"KIL ditayangkan di Amerika Latin". Diarkibkan daripadayang asal pada 2014-06-08. Dicapai pada2 Jun 2014.
  18. ^"Filem KIL Wakili Malaysia di Brazil dan Singapura"(PDF).Primeworks Studios. Diarkibkan daripadayang asal(PDF) pada 2015-09-24. Dicapai pada29 Mei 2014.
  19. ^"Nik Amir Nafi Sindir Wartawan Dalam KIL". Murai.com.my. Diarkibkan daripadayang asal pada 2015-09-28. Dicapai pada5 Jun 2013.
  20. ^"Filem KIL & Sembunyi Ditayangkan di Festival Filem Luang Prabang 2013". Dicapai pada6 Disember 2013.
  21. ^"Filem KIL Bertanding di Festival Filem Asia Osaka 2014". Dicapai pada18 Mac 2014.
  22. ^"Anugerah MPFKL 2013". Diarkibkan daripadayang asal pada 2014-11-12. Dicapai pada24 Oktober 2013.
  23. ^(Inggeris)"AIFFA 2015 NOMINATIONS". Diarkibkan daripadayang asal pada 2015-11-18. Dicapai pada11 April 2015.

Pautan luar

[sunting |sunting sumber]
1980-an

Tiada Esok Bagimu (1980) ·Dia Ibuku (1981) ·Bukit Kepong (1982) ·Ranjau Sepanjang Jalan (1983) ·Matinya Seorang Patriot (1984) ·Tsu Feh Sofiah (1986) ·Rahsia (1987) ·Tiada pencalonan (1989)

1990-an

Hati Bukan Kristal (1991) ·Bintang Malam &Selubung (1992) ·Perempuan, Isteri dan... (1994) ·Sayang Salmah (1995) ·Layar Lara (1997) ·Jogho (1999)

2000-an

Leftenan Adnan (2001) ·KL Menjerit (2003) ·Paloh (2004) ·Sepet (2005) ·Gubra (2006) ·Cinta (2007) ·Kala Malam Bulan Mengambang (2008) ·Papadom (2009)

2010-an

Magika (2010) ·Hikayat Merong Mahawangsa (2011) ·Bunohan (2013) ·KIL (2014) ·Lelaki Harapan Dunia (2015) ·Jagat (2016) ·Adiwiraku (2017) ·One Two Jaga (2019)

2020-an

Roh (2021) ·Spilt Gravy on Rice (2022) ·Imaginur (2024) ·Babah (2025) ·

Filem tunggal
Filem aksi
Filem komedi
Filem cinta
Filem seram
Filem drama
Filem arahanNik Amir Mustapha
Diambil daripada "https://ms.wikipedia.org/w/index.php?title=KIL&oldid=6698795"
Kategori:
Kategori-kategori tersembunyi:

[8]ページ先頭

©2009-2025 Movatter.jp