Saluran keluar KFC yang pertama di dunia diasaskan pada tahun1939 diCorbin, Kentucky. Pada tahun1952,francais yang sulungnya diasakan di apa yang kini digelarkan South Salt Lake, Utah oleh Harland Sanders dan Pete Harman. Sanders menjual keseluruh francais KFCnya pada tahun1964 untuk AS$2 juta. Sejak waktu itu, francais ini telah dijual sebanyak tiga kali lagi. Pemilik yang terkini ialah Pepsico yang menjadikannya sebagai sebahagianTricon Global Restaurants, yang kini digelarkanYum! Brands, Inc.
KFC Malaysia dipegang oleh KFC Holdings Bhd., satu syarikat kepunyaan Kulim Berhad.
Resipi rahsia Kolonel merupakan salah satu daripada rahsia perdagangan Louisville yang paling ketat disimpan, dengan salinan-salinan separa tersimpan di beberapa tempat yang lain sebagai sokongan. Dua pembekal perasa digunakan dan setiap mereka hanya membekalkan sebahagian resipi itu, dan mereka tidak mengetahui satu sama lain. Presiden syarikat juga tidak tahu akan senarai bahan-bahan, dan beberapa orang yang mengetahuinya diperlukan menandatangani perjanjian kerahsiaan yang ketat. Satu analisis kimia yang diarahkan oleh pengarang William Poundstone mendedahkan sebahagian daripada bahan-bahan utama: garam, lada hitam yang kisar, tepung gandum, dan monosodium glutamat. KFC mendakwa bahawa resipi Kolonel Sander mengandungi sebelas herba dan rempah rahsia.
Selain daripada ayam goreng, KFC juga menyajikan hidangan sampingan seperti salad kubis, pelbagai makanan berdasarkankentang (termasuk yang jenisgoreng, sendal, dan putarberkuah), jagung pada batang dan biskut. KFC juga menghidangkan entree yang lain sepertiAyam Bertih Jagung,Ketul Ayam,hamburger, rusuk babi dan pelbagai jenis pembasuh mulut - walaupun bukan semuanya didapati di setiap tempat, khususnya dalam kawasan-kawasan di luar Amerika Syarikat. Sesebahagian hidangan sampingan adalah unik dan hanya didapati di kawasan yang tertentu.
Sepinggan ayam goreng dan kentang goreng dihidang di KFC.
KFC menggunakan singkatan namanya pada tahun1991 untuk mengelakkan konotasi 'goreng' yang tidak sihat. Kini, KFC sedang membuat uji kaji tentang pai ayam, ayam tanpa tulang, serta ayam panggang sebagai tambahan kepada penawaran makanannya yang teras. Pada tahun2004, syarikat itu mencuba jenama yang baru, iaitu "Ayam Segar Dari Dapur" ("Kitchen Fresh Chicken") dalam iklannya (yang mempunyai catatan huruf bercetak halus bahawa tuntutan kesegaran tidak merangkumi kepak ayam). DalamBahasa Inggeris, nama yang baru itu masih mengekalkan singkatan "KFC".
Pada April 2005, KFC membuka sebuah restoran yang baru di Louisville, Kentucky, tempat yang asalnya, di bawah nama asliKentucky Fried Chicken dan merancangkan untuk menambahkan sekurang-kurangnya 50 buah restoran lagi.
Dave Thomas, pengasas Restoran Wendy menjalankan banyak francais Kentucky Fried Chicken sebelum memulakan rangkaian sendiri. Beliau ialah pereka tanda sebaldi-ayam-yang-berputar yang pada suatu masa dapat dilihat di luar setiap saluran keluar KFC.
Pada16 Oktober2003,Pamela Anderson, seorangperagawatiPlayboy sertaseniwati, menyertai kempen hak-hak haiwanPETA untuk menentangi KFC dan mendesak pengguna-pengguna untuk memulaukan KFC sehingga perlakuan kepada ayam-ayamnya diperbaiki.
Pada3 Jun2004, Suruhanjaya Perdagangan PersekutuanAmerika Syarikat dan KFC mencapai satu penyelesaian mengenai kempen pengiklanan KFC yang mendakwa bahawa "ayam goreng sebenarnya boleh menjadi sebahagian diet yang sihat." Syarat-syarat persetujuan itu tidak didedahkan; bagaimanapun, iklan-iklan televisyennya diberhentikan selepas penyelesaian itu.
Pada20 Julai 2004, PETA menayangkan sebuah video mengenai kekejaman kepada ayam-ayam yang diambil daripada Pilgrim's Pride, salah satu daripada pembekal KFC diVirginia Barat. Pembekal ini mengatakan bahawa ia akan menyelidik dakwaan itu. Pilgrim's Pride memecat sebelas orang kakitangannya selepas tayangan video itu dan memberikan latihan terhadap kekejaman haiwan kepada tenaga kerjanya. Untuk penyelidikan pengintipan PETA, sila lihat:KentuckyFriedCruelty.com
Pada akhir tahun2005, Pamela Anderson dan PETA menyediakan video-video mengenai kekejaman haiwan di kilang-kilang pembekal KFC untuk dikirim kepada setiap pengurus KFC diUnited Kingdom. Pada pagi sewaktu video itu tiba, setiap pengurus menerima pesanan untuk membuang video itu ke dalam tong sumpah tanpa membuka sampul suratnya.
Pada26 Januari2006, Ernie Fletcher,GabenorKentucky, menolak desakan Pamela Anderson yang disokong oleh PETA untuk mengalihkan arca Kolonel Sanders daripada Bangunan Kapitol Kentucky. Beberapa hari selepas Yum! dan Churchill Downs mengumumkan satu persetujuan bahawa Yum! akan menjadi penaja utama untuk Kentucky Derby, Anderson mengumumkan pula bahawa beliau tidak akan lagi menghadiriperlumbaan kuda.
Sesebahagian negara telah mendapat tahu tentang tahap MSG di dalam makanan KFC yang melebihi peraturan-peraturannya (umpamanya diIndia). Seseparuh ahli sains percaya bahawa MSG merupakan bahaya kesihatan, dan KFC sering mendapat tempat yang atas di dalam senarai makanan MSG untuk dielakkan (kebanyakan analisis menunjukkan purata MSG sebanyak 2%).
Pekerja dan sekutu KFC mengadakan piket di cawangan Balmoral.
KFC menggaji sebahagian besar pekerja-pekerja muda serta yang tidak mahir, dan kerapnya membayar gaji yang minimum. Kebanyakan pekerja KFC bukan ahli kesatuan sekerja.
DiNew Zealand, pekerja muda KFC mendapat gaji NZ$7.13 sejam. Kakitangan cawangan Balmoral, Aucklandmogok selama dua jam pada3 Disember2005 selepas pemilik francais Restaurant Brands tidak menaik gaji dalam perundingan kontrak.
Pada 22 Februari 2006, mogok yang berterusan memberhentikan empat saluran keluar (Balmoral, Massey, Manukau dan Lincoln Road). Mogok ini diadakan untuk menentangi kadar gaji pemuda, serta untuk menyokong rang undang-undang yang bertujuan untuk mengharamkan diskriminiasi terhadap pekerja muda. Kempen ini diketuai oleh Supersizemypay.com danKesatuan Unite.
DiAustralia, banyak cawangan KFC dilitupi oleh perjanjian kolektif di bawah "Persatuan Pekerja-pekerja Kedai, Pengedar dan Sekutu" (SDA). Bagaimanapun, gaji pekerja-pekerja tidak banyak melebihi kadar gaji yang ditetapkan oleh Award Perhubungan Perusahaan Australia. Ini disebabkan oleh kelemahan tawar-menawar SDA dan latar belakangnya yang konservatif. Persatuan ini sering digelarkan "kesatuan bos" oleh kesatuan-kesatuan yang lain.
Di Calgary, sebuah cawangan KFC dipaksa memberhentikan operasinya buat sementara kerana kekurangan kakitangan.
KFC Halaman Rujukan bagi Legenda Bandar (Sila perhatikan bahawa halaman ini adalah untuk melawak sahaja dan kandungannyatidak bertujuan untuk memberikan maklumat yang sebenarnya mengenai KFC. Sila lihathalaman keterangan untuk perincian.)