| Musim ini, persaingan atau edisi: | |
| Sukan | Besbol |
|---|---|
| Ditubuhkan | 1982; 43 tahun yang lalu (1982) |
| Pengasas | KBO |
| Bil. pasukan | 10 |
| Negara | Korea Selatan |
| Juara lalu | SSG Landers (gelaran ke-5) |
| Juara terbanyak | Kia Tigers (11 gelaran) |
| Rakan kongsi TV | Korea KBS MBC SBS SPOTV Luar Korea TSN (Kanada) ESPN Fox Sports (Asia-Pacific) |
| Laman web rasmi | KoreaBaseball.com |
KBO League (bahasa Melayu:Liga KBO;Korea: KBO 리그), secara rasminyaShinhan Bank SOL KBO League, ialah liga tertinggi besbol di Korea Selatan. KBO League telah ditubuhkan pada tahun 1982 yang terdiri daripada enam pasukan dan merupakan liga bagi sukan paling popular di Korea Selatan[1] PasukanKia Tigers merupakan pasukan paling cemerlang apabila meraih sebelas kejuaraan daripada 40 penampilan.
Sebagai perbandingan denganMajor League Baseball,ESPN melaporkan bahawa gaya permainan KBO "berada di antaraDouble-A danTriple-A, secara purata, walaupun pemain-pemain terbaiknya memiliki kualiti-MLB berbanding liga tipikal Double-A."[2] Secara tradisinya, KBO dikenali dengansemangat kumpulan peminatnya,[3][4] serta perbuatanmembalikkan kayu pemukul (ppa-dun (Korea:빠던),[5][6] selepas mereka dapat memukul bola dengan menurut mereka, ia adalah pukulanhome run.[5][6] Di KBO, tradisi tersebut telah dikesan sejak era 1990-an lagi.[6]
Sejak musim 2015, setiap pasukan akan beraksi sebanyak 144 perlawanan dalam kempen musim berbanding penetapan lama sebanyak 128 perlawanan setelah kemasukan pasukanKT Wiz untuk terlibat sebagai pasukan liga. Setiap pasukan akan berentap antara satu sama lain sebanyak 16 kali.[7][8] Secara amnya, pasukan-pasukan besbol di Korea akan mempunyai enam perlawanan setiap minggu dan hari Isnin akan menjadi hari rehat.
Pada pertengahan bulan Julai setiap musim, pemain-pemain terbaik akan mengambil bahagian di Perlawanan All-Star KBO. Pasukan-pasukan akan dibahagikan kepada dua set iaitu "Dream All-Stars" (Doosan, KT, Lotte, Samsung dan SSG) dan "Nanum All-Stars" (Kia, Hanwha, LG, NC dan Kiwoom).
KBO League mencapai kemuncaknya di siri kejuaraan yang dikenali sebagaiKBO Korean Series. Lima pasukan terbaik akan layak ke post-season berdasarkan rekod menang-kalah. Pasukan layak terendah akan berentap di sistem playoff berperingkat yang bermula dengan setiap pemenang akan berhadapan dengan pasukan seterusnya tertinggi sehingga ia memuncak di Korean Series menentang pasukan teratas.[9]
Kesemua perlawanan playoff yang berakhir dengan seri akan berulang. Oleh sebab itu, terdapat kemungkinan untuk mengadakan lebih perlawanan kepada lima atau tujuh perlawanan.
Terdapat beberapa pemain KBO yang menempuh karier cemerlang diNippon Professional Baseball (NPB) di Jepun.Baek In-chun beraksi secara profesional di Jepun dari tahun 1963 sehingga 1981 dengan menghasilkan 209 pukulan home run, 776 RBI dan 1,831 pukulan di NPB. (Beliau kembali ke Korea buat tiga musim terakhirnya sebagai pemain).Lee Seung-yuop yang memegang rekod KBO sebagai home run karier terbanyak, larian terbanyak, RBI, jumlah tapak diperoleh, peratus slugging dan OPS telah beraksi selama lapan musim di NPB dengan menghasilkan 159 home run lagi dan 439 RBI. Pemain KBO lain yang meraih karier yang bersinar di NPB termasuklahKim Tae-kyun danLee Dae-ho.Pitcher Korea pula yang menghasilkan impak di NPB termasuklahSun Dong-yol,Lim Chang-yong danOh Seung-hwan.
DiMajor League Baseball pula, beberapa pemain Korea telah berjaya mencipta nama di sana yang bermula pada tahun 1994 oleh pitcherChan Ho Park. (Sebelum Park, pitcher Mexico kelahiran Korea SelatanErnesto Carlos [lahir sebagaiLee Won-Kuk] telah menandatangani kontrakminor league Amerika bersama pasukanSan Francisco Giants pada 1968 setelah menempuh karier cemerlang di NPB.[perlu rujukan] Dalam hal yang sama, pitcherPark Chul-soon telah mengikat kontrak minor league bersama pasukanMilwaukee Brewers pada 1980.[perlu rujukan] Kedua-dua Ernesto Carlos atau Park Chul-soon tidak beraksi di tahap Major League). Pemain kelahiran Korea lain yang melakar karier panjang di MLB termasuklah outfielderShin-Soo Choo dan pitcherByung-hyun Kim. Pada tahun 2013, aceHanwha EaglesHyun-jin Ryu menjadi pemain pertama dari KBO yang menyertai pasukan MLB melaluiposting system. Secara keseluruhannya, terdapat 23 orang pemain Korea Selatan yang telah berhijrah ke MLB setakat tahun 2020.[10]
| Pasukan | Bandar | Stadium | Kapasiti | Penubuhan | Penyertaan |
|---|---|---|---|---|---|
| Doosan Bears | Seoul | Stadium Besbol Jamsil | 25,000 | 1982 | |
| Hanwha Eagles | Daejeon | Hanwha Life Eagles Park | 13,000 | 1985 | 1986 |
| Kia Tigers | Gwangju | Gwangju-Kia Champions Field | 20,500 | 1982 | |
| Kiwoom Heroes | Seoul | Gocheok Sky Dome | 16,744 | 2008 | |
| KT Wiz | Suwon | Suwon kt wiz Park | 20,000 | 2013 | 2015 |
| LG Twins | Seoul | Stadium Besbol Jamsil | 25,000 | 1982 | |
| Lotte Giants | Busan | Stadium Besbol Sajik Busan | 24,500 | 1975 | 1982 |
| NC Dinos | Changwon | Changwon NC Park | 22,112 | 2011 | 2013 |
| Samsung Lions | Daegu | Daegu Samsung Lions Park | 24,000 | 1982 | |
| SSG Landers | Incheon | Incheon SSG Landers Field | 23,000 | 2000 | |
| Bekas pasukan | |||||
|---|---|---|---|---|---|
| Pasukan | Bandar | Stadium | Penubuhan | Penyertaan | Pengunduran |
| Hyundai Unicorns | Suwon | Stadium Besbol Suwon | 1982 | 2008 | |
| Ssangbangwool Raiders | Jeonju | Jeonju Baseball Stadium | 1990 | 1991 | 1999 |
| Doosan Bears | LG Twins | Hanwha Eagles | Kia Tigers | Kiwoom Heroes |
|---|---|---|---|---|
| Stadium Besbol Jamsil | Hanwha Life Eagles Park | Gwangju-Kia Champions Field | Gocheok Sky Dome | |
| Kapasiti:25,000 | Kapasiti:13,000 | Kapasiti:20,500 | Kapasiti:16,744 | |
| KT Wiz | Lotte Giants | NC Dinos | Samsung Lions | SSG Landers |
| Suwon kt wiz Park | Stadium Besbol Sajik Busan | Changwon NC Park | Daegu Samsung Lions Park | Incheon SSG Landers Field |
| Kapasiti:20,000 | Kapasiti:24,500 | Kapasiti:22,112 | Kapasiti:24,000 | Kapasiti:23,000 |
Tambahan lagi, pasukanLotte Giants akan beraksi sesetengah perlawanan diUlsan Munsu Baseball Stadium, pasukanSamsung Lions diPohang Baseball Stadium dan pasukanHanwha Eagles diCheongju Baseball Stadium.
| Wikimedia Commons mempunyai media berkaitanKBO League |