Jura Awal/Bawah | |
---|---|
201.3 ± 0.2 – 174.7 ± 0.8Ma | |
Kronologi | |
Peristiwa penting zaman Jurasik -205 — – -200 — – -195 — – -190 — – -185 — – -180 — – -175 — – -170 — – -165 — – -160 — – -155 — – -150 — – -145 — – Anggaran skala masa peristiwa penting sepanjang zaman Jurasik. Paksi menegak: juta tahun dahulu. | |
Etimologi | |
Nama kronostratigrafi | Jura Bawah |
Nama geokronologi | Jura Awal |
Keformalan nama | Formal |
Maklumat kegunaan | |
Jasad cakerawala | Bumi |
Kegunaan tempatan | Global (ICS) |
Skala masa yang digunakan | Skala Masa ICS |
Takrifan | |
Unit kronologi | Epok |
Unit stratigrafi | Siri |
Keformalan jangka masa | Formal |
Takrif sempadan bawah | DKPamonitPsiloceras spelae tirolicum. |
Sempadan bawah GSSP | Keratan Kuhjoch,Pergunungan Karwendel,Northern Calcareous Alps,Austria 47°29′02″N11°31′50″E / 47.4839°N 11.5306°E /47.4839; 11.5306 |
Tarikh ratifikasi sempadan bawah GSSP | 2010[1] |
Takrif sempadan atas | DKP amonitLeioceras opalinum danLeioceras lineatum |
Sempadan atas GSSP | Fuentelsaz,Sepanyol 41°10′15″N1°50′00″W / 41.1708°N 1.8333°W /41.1708; -1.8333 |
Tarikh ratifikasi sempadan atas GSSP | 2000[2] |
EpokJura Awal (dalam kronostratigrafi berpadanan dengan SiriJura Bawah) merupakan epok terawal daripada tiga epok pada TempohJura. Epok Jura Awal bermula sejurus selepasperistiwa kepupusan Trias–Jura yakni pada 201.3 jtd (juta tahun dalalu), dan berakhir pada permulaan epokJura Tengah pada 174.7±0.8 jtd.
Beberapa batuan tertentu yang berasal dari laut pada zaman ini di Eropah dikenali sebagai "Lias" dan nama itu digunakan untuk tempoh itu, serta dalam bidang geologi pada abad ke-19.[3] Di selatan Jerman batuan pada usia ini dikenali sebagai Jura Hitam.
Terdapat dua kemungkinan asal-usul nama Lias: yang pertama ialah ia diambil oleh ahli geologi daripada sebutandialekpekerjaInggeris di kuari untuk perkataan "layers"; kedua, perahu sekoci dari pelabuhanCornish utara seperti Bude akan belayar merentasiSelat Bristol ke Vale of Glamorgan untuk memuatkan batu dari kuaribatu kapur di persisiran (lias dan batu kapurKarbon dari Selatan Wales telah digunakan di seluruh Devon Utara/Cornwall Utara kerana ia mengandungikalsium karbonat untuk 'memaniskan' (meneutralkan) tanah Devon dan Karbon yang berasid di Negari Barat UK); orang Cornish akan menyebut lapisan batu kapur sebagai 'laiyers' atau 'lias';leac ialah bahasa Gaelik untuk "batu rata".[4]
Terdapat beberapa perdebatan[5] mengenai tapak sebenar Peringkat Hettangian, dan seterusnya Sistem Jura itu sendiri. Secara biostratigrafi, kemunculan pertama amonit psiloseratid telah digunakan; tetapi hal ini bergantung pada seberapa lengkapnya kehadiran fauna ammonit, yang juga merupakan masalah yang menyukarkan perkaitan antara keratan pada tempat-tempat yang berlainan di serata dunia. Jika penunjuk biostratigrafi ini digunakan, maka secara teknikal Kumpulan Lias —sebuah bahagian litostratigrafi —menjangkau sempadan Jura/Trias.
Terdapat singkapan Lias yang meluas luas di sekitar pantaiUnited Kingdom, khususnya di Glamorgan, North Yorkshire dan Dorset. 'Pantai Jura' Dorset sering dikaitkan dengan kerja perintisMary Anning dari Lyme Regis. Fasies Jura Bawah di kawasan ini kebanyakannya terdiri daripadatanah liat,batu kapur nipis danbatu lodak, yang dimendapkan dalam keadaan marin penuh.
Stratum Kumpulan Lias membentuk tebing yang mengagumkan di pantai Vale of Glamorgan, di selatanWales. Menjangkau sekitar 14 batu (23 km) di antaraCardiff dan Porthcawl, lapisan luar biasa tebing yang terletak diSaluran Bristol ini merupakan pengulangan lapisan batu kapur danbatu lumpur pada skala desimeter berirama yang terbentuk sewaktu padang pasir Trias Akhir ditenggelami oleh lautan.[6]
<ref>
tidak sah; tiada teks disediakan bagi rujukan yang bernamaEB1911