Jumaat (Jawi: جمعة,bahasa Inggeris:Friday; jugaJumatdi Riau, Ind.[1]) merupakanhari keenam dalamseminggu terletak antaraKhamis danSabtu.
Pada hari ini orang-orangIslam akan berkumpul dan mengerjakansolat Jumaat dimasjid beramai-ramai pada waktu tengah hari bagi menggantikansolat Zohor. Bagi mereka, hari ini merupakan hari yang paling istimewa.
Para penganut agamaKristian juga digalakkan beribadah pada hari ini terutamanya dalam kalangan beraliranGereja Katolik,Anglikan[2][3] danOrtodoks Timur:
- Para penganut Katolik tidak sahaja disyorkanberpuasa malah juga ditegah memakandaging merah[4]
- Penganut Ortodoks Timur pula ditegah makan semua jenis daging dan bahan sepuncanya termasukayam itik,tenusu danikan.
Ada juga satu perayaan penting disambut pada hari ini dalam minggu sama sebelumPaskah yang jatuh hariAhad berikutnya, iaituJumaat Agung yang memperingatipenyalibanYesus Kristus.
Penganutagama Yahudi turut memulakan suatu "istirahat" mereka pada senja hari ini sampailah senja hari Sabtu dipanggilShabbat di mana sebarang kegiatan bekerja yang ditetapkan dalamMasnah ditegah sambil pembacaankitab Taurah digalakkan.
Ada sesetengah alammasyarakat Barat yang percayatahayul bahawa bala dan malang akan menimpa pada hari Jumaat bertarikh 13 dalam sesebuah bulan.[perlu rujukan]
DiMalaysia, hari Jumaat merupakan hari kelepasan am/hari bekerja bagi negeriJohor,Kedah,Kelantan danTerengganu.Sesetengah syarikat mengamalkan hari berpakaian bersahaja asalkan segak pada hari Jumaat, sebaliknya pada hari-hari kerja yang lain, semua kakitangan dikehendaki berpakaian lebih formal. Hal ini adalah kerana bagi syarikat-syarikat yang cuma bekerja selama 5 hari dalam seminggu, hari Jumaat ialah hari terakhir.[perlu rujukan]