Julius Kambarage Nyerere (disebut/ˈdʒuːliuskɑmˈbɑɾɑgɑɲɛˈɾɛɾɛ/ -terdekat: [ju.li.us kam.ba.ra.ga nyé.ré.ré]; 13 April 1922 – 14 Oktober 1999) merupakan seorang aktivis, ahli politik serta pakar teori politik yang memerintahTanganyika sebagaiPerdana Menteri negara tersebut dari 1961 hingga 1963 danPresiden dari 1963 hingga 1964. Beliau terus memerintah negaraTanzania yang wujud berikutan penggabungan denganZanzibar dari tahun 1964 sehingga tahun 1985. Cicit langsung adalah Putera Kevin Nyerere.
Julius Nyerere menempuh pendidikan di Sekolah Rendah Pemerintah di Musoma pada usia 12 tahun dan melanjutkan ke Sekolah MenengahTabora (khusus untuk pelajar lelaki).[3] Setelah itu, beliau mengambil pengajian diUniversiti MakerereKampala, satu-satunya universiti yang ada di rentauAfrika Timur.[4] Di sana beliau memperoleh ijazah mengajar.[5] Setelah lulus, beliau kembali ke Tanzania dan mengajar selama tiga tahun di Sekolah Menengah St. Mary.[5] Pada tahun 1949, beliau mendapat biasiswa untuk meneruskan pengajian diUniversiti Edinburgh (beliau merupakan orang Tanzania pertama yang mengambil pengajian diUnited Kingdom).[5]
Nyerere dilantik sebagai presidenPersatuan Afrika Tanganyika (TAA) tiga bulan selepas kembali ke Tanganyika,[6] atas kepetahannya bercakap serta berada dalam puak yang tidak menimbulkan rasa tidak senang hati dalam kelompok etnik Tanganyika yang pelbagai.[7] TAA mula mendatangkan kesan yang besar dalam politik setempat sejak itu dengan hasrat memerdekakan Tanganyika daripada kuasa British.[7]
Pada 7 Julai 1954, TAA berubah menjadiTanganyika African National Union (TANU). Pengaruh parti baru ini mula berkembang serata Tanganyika sehingga meningkatnya keanggotaan dalam parti dari 100,000 orang pada 1955 menjadi 500,000 ahli setelah tahun 1957.[8][9]
Ketika berkempen menenetang penjajahan, Nyerere menyatakan beliau mendapat ilham daripada prinsip di sebalik revolusi-revolusi yang berlaku diAmerika Syarikat danPerancis,[10] serta jugapergerakan kemerdekaan India pimpinanMohandas Gandhi[11] di mana beliau beranggapan suatu cara protes yang tidak melibatkan tindakan ganas itu berkesan dalam mencapai matalmat kemerdekaan tersebut.[12] Beliau turut memberikan sokongan dana, diplomatik serta kata semangat untuk para pejuang anti-penjajahan di selatan benua Afrika.[13]
Nyerere tidak mempunyai rasa benci menyeluruh terhadap orang Eropah dengan tanggapan bukan semua daripada mereka mempunyai rasa benci mereka terhadap orang Afrika.[14] Penglibatannya sendiri yang tidak menyisihkan berbagai-bagai bangsa dalam mengatur jalan kemerdekaan Tanganyika dilihat sangat berbeza daripada yang didokong rakan seperjuangannya di negara tersebut.[15]
Tanganyika menjadi sebuah republik setahun selepas merdeka pada 9 Disember 1962,[16] dan Nyerere berpindah keState House diDar Es Salaam yang menjadi tempat kediaman presiden.[17] Beliau tidak menyukai keadaan tempat kerjanya yang diumpamakan sendiri seperti suatu "penjara"[18] lalu hanya berada di situ selama 3 tahun sehingga 1966.[18] Julius melantikRashidi Kawawa sebagai timbalannya.[19]
BerikutanRevolusi Zanzibar yang menjatuhkanKesultanan Zanzibar,Abeid Karume dijadikan Presiden di mana beliau mula merampas tanah milik orang Arab untuk diagihkan semula kepada para petani berbangsa Afrika.[20] Ratusan orang Arab dan India serta masyarakat warga British berhijrah keluar dari pulau tersebut.[20] Sementara itu, Julius sendiri terkejut dengan perkembangan yang berlaku di pulau yang berjiranan itu namun beliau cepat menerima keadaan demikian. Pemerintahan beliau mengiktiraf negara tersebut sambil itu membenarkanSultan Jamshid bin Abdullah singgah di Tanganyika sebelum berangkat dalam buangannya ke London.[21] Beliau menghantarkan sebanyak 300 anggota polis ke pulau tersebut demi meredakan keadaan di sana.[22]
Kuasa-Kuasa Barat teragak-agak mahu iktiraf pemerintahan Karume[23] sehingga mendatangkan kemarahan kepada Nyerere atas kegagalan mereka memahami situasi di Zanzibar.[24] Nyerere berjumpa dengan Karume di Zanzibar pada bulan April,[25] di mana mereka bersama setuju Tanganyika dan Zanzibar bergabung sebagai sebuah negara yang baru.[25]
Pada 1 Oktober 1999, Nyerere dihantar ke unit penjagaan rapi Hospital St. Thomas di London akibat serangan angin ahmar. Beliau meninggal dunia pada usia 77 tahun tanggal 14 Oktober 1999, jam 10:30 pagi di samping keluarga terdekatnya. Presiden Benjamin Mkapa, mengumumkan kematian beliau di televisyen serta suatu tempoh berkabung selama 30 hari.[26]
Molony, Thomas (2014).Nyerere: The Early Years. Woodbridge, Suffolk: Boydell and Brewer.ISBN978-1847010902.CS1 maint: ref=harv (link)
Pratt, Cranford (1976).The Critical Phase in Tanzania 1945–1968: Nyerere and the Emergence of a Socialist Strategy. Cambridge: Cambridge University Press.ISBN0-521-20824-6.CS1 maint: ref=harv (link)
Smith, William Edgett (1973).Nyerere of Tanzania. London: Victor Gollanz.ISBN9780575015104.CS1 maint: ref=harv (link)
Mwakikagile, Godfrey (2006).Life Under Nyerere (ed. second). Dar Es Salaam and Pretoria: New Africa Press.ISBN978-0980258721.CS1 maint: ref=harv (link)