Movatterモバイル変換


[0]ホーム

URL:


Pergi ke kandungan
WikipediaEnsiklopedia Bebas
Cari

Julian Brandt

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Julian Brandt
Maklumat peribadi
Tarikh lahir (1996-05-02)2 Mei 1996 (umur 28)
Tempat lahirBremen,Jerman
Ketinggian1.85 m (6 ka ​ 1316 in)
Posisi permainanSayap
Maklumat kelab
Kelab terkini
Borussia Dortmund
Nombor19
Kerjaya remaja
2001–2009SC Borgfeld
2009–2011FC Oberneuland
2011–2013VfL Wolfsburg
Kerjaya Senior*
TahunPasukanKmcln(Gol)
2014Bayer Leverkusen II1(1)
2014–2019Bayer Leverkusen164(33)
2019–Borussia Dortmund131(25)
Pasukan kebangsaan
2011Jerman B152(2)
2011–2012Jerman B163(1)
2012–2013Jerman B1719(5)
2013–2014Jerman B1914(2)
2015Jerman B206(2)
2015–Jerman B218(1)
2016Olimpik Jerman6(0)
2016–Jerman44(3)
* Gol dan kemunculan untuk kelab senior hanya untuk liga domestik dan tepat pada 1 September 2023
‡ Gol dan kemunculan pasukan kebangsaan hingga 12 September 2023

Julian Brandt (2 Mei 1996) merupakan seorang pemain bola sepak profesional Jerman yang bermain di posisisayap untuk kelab Jerman,Borussia Dortmund danpasukan kebangsaan Jerman.

Brandt telah melakukan 55 penampilan untuk pasukan remaja Jerman dari pasukan bawah-15 hingga pasukan bawah-21. Beliau sebahagian daripada pasukan Jerman yang memenangiKejohanan Eropah bawah-19 pada tahun2014.

Kerjaya kelab

[sunting |sunting sumber]

Pada zaman remajanya, Brandt beraksi untuk pasukan setempat, SC Borgfeld dan seterusnya diFC Oberneuland sebelum beliau sertai akademiVfL Wolfsburg.

Pada tahun 2014, Brandt berpindah keBayer 04 Leverkusen pada jendela perpindahan Januari dengan bayaran perpindahan 350 ribueuro. Beliau kemudian menandatangani kontrak lanjutan sehingga tahun 2019. Beliau melakukan penampilan sulungnya pada 15 Februari 2014 dalam perlawananBundesliga menentangSchalke 04. Beliau menggantikanSon Heung-Min pada minit ke-82 sebelum perlawanan berkesudahan Leverkusen tewas 1-2. Tiga hari kemudian, beliau melakukan debut di perlawanan Eropah menentangParis Saint-Germain diLiga Juara-Juara. Pada 4 April 2014, beliau menjaringkan gol pertamanya untuk Leverkusen namun pasukannya tewas 1-2 menentangHamburger SV.[1]

Pada 15 Ogos 2015, Brandt menjaringkan gol kemenangan Leverkusen selepas dimasukkan ke padang ketika menentangTSG 1899 Hoffenheim pada perlawanan pembukaan musim2015-16.

Antara 20 Mac dan 30 April 2016, beliau menjaringkan gol dalam enam perlawanan Bundesliga berturut-turut sekali gus meletakkan belia pemain termuda pertama berbuat demikian sejakGerd Müller.

Pada 30 September 2016, Julian dicalonkan dalamAnugerah Golden Boy bersama 39 pemain-pemain bawah 21 tahun yang berbakat dan memiliki potensi besar.

Kerjaya antarabangsa

[sunting |sunting sumber]

Pada 17 Mei 2016, Brandt dinamakan ke dalam senarai 27 pemainJerman ke skuadUEFA Euro 2016.

Beliau sebahagian daripada skuadSukan Olimpik 2016 yang meraih pingat perak.

Pencapaian

[sunting |sunting sumber]

Antarabangsa

[sunting |sunting sumber]
Jerman B19

Catatan

[sunting |sunting sumber]
  1. ^"Hamburger SV vs. Bayer Leverkusen 2 – 1". Soccerway. 4 April 2014. Dicapai pada4 April 2014.

Pautan luar

[sunting |sunting sumber]
Wikimedia Commons mempunyai media berkaitanJulian Brandt
Borussia Dortmund – skuad semasa

1 Kobel •2 Morey •4 Schlotterbeck •5 Bensebaini •6 Özcan •7 Reyna •8 Nmecha •9 Haller •11 Reus •14 Füllkrug •15 Hummels •16 Duranville •17 Wolf •18 Moukoko •19 Brandt •20 Sabitzer •21 Malen •23 Can (k) •24 Meunier •25 Süle •26 Ryerson •27 Adeyemi •30 Pohlmann •32 Kamara •33 Meyer •35 Lotka •43 Bynoe-Gittens •

Pengurus: Terzić
Skuad Jerman
Diambil daripada "https://ms.wikipedia.org/w/index.php?title=Julian_Brandt&oldid=5983942"
Kategori:
Kategori-kategori tersembunyi:

[8]ページ先頭

©2009-2025 Movatter.jp