Movatterモバイル変換


[0]ホーム

URL:


Pergi ke kandungan
WikipediaEnsiklopedia Bebas
Cari

Agama Yahudi

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
(Dilencongkan daripadaJudaisme)
Sebahagianturutan rencana mengenai
Orang YahudidanAgama Yahudi
Bintang Nabi Daud Menorah
Siapakah seorang Yahudi? ·Etimologi ·Budaya

Teras kepercayaan penganutAgama Yahudi adalah wujudnya Tuhan yang Maha Esa (YHWH), pencipta dunia yang menyelamatkanBani Israel dari penindasan diMesir, menurunkan undang-undang YHWH (Torah) kepada mereka dan memilih mereka sebagai cahaya kepada manusia sejagat. Agama Yahudi merupakan agamamonoteisme yang berpegang kepada kepercayaan bahawa Tuhan adalah satu dan tunggal, dan merupakan salah satu agama dari keluargaagama samawi.

Yahudi ("Judaica") (pusingan jam dari atas): Kaki lilinShabbat, cawan basuh tangan, Chumash danTanakh,penunjukTorah,shofar dan kotaketrog.

Penganut Yahudi percaya YHWH telah membuat perjanjian denganNabi Ibrahim bahawa beliau dan cucu-cicitnya akan diberi berkat sekiranya mereka kekal beriman kepada YHWH. Perjanjian ini kemudiannya diulangi oleh nabi-nabiIshak danYaakub. Oleh sebab nabi-nabi Ishak dan Yaakub ialah daribangsa Yahudi, mereka percaya merekalah bangsa pilihan (Chosen One). Penganut Yahudi dipilih untuk melaksanakan tugas-tugas dan tanggungjawab-tanggungjawab khas, seperti mewujudkanmasyarakat yang adil dan saksama dan berkhidmat kepada Tuhan. Sebagai balasan mereka akan menerima kecintaan serta perlindungan YHWH. YHWH kemudiannya menganugerahkan mereka sepuluh perintah yang sekarang dikenali sebagaiSepuluh Perintahmelalui ketua merekaNabi Musa, yang mereka anggap sebagai seorang Putera.

Sinagog merupakan pusat masyarakat serta keagamaan yang utama dalam agama Yahudi, manakalaRabbi ialah mereka yang pakar dalam hal-hal keagamaan.

Hari-hari keagamaan

[sunting |sunting sumber]

Keluarga merupakan unit yang utama dalam agama ini dan penganutnya yang setia akan melakukan sembahyang 3 waktu setiap hari iaituShakharit (subuh),Minkha (zohor) danMa'ariv (maghrib).

Hari Sabtu merupakan hari utama yang dipanggil hariSabbat. Antara waktu senja Jumaat sehingga senja hari Sabtu mereka akan menyalakan lilin dan memberkati wain serta rotiKhallah untuk disantap. Hari ini adalah dilarang bekerja dan terdapat pelbagai larangan lain yang perlu diikuti untuk menghormati hari Sabbat.

Antara perayaan Yahudi ialahRosh Hashanah (Tahun Baru) danYom Kippur (Hari Kifarah Dosa). Perayaan-perayaan lain dalam agama Yahudi ialahPesakh (Hari Pembebasan Bani Israel dari Mesir),Shavuot (Hari Nuzul Taurat). Perayaan kecil pula ialahHanukkah (Pesta Cahaya) danPurim iaitu hari memperingati pahlawan-pahlawan Yahudi.

Kitab dan teks utama

[sunting |sunting sumber]

Kitab Ibrani dipanggilTanakh, sebuah kitab besar yang terdiri dari 24 buah kitab yang dihimpun kepada 3 kumpulan:

Tanakh juga disebutTorah Shebikhtav yang bermaksud Taurat Bertulis atau Undang-Undang Bertulis.

Selain itu terdapat jugaTalmud yang dipanggilTorah Shebe'al Peh yang bermaksud Taurat Lisan atau Undang-Undang Lisan. Ia merupakan tafsiran serta komentar dan syarahan mengenai Taurat dari para rabbi dan cendekiawan. Talmud terdiri daripada dua bahagian iaituMasnah danGemarah. Kandungan Talmud pula terdiri daripada ayat-ayat yang berunsurkanHalakhah (syariah Yahudi), danAggadah (legenda dan sejarah Yahudi).

Tafsiran pada Tanakh dan Talmud dipanggilMidrash. Terdapat pelbagai jenis kitab Midrash yang boleh dibahagikan kepadaMidrash Halakhah danMidrash Aggadah.

Kabbalah pula ialah bahagian mistik dalam agama Yahudi yang membincangkan perihal zat-zat ketuhanan. Kitab yang digunakan dalam aspek ini ialahZohar.

Untuk liturgi bagi sesi ritual, sembahyang dan ibadat Yahudi, mereka menggunakan kitabSiddur (kitab sembahyang harian) dan juga kitabMakhzor (kitab ibadat pada perayaan khusus).

Adat-adat dan hukum-hakam penganut Yahudi

[sunting |sunting sumber]

Kebanyakan penganut Yahudi mengikutiundang-undang pemakanan yang termaktub di dalamTorah yang melarang campuran susu dengan daging atau makanan yang berasaskan keduanya. Daging babi, keldai, kuda, arnab dan makanan laut bercengkerang seperti udang, ketam, kerang dan sotong juga adalah terlarang dalam agama Yahudi. Makanan yang disediakan menurut undang-undang tersebut serta daging yang disembelih oleh pihak Rabbi dipanggilKosher.

Budak-budak lelaki juga dikhatankan (sewaktu umur 8 hari) selaras dengan perjanjian Nabi Ibrahim dengan YHVH. Dan apabila seorang budak lelaki mencapai umur kematangan iaitu 13 tahun, dia akan diraikan kerana menjadi ahli masyarakat Yahudi dalam upacara dipanggilBar Mitzvah di mana kehadirannya dalam sebuah jemaah sembahyang dipanggilMinyan adalah dikira sebagai ahli kuorum yang minimumnya 10 orang untuk sebuah sembahyang berjemaah dilaksanakan.

Selepas kematian, mereka akan berkabung selama seminggu di mana mereka akan membacakanKaddish. Agama dan perkauman saling kait mengait dalam masyarakat Yahudi. Misalnya pengambilanriba adalah berdosa sesama kaum Yahudi tetapi adalah dibenarkan dengan mereka yang bukan Yahudi.

Yahudi memanggilYHWH dengan namaHaShem yang bermaksud The Name kerana nama YHWH adalah suci dan terlarang daripada disebut atau ditulis. Ketika mereka beribadat, berdoa dan juga membaca kitab, nama YHWH dibaca sebagaiAdonai yang berertiTuhan atauLord.

Mazhab
Falsafah
Teks keagamaan
Kepimpinan
Kehidupan dan budaya
Peranan dan tempat
Rencana keagamaan
Agama lain
Bahasa
Sejarah
Politik
Antisemitisme
Diambil daripada "https://ms.wikipedia.org/w/index.php?title=Agama_Yahudi&oldid=6381812"
Kategori:

[8]ページ先頭

©2009-2025 Movatter.jp