Jonathan Kolia "Jon" Favreau[1] (/ˈfævroʊ/; lahir 19 Oktober 1966) merupakan seorang pelakon, pengarah dan penerbit Amerika Syarikat. Sebagai pelakon, beliau terkenal dengan peranannya dalam filem sepertiRudy (1993),Swingers (1996) (yang beliau juga menulis),Very Bad Things (1998),The Break-Up (2006),Couples Retreat (2009), danChef (2014) (yang beliau juga mengarah). Beliau juga mengarahkan filemElf (2003),Zathura: A Space Adventure (2005),Iron Man (2008),Iron Man 2 (2010),Cowboys & Aliens (2011), danThe Jungle Book (2016), dan berkhidmat sebagai penerbit eksekutif filemThe Avengers (2012),Iron Man 3 (2013), danAvengers: Age of Ultron (2015). Favreau juga memengang watak Happy Hogan dalamMarvel Cinematic Universe dan Pete Becker dalam musim ketiga sitkomFriends. Beliau menerbitkan filem di bawah syarikat penerbitannya, Fairview Entertainment. Syarikat itu telah dikreditkan sebagai penerbit bersama untuk kebanyakan kerjasama arahan Favreau.
Favreau berkahwin dengan ahli fizik Joya Tillem pada 24 November 2000. Pasangan ini mempunyai tiga anak: seorang anak lelaki, Max, dilahirkan pada 25 Julai 2001, dan dua anak perempuan Madeleine, lahir April 2003, dan Brighton Rose, lahir Ogos 2006. Tillem ialah anak saudara peguam dan pengacara Len Tillem.[2]
Favreau mengkreditkan permainanDungeons & Dragons yang berperanan dengan memberikannya "... latar belakang yang sangat kuat dalam imaginasi, bercerita, memahami bagaimana membuat nada dan rasa keseimbangan."[3]