Movatterモバイル変換


[0]ホーム

URL:


Pergi ke kandungan
WikipediaEnsiklopedia Bebas
Cari

Johor Darul Ta'zim F.C.

Rencana pilihan
Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.

Johor Darul Ta'zim FC
Nama penuhJohor Darul Ta'zim Football Club
GelaranHarimau Selatan
Nama pendekJDT
Diasaskan2020; 5 tahun yang lalu (2020) (KBPKENJ)
2021; 4 tahun yang lalu (2021) (KB Johor)
2013; 12 tahun yang lalu (2013) (Johor Darul Ta'zim FC)
StadiumStadium Sultan Ibrahim,Iskandar Puteri,Johor
(Kapasiti: 40,000)
PemilikEmiriah Arab BersatuRoyal Football Fund (30%)
JohorTunku Ismail Sultan Ibrahim (70%)[1]
PresidenJohorTunku Aminah Maimunah Iskandariah
PengurusVenezuelaHéctor Bidoglio
LigaLiga Super Malaysia
2024–25(Gelaran ke-10)
Tapak sesawangLaman kelab
Warna tuan rumah
Warna tempat lawan

Johor Darul Ta'zim Football Club[2] atau ringkasnya JDT ialah sebuah kelabbola sepak profesional yang berpusat di Johor BahruJohor, Malaysia. Kelab ini diasaskan pada 1972 sebagai PKENJ FC dan kini bersaing di divisyen teratas bola sepak Malaysia,Liga Super Malaysia. Kelab ini dimiliki olehTunku Ismail Sultan Ibrahim.[3] Pada 2014, JDT memperoleh penghormatan besar pertama mereka dengan memenangi liga kebangsaan pada musim pertama di bawah pengurusCroatiaBojan Hodak. Di bawah bimbinganMario Gómez dariArgentina, mereka memenangiPiala AFC 2015 danLiga Super 2015. Dengan memenangi Piala AFC, JDT menjadi pasukan Malaysia kedua sejak 1967 yang memasuki perlawanan akhir pertandingan utama peringkat benua, dan kelab Malaysia yang pertama memenangi kejohanan benua. Antara 2014 dan 2021, JDT memenangi lapan kejuaraan liga berturut-turut. Sebelum pencapaian ini, tiada pasukan Malaysia pernah memenangi kejohanan liga lebih daripada dua kali berturut-turut sejak sistem liga mula diperkenalkan di Malaysia pada 1979.

Sejak 2012, Johor Darul Ta'zim FC dikenali dengan nama panggilan baharu mereka, Harimau Selatan menggantikan nama panggilan lama Sang Lebah (Johor FC). Nama jolokan baharu itu adalah berdasarkan lambang Majlis Negeri Johor. Padang tuan rumah pasukan ialahStadium Sultan Ibrahim berkapasiti 40,000 orang. Sejak 2013, kelab itu telah membina saingan sengit denganSri Pahang FC dan Kedah Darul Aman FC.

Sejarah

[sunting |sunting sumber]

Dasawarsa Awal Johor FC (1996–2011)

[sunting |sunting sumber]

JDT pertama kali ditubuhkan pada tahun 1972 dengan nama yang berbeza iakni PKENJ FC. Selepas memenangiPiala FAM Malaysia dua kali,Johor Corporation (perbadanan yang dibiayai oleh kerajaan negeri) memutuskan untuk mengambil alih kelab itu pada 1996 dan menukar namanya kepada Kelab Bola Sepak Johor (Johor FC). Kelab ini menjadi naib johan di musim 1996.

Pada tahun 1998, Johor FC mendapat promosyen ke liga bola sepak Malaysia peringkat kedua, Liga Perdana 2 dan memenangi gelaran pada tahun 2001 yang membuat kelab ini mendapat promosyen ke pucuk liga iakni divisyen Liga Perdana 1.[4] Selepas dua tahun di bahagian teratas, Johor FC telah direlegasyenkan ke divisyen kedua baharu,Liga Perdana Malaysia selepas gagal mempertahankan posisi mereka di bagan peringkatan. 3 tahun kemudian, kelab ini memperoleh kenaikan secara automatik ke Liga Super Malaysia pada musim 2006–07 selepas keputusan dariPersatuan Bola Sepak Malaysia untuk mengembangkan liga dari 14 kelab dan kelab-kelab itu merupakan penyudah 5 teratas langganan dalam liga. Johor FC adalah kelab pertama dalam sistem liga bola sepak Malaysia yang memasukiPiala Malaysia pada tahun 2000 di bawah pengurus Inggeris Bruce Stowell . Kejohanan Malaysia sebelum ini didominasikan kelab yang berpenjakan dari negeri dan dengan menewaskanATM secara agregat dalam pusingan kedua kelayakan kumpulan, Johor FC juga merekodkan satu lagi kegemilangan dalam pertandingan itu. Kelab itu juga menyertaiPiala AFC pada 2009 bagi menggantikanNegeri Sembilan. Meski sebenarnya Kelab dari Negeri Sembilan layak, mereka memilih untuk berundur dan Johor pun maju untuk pertandingan AFC musim itu.[5]

Penukaran Nama Baharu, Johor Darul Ta'zim (2013–sekarang)

[sunting |sunting sumber]

Bermula dari tarikh 2 Februari 2012, bekas pemain bola sepak antarabangsa Singapura,Fandi Ahmad memulakan kontrak tiga tahunnya dengan Johor FA berkhidmat sebagai penasihat teknikal dalam kelab itu.[6] Kemudian pada tahun itu juga, Fandi mengambil alih peranan sebagai ketua jurulatih pasukan. Pasukan itu akhirnya menduduki tempat keempat pada musimLiga Perdana Malaysia 2012 .

Tunku Ismail secara rasmi dilantik sebagai Presiden Johor FA (PBNJ) yang baharu dalam kongres persatuan yang diasaskan bertarikh 16 Februari 2012. Semasa musyawarah itu, sang jurulatih kelan mula-mula mengemukakan cadangan untuk merombak keseluruhan struktur dan aktiviti bola sepak Johor FC. Sebahagian daripada rancangan itu adalah untuk menyatukan pasukan bola sepaknya menjadi wakil tunggal yang bersaing dalamLiga Malaysia .[7]

Sepanjang musim ini, terdapat beberapa dakwaan negatif tentangpenetapan perlawanan (match fixing) yang melibatkan pemain dari pasukan yang berpangkalan diJohor.[8][9] Pada penghujung musim 2012, bola sepak Johor berada dalam keadaan yang daif dan terseok-seok. Pasukan yang berpangkalan di Johor menunjukkan prestasi yang kurang baik dalam perlawanan Liga Malaysia.Johor FC hampir-hampir tidak mampu mengelak dari relegasyen dalam Liga Super Malaysia, manakala kelab lain yang berpangkalan di Johor seperti  –Johor FA,Johor Bahru City FC, andMP Muar FC – berjaya serta bersaing memperebutkan peringkat pertama di Liga Perdana Malaysia.[10] Hanya beberapa bulan selepas Tunku Ismail Sultan Ibrahim mengambil alih jawatan presiden Johor FA, satu rombakan strategik yang berani dalam Johor FA (PBNJ) telah dimulakan.

Langkah itu adalah untuk menjajarkan semula dan menyatukan pasukan bola sepak dan kelab yang mewakili Johor. Ia menyaksikan kedua-dua pasukan, Johor FC dan Johor FA diletakkan di bawah pengurusan tunggal bagi memastikan kestabilan kedua-dua pasukan. Semua kelab yang berpangkalan di Johor kecuali Johor FC dan Johor FA telah ditarik balik daripada Liga Malaysia. Kedua-dua pasukan telah dikembalikan semula dengan nama yang sama dan diletakkan dalam susunan berangka.[11][12] Pada Disember 2012,FAM mengumumkan bahawa mereka telah menerima permohonan izin bagi pertukaran nama kelab menjadiDarul Ta'zim FC untuk musim 2013 yang akan datang.[13] Pasukan itu kemudiannya dinamakan sebagaiKelab Bola Sepak Johor Darul Ta'zim .

Secara rasmi, 2013 adalah tahun pertama di manaHarimau Selatan membuat penampilan sulungnya di bawah inisiatif transformasi baharu.Stadium Larkin yang telah diubah suai sepenuhnya telah dibuat untuk menempatkan lebih ramai peminat. Dengan pengenalan pas musim, ia membenarkan peminat masuk ke semua perlawanan kompetitif untuk keseluruhan musim. Pada awal musim 2013,Fandi Ahmad dilantik sebagai ketua jurulatih pasukan dalam Liga Super Malaysia, manakala pasukan Liga Perdana Malaysia dikendalikan oleh bekas pemain antarabangsa dan Johor, Azmi Mohamed, dengan bantuan rakan senegaraIsmail. Ibrahim .[11] Sebelum permulaan musim, Johor menandatangani bekas pemain antarabangsa SepanyolDani Güiza dan pemain tengah Itali Simone Del Nero . Bagaimanapun, kedua-duanya pergi pada pertengahan musim. JDT berjaya mara ke finalPiala FA Malaysia 2013 menerusiperaturan gol di tempat lawan, menewaskanPahang FA .[14][15] Dalam perlawanan akhir, JDT tewas 1–0 kepadaKelantan FA .[16]

Pada pertengahan musim 2013, Fandi Ahmad telah dilepaskan daripada tugas kejurulatihannya, tetapi akan kekal sebagai pengurus pasukan.[17][18] Azmi Mohamed menjadi jurulatih JDT secara sementara sementara menunggu ketibaan ketua jurulatih baharu.[19][20] Pada musim pertama selepas transformasi kelab, JDT berjaya menduduki tempat ketiga dalamLiga Super Malaysia 2013 .[21][22] Kemudian, hanya sehari sebelumPiala Malaysia 2013 bermula, Fandi Ahmad meletakkan jawatan sebagai pengurus pasukan dan berpisah dengan Johor FA secara baik.[23] Dengan motivasi untuk menghidupkan semula zaman kegemilangan masa lalu ke masa depan, JDT melantik bekas pengurus dari KelanValencia danAtlético Madrid , Cesar Ferrando Jimenez sebagai ketua jurulatih baharu kelab itu.[24][25]

Pada Februari 2014,Bojan Hodak dilantik sebagai pengurus pasukan untuk membantu Cesar Jimenez dalam tugas pengurusan kelab.[26][27] Pada tarikh 26 Jun 2014, 4 bulan setelah jawatan jurulatih dipegang Jimenez, JDT berjaya dalam kejohanan liga kebangsaan pertama mereka dengan menewaskanSarawak FA 1–0.[28][29] Dalam kempenPiala Malaysia 2014, JDT berjaya mara ke final buat kali pertama dalam tempoh 23 tahun, mencontohi bekas Johor FA yang memenangi kejuaraan berganda (kemenangan liga dan Piala Malaysia) kelab itu digelar sebagai "Heavyweight Fighter". Perlawan kelab yang begitu dinanti-nantikan ialah antara JDT (juara liga) vsPahang (juara Piala FA Malaysia).[30] JDT tewas 5–3 dikalahkan lawannya dalampenentuan sepakan penalti .[31]

Pada 31 Januari 2015, JDT beraksi dalamPiala Sumbangsih buat pertama kali dalam sejarah kelab, melayakkan diri ke pertandingan itu sebagai juara Malaysia 2014. Mereka menewaskan Pahang 2–0 untuk memenangi piala.[32][33] Kelab ini muncul secara mengejutkan diPiala AFC pada tarikh 24 Februari 2015 dengan kemenangan 4–1 atas East Bengal FC dalam perlawanan pertama peringkat kumpulan.[34][35] Pada akhir April 2015, ketua jurulatih Bojan Hodak meninggalkan kelab dan digantikan olehRoberto Carlos Mario Gómez .[36] Sebagai ketua jurulatih baharu, beliau turut diberi kuasa untuk merombak program pembangunan belia di JDT khususnya skuad pembangunannya daripadaJDT II kepada JDT V.[37]

Pada 12 Julai 2015, satu pengumuman telah dibuat bahawa Tunku Ismail Ibni Sultan Ibrahim meninggalkan jawatannya sebagai presiden Johor FA; sebaliknya, beliau akan tetap berkhidmat atas kapasitinya sebagai Penaung Diraja Johor FA. Dato' Haji Ismail bin Karim, Setiausaha Kerajaan Negeri Johor, dilantik sebagai penggantinya berkuat kuasa serta-merta.[38] Pada Ogos 2015, JDT mempertahankan kejuaraan Liga Super Malaysia, menjadi juara kebangsaan untuk tahun kedua berturut-turut.[39] Pada 31 Oktober 2015, JDT menjadi kelab Malaysia pertama mara ke perlawan akhir Piala AFC. Padapertandingan itu yang diadakan diDushanbe, Tajikistan, JDT mampu menewaskan pasukan tuan rumahFC Istiklol 1–0 dengan gol yang dijaringkan olehLeandro Velazquez. JDT pun merekodkan diri sebagai kelab pertama di Serantau Asia Tenggara yang mampu memenangi kejuaraan benua.[40][41][42]

Padapembukaan musim 2016, JDT mengetepikanSelangor dalam kemenangan penentuan sepakan penalti 7–6, berjaya mempertahankan kejuaraan Piala Sumbangsih.[43] Pada musim yang sama pula, JDT merangkul kejuaraan Piala FA Malaysia buat pertama kalinya selepas mencatat kemenangan semula 2–1 ke atasPKNS FC. Ini adalah kali pertama kelab menjulang piala itu sejak penubuhannya pada tahun 1990.[44][45] JDT memperoleh kejuaraan liga ketiga berturut-turut pada Hari Perlawanan 20musim 2016 dengan kemenangan 3–0 ke atasTerengganu .[46] Kelab itu menjadi kelab pertama yang sanggi0 memenangi tiga kejuaraan liga berturut-turut - satu pencapaian yang tidak pernah dicapai sebelum ini oleh mana-mana kelab sejak penubuhan kejuaraan liga kebangsaan pada 1982.

Pada musim 2016 juga, JDT berjaya menamatkan liga tanpa kalah, sekaligus menjadi kelab pertama di Malaysia yang melakukannya.[47][48]

Pada 18 Januari 2017, JDT mengumumkan bahawa mereka telah berpisah dengan Mario Gómez hampir dua hari sebelum pembukaan musim.[49][50] Kelab itu menaikkan pangkat MexicoBenjamín Mora daripada JDT II untuk melatih skuad untuk musim 2017.[51][52] Pada 21 Januari 2017, walaupun mendahului 1–0 pada separuh masa, JDT tak mampu mempertahankan Piala Sumbangsih bagi yang ketiga kaliselepas tewas 5–4 dalam penentuan sepakan penalti kepada Kedah.[53] Dalamplay-off kelayakan Liga Juara-Juara AFC 2017, JDT mara ke pusingan play-off buat kali pertama dalam sejarah mereka, selepas menyingkirkan Bangkok United pada pusingan awal kedua selepas penalti.[54][55] Dalam pusingan play-off, JDT tewas 3–0 kepada pasukan Jepun,Gamba Osaka .[56][57] Susulan daripada itu,Perak menewaskan JDT 2–1 dan menamatkan rekod tanpa kalah kelab itu dalam 26 perlawanan liga sejak perlawanan pembukaan musim 2016.[58]

Semasa rehat pertengahan musim 2017, JDT menurunkan semula Mora ke kedudukan sebelumnya sebagai ketua jurulatih pasukan kedua.[59][60] Kelab itu melantik Portugis Ulisses Morais sebagai pengurus baharu skuad utama.[61][62] Morais mengetuai pasukan itu merangkul kejuaraan liga keempat berturut-turut; dengan JDT disahkan telah merangkul kejuaraan Liga Super 2017 pada 5 Ogos 2017 dengan baki tiga perlawanan.[63]

Semasa Kongres JDT yang diadakan pada awal Oktober 2017, Tunku Ismail telah membuat beberapa langkah besar di negeri Johor. Semua persatuan bola sepak berasaskan kaum di negeri ini dibubarkan. Bagaimanapun pasukan-pasukan ini akan dibenarkan untuk terus menyertai sebagai kelab bola sepak dalam pertandingan negeri. Bagi kelab, penstrukturan semula besar-besaran organisasi telah dibuat untuk memastikan kejayaan masa depan di luar dan di padang. Antaranya ialah pelantikan Martín Hugo Perst sebagai Pengarah Sukan baharu, manakala Pengarah Sukan sebelumnya, Alistair Edwards telah ditugaskan semula sebagai Pengarah Teknikal kelab, bertanggungjawab ke atas semua pasukan pembangunan termasuk JDT II, dengan pasukan itu bermain dalam Liga Perdana Malaysia sebagai pasukan pembangunan dan bukannya kelab pengumpan.[64][65][66][67]

Selepas melengkapkan perlawanan liga pada penghujung Oktober 2017, JDT bertanding di final Piala Malaysia menentang Kedah, pemenangPiala FA Malaysia 2017, yang mereka temui pada awal musim pembukaan pada Januari. Beraksi di hadapan 80,000 penyokong diStadium Shah Alam, JDT merampas gelaran daripada "Helang Merah" dengan kemenangan 2–0 dan meraih dua gol pada musim 2017.[68][69]

Pada 2018, JDT tersingkir pada suku akhirPiala FA Malaysia 2018 selepas tewas kepada Pahang dengan agregat 3–0.[70] JDT juga gagalmempertahankan kejuaraan Piala Malaysia, tewas kepadaTerengganu pada separuh akhir. Pada musim yang sama, Johor memenangi kejuaraan liga kelima berturut-turut.[71]

Perubahan Nama

[sunting |sunting sumber]
  • 19721996 : Kelab Bola sepak Perbadanan Kemajuan Ekonomi Negeri Johor FC (KB PKENJ)
  • 19962012 : Kelab Bola sepak Johor (KB Johor)
  • 20122013 : Kelab Bola sepak Darul Ta'zim (KB Darul Ta'zim)
  • 2013–kini : Kelab Bola sepak Johor Darul Ta'zim (KB Johor Darul Ta'zim)

Warna Jersi dan Logo Pasukan

[sunting |sunting sumber]

Jersi

[sunting |sunting sumber]
Team coloursTeam coloursTeam colours
Team colours
Team colours
Rumah 1996-2012
Team coloursTeam coloursTeam colours
Team colours
Team colours
Rumah 2013
Team coloursTeam coloursTeam colours
Team colours
Team colours
Rumah 2nd 2013
Team coloursTeam coloursTeam colours
Team colours
Team colours
Pelawat 2013
Team coloursTeam coloursTeam colours
Team colours
Team colours
Pelawat 2nd 2013
Team coloursTeam coloursTeam colours
Team colours
Team colours
Ke-3 2012-2013
Team coloursTeam coloursTeam colours
Team colours
Team colours
Rumah 2014
Team coloursTeam coloursTeam colours
Team colours
Team colours
Pelawat 2014
Team coloursTeam coloursTeam colours
Team colours
Team colours
Ke-3 2014
Team coloursTeam coloursTeam colours
Team colours
Team colours
Rumah 2016
Team coloursTeam coloursTeam colours
Team colours
Team colours
Pelawat 2016

Logo

[sunting |sunting sumber]
  • PKENJ FC 1972–1996
    PKENJ FC 1972–1996
  • Johor FC 1996–2012
    Johor FC 1996–2012
  • Johor Darul Ta'zim FC 2013. Ditukar kerana logo harimaunya sama seperti logo pasukan bola sepak peraturan Australia Richmond FC.
    Johor Darul Ta'zim FC 2013. Ditukar kerana logo harimaunya sama seperti logo pasukan bola sepak peraturan Australia Richmond FC.
  • Johor Darul Ta'zim FC 2014–kini
    Johor Darul Ta'zim FC 2014–kini

Stadium

[sunting |sunting sumber]

Stadium Tan Sri Dato' Hj. Hassan Yunos

[sunting |sunting sumber]
Stadium Larkin
Rencana utama:Stadium Tan Sri Dato Haji Hassan Yunos

Stadium Tan Sri Dato' Hj. Hassan Yunos atau juga dikenali sebagaiStadium Larkin, ialah sebuah stadium pelbagai guna yang terletak diLarkin,Johor Bahru,Malaysia. Stadium yang mula dibina pada 1964 mampu menampung kapasiti 15,000 orang sebelum diubahsuai pada 1991 menjadi kapasiti 30,000 orang penonton. Ia dinamakan sempena mengenang jasa bekas Menteri Besar Johor,Tan Sri Dato' Hj. Hassan Yunos.[72]

Stadium Tan Sri Dato' Hj. Hassan Yunos memiliki keupayaan 30,000 penonton dengan 8,000 tempat duduk.[73]

Bermula era baru penamaanJohor Darul Ta'zim FC yang diterajui oleh Tengku Mahkota Johor iaituTunku Ismail Ibni Sultan Ibrahim dan dinaikkan keLiga Super, peminat sudah mula menyokong dan membanjiri stadium setiap kali perlawanan yang diadakan. Penyokong ekstrim yang menggelarkan diri mereka sebagaiBoys Of Straits (B.O.S.) mula mengorak langkah dan membawa gerakan Ultras disetiap perlawanan melibatkan pasukan Johor Darul Ta'zim FC.

Stadium Sultan Ibrahim

[sunting |sunting sumber]
Rencana utama:Stadium Sultan Ibrahim

Stadium Sultan Ibrahim merupakan stadium bola sepak di Iskandar Puteri, Johor, Malaysia. Ia dinamakan sempena penghormatan Sultan negeri Johor Darul Takzim iaitu Sultan Ibrahim Ibni Almarhum Sultan Iskandar.

Stadium baru ini akan menjadi gelanggang rasmi pasukan Johor Darul Ta'zim FC untuk saingan Liga Super Malaysia bermula tahun 2020, stadium ini menggantikan Stadium Larkin yang telah menempatkan pasukan semasa dan pasukan bola sepak Johor sebelumnya sejak tahun 1964. Jumlah kos pembinaan dianggarkan sebanyak RM 200 juta. Stadium ini mempunyai kapasiti untuk 40,000 penonton dan dibuka pada 22 Februari 2020.

Penajaan

[sunting |sunting sumber]
TempohPengeluar KitPenaja
2013ItaliKappaMalaysia Johor Corporation
2014–2015Amerika SyarikatNikeMalaysiaCountry GardenDiarkibkan 2016-07-28 diWayback Machine
MalaysiaJohor Corporation
2016-JermanAdidas
MalaysiaFastrack Iskandar Sdn. Bhd.
IndonesiaSalim Group
UNICEF

Pasukan

[sunting |sunting sumber]

Pasukan utama

[sunting |sunting sumber]

[74]Nota: Bendera menunjukkan pasukan kebangsaan seperti yang ditakrifkan di bawahperaturan kelayakan FIFA. Pemain boleh memegang lebih daripada satu kewarganegaraan bukan FIFA.

No.Pos.NegaraPemain
1GKMalaysiaFarizal Marlias
2DFMalaysiaMatthew Davies
3DFMalaysiaShahrul Saad
4MFMalaysiaAfiq Fazail
5DFIndonesiaJordi Amat(Kapten)
6MFMalaysiaHong Wan
8MFMalaysiaSafiq Rahim
9FWBrazilBergson
10MFPortugalFrancisco Geraldes
11FWBrazilMurilo Henrique
13FWMalaysiaMohamadou Sumareh
14DFAustraliaShane Lowry
15DFMalaysiaFeroz Baharudin
16GKMalaysiaSyihan Hazmi
17FWMalaysiaRamadhan Saifullah
19FWMalaysiaRomel Morales
No.Pos.NegaraPemain
20MFSepanyolJuan Muñiz
21MFMalaysiaNazmi Faiz
22DFMalaysiaLa'Vere Corbin-Ong
23MFMalaysiaEndrick
24DFFilipinaOscar Arribas
27FWItaliNicolao Dumitru
29GKMalaysiaIzham Tarmizi
30MFSepanyolNatxo Insa
37FWBrazilHeberty
42FWMalaysiaArif Aiman Hanapi
81FWMalaysiaDaryl Sham
91DFMalaysiaSyahmi Safari

Sedang dipinjam

[sunting |sunting sumber]

Nota: Bendera menunjukkan pasukan kebangsaan seperti yang ditakrifkan di bawahperaturan kelayakan FIFA. Pemain boleh memegang lebih daripada satu kewarganegaraan bukan FIFA.

No.Pos.NegaraPemain
GKMalaysiaHaziq Nadzli(kePerak)
DFMalaysiaAzam Azmi(keTerengganu FC)
FWMalaysiaSafawi Rasid(keTerengganu FC)
FWMalaysiaAkhyar Rashid(keTerengganu FC)
MFMalaysiaSyamer Kutty Abba(kePulau Pinang)
No.Pos.NegaraPemain
FWMalaysiaSyafiq Ahmad(keKedah Darul Aman F.C.)
DFMalaysiaDeclan Lambert(keKuala Lumpur City F.C.)
FWArgentinaManuel Hidalgo(keSri Pahang)

Anugrah Individu Pemain

[sunting |sunting sumber]

Pemenang Kasut Emas Liga Malaysia

[sunting |sunting sumber]
SeasonPlayerGoals
2016ArgentinaJorge Pereyra Díaz[75]18
2017LubnanMohammed Ghaddar[76]23
2022BrazilBergson[77]29

Pegawai Kejurulatihan Pasukan

[sunting |sunting sumber]
JawatanNama
Penaung DirajaJohorTunku Ismail Sultan Ibrahim
PresidenJohorTunku Aminah Maimunah Iskandariah
Pengarah BolasepakAustraliaAlistair Edwards
Pengarah PemasaranPerancisRomain Biesse
Pengarah SukanArgentinaMartin Hugo Prest
Pengurus & JurulatihMexicoHector Bidoglio
Penolong JurulatihMalaysiaMohd Hamzani Omar
SepanyolJorge Alvarez
Jurulatih Penjaga GolSepanyol Orkatz Martin Egana
MalaysiaAziz Kifah
FisioterapiPortugal Pedro Miguel Silva Do Vale
Saintis SukanCyprus Constantinos Rostantis
Pegawai PeneranganMalaysia Nor Asniera Jasni
Pelatih SukanMalaysia Fariq Mohamed Yusof
MasseurMalaysia Mohamad Rafienudeen Ramlee
KitmanMalaysia Jaafar Abdul Manaf
Malaysia A Aziz Hamid
Pegawai SekuritiMalaysia Farouk Yahya
Malaysia Ismail Shawal
Doktor PasukanMalaysia Dr. Abdul Razak Ahmad
Pegawai PentadbiranMalaysia Kelly Sathiraj Kalimuthu
Penganalisis PasukanMalaysia Amar Nadzif Othman
Pengurus PembangunanMalaysia K Sukumaran
Ketua Pembangunan BeliaMalaysiaWan Jamak Wan Hassan[78]

Senarai pengurus pasukan

[sunting |sunting sumber]
TahunPengurus
1999 – 2005MalaysiaOthman Odanu
2006 – 2011MalaysiaMohd Faizal Abdullah
2012MalaysiaWan Nizam Wan Omar
2013SingapuraFandi Ahmad
2013Malaysia Azmi Mohamad *(Pemangku)
2013 – 2014SepanyolCesar Ferrando Jimenez
2014 – April 2015CroatiaBojan Hodak
Mei 2015 – Januari 2017ArgentinaMario Gómez
Januari 2017 – Jun 2017MexicoBenjamin Mora
Jun 2017 – Feb 2018PortugalUlisses Morais
Februari 2018 – Ogos 2018ArgentinaRaul Longdhi *(Pemangku)
Ogos 2018 – Oktober 2020ArgentinaLuciano Figueroa
Oktober 2020 - Julai 2022Mexico Benjamin Mora
28 Julai 2022 - 1 Disember 2022VenezuelaHéctor Bidoglio
1 Disember 2022 - KiniArgentinaEsteban Solari

Senarai jurulatih pasukan

[sunting |sunting sumber]
TahunJurulatih
10 Ogos 2018 – 27 Julai 2022Mexico Benjamin Mora
9 Ogos 2018 – 10 Ogos 2018ArgentinaLuciano Figueroa
26 Februari 2018 – 9 Ogos 2018ArgentinaRaul Longdhi* (juga Pemangku Pengurus)
19 Jun 2017 – 25 Februari 2018PortugalUlisses Morais
18 Januari 2017 – 18 Jun 2017MexicoBenjamin Mora* (juga Pemangku Pengurus)
26 April 2015 – 18 Januari 2017ArgentinaMario Gomez
25 Februari 2014 – 25 April 2015CroatiaBojan Hodak
21 Ogos 2013 – 25 Februari 2014SepanyolCesar Ferrando Jimenez
30 Julai 2013 – 21 Ogos 2013MalaysiaAzmi Mohamad* (juga Pemangku Pengurus)
3 Februari 2012 – 30 Julai 2013SingapuraFandi Ahmad
2012MalaysiaSazali Saidon
Januari – April 2012MalaysiaK.Devan
2011MalaysiaAzuan Zain
2005 – 2010MalaysiaRamlan Rashid
2005AustraliaRaul Carrizo
2000 – 2001EnglandBruce Stowell
1999AustraliaRon Smith

Rekod Kelab

[sunting |sunting sumber]

Domestik

[sunting |sunting sumber]

Nota *P = Perlawanan,M = Menang,S = Seri,K = Kalah,J = Jaringan,B = Bolos,Mt= Mata,Pos = Posisi

      Juara      Naib-juara      ke-3      Promosi      Tersingkir      Tiada perlawanan (Covid-19)

MusimLigaPiala
DivisyenPMSKJBMtPosSumbangsihMalaysiaFA
1998Perdana 214446192416ke-5 — —Pusingan 2
1999Perdana 21895[a]4241733ke-3 — —Pusingan 1
2000Perdana 218567161821ke-7 —Suku-akhirPusingan 2
2001Perdana 2221453422047Juara —Peringkat kumpulanSuku-akhir
2002Perdana 1261259372741ke-6 —Peringkat kumpulanPusingan 2
2003Perdana 12410410423234ke-7 —Peringkat kumpulanSuku-akhir
2004Liga Premier241455432547ke-3 —Peringkat kumpulanSuku-akhir
2005Liga Premier211065271636ke-4 —Peringkat kumpulanPusingan 1
2005–06Liga Premier21984382735ke-3 —Peringkat kumpulanPusingan 1
2006–07Liga Super241167352639ke-6 —Peringkat kumpulanPusingan 2
2007–08Liga Super241446402746ke-3 —Separuh-akhirPusingan 1
2009Liga Super261538532748ke-4 —Suku-akhirPusingan 1
2010Liga Super261349442943ke-4 —Separuh-akhirPusingan 1
2011Liga Super268108262834ke-7 —Peringkat kumpulanPusingan 2
2012Liga Super2610511293135ke-9 —Suku-akhirSuku-akhir
2013Liga Super221174322640ke-3 —Suku-akhirNaib-juara
2014Liga Super221354392244Juara —Naib-juaraSeparuh-akhir
2015Liga Super221444361846JuaraJuaraSuku-akhirPusingan 1
2016Liga Super221840561458JuaraJuaraPeringkat kumpulanJuara
2017Liga Super221543501949JuaraNaib-juaraJuaraSuku-akhir
2018Liga Super22192147959JuaraJuaraSeparuh-akhirSuku-akhir
2019Liga Super221651491953JuaraJuaraJuaraPusingan 3
2020Liga Super Malaysia1192033829JuaraJuaraTiada perlawanan (COVID-19)Tiada perlawanan (COVID-19)
2021Liga Super Malaysia22183150957JuaraJuaraNaib-juaraTiada perlawanan (COVID-19)
2022Liga Super Malaysia221750611256JuaraJuaraJuaraJuara
2023Liga Super Malaysia12120049136TBDJuaraTBDTBD

Source:[79][80]

  1. ^Sepakan penalti untuk tambahan mata jika perlawanan berakhir dengan keputusan Seri. Pasukan ini menang 1 kali dan tewas 4 kali dalam sepakan penalti.

Asia

[sunting |sunting sumber]

Semua keputusan (tempat sendiri dan lawan) senaraikan jaringan pasukanJDT dahulu.

MusimKejohananPusinganKelabTempat sendiriTempat lawanAgregat
1996–97Kejohanan Kelab AsiaPusingan 1VietnamCông an Thành phố Hồ Chí Minh1–1 (s.m.t.)1–02–1
Pusingan 2JepunYokohama Marinos1–10–21–3
2009Piala AFCKumpulan FMaldivesVB Sports Club0–00–2ke-4
IndonesiaPSMS Medan0–11–3
Hong KongSouth China1–40–2
2015Liga Juara-Juara AFCPeringkat Awal Pusingan 1IndiaBengaluru FC2–1 (s.m.t.)
Peringkat Awal Pusingan 2ThailandBangkok Glass0–3
Piala AFCKumpualan FIndiaEast Bengal4–11–01
SingapuraBalestier Khalsa3–01–0
Hong KongKitchee2–00–2
Pusingan 16MyanmarAyeyawady United5–0
Suku-akhirHong KongSouth China1–13–14–2
Separuh-akhirKuwaitAl-QadsiaDibatalkan1–3JDT layak
AkhirTajikistanIstiklol1–0Juara
2016Liga Juara-Juara AFCPeringkat Awal Pusingan 2ThailandMuangthong United0–0 (s.m.t.)
(0–3 p)
Piala AFCKumpulan HMyanmarAyeyawady United8–12–11
IndiaBengaluru FC3–01–0
LaosLao Toyota3–04–1
Pusingan 16FilipinaKaya7–2
Suku-akhirHong KongSouth China2–11–13–2
Separuh-akhirIndiaBengaluru FC1–11–32–4
2017Liga Juara-Juara AFCPeringkat Awal Pusingan 2ThailandBangkok United1–1 (s.m.t.)
(5–4 p)
Peringkat KelayakanJepunGamba Osaka0–3
Piala AFCKumpulan FKembojaBoeung Ket Angkor3–03–0ke-2
MyanmarMagwe3–11–1
FilipinaGlobal Cebu4–02–3
Separuh-akhir Zon ASIANFilipinaCeres Negros3–21–24–4 (gol tempat lawan)
2018Liga Juara-Juara AFCPeringkat Awal Pusingan 2ThailandMuangthong United2–5
Piala AFCKumpulan HIndonesiaPersija Jakarta3–00–4ke-3
VietnamSông Lam Nghệ An3–20–2
SingapuraTampines Rovers2–10–0
2019Liga Juara-Juara AFCKumpulan EJepunKashima Antlers1–01–2ke-4
Korea SelatanGyeongnam FC1–10–2
Republik Rakyat ChinaShandong Luneng0–11–2
2020Liga Juara-Juara AFCKumpulan GJepunVissel Kobe1–5
Korea SelatanSuwon Samsung Bluewings2–1
Republik Rakyat ChinaGuangzhou Evergrande

Pencapaian di kejohanan AFC

[sunting |sunting sumber]
  • Liga Juara-Juara AFC: 6 penampilan
    2015: Peringkat awal Pusingan 2
    2016: Peringkat awal Pusingan 2
    2017: Peringkat kelayakan
    2018: Peringkat awal Pusingan 2
    2019: Peringkat kumpulan
    2020:Sedang berlangsung
  • Piala AFC: 5 penampilan
    2009: Peringkat kumpulan
    2015:Juara
    2016: Separuh-akhir
    2017: Separuh-akhir Zon ASIAN
    2018: Peringkat kumpulan

Pencapaian

[sunting |sunting sumber]

Era PKENJ

[sunting |sunting sumber]

Era Johor FC

[sunting |sunting sumber]
  • 1996 Naib JuaraPiala FAM
  • 1997 Juara Liga Perdana 2, Kelab pertama yang bermain dalamLiga Perdana
  • 1998 Tempat ke 5 dalam Liga Perdana 2 , Layak ke pusingan kedua Piala FA
  • 1999 Tempat ke 3 Liga Perdana 2 , Pusingan pertamaPiala FA
  • 2000 Tempat ke 3 dalam Liga Perdana 2, Pusingan pertamaPiala FA, Pasukan kelab pertama layak ke suku akhirPiala Malaysia
  • 2001 Juara Perdana 2 dan dinaikkan ke Liga Perdana 1, Layak ke suku akhirPiala FA
  • 2002 Menduduki tempat ke 6 dalam Liga Perdana 1, Layak ke pusingan kedua Piala FA
  • 2003 Menduduki tempat ke 7 dalam Liga Perdana 1, Layak ke suku akhir Piala FA dan Piala Malaysia
  • 2004 Menduduki tempat ke 3 dalamLiga Perdana Kump A, Menduduki tempat ke 4 Kumpulan D Piala Malaysia, Layak ke suku akhir *Piala FA
  • 2005 Menduduki tempat ke 3 dalamLiga Perdana Kumpulan B, Pusingan pertama Piala FA dan menduduki tempat ke 4 kumpulan CPiala Malaysia
  • 2005/06 Menduduki tempat ke 3 dalamLiga Perdana Kumpulan B, Pusingan pertama Piala FA dan menduduki tempat ke 4 kumpulan BPiala Malaysia. Layak keLiga Super 2006/07
  • 2008 Menduduki tempat ke 4 dalam Liga Super dan layak ke separuh akhir Piala Malaysia.
  • [perlu rujukan] bagi tahun 2009 hingga 2012

Era Johor Darul Ta'zim F. C.

[sunting |sunting sumber]
  • 2017 Separuh Akhir - Zon Asia Timur. Ditewaskan olehCeres Negros FC dengan agregat 4-4 mengikut peraturan kelebihan gol di tempat lawan.
  • 2017 Juara Liga Super Malaysia buat kali ke-4 berturut-turut dan Piala Malaysia buat kali pertama.
  • 2018 Juara Liga Super Malaysia buat kali ke-5 berturut-turut & Juara Piala Sumbangsih.
  • 2019 Juara Liga Super Malaysia 6 tahun berturut-turut, Juara Piala Sumbangsih dan Juara Piala Malaysia.
  • 2020 Juara Liga Super Malaysia 7 tahun berturut-turut Dan Juara Piala Sumbangsih.
  • 2021 Juara Liga Super Malaysia 8 tahun berturut-turut dan Juara Piala Sumbangsih.
  • 2022 Juara Piala Sumbangsih, Juara Liga Super Malaysia 9 tahun berturut-turut , Juara Piala FA dan Juara Piala Malaysia.
  • 2023 Juara Piala Sumbangsih, Juara Liga Super 10 tahun berturut-turut, Juara Piala FA dan Juara Piala Malaysia


Domestik

[sunting |sunting sumber]
KejohananJuaraNaib Juara
Divisyen 1 / Perdana 1 / Liga Super2014, 2015, 2016, 2017, 2018, 2019, 2020 , 2021 , 2022, 2023, 2024–25
Piala FA Malaysia2016, 2022, 2023, 20242013
Piala Malaysia2017, 2019, 2022, 20232014, 2021
Piala Sumbangsih Malaysia2015, 2016, 2018, 2019, 2020 ,2021, 2022, 2023, 20242017
Divisyen 2 / Perdana 2 / Liga Premier2001[83]
Divisyen 3 / Liga FAM1994,[84] 1995[84]1996

Asia

[sunting |sunting sumber]
KejohananJuaraNaib Juara
Liga Juara-Juara AFC
Piala AFC
2015[85]

Ranking

[sunting |sunting sumber]

Ranking Kelab AFC

[sunting |sunting sumber]
Sehingga 2 Julai 2017.[86]
Kedudukan Semasa Negara Pasukan
32Korea SelatanUlsan Hyundai F. C.
33Emiriah Arab BersatuAl Jazira
34MalaysiaJohor Darul Ta'zim
35JepunKashiwa Reysol
36Korea SelatanSeongnam Ilhwa Chunma

Ranking Kelab Dunia

[sunting |sunting sumber]
Sehingga 09 Januari 2016.[87]
Kedudukan Semasa Negara Pasukan
137ThailandBuriram United
152MalaysiaJohor Darul Ta'zim
153EnglandSouthampton
153ItaliAC Milan
Sehingga 17 Julai 2017[88]
Kedudukan Semasa (Mata) Negara Pasukan
892 (146.0)MalaysiaJohor Darul Ta'zim

Persatuan yang menyelia

[sunting |sunting sumber]

Kelab Gabungan

[sunting |sunting sumber]

Rujukan

[sunting |sunting sumber]
  1. ^"HRH Crown Prince Of Johor Becomes Owner Of Johor Darul Ta'zim Football Club". johorsoutherntigers.com. 9 January 2015. Diarkibkan daripadayang asal pada 2016-05-21. Dicapai pada2018-12-28.
  2. ^Darul Ta'zim FC nama baru Johor @ Johor FCDiarkibkan 2016-02-20 diWayback Machine, Sokernet, 5 Disember 2012
  3. ^"HRH Crown Prince Of Johor Becomes Owner Of Johor Darul Ta'zim Football Club" (dalam bahasa Inggeris). Johor Southern Tiger. 9 Januari 2015. Diarkibkan daripadayang asal pada 21 Mei 2016.
  4. ^"Malaysia – List of Second Level Champions".Rec.Sport.Soccer Statistics Foundation.Diarkibkan daripada yang asal pada 22 April 2021. Dicapai pada23 December 2012.
  5. ^"Afc cup 2009".Rec.Sport.Soccer Statistics Foundation.Diarkibkan daripada yang asal pada 27 July 2014. Dicapai pada26 July 2014.
  6. ^Lee, David (1 February 2012)."Fandi joins Johor FA as advisor".The New Paper (Singapore). Singapore Press Holdings Ltd. Diarkibkan daripadayang asal pada 22 October 2016. Dicapai pada18 September 2016.
  7. ^Ahmad Hidzir, Nor Azan Fitri (17 February 2012)."Johor cadang satu pasukan musim depan".Utusan Online. Utusan Melayu (M) Berhad.Diarkibkan daripada yang asal pada 19 September 2016. Dicapai pada19 September 2016.
  8. ^"Johor Football Club suspends six players".Asia One. Singapore Press Holdings Ltd . Co. 24 February 2012. Diarkibkan daripadayang asal pada 29 February 2012. Dicapai pada19 September 2016.
  9. ^Charles, Lourdes (22 March 2012)."'Bet woman' unmasked".The Star. The Star Media Group Bhd. m/s. 1. Diarkibkan daripadayang asal pada 20 September 2016. Dicapai pada19 September 2016.
  10. ^Lee, Seng-Foo (1 July 2015)."The rise of Johor Darul Ta'zim".FourFourTwo.com. Haymarket Media Group.Diarkibkan daripada yang asal pada 22 October 2016. Dicapai pada18 September 2016.
  11. ^abKumar, Prem (1 November 2012)."Johor FC drop 'FC' from their name for new season".Goal.com. Perform Media.Diarkibkan daripada yang asal pada 12 October 2016. Dicapai pada18 September 2016.Ralat petik: Tag<ref> tidak sah, nama ":02" digunakan secara berulang dengan kandungan yang berbeza
  12. ^"PBNJ urus Johor FC".Sinar Harian Online. Karangkraf Media Group. 31 October 2012.Diarkibkan daripada yang asal pada 11 October 2016. Dicapai pada18 September 2016.
  13. ^"Darul Takzim FC Nama Baru Johor dan Johor FC".Sokernet.com. Berita Bolasepak Malaysia. 5 December 2012.Diarkibkan daripada yang asal pada 20 February 2016. Dicapai pada18 September 2016.
  14. ^Afiq, Nik (17 June 2013)."TMJ promises JDT and Johor FA rewards".Goal.com. Perform Media.Diarkibkan daripada yang asal pada 12 October 2016. Dicapai pada20 September 2016.
  15. ^"Pahang – Johor Darul Takzim FA Cup semi-final second leg postponed".Goal.com. Perform Media. 29 May 2013.Diarkibkan daripada yang asal pada 11 October 2016. Dicapai pada23 May 2016.
  16. ^Afiq, Nik (30 June 2013)."Losing three players was key - JDT Assistant Coach".Goal.com. Perform Media.Diarkibkan daripada yang asal pada 12 October 2016. Dicapai pada22 September 2016.
  17. ^Goh, Phillip (1 August 2013)."Fandi relieved of duties as Johor coach".Today Online. Mediacorp Press Ltd.Diarkibkan daripada yang asal pada 13 October 2016. Dicapai pada18 September 2016.
  18. ^Wang, Meng Meng (1 August 2013)."Player power, demanding boss led to Fandi's fall from grace".The Straits Times (Singapore). Singapore Press Holdings Ltd. Co.Diarkibkan daripada yang asal pada 23 October 2016. Dicapai pada18 September 2013.
  19. ^Allen, Chris (31 July 2013)."Azmi Mohamed Announced as the Temporary Johor Darul Takzim Coach".CaughtOffside.com. Fanatix.com.Diarkibkan daripada yang asal pada 19 September 2016. Dicapai pada19 September 2016.
  20. ^Samuel, Eric (31 July 2013)."Rookie coach Azmi takes over from Fandi Ahmad".Asia One. Singapore Press Holdings Ltd . Co. Diarkibkan daripadayang asal pada 6 August 2013. Dicapai pada19 September 2016.
  21. ^Afiq, Nik (30 July 2013)."Johor Darul Takzim resume training".Goal.com. Perform Media.Diarkibkan daripada yang asal pada 9 September 2016. Dicapai pada22 September 2016.
  22. ^Rifhan, Khalis (23 June 2013)."Johor Darul Takzim assistant Ismail Ibrahim: We are disappointed not to win".Goal.com. Perform Media.Diarkibkan daripada yang asal pada 11 October 2016. Dicapai pada22 September 2016.
  23. ^Afiq, Nik (20 August 2013)."Fandi Ahmad resigns as Johor Darul Takzim Team Manager".Goal.com. Perform Media.Diarkibkan daripada yang asal pada 11 October 2016. Dicapai pada18 September 2016.
  24. ^Sundaresan, Keeshaanan (20 July 2013)."Johor Darul Takzim set to appoint new Spanish coach".Goal.com. Perform Media.Diarkibkan daripada yang asal pada 12 October 2016. Dicapai pada18 September 2016.
  25. ^Bernama, Bernama (21 August 2013)."Jimenez sedia bawa JDT ke tahap baru".Sinar Harian Online. Karangkraf Media Group.Diarkibkan daripada yang asal pada 11 October 2016. Dicapai pada18 September 2016.
  26. ^"JDT appoint Bojan as team manager".The Star Online. Star Media Group Berhad. 25 February 2014.Diarkibkan daripada yang asal pada 29 December 2017. Dicapai pada18 September 2016.
  27. ^Dan, Guen Chin (25 February 2014)."Malaysian Super League: Bojan Hodak and Nenad Bacina join Johor Darul Takzim teams".Today Online (Singapore). Mediacorp Press Ltd.Diarkibkan daripada yang asal pada 4 March 2016. Dicapai pada18 September 2016.
  28. ^Bernama, Bernama (26 June 2014)."JDT wins Super League, state holiday in Johor".Malay Mail Online. Malay Mail Online.Diarkibkan daripada yang asal pada 27 September 2016. Dicapai pada22 September 2016.
  29. ^Joni, Farhana (26 June 2014)."JDT juara Liga Super".Utusan Online. Utusan Melayu (M) Bhd.Diarkibkan daripada yang asal pada 23 September 2016. Dicapai pada22 September 2016.
  30. ^Dawson, Mark (31 October 2014)."JDT – Pahang Preview: Heavyweights do battle for Piala Malaysia".Goal.com. Perform Media.Diarkibkan daripada yang asal pada 24 November 2016. Dicapai pada23 September 2016.
  31. ^Zainal, Zulhilmi (1 November 2014)."JDT 2–2 Pahang (pen 3–5): Ten-man Pahang retain Piala Malaysia after penalty shootout".Goal.com. Perform Media.Diarkibkan daripada yang asal pada 11 October 2016. Dicapai pada24 September 2016.
  32. ^Rajan, K (31 January 2015)."JDT cull Elephants for season's first league victory".The Star Online. Star Media Group Bhd.Diarkibkan daripada yang asal pada 29 December 2017. Dicapai pada24 September 2016.
  33. ^"JDT emerge Sultan Haji Ahmad Shah 2015 Cup champion".Astro Awani. Astro Awani Networks Sdn Bhd. 1 February 2015.Diarkibkan daripada yang asal pada 24 September 2016. Dicapai pada24 September 2016.
  34. ^Zainal, Zulhilmi (24 February 2015)."JDT 4–1 East Bengal FC: Southern Tigers make solid AFC Cup debut".Goal.com. Perform Media.Diarkibkan daripada yang asal pada 24 November 2016. Dicapai pada25 September 2016.
  35. ^"AFC Cup: JDT back in form with 4–1 win against East Bengal".espnfc.com. ESPN. 24 February 2015.Diarkibkan daripada yang asal pada 27 September 2016. Dicapai pada25 September 2016.
  36. ^Guen Chin, Dan (2 May 2015)."When things turned sour for JDT".Malay Mail Online. Malay Mail Online.Diarkibkan daripada yang asal pada 27 September 2016. Dicapai pada24 September 2016.
  37. ^"Mario Gomez tasked with revamping JDT II to JDT V, Tunku Ismail says".The Malay Mail Online. The Malay Mail. 2 May 2015.Diarkibkan daripada yang asal pada 5 March 2016. Dicapai pada10 September 2016.
  38. ^Seng Foo, Lee (21 July 2015)."BREAKING NEWS: TMJ resigns as Johor FA President".FourFourTwo.com. FourFourTwo.Diarkibkan daripada yang asal pada 18 September 2016. Dicapai pada9 September 2016.
  39. ^"Johor Darul Ta'zim crowned Malaysia Super League champions". the-afc.com. 23 August 2015. Diarkibkan daripadayang asal pada 24 April 2017. Dicapai pada23 April 2017.
  40. ^"JOHOR DARUL TA'ZIM CROWNED AFC CUP CHAMPIONS".the-AFC.com. Asian Football Confederation. 31 October 2015.Diarkibkan daripada yang asal pada 5 October 2018. Dicapai pada9 September 2016.
  41. ^Vick, Vijhay (1 November 2015)."JDT crowned AFC Cup champions".FourFourTwo.com. Haymedia Market Group. Diarkibkan daripadayang asal pada 22 October 2016. Dicapai pada25 September 2016.
  42. ^"Malaysia's Johor Darul Ta'zim win AFC Cup final after Leandro Velazquez goal".espnfc.com. ESPN. 31 October 2015.Diarkibkan daripada yang asal pada 6 April 2020. Dicapai pada25 September 2016.
  43. ^Duerden, John (13 February 2016)."Johor Darul Ta'zim edge Selangor to win Piala Sumbangsih at Larkin".espnfc.com. ESPN.Diarkibkan daripada yang asal pada 23 October 2016. Dicapai pada26 September 2016.
  44. ^Vick, Vijhay (14 May 2016)."JDT win first FA Cup".FourFourTwo. Haymarket Media Group.Diarkibkan daripada yang asal pada 19 December 2016. Dicapai pada8 December 2016.
  45. ^"JDT beat PKNS in Shah Alam final, win first Piala FA title".espnfc.com. ESPN. 14 May 2016.Diarkibkan daripada yang asal pada 21 December 2016. Dicapai pada8 December 2016.
  46. ^Vick, Vijhay (10 September 2016)."JDT seal record-breaking third straight MSL title".FourFourTwo. Haymarket Media Group.Diarkibkan daripada yang asal pada 29 December 2016. Dicapai pada29 December 2016.
  47. ^Anil, Nicholas (9 September 2016)."Jorge Pereyra Diaz helps JDT clinch MSL title by beating Terengganu".espnfc.com. ESPN.Diarkibkan daripada yang asal pada 11 September 2016. Dicapai pada9 September 2016.
  48. ^Singh, Devinder (9 September 2016)."JDT complete hat-trick of Super League titles".NST Online. New Straits Times Press Bhd.Diarkibkan daripada yang asal pada 10 September 2016. Dicapai pada11 September 2016.
  49. ^Vick, Vijhay (18 January 2017)."BREAKING: JDT and Mario Gomez part ways".FourFourTwo. Haymarket Media Group. Diarkibkan daripadayang asal pada 18 January 2017. Dicapai pada19 January 2017.
  50. ^Samuel, Eric (18 January 2017)."JDT coach Mario Gomez says goodbye".The Star Online. The Star Media Group Bhd.Diarkibkan daripada yang asal pada 19 January 2017. Dicapai pada19 January 2017.
  51. ^Anil, Nicholas (19 January 2017)."Benjamin Mora replaces Mario Gomez as Johor Darul Ta'zim coach".espnfc.com. ESPN.Diarkibkan daripada yang asal pada 26 January 2017. Dicapai pada19 January 2017.
  52. ^Vick, Vijhay (19 January 2017)."JDT swiftly promote Mora as Gomez's replacement".FourFourTwo. Haymarket Media Group.Diarkibkan daripada yang asal pada 31 January 2017. Dicapai pada19 January 2017.
  53. ^Zainal, Zulhilmi (21 January 2017)."JDT 1–1 Kedah (pen. 4–5): Red Eagles down ten-man Tigers to lift first title of 2017".Goal.com. Perform Media.Diarkibkan daripada yang asal pada 15 March 2017. Dicapai pada15 March 2017.
  54. ^Murphy, Paul (21 January 2017)."Safiq Rahim scores in extra time as JDT win ACL playoff in Bangkok".espnfc.com. ESPN.Diarkibkan daripada yang asal pada 15 March 2017. Dicapai pada15 March 2017.
  55. ^Ooi, Kin Fai (1 February 2017)."What we learned from JDT's win over Bangkok United".Goal.com. Perform Media.Diarkibkan daripada yang asal pada 15 March 2017. Dicapai pada15 March 2017.
  56. ^Vick, Vijhay (7 February 2017)."Japanese heavyweights Gamba too hot for JDT".FourFourTwo.Diarkibkan daripada yang asal pada 15 March 2017. Dicapai pada15 March 2017.
  57. ^"JDT out of AFC Champions League after playoff loss to Gamba Osaka".espnfc.com. ESPN. 7 February 2017.Diarkibkan daripada yang asal pada 15 March 2017. Dicapai pada15 March 2017.
  58. ^Ooi, Kin Fai (18 February 2017)."Perak 2–1 JDT: Southern Tigers falls to their first league defeat".Goal.com. Perform Media.Diarkibkan daripada yang asal pada 15 March 2017. Dicapai pada15 March 2017.
  59. ^Vick, Vijhay (19 June 2017)."JDT demote Mora back to JDT II, claim he was merely a 'caretaker coach'".FourFourTwo Malaysia.Diarkibkan daripada yang asal pada 5 August 2017. Dicapai pada1 July 2017.
  60. ^Singh, Ajitpal (19 June 2017)."JDT to name head coach soon; trainer Mora to resume previous role".Diarkibkan daripada yang asal pada 19 June 2017. Dicapai pada1 July 2017.
  61. ^Anil, Nicholas (19 June 2017)."JDT name Ulisses Morais new coach in place of Ben Mora in MSL".espnfc.com. ESPN.Diarkibkan daripada yang asal pada 5 August 2017. Dicapai pada1 July 2017.
  62. ^Vick, Vijhay (20 June 2017)."Ulisses Morais – Just who is JDT's new Portuguese coach?".FourFourTwo Malaysia.Diarkibkan daripada yang asal pada 6 August 2017. Dicapai pada2 July 2017.
  63. ^"JDT wins historic 4th straight Super League title".Goal.com. Perform Media. 5 August 2017.Diarkibkan daripada yang asal pada 29 August 2017. Dicapai pada5 August 2017.
  64. ^Vick, Vijhay (4 October 2017)."TMJ end race-based associations in Johor".FourFourTwo. Diarkibkan daripadayang asal pada 4 October 2017. Dicapai pada4 October 2017.
  65. ^Ooi, Kin Fai (5 October 2017)."JDT MAKING PLANS TO ENSURE LASTING DOMINANCE".Goal.com. Perform Media.Diarkibkan daripada yang asal pada 12 October 2017. Dicapai pada12 October 2017.
  66. ^Roseli, Mohd Izuan (5 October 2017)."JDT struktur semula kelab".Kosmo!. Kumpulan Utusan Berhad.Diarkibkan daripada yang asal pada 12 October 2017. Dicapai pada12 October 2017.
  67. ^Md Sani, Mohd Sabran (10 October 2017)."Transformasi Harimau Selatan".Harian Metro. New Straits Times Press (M) Bhd.Diarkibkan daripada yang asal pada 12 October 2017. Dicapai pada12 October 2017.
  68. ^Singh, Ajitpal and Devinder (4 November 2017)."JDT sink Kedah for maiden Malaysia Cup crown".New Straits Times. Diarkibkan daripadayang asal pada 5 November 2017. Dicapai pada5 November 2017.
  69. ^Singh, Devinder (5 November 2017)."No stopping mighty JDT in Malaysia Cup final".New Straits Times. Diarkibkan daripadayang asal pada 5 November 2017. Dicapai pada5 November 2017.
  70. ^Fai, Ooi Kin (20 April 2018)."JDT kicked out of FA Cup by Pahang".New Straits Times (dalam bahasa Inggeris).Diarkibkan daripada yang asal pada 8 November 2019. Dicapai pada8 November 2019.
  71. ^"'We got addicted to success': Johor crown prince after JDT's fifth consecutive title".CNA (dalam bahasa Inggeris). Johor Bahru. 19 July 2018.Diarkibkan daripada yang asal pada 8 November 2019. Dicapai pada8 November 2019.
  72. ^© 2011 The New Straits Times Press (Malaysia) Berhad.
  73. ^www.worldstadiums.com (Stadium Tan Sri Hassan Yunus)
  74. ^"Roster". Johor Darul Ta'zim F.C. Dicapai pada3 July 2023.
  75. ^"Diaz just 'disappears'".New Straits Times. 28 February 2018.Diarkibkan daripada yang asal pada 16 July 2022. Dicapai pada16 July 2022.
  76. ^"Rabih the Lion of Lebanon".The Star (dalam bahasa Inggeris). 29 July 2020.Diarkibkan daripada yang asal pada 26 September 2022. Dicapai pada16 July 2022.
  77. ^Azharie, Farah (16 October 2022)."Domination dilemma in M-League".New Straits Times.Diarkibkan daripada yang asal pada 26 November 2022. Dicapai pada26 November 2022.
  78. ^"Wan Jamak Ketua Pembangunan bola sepak JDT". sinarharian.com.my. 21 May 2015. Diarkibkan daripadayang asal pada 2017-12-29. Dicapai pada21 May 2015.
  79. ^"Summary - Malaysia Super League - Malaysia - Results, fixtures, tables and news - Soccerway".
  80. ^"Malaysia 2016".
  81. ^http://zikrihusaini.com/jdt-tewas-1-2-keatas-kedah-piala-sumbangsih-2017/
  82. ^http://www.stadiumastro.com/ms/article/2017/02/07/jdt-gagal-saingi-gamba-osaka
  83. ^"Malaysia – List of Second Level Champions".rsssf.com. Dicapai pada2012-12-23.Italic or bold markup not allowed in:|publisher= (bantuan)
  84. ^ab"Malaysia – List of Cup Winners".rsssf.com. Dicapai pada2012-12-23.Italic or bold markup not allowed in:|publisher= (bantuan)
  85. ^http://www.mstar.com.my/sukan/bola-sepak/2015/10/31/jdt-piala-afc/
  86. ^http://globalfootballranks.com/
  87. ^https://semuanyabola.com/barcelona-pasukan-terbaik-di-dunia-2015-ranking-jdt-lebih-tinggi-daripada-southampton/
  88. ^https://www.clubworldranking.com/ranking-clubs/wd/11/yr/2017/nationality/117

Pautan luar

[sunting |sunting sumber]
Johor Darul Takzim FC – skuad semasa

1 Farizal •2 Davies •3 Adam Nor •4 Afiq •5 Syamer •6 Hong Wan •7 Aidil •8 Safiq •9 Bergson •10 Velázquez •11 Safawi •12 Kunanlan •13 Sumareh •14 Lowry •15 Feroz •16 Danial •17 Ramadhan •18 Hazwan •19 Akhyar •20 Azrif •21 Nazmi •22 Corbin-Ong •23 de Murga •24 Izham •25 Sidibé •26 Haziq •28 Syafiq •30 Insa •31 Guilherme •32 Shahrul •33 Ting •38 Eldstål •42 Arif •45 Forestieri •55 Amat •91 Syahmi •92 Madinda •Pengurus: Esteban

Musim
Stadium
Padang Latihan
Pemain
Penyokong
Media
Artikel Berkaitan
Rencana berkaitan Johor Darul Takzim FC
Diambil daripada "https://ms.wikipedia.org/w/index.php?title=Johor_Darul_Ta%27zim_F.C.&oldid=6540050"
Kategori:
Kategori-kategori tersembunyi:

[8]ページ先頭

©2009-2025 Movatter.jp