| Lahir: | (1939-04-06)6 April 1939 (umur 86) |
| Pekerjaan: | PresidenPepsiCo (1977-1983) Ketua pegawai eksekutifApple Computer (kini Apple Inc.) (1983-1993) PekongsiSculley Brothers, LLC (1995-kini) |
John Sculley (lahir6 April1939) ialahahli perniagaanAmerika yang merupakan presidenPepsiCo antara1977 sehingga1983 apabila beliau menjadiKetua Pegawai EksekutifApple pada8 April, suatu jawatan yang dipegangnya sehingga tahun1993.
Sculley paling terkenal kerana kemahiranpemasarannya, khususnya pengenalanCabaran Pepsi di PepsiCo yang membenarkan syarikat tersebut memperolehbahagian pasaran daripada pesaing utamanya,Coca-Cola. Beliau mempergunakanstrategi pemasaran yang serupa di Apple pada sepanjang dekad1980-an dan1990-an untuk memasarkankomputer peribadiMacintosh secara besar-besaran. Dalam tempoh Sculley di Apple, jualan syarikat naik dari AS$800 juta sehingga AS$8bilion.[1] Pada Mei 1987, Sculley dinamai sebagai eksekutif yang dibayar gaji yang tertinggi diLembah Silicon, dengan gaji tahunan sebanyak AS$2.2 juta.[2]Sesungguhnya, tempohnya di Apple masih penuh dengan perbalahan kerana beliau menyimpang daripada struktur jualan pengasasSteve Jobs, khususnya keputusannya untuk bersaing denganIBM dalam penjualankomputer kepada jenispelanggan yang sama.[3] Keputusan itu akhirnya membawa kepada penyingkiran Sculley dari Apple pada1993 apabila keuntungan, jualan, dan nilaisaham syarikat merosot.[4] Sculley kini merupakanpekongsiSculley Brothers, LLC, sebuahfirma pelaburan swasta yang diasaskan pada1995.
Dilahirkan diBandaraya New York,Amerika Syarikat, Sculley memperolehijazah Sarjana Muda dalam bidangreka bentuk seni bina daripadaBrown University lalu memperoleh ijazahSarjana Pentadbiran Perniagaan (MBA) daripadaWharton School of Business diUniversity of Pennsylvania.[5] Pada1960, beliau berkahwin dengan anak perempuanDonald M. Kendall,Ketua Pegawai Eksekutif danPengerusiPepsiCo (1971-1986). Selepas dikurniai dua anak, pasangan itubercerai pada1965, dengan kedua-duanya masing-masing berkahwin semula. Sculley menyertaiPepsi-Cola, salah satu bahagian Pepsico, pada1967 sebagaipelatih dan sewaktu berumur 30 tahun pada1970, menjadi naib presiden pemasaran syarikat itu yang paling muda. Sewaktu memegang jawatan itu, beliau memulakan salah satu daripada kajianpenyelidikan pengguna yang pertama di syarikat itu dan berdasarkan dapatannya, Pepsi mencuba mengatasiCoca-Cola sebagaiketua pasaran dalam apa yang kemudian dikenali sebagaiPerang Kola. Pada1977, Sculley dinamakan sebagai presiden Pepsi yang paling muda.
Pada1983, Sculley dipujuk oleh Steve Jobs supaya menyertai Apple. Jobs dikatakan menanyakan Sculley:"Adakah kamu mahu menghabiskan seumur hidupmu menjual air gula atau kamu mahu peluang untuk mengubah dunia?"[6] Sewaktu itu,Mike Markkula, pengasas bersama yang juga presiden Apple, inginbersara dan menganggap Steve Jobs yang mengharap-harapkan menjadi presiden syarikat, tidakbertatatertib atauberpembawaan untuk mengendalikan tugas harian Apple. Sculley, dengan latar belakang perniagaan yang lazim serta juga pencapaian kejayaan baru-baru ini, akan memberikan Apple suatu imej kebolehpercayaan dan kestabilan yang lebih besar. Akhirnya, suatu perebutan kuasa antara Jobs dan Sculley terjelma selepas Sculley menyertai Apple. Jobs menjadi "tak linear" dan sengaja mengakibatkan mesyuarat berlangsung sehingga melewati tengah malam. Selepas suatu mesyuarat sedemikian pada1985,Lembaga Pengarah tidak tahan lagi dan menyingkirkan Jobs daripada semua tanggungjawab operasinya.
Sungguhpun demikian, "Era Sculley" di Apple dicirikan oleh sejumlah besar model komputer serta pembahagian pasaran yang terlalu rumit, sebagaimana ditegaskan oleh pengkritik. Antara1990 dan1995, tidak banyak produk Apple berjaya. Juga pada awal1990-an, Sculley mendorong Apple menjalankansistem pengendalian sendiri padaPowerPC, sebuahmikropemproses yang baharu, pada kos yang amat sangat tinggi. Beliau kemudian mengakui bahawa ini merupakan kesilapannya yang terbesar, lalu mengatakan bahawa beliau seharusnya menyasarkan seni binaIntel yang dominan.[7] Meskipun Sculley menegaskan bahawa matlamat Apple yang paling penting adalah untuk menembusi pasarankomputer peribadi, Apple gagal menangani sungutan utama pembeli perniagaan terhadap sistem pengendalian Macintosh pada sepanjang sepuluh tahun yang Apple diketuainya. Diakibatkan oleh ketakupayaannya mengurusbarisan keluaran Apple dengan berkesan, Lembaga Pengarah Apple akhirnya menyingkirkannya pada lewat1993.
Hanya sehari kerja selepas meninggalkan Apple, Sculley menyertaiSpectrum Information Technologies, sebuah syarikatkomunikasi wayarles AS$100 juta yang telah disiasat olehSuruhanjaya Bursa dan Sekuriti (SEC) keranapenipuan. Apabila beliau mengetahui siasatan itu empat bulan kemudian, beliau mengambiltindakan guaman terhadap presiden syarikat itu kerana merosakkanreputasinya.[8] Pada1995, Sculley menjadi pekongsi pelaburanSculley Brothers LLC, sebuahsyarikat pelaburan swasta yang diasaskan bersama-sama dengan dua adiknya diBandaraya New York. Beliau kemudian memegang jawatan kanan dalam pelbagai syarikat berkaitteknologi maklumat dan kini bertindak sebagai anggotalembaga pengarah untuk: