Jo Kwon | |
---|---|
![]() | |
Maklumat latar belakang | |
Kelahiran | 28 Ogos 1989![]() Suwon ![]() |
Warganegara | Korea Selatan![]() |
Genre | K-pop![]() |
Pekerjaan | Penyanyi,pelakon televisyen,pelakon danmodel![]() |
Alat muzik | Suara![]() |
Tahun aktif | 2008![]() |
Syarikat rakaman | JYP Entertainment Hybe Corporation ![]() |
Anggota bagi | 2AM(2008–)![]() |
Kegiatan berkaitan | 2AM One Day |
Pautan berkaitan | |
Pautan lain | ![]() ![]() ![]() ![]() ![]() ![]() ![]() ![]() ![]() ![]() ![]() |
sunting ·sunting di Wikidata![]() |
Jo Kwon | |
---|---|
Hangul | 조권 |
Hanja | 趙權 |
Perumian Semakan | Jo Gwon |
McCune–Reischauer | Cho Kwŏn |
Jo Kwon (Hangul: 조권, lahir 28 Ogos 1989) ialah seorang penyanyi dan penghiburKorea Selatan, ketua kumpulanboy band balada,2AM.[1]
Jo Kwon merupakan pelatihJYP Entertainment yang paling lama berkhidmat, iaitu selama 2567 hari; tepat 7 tahun dan 10 hari selepas menyertai JYP. Dia terpilih sebagai anggota terakhir "99% Challenge Project" Park Jin Young "99% Challenge Project" bersama-sama SunyeWonder Girls.[perlu rujukan]
Dalam 2008, dia muncul dalamHot Blood Mnet, sebuah rancangan yang menunjukkan betapa ketatnya latihan fizikal yang harus dilalui oleh 13 pelatih lelaki untuk peluang membuat debut dalam sama ada kumpulan balada 4-anggota 2AM atahu kumpulan dance 7-anggota2PM di bawahJYP Entertainment.[2] Selepas melalui proses penyingkiran, Jo Kwon diangkat sebagai ketua 2AM.
Single pertama 2AM "This Song" dikeluarkan pada 21 Julai 2008 dan membuat persembahan sulung mereka pada 11 Julai 2008 mempersembahkan "이 노래" ("Lagu Ini").[3]
Jo Kwon kerap muncul sebagai tetamu dalam rancangan anekaragam seperti"Star King", terkenal dengan jenaka tariannya yang semberono dan lucu. Dia merupakan sebahagian "Dirty Eyed Girls" dalam sebuah episod rancangan anekaragam2PM, "Wild Bunny", mempersembahkan sebuah parodi lagu popularBrown Eyed Girls,Abracadabra. Muzik videonya kemudian menjadi sangat popular.[4]
Dalam September 2009, Jo Kwon merupakan salah seorang MC utama untuk rancangan anekaragam bersifat alam sekitarSBS,"Find it! Green Gold" bersamaShindongSuper Junior,Kim Hyung JoonSS501, dan bekas anggotaFly To The Sky,Brian Joo. Dia turut menggantikanJaebeom yang terlibat dengan satu kontroversi internet, untuk rancangan anekaragam kebudayaan bersejarah,Nodaji.[5] Kedua-dua rancangan tersebut telah dihentikan kerana rating rendah.[perlu rujukan]
Bersama-samaGa-In Brown Eyed Girls, dia menyertai rancangan realitiWe Got Married pada 3 Oktober 2009. Walaupun pada mulanya mereka cuma perlu membuat penampilan untuk istemewaChuseok, akibat kemunculan mereka menyumbang kepada rating tertinggi, lantas pada Musim II, mereka diumumkan sebagai pasangan tetap.[6]
Dalam 2010, dia menjadi ahli tetapFamily Outing 2.[7] Dia juga sekarang ini sedang berlakon dalam sitkomAll My Love yang turut dibintangi Park Min Sun, Kim Gab Soo dan idol seperjuangan serta 'isteri', Ga-In daripada Brown Eyed Girls.
Dia pernah bernyanyi bersama Jinwoon untuk lagu "몰라-ing" ("Molla-ing") Mei Doni, begitu juga dengan duet bersama Changmin berjudul "졸업" ("Graduation") pada 5 Februari 2009, dan "밤새도록" ("Sepanjang Malam")Baek Jiyoung dalam alum ke-7nyaSensibility. Dia ditampilkan dalam lagu dan video muzik lagu "덩크슛" ("Dunk Shoot") W&Whale pada September 2009.[8]
Pada 16 Disember 2009, dia mengeluarkan sebuah single digital "우리 사랑하게 됐어요" ("Kita Jatuh Cinta"), sebuah duet bersama pasanganWe Got Marriednya Ga-In.[9] Lagu tersebut mengungguli beberapa carta muzik atas talian dan menang dua buah anugerah; pada K-ChartsMusic Bank dan "Muzik Latar Telefon Paling Popular" pada Gaon Charts.[10] 50 juta won daripada keuntungan lagu tersebut didermakan untuk membantugempa bumi Haiti.[11] Atas usahanya ini, Jo Kwon telah diberikan sebuah anugerah di acara Korea Sharing Awards ke-3.[12]
Jo Kwon turut serta dalam album pakej semulaWax,Unplugged Side A. Jo Kwon menyanyikan duet dengan Wax berjudul "이별이야기" ("Lagu Selamat Tinggal"), dikeluarkan pada 24 Mac 2010.[13]
Pada 30 Jun 2010, Jo Kwon mengeluarkan single digital solo sulungnya berjudul "고백하던 날" ("Hari Ku Luahkan Perasaan"), sebuah lagu yang sebahagiannya dikarang semasa penyiaranWe Got Married khas untuk Ga-In. Lagu ini mencapai tangga #1 di carta masa sebenarCyworld pada hari selepas ia dikeluarkan.[14]
Tahun | Anugerah |
---|---|
2009 |
|
2010 |
|
|title=
(bantuan)Persondata | |
---|---|
Nama | Jo, Kwon |
Nama alternatif | |
Pemerihalan ringkas | |
Tarikh kelahiran | 28 Ogos 1989 |
Tempat kelahiran | |
Tarikh kematian | |
Tempat kematian |