Jerman Barat ialah negara pengasasKomuniti Eropah pada tahun 1957, yang kemudiannya menjadi Kesatuan Eropah pada tahun 1993. Negara ini adalah sebahagian daripadakawasan tanpa sempadan Schengen dan mula menggunakan matawang bersama Eropah,Euro pada tahun 1999. Jerman ialah sebuahrepublikpersekutuanberparlimen yang mengandungi 16 buah negeri bersekutu. Ibu negara ialahBerlin dan kota raya terbesar ialahFrankfurt. Jerman turut menganggotaiPBB,NATO,G8 dan telah menandatanganiProtokol Kyoto. Ia merupakan ekonomi ketiga terbesar di dunia mengikutKDNK dan pengeksport barang dagangan terbesar pada tahun 2007. Berdasarkan nilai mutlak, Jerman memperuntukkan bantuan pembangunan kedua terbesar di dunia,[5] manakala perbelanjaan ketenteraannya berada di kedudukan keenam.[6] Negara ini telah berjaya membangunkan gaya hidup yang tinggi dan menubuhkan satu sistem keselamatan sosial yang menyeluruh. Ia memegang kedudukan penting dalam hal-ehwal Eropah dan mengekalkan kerjasama erat pelbagai peringkat di pentas dunia.[7] Di samping itu, Jerman turut diiktiraf sebagai peneraju dalam pelbagai bidang sains dan teknologi.[8]
Di bawah pemerintahanAugustus, Jeneral Rom bernamaPublius Quinctilius Varus mula menaklukGermania (nama yang digunakan oleh orang-orang Rom untuk merujuk kawasan yang bermula dariSungai Rhine hingga kePergunungan Ural). Daripada pertembungan sebeginilah puak-puak Jermanik ini mempelajari taktik-taktik perang orang Rom sambil mengekalkan identiti puak mereka. Pada tahun 9 M, tiga legion Romawi yang dipimpin oleh Varus telah dikalahkan oleh pemimpin Cheruscan bernamaArminius diPerang Hutan Teutoburg. Jerman Moden, sehingga Sungai Rhine danSungai Danube, terus kekal di luar kawalan Empayar Rom. Menjelang tahun 100 M, puak-puak ini mula menetap sepanjang Sungai Rhine dan Danube, menghuni kebanyakan kawasan yang kini adalah negara Jerman.Abad ke-3 menyaksikan kemunculan beberapa puak Jermanik Barat sepertiAlamanni,Frank, Chatti,Saxon,Frisia,Sicambri danThuringia. Sekitar 260 M, mereka memecahkanLimes dan kubu sempadan di Sungai Danube untuk mencereboh ke dalam kawasan di bawah kawalan Rom.[10]
Putera-Pemilih Empayar Rom Suci di dalam naskhah kulit dari tahun 1341.
Empayar zaman pertengahan ini terhasil melalui pembahagianEmpayar Carolingia pada tahun 843, yang diasaskan olehCharlemagne pada25 Disember800 dan wujud dalam bentuk yang berbeza-beza sehingga tahun 1806, dengan wilayahnya merangkumi Sungai Eider di utara hinggapantai Mediterranean di selatan. Seringkali dirujuk sebagaiEmpayar Rom Suci (atau Empayar Lama), ia secara rasminya digelar Empayar Rom Suci Bangsa Jerman (Sacrum Romanum Imperium Nationis Germanicæ) bermula pada tahun 1448 bagi menyesuaikan gelaran itu dengan wilayahnya yang telah dikurangkan.
Di bawah maharaja-maharaja Dinasti Ottonia (919-1024), wilayah-wilayah sepertiLorraine,Saxony,Franconia, Swabia,Thuringia danBavaria telah disatukan dan raja Jerman di wilayah-wilayah ini dimahkotakan sebagai Maharaja Rom Suci pada tahun 962. Di bawah pemerintahan maharaja-maharaja Dinasti Salia (1024-1125), Empayar Rom Suci menyerap utaraItali danBurgundy, walaupun maharaja-maharaja ini kehilangan kuasa melalui Kontroversi Pertabalan. Di bawah pemerintahan maharaja-maharajaDinasti Hohenstaufen (1138-1254) pula, putera-putera Jerman meningkatkan pengaruh mereka ke selatan dan timur hingga ke wilayah-wilayah yang dihuni olehorang-orang Slav. Bandar-bandar di utara Jerman pula berkembang makmur sebagai ahli di dalamLiga Hansa.
Titah-perintah Paus melalui Mohor Emas pada tahun 1356 menyediakan perlembagaan asas bagi empayar ini yang bertahan hingga ke pembubarannya. Ia menyenaraikan peraturan bagi pemilihan maharaja oleh tujuh orang putera-pemilih yang memerintah sebahagian besar wilayah yang berpengaruh di dalam empayar ini. Bermula padaabad ke-15, maharaja-maharaja telah dipilih secara eksklusif dari kalanganDinasti Habsburg dariAustria.
PaderiMartin Luther telah menerbitkan95 Dalil-dalil pada tahun 1517 yang mencabar amalan-amalanGereja Katolik Rom, sekaligus mencetuskan pergerakanReformasi Protestan. Sebuah gerejaLutheran yang terpisah menjadi agama rasmi di beberapa negeri Jerman selepas tahun 1530. Perbalahan keagamaan ini terus memuncak sehingga membawa kepadaPeperangan 30 Tahun (1618-1648) yang memusnahkan banyak tempat di seluruh wilayah Jerman.[11] Jumlah penduduk di negeri-negeri ini jatuh mendadak sebanyak 30%.[12]Perdamaian Westfalen (1648) mengakhiri konflik keagamaan ini tetapi empayar secara nyata (de facto) dibahagikan kepada beberapa wilayah bebas. Dari tahun 1740 dan seterusnya, sifat keduaan di antara Kerajaan Austro-Habsburg danPrusia menguasai sejarah Jerman. Pada tahun 1806,Imperium dicerobohi dan dibubarkan hasilPeperangan Napoleon.[13]
Berikutan kejatuhanNapoleon Bonaparte,Kongres Vienna bersidang pada tahun 1814 dan menubuhkanGabungan Jerman (Deutscher Bund), iaitu sebuah liga yang agak longgar yang menghimpunkan 39 negeri-negeri yang berdaulat. Perselisihan faham berkenaan politik pemulihan membawa kepada kebangkitan pergerakanliberal, yang menuntut perpaduan dan kebebasan. Hal ini dibalas dengan langkah-langkah baru yang menindas yang diketengahkan oleh seorang negarawan dari Austria yang bernama Klemens Wenzel von Metternich.Zollverein, iaitu penyatuan tarif jual beli, seterusnya berhasil meneguhkan perpaduan dari segi ekonomi di negeri-negeri Jerman. Ketika ini jugalah, ramai orang-orang Jerman dirangsang oleh idea-dieaRevolusi Perancis dan semangat kebangsaan pula menjadi daya penggerak yang penting, teutamanya di kalangan intelektual. Buat pertama kalinya warna hitam, merah dan emas dipilih bagi mewakili pergerakan ini, yang kemudiannya menjadi warna-warna kebangsaan Jerman.[14]
Dipengaruhi beberapa pergerakan revolusi di Eropah yang berjaya menubuhkan sebuah Republik di Perancis, para intelektual dan orang-orang awam memulakan Revolusi-revolusi 1848 di negeri-negeri Jerman. Raja-raja pada mulanya cuba memenuhi tuntutan pergerakan ini. Raja Frederick William IV dari Prusia ditawarkan gelaranmaharaja tetapi dengan kuasa yang dikurangkan. Baginda menolak mahkota tersebut dan perlembagaan yang dicadangkan, membawa kepada halangan sebentar bagi gerakan revolusi ini. Perbalahan di antara Raja William I dari Prusia dan parlimen yang semakin liberal tercetus kerana pembaharuan cuba dilakukan ke atas pihak tentera pada tahun 1862 dan tindakan raja melantikOtto von Bismarck sebagaiPerdana Menteri Prusia yang baru. Beliau berjaya melancarkan perang ke atasDenmark pada tahun 1864. Kemenangan ini, iaitu dua tahun selepas perang bermula, membolehkan beliau menubuhkan Persekutuan Jerman Utara (Norddeutscher Bund) sekaligus mengenepikan Austria, yang dulunya merupakan negeri Jerman yang berpengaruh besar, di dalam hal-ehwal saki-baki negara Jerman yang tinggal.
Penubuhan Jerman moden di Versailles, Perancis pada tahun 1871. Bismarck di tengah-tengah berpakaian pakaian seragam berwarna putih.
Negara yang kini dikenali sebagaiJerman telah disatukan sebagai sebuah negara bangsa yang moden pada tahun 1871 apabilaEmpayar Jerman dibentuk denganPrusia sebagai ahlinya yang terbesar. Selepas kekalahan Perancis diPerang Perancis-Prusia, Empayar Jerman dimasyhurkan diIstana Versailles pada18 Januari1871. Dinasti Hohenzollern dari Prusia memerintah empayar baru ini denganBerlin sebagai ibu negaranya. Empayar ini menyatukan bahagian-bahagian Jerman yang bertaburan di Eropah Tengah kecuali Austria (Kleindeutschland atau Jerman kecil). Bermula pada tahun 1884, Jerman mula menubuhkan beberapa koloni di luar Eropah.
SewaktuEra Pengasas (Gründerzeit) yang menyusur selepas penyatuan Jerman, Maharaja William I melancarkan dasar luar negara yang mengukuhkan kedudukan Jerman sebagai sebuah kuasa besar dengan memeterai pakatan sekutu, yang memulaukanPerancis melalui kaedah diplomatik dan menghindari perang. Namun di bawah pemerintahanWilliam II, Jerman, seperti juga kuasa-kuasa besar Eropah yang lainnya, mengambil langkah-langkah imperialistik yang membawa kepada pergeseran dengan negara-negara jirannya. Kebanyakan negara sekutu mula meminggirkannya dengan tidak membaharui pakatan lama dan pakatan-pakatan baru tidak melibatkannya. Lebih khusus lagi ialah kejayaan Perancis menubuhkan hubungan baru melaluiEntente Cordiale denganUnited Kingdom selain denganEmpayar Rusia. Melainkan hubungannya denganKerajaan Austro-Hungary, Jerman menjadi semakin terpinggir.
Empayar Jerman (1871–1918), denganKerajaan Prusia (biru) sebagai ahli terbesar.
Penjajahan Jerman di luar Eropah lebih tertumpu kepadaAfrika sebagaimana kuasa-kuasa besar Eropah yang lainnya.Persidangan Berlin pada tahun 1884 membahagi-bahagikan Afrika di kalangan kuasa-kuasa Eropah. Jerman memiliki beberapa bahagian di Afrika yang merangkumiAfrika Timur Jerman, Afrika Barat Daya,Togo danCameroon.Perebutan Afrika ini menyebabkan tekanan di antara kuasa-kuasa besar yang mungkin menyumbang kepada keadaan-keadaan yang menyebabkanPerang Dunia I.
PembunuhanPutera Mahkota Austria pada28 Jun1914 mencetuskanPerang Dunia I. Jerman, sebagai sebahagian daripadaKuasa Tengah, mengalami kekalahan di tangan Kuasa-kuasa Sekutu di dalam salah satu perbalahan terburuk sepanjang zaman. Revolusi Jerman tercetus pada bulan November 1918 yang memaksa Maharaja William II dan semua putera-putera pemerintah di Jerman turun takhta. Gencatan senjata yang mengakhiri peperangan dipersetujui pada 11 November dan Jerman dipaksa menerima syarat-syaratPersetiaan Versailles pada bulan Jun 1919. Rundingannya, yang berlawanan dengan amalan tradisi diplomasi pasca-perang, langsung tidak melibatkan Kuasa Tengah yang kalah. Perjanjian ini dianggap di Jerman sebagai sambungan memalukan perang sebelumnya, yang dilakukan dengan kaedah-kaedah lain dan kekerasannya sering dikaitkan dengan kebangkitan fahamanNazi di negara ini.[15]
Selepas kejayaan Revolusi Jerman pada bulan November 1918, sebuahrepublik diisytiharkan. Perlembagaan Weimar berkuatkuasa setelah ditandatangani olehPresidenFriedrich Ebert pada 11 Ogos 1919.Parti Komunis Jerman ditubuhkan olehRosa Luxemburg danKarl Liebknecht pada tahun 1918 manakala Parti Pekerja Jerman, kemudiannya dikenali sebagai Parti Pekerja Sosialistik Kebangsaan Jerman atauParti Nazi, pula ditubukan pada bulan Januari 1919.
Menderita akibatZaman Meleset, syarat-syaratPersetiaan Versailles yang agak keras dan kerajaan tidak stabil yang silih berganti menyebabkan khalayak umum di Jerman semakin tidak menghiraukan sistem politik demokrasi berparlimen. Hal ini diburukkan lagi dengan tersebarnya mitospolitik sayap kananDolchstoßlegende, yang menyatakan bahawa Jerman kalah pada Perang Dunia I kerana Revolusi Jerman, dan bukanlah kerana kalah di medan perang. Di sebelahsayap kiri pula, pergerakankomunis seperti Liga Spartacus, mahu memansuhkan sistem yang mereka anggap sebagai "pemerintahan kapitalis" dengan sistem komunisme majlis yang dipanggil "Räterepublik". Kumpulan separa tentera ditubuhkan oleh beberapa parti dan pembunuhan bermotifkan politik berleluasa. Kumpulan separa tentera ini menakut-nakutkan pengundi dan mencambahkan keganasan dan kemarahan di kalangan khalayak umum, yang menempuh kemiskinan dan kadar pengangguran yang tinggi. Selepas beberapa siri kabinet kecundang, PresidenPaul von Hindenburg, yang tiada pilihan lain selain yang diajukan oleh penasihat-penasihatnya yang rata-rata dari parti sayap kanan, melantikAdolf Hitler sebagaiCanselor Jerman pada 30 Januari 1933.
Pada 27 Februari 1933,bangunan Reichstag mengalami kebakaran. Melalui dikri kecemasan, beberapa hak asasi demokrasi kemudiannya dibatalkan dengan serta-merta. SebuahAkta Pengkuasaan memberi kerajaan pimpinan Hitler kuasa penuh perundangan. HanyaParti Demokratik Sosial Jerman (SPD) sahaja yang membangkang akta ini manakala Parti Komunis tidak boleh hadir untuk membangkang kerana kebanyakan wakil-wakilnya telah dibunuh atau dipenjarakan.[16][17] Sebuah negaratotalitarian berpusat ditubuhkan melalui beberapa siri tindakan dan dikri yang menjadikan Jerman sebuah negara satu parti. Perusahaan dikawal ketat dengan pelbagai kuota dan keperluan bagi menganjak ekonomi ke arah pengeluaran berasaskan keperluan perang. Pada tahun 1936, tentera Jerman memasukikawasan cegah senjata Rheinland dan dasar beralah yang dibawakan olehPerdana Menteri United KingdomNeville Chamberlain ternyata tidak cukup untuk mengekang kemaraan tentera Jerman. Kejayaan itu memberanikan Hitler melancarkan dasar peluasan kuasa pada tahun 1938 bagi menubuhkan Jerman Raya. Bagi mengelakkan peperangan dari dua arah, Hitler memeteraiPakatan Molotov-Ribbentrop denganKesatuan Soviet.
Pada tahun 1939, akibat percambahan tekanan daripada semangat kebangsaan, ketenteraan dan isu-isu kewilayahan membawa kepadaserangan kilat oleh Jerman ke atas Poland, yang diikuti dua hari kemudiannya dengan pengisytiharan perang oleh Britain dan Perancis, sekaligus menandakan bermulanyaPerang Dunia II. Jerman kemudiannya mencapai kawalan secara langsung mahupun tidak langsung ke atas sebahagian besar benua Eropah.
Runtuhan perang di Berlin selepasPerang Dunia II, Postdamer Platz 1945.
Pada 22 Jun 1941, Hitler melanggar pakatan dengan Kesatuan Soviet dengan pembukaan barisan timur dan penaklukan ke atas Kesatuan Soviet. Sejurus selepasEmpayar Jepun melancarkanserangan ke atas markas Amerika Syarikat di Pearl Harbour, Jerman mengisytiharkan perang ke atasAmerika Syarikat. Walaupun tentera Jerman pada mulanya mara dengan pantas ke dalam wilayah Kesatuan Soviet, Perang Stalingrad menandakan titik peralihan penting peperangan ini. Berikutan dengan itu, tentera Jerman terpaksa menarik diri ke barisan timur. Perang Normandy pula menjadi titik peralihan di barisan barat, apabila tentera sekutu mendarat di pantai Normandy dan mara dengan pantas ke dalam wilayah Jerman. Pada 8 Mei 1945,angkatan tentera Jerman menyerah kalah apabilaTentera Merah menaklukiBerlin.
Rejim Empayar Ketiga ini, telah melaksanakan dasar-dasar yang secara langsung menindas sebahagian daripada ahli masyarakat termasuklah orang-orangYahudi,Komunis,Roma, golonganhomoseksual,freemason, pembangkang, paderi, pendakwah danorang kurang upaya. Penindasan di zaman Nazi ini, yang kemudiannya dikenali sebagaiHolokus, telah mengakibatkan pembunuhan sehingga lebih 11 juta orang, termasuk 6 juta orang Yahudi dan 3 juta rakyat Poland. Perang Dunia II dan pembunuhan beramai-ramai Nazi ini menyebabkan korban nyawa sebanyak 35 juta di seluruh Eropah.
Selepas tahun 1949, dua buah negara Jerman termasuk kota Berlin yang dibahagi dua terbentuk menurut zon pendudukan Pihak Berikat.Jerman Barat dibentuk daripada zon-zon yang ditadbir oleh Amerika Syarikat, Britian dan Perancis.Jerman Timur dibentuk daripada kawasan yang ditadbir oleh Kesatuan Soviet.
Peperangan telah menyebabkan jumlah kematian sekitar 10 juta orang tentera dan orang awam. Jerman kemudiannya menanggung kehilangan wilayah yang besar. Sebanyak 15 juta orang berketurunan Jerman yang tinggal kebanyakannya di bekas wilayahnya di timur (dan negara-negara lain) pula diusir keluar. Jerman turut mengalami kemusnahan teruk di banyak bandar-bandar utamanya. Wilayah kebangsaan yang tinggal dan kotaBerlin dibahagi olehPihak Berikat kepada empat zon pendudukan tentera.
Sektor-sektor yang dikawal olehPerancis,United Kingdom danAmerika Syarikat kemudiannya bergabung pada 23 Mei 1949 bagi membentukRepublik Persekutuan Jerman, manakala pada 7 Oktober 1949, kawasan ditadbir Kesatuan Soviet pula membentukRepublik Demokratik Jerman. Kedua-dua negara ini dikenali secari tidak rasmi sebagai "Jerman Barat" dan "Jerman Timur", manakala dua bahagian kota Berlin dikenali sebagai "Berlin Barat" dan "Berlin Timur". Ibu negara kedua-duanya pula ialah masing-masingBonn danBerlin Timur. Namun begitu, Bonn hanya diisytihar sebagai ibu negara sementara.[18] bagi menekankan pendirian kerajaannya bahawa kewujudan dua negara itu hanyalah sementara dan akan disatukan semula pada kemudian hari.
Jerman Barat seterusnya menubuhkan republik persekutuan berparlimen dengan "ekonomi pasaran sosial" dan bersekutu dengan Amerika Syarikat, Britain dan Perancis. Negara ini kemudiannya menikmati pertumbuhan ekonomi yang panjang sekitar dekad 1950-an (Wirtschaftswunder) dan menyertaiNATO pada tahun 1955 selain turut membentukKomuniti Ekonomi Eropah (EEC) pada tahun 1958.
Jerman Timur pula menjadi anggotaBlok Timur di bawah kawalan politik dan ketenteraanKRSS melalui tenteranya danPakatan Warsaw. Sedang ia mengaku sebagai sebuah demokrasi, kuasa politik sebenarnya dipegang oleh ahli-ahli tertinggi ("Politbüro") Parti Perpaduan Sosialis Jerman (SED) yang berfahaman komunis. Kuasa mereka dijamin melalui Stasi, polis cawangan khas yang besar saiznya dan beberapa pertubuhan di bawah SED yang mengawal semua aspek kehidupan masyarakat. Sebagai balasan, keperluan asas penduduk dipenuhi oleh pemerintah dengan harga yang rendah. Negara ini mengamalkanekonomi terancang ala-Soviet dan kemudiannya menyertaiComecon. Pada masa yang sama, pemerintah memainkan propaganda dengan menonjolkan faedah program sosial di bawah pemerintahannya selain menuduh Jerman Barat berulang kali cuba menaklukinya. Di sebalik propaganda ini, kebanyakan warganya masih "memandang ke barat" bagi kebebasan berpolitik dan kemakmuran ekonomi.[19]Tembok Berlin yang dibina pada tahun 1961 bagi menghalang warga Jerman Timur daripada melarikan diri ke Jerman Barat kemudiannya menjadi simbolPerang Dingin.
Ketegangan hubungan di antara Jerman Timur dan Barat menjadi seakan-akan reda pada awal dekad 1970-an melaluiOstpolitik yang dibawakan oleh CanselorWilly Brandt. Dasarnya itu termasuklah penerimaande facto kehilangan wilayah-wilayah Jerman sewaktu Perang Dunia II.
Setelah menempuhi penghijrahan besar-besaran warga Jerman Timur ke Jerman Barat melaluiHungary dan tunjuk perasan besar-besaran ketika musim panas tahun 1989, penguasa-penguasa Jerman Timur dengan tanpa disangka-sangka melonggarkan kawalan sempadan pada bulan November yang membenarkan warganya masuk ke Jerman Barat. Dasar yang pada asalnya dilakukan sebagai "tolok tekanan" bagi mengekalkan Jerman Timur sebagai sebuah negara, sebenarnya mempercepatkan proses pembaharuanWende, yang akhirnya ditamatkan denganPerjanjian Dua Tambah Empat pada 12 September 1990 dan Penyatuan Semula Jerman pada 3 Oktober 1990. Di bawah perjanjian ini, keempat-empat kuasa pendudukan melepaskan hak mereka di bawah "Surat Cara Penyerahan" dan Jerman memperoleh semula kedaulatannya. Melalui Akta Bonn-Berlin yang diluluskan parlimen pada 10 Mac 1994, Berlin dipilih sebagai ibu negara Jerman yang bersatu manakala Bonn diikitiraf sebagai bandar raya persekutuan (Bundesstadt) dengan mengekalkan beberapa kementerian.[20] Perpindahan kerajaan ke Berlin diselesaikan pada tahun 1999.
Sejak penyatuan semula, Jerman telah mengambil peranan penting di dalamKesatuan Eropah dan NATO. Jerman menghantar tentera pengaman bagi menjamin kestabilan di Balkan dantentera persekutuannya keAfghanistan sebagai sebahagian daripada usaha NATO menjamin keselamatan di negara ini selepas penggulinganTaliban.[21] Kerahan tentera ini adalah sangat kontroversi, kerana Jerman, yang diikat oleh undang-undang selepas perang, hanya boleh mengerah tenteranya bagi tujuan pertahanan negara sahaja, Kerahan tentera di wilayah asing dianggap sebagai tidak termasuk di dalam peruntukan pertahanan tersebut. Namun, undian di parlimen terhadap isu berkenaan secara langsung membenarkan penglibatannya dalam usaha-usaha pengaman.
Wilayah Jerman meliputi kawasan seluas 357,024 km², mengandungi 349,223 km² daratan dan 7,798 km² laut. Ia adalah negara ketujuh terbesar dari segi keluasan di Eropah dan ke-63 terbesar di dunia. Ketinggiannya merangkumi pergununganAlp (puncak tertinggi:Zugspitze pada 2,962 m) di selatan hinggalah ke pantaiLaut Utara di barat laut danLaut Baltik di timur laut. Di antara kedua-duanya terhampar kawasan tanah tinggi berhutan di tengah Jerman dan dataran tanah rendah bahagian utara dengan kedudukan terendah ialahWilstermarsch pada 3.54 m di bawah paras laut. Beberapa sungai utama Eropah mengalir melaluinya sepertiSungai Rhine,Danube danElbe.[22] Oleh kerana kedudukannya yang di tengah-tengah, negara ini bersempadankan banyak negara Eropah berbanding negara lain di benua ini. Negara jirannya ialahDenmark di utara,Poland danRepublik Czech di timur,Austria danSwitzerland di selatan,Perancis danLuxembourg di barat daya danBelgium danBelanda di barat laut.
Hampir keseluruhan Jerman memiliki iklim sederhana bermusim yang dipengaruhi oleh tiupan bayu barat. Iklim ini disederhanakan oleh Arus Atlantik Utara, yang merupakan sambungan kepada Arus Teluk. Air laut yang lebih panas ini memberi kesan kepada kawasan-kawasan yang bersempadankan Laut Utara termasuk SemenanjungJutland dan kawasan sepanjang Sungai Rhine, yang turut mengalir ke Laut Utara. Oleh yang demikian, kawasan di utara dan barat lautberiklim kelautan. Hujan berlaku sepanjang tahun dengan jumlah terbanyak di musim panas. Musim sejuk adalah sederhana dan musim panas cenderung menjadi sejuk, walaupun suhu boleh melebihi 30 °C bagi tempoh yang panjang. Di timur, iklim adalah lebihkebenuaan dengan musim sejuk yang boleh menjadi sangat sejuk dan musim panas pula sangat panas, selain tempoh kering yang panjang selalu direkodkan. Kawasan tengah dan selatan Jerman adalah wilayah peralihan yang berubah dari iklim kelautan sederhana hinggalah ke kebenuaan. Sekali lagi, suhu maksimum boleh melebihi 30 °C pada musim panas.[23][24]
Ladang angin. Pengeluartenaga boleh diperbaharui terbesar di dunia ialah Jerman dengan 14% jumlah penggunaan elektrik pada tahun 2007 dijana oleh tenaga seperti angin dan suria.[25].
Dari segi fitogeografi, Jerman dikongsi di antara wilayah-wilayah Eropah Atlantik dan Eropah Tengah dalam Alam Boreal. Wilayah Jerman seterusnya boleh dibahagikan kepada empat rantau semula jadi iaitu Hutan-hutan bercampur Atlantik, Baltik, Eropah Tengah dan Hutan berdaun lebar Eropah Barat.
Jerman terkenal dengan tahap kesedaran terhadap alam sekitar.[26] Ramai warganya menganggap bahawakegiatan manusia merupakan penyumbang terbesar kepada fenomenapemanasan sejagat.[27] Kerajaannya amat komited terhadapProtokol Kyoto dan beberapa perjanjian lain bagi menggalakkan kepelbagaian biologi, piawaian pembebasan gas rumah hijau, kitar semula, penggunaan tenaga boleh diperbaharui dan menyokong pembangunan lestari di peringkat sejagat.[28]
Kerajaan Jerman juga telah memulakan kegiatan pengurangan pembebasan gasrumah hijau yang meluas dan kadar pembebasan keseluruhan yang dicatatkannya semakin berkurangan.[29] Walau bagaimanapun, negara ini masih merupakan antara pengeluar per kapita gaskarbon dioksida terbesar di Eropah, tetapi masih rendah berbandingAustralia,Kanada,Arab Saudi atauAmerika Syarikat.
Pembebasan gas daripada janakuasa dan perusahaan yang berasaskanarang batu menyumbang kepada pencemaran udara.Hujan asid yang terhasil akibat pembebasan gassulfur dioksida merosakkan hutan-hutan. Pencemaran diLaut Baltik akibat sisa buangan perpaipan dan industri dari sungai-sungai di negeri-negeri bekas Jerman Timur telah berjaya dikurangkan. Kerajaan pimpinan Canselor Gerhard Schröder telah mengumumkan hasrat untuk menghentikan penggunaantenaga nuklear bagi janakuasa elektrik. Malah, Jerman berusaha memenuhi janji-janjinya kepada EU berhubung kawasan pemuliharaan semula jadi berlandaskanArahan EU mengenai Tumbuhan, Haiwan dan Habitat.Glasier terakhir Jerman diPergunungan Alp walau bagaimanapun menghadapi pencairan. Bencana alam paling berleluasa pula ialah banjir ketika musim bunga dan angin ribut yang berlaku di semua kawasan.
Jerman ialah sebuah republik persekutuan yang mengamalkan demokrasi berperwakilan dan berparlimen. Sistem politik di Jerman beroperasi dalam rangka kerja satu dokumen bertaraf perlembagaan yang dipersetujui pada tahun1949 yang dipanggilGrundgesetz (Hukum Asas). Dengan memanggilnyaGrundgesetz dan bukannyaVerfassung (perlembagaan), penulis-penulisnya ingin menyampaikan hasrat bahawa dokumen ini akan digantikan dengan sebuah perlembagaan yang lebih elok tatkala seluruh Jerman disatukan dalam sebuah negara. Pindaan-pindaan ke atasGrundgesetz selalunya memerlukan majoriti dua pertiga di dalamparlimen dan jugaMajlis Persekutuan. Namun bagi perkara-perkara yang menjamin hak asasi manusia, pengasingan kuasa, rangka persekutuan dan hak menentang usaha menggulingkan perlembagaan adalah kekal dan tidak boleh dipinda.[30] Walaupun penggunaannya hanya dirancang sehingga penyatuan semula,Grundgesetz masih lagi terus digunakan sehingga hari ini dengan beberapa pindaan-pindaan kecil.
Ketua Negara Jerman ialahBundespräsident (Presiden Persekutuan). Penjawat ke jawatan ini - ketika ini ialahChristian Wulff - dilantik olehBundesversammlung (Majlis Perhimpunan Persekutuan), iaitu sebuah institusi yang mengandungi anggota-anggota parlimen dan perwakilan negeri-negeri. Jawatan kedua tertinggi di Jerman mengikut aturan ialahBundestagpräsident (Presiden Parlimen) yang dilantik oleh parlimen dan berperanan mengawalselia sesi harian badan itu. Jawatan seterusnya pula ialahcanselor yang dicalonkan oleh Presiden Parlimen setelah diundi oleh ahli-ahlinya. Canselor boleh digulingkan melalui satu undian tidak percaya yang membina.Membina di sini bermaksud parlimen boleh melantik penggantinya yang baru dengan serta-merta.
Canselor Jerman, yang ketika ini dijawat olehAngela Merkel, adalah ketua kerajaan dan beliau menjalankan kuasa-kuasa eksekutif, sama seperti seorang Perdana Menteri di demokrasi berparlimen yang lain.Kuasa perundangan terletak di bahu Parlimen dan Majlis Persekutuan dan kedua-duanya membentuk satu badan perundangan yang unik. Parlimen dipilih melalui pilihan raya yang mengamalkan sistem perwakilan bercampur yang bernisbah (Inggeris:mixed-member proportional system). Ahli-ahli Majlis Persekutuan pula mewakili kerajaan-kerajaan negeri malah turut menganggotai kabinet negeri. Mereka ini bertugas seperti seorang duta negeri dan boleh dipecat atau digantikan oleh kerajaan negeri pada bila-bila masa.
Republik Persekutuan Jerman mempunyai 16 buahLänder (mufrad:Land;Melayu:negeri), yang seterusnya dibahagikan kepada 439 buah daerah (Kreise) dan bandar raya (kreisfreie Stadt).
Jerman telah memainkan peranan utama di dalamKesatuan Eropah sejak penubuhannya dan masih mengekalkan persahabatan erat dengan Perancis sejak tamatnya Perang Dunia II. Kedua-dua negara sekutu ini amat rapat terutamanya sekitar lewat dekad 1980-an dan awal 1990-an di bawah pimpinan CanselorHelmut Kohl (CDU) dan PresidenFrançois Mitterrand (Sosialis). Jerman juga merupakan negara Eropah yang mendukung kuat pembentukan cabang-cabang politik, pertahanan dan keselamatan Eropah yang bersatu dan berkemampuan.[31]
Sejak penubuhannya pada 23 Mei 1949, Republik Persekutuan Jerman tidak menampilkan imej yang sangat menonjol di dalam hubungan antarabangsa kerana sejarahnya yang terkini dan pendudukan wilayahnya oleh kuasa-kuasa asing. Ketika Perang Dingin, Jerman yang dibahagikan olehTirai Besi, menjadi simbol ketegangan Barat dan Timur dan juga medan pertempuran politik dan fahaman di Eropah. Namun,Ostpolitik yang dibawakan Canselor Willy Brandt merupakan faktor utama yang membawa kepada peredaan ketegangan (Perancis:détente) sekitar 1970-an.[perlu rujukan] Pada tahun 1999, CanselorGerhard Schröder memperkenalkan prinsip baru dasar luar kerajaannya dengan penglibatan Jerman dalamPerang NATO ke atas Yugoslavia dan dengan menghantar Tentera Persekutuan Jerman di dalam pertempuran buat pertama kalinya selepas Perang Dunia II.[perlu rujukan]
CanselorAngela Merkel menganjurkan sidang puncakG8 di Heiligendamm.
Jerman dan Amerika Syarikat merupakan dua negara sekutu yang rapat.[32] MelaluiRancangan Marshall (1948), AS menyokong usaha-usaha membangunkan semula Jerman selepas Perang Dunia II. Namun begitu, bangkangan keras Schröder terhadapPerang Iraq dilihat sebagai penyejukan hubungan Amerika-Jerman.[perlu rujukan] Kedua-dua negara ini juga saling bergantung dari segi ekonomi kerana 8.8% eksport Jerman adalah ke AS manakala 6.6% import berasal daripada AS.[33] Di pihak AS pula, 8.8% eksportnya ialah ke Jerman, manakala 9.8% importnya datang dari negara ini.[33] Tanda-tanda lain yang membuktikan hubungan erat ialah kedudukan berterusan rakyat Amerika berketurunan Jerman sebagai kumpulan etnik terbesar di AS[34] dan taraf Pangkalan Udara Rammstein (dekatKaiserslautern) sebagai komuniti tentera AS paling besar di luar AS.[35]
Dasar pembangunan Republik Persekutuan Jerman ialah satu bahagian yang bebas daripada dasar luar Jerman. Ia digubal oleh Kementerian Persekutuan bagi Kerjasama dan Pembangunan Ekonomi (BMZ) dan dilaksanakan oleh pelbagai pertubuhan. Kerajaan Jerman memandang dasar pembangunan sebagai tanggungjawab bersama masyarakat antarabangsa.[36]
Angka-angka rasmi bantuan pembangunan danbantuan kemanusiaan Jerman bagi tahun 2007 mencecah €8.96 bilion ($12.26 bilion), meningkat sebanyak 5.9% berbanding tahun sebelumnya. Sekaligus, Jerman menjadi penyumbang bantuan kedua terbesar di dunia selepas Amerika Syarikat (AS).[5]Jerman membelanjakan sekitar 0.37% daripada KDNKnya bagi tujuan pembangunan. Peratusan ini di bawah paras yang disasarkan kerajaan iaitu sebanyak 0.51% daripada KDNK menjelang tahun 2010. Sasaran antarabangsa sekitar 0.7% daripada KDNK juga di luar jangkauan.[perlu rujukan]
KapalMecklenburg-Vorpommern menyertai operasi UNIFIL II di persisiran pantaiLubnan.
Tentera Jerman,Bundeswehr, ialah sebuah pasukan pertahanan dengan cawangan-cawangan tentera darat (Heer), laut (Marine), udara (Luftwaffe), perkhidmatan perubatan (Zentraler Sanitätsdienst) dan perkhidmatan sokongan (Streitkräftebasis). Khidmat ketenteraan diwajibkan ke atas semua warganegara lelaki berumur 18 tahun dan dikerah bertugas selama sembilan bulan. Pembantah ikut nurani pula diberi pilihan menyertaiZivildienst (terjemahan kasar: perkhidmatan orang awam), atau komitmen enam tahun dalam perkhidmatan sukarela kecemasan sepertibomba,Palang Merah atauTechnisches Hilfswerk (program bantuan teknikal). Pada tahun 2003, Jerman membelanjakan 1.3% daripada KDNKnya untuk tujuan ketenteraan.[6] Di masa aman, Bundeswehr diarahkan oleh Menteri Pertahanan, ketika ini ialah Franz Josef Jung (CDU). Jika Jerman pergi berperang, yang hanya dibolehkan oleh perlembagaan untuk tujuan pertahanan sahaja, canselor akan menjadi pemerintah angkatan tentera.[37]
Sehingga September 2008, sejumlah 6,000 anggota tentera telah dihantar bertugas di dalam pelbagai misi antarabangsa.[38] Pecahannya pula ialah 3,270 anggota diAfghanistan (kontijen ketiga terbesar selepas AS seabanyak 14,000 orang dan UK sebanyak 5,200 orang),[perlu rujukan] 2,220 anggota diKosovo, 230 orang diLubnan selain 120 orang diBosnia-Herzegovina.Jerman berkongsi senjata nuklear dengan NATO dalam bentuk senjata nuklear AS yang disimpan di pangkalan udara Büchel.[39]
The Federal Constitutional Court of Germany inKarlsruhe.
Badan Kehakiman di Jerman ialah cabang kerajaan yang bebas daripada badan pemerintah dan perundangan. Negara ini mengamalkan sistemundang-undang sivil yang berlandaskan undang-undang orang Rom yang disadur dengan undang-undang Jermanik.Bundesverfassungsgericht (Mahkamah Perlembagaan Persekutuan), yang terletak di Karlsruhe, ialah mahkamah atasan yang mendengar kes-kes mengenai hal-ehwal perlembagaan dan mempunyai kuasa mengkaji semula undang-undang (semakan kehakiman).[40] Mahkamah ini merupakan penguasa undang-undang tertinggi di negara ini yang memastikan amalan perundangan dan kehakiman mematuhiHukum Asas Republik Persekutuan Jerman (Hukum Asas).
Sistem mahkamah tinggi di negara ini, yang dipanggilOberste Gerichtshöfe des Bundes (Mahkamah-mahkamah Kehakiman Tertinggi Persekutuan), diberi peranan yang khusus. Bagi kes-kes awam mahupun jenayah, mahkamah rayuan tertinggi ialahBundesgerichtshof (Mahkamah Keadilan Persekutuan), yang terletak di Karlsruhe dan Leipzig. Bilik perbicaraannya disusun dengan gaya penyiasatan. Mahkamah-mahkamah atasan yang lain pula ialahBundesarbeitsgericht (Mahkamah Buruh Persekutuan) diErfurt,Bundessozialgericht (Mahkamah Sosial Persekutuan) di Kassel,Bundesfinanzhof (Mahkamah Kewangan Persekutuan) diMunich danBundesverwaltungsgericht (Mahkamah Pentadbiran Persekutuan) di Leipzig.
Undang-undang jenayah dan undang-undang persendirian dikanunkan di peringkat kebangsaan di dalam kanun keseksaan (Strafgesetzbuch) dan kanun awam (Bürgerliches Gesetzbuch). Sistem kanun keseksaan di Jerman ditujukan ke arah pemulihan penjenayah, manakala tujuan keduanya ialah melindungi khalayak umum.[41] Bagi mencapai tujuan keduanya itu, seseorang pesalah boleh diletakkan di bawah tahanan pencegahan (Sicherungsverwahrung) di samping hukuman biasa sekiranya ia dianggap mengancam keselamatan awam. Kanun Jenayah Antarabangsa (Völkerstrafgesetzbuch) pula telah digubal bagi menghukum kekejaman kemanusiaan, pembunuhan kaum dan jugajenayah perang. Kanun ini memberikan mahkamah-mahkamah Jerman kuasa untuk mendakwa penjenayah, sekiranya pendakwaan oleh mahkamah tempatan di mana jenayah itu dilakukan atau oleh mahkamah antarabangsa tidak boleh dilakukan.
Kuasa perundangan dibahagi-bahagikan di antara pihak persekutuan dan juga negeri. Hukum Asas menyatakan semua kuasa perundangan terletak di tangan negeri-negeri melainkan yang digariskannya dengan khusus. Di sesetengah bidang, persekutuan dan negeri mempunyai kuasa bersama. Di dalam kes-kes sebegini, pihak persekutuan mempunyai kuasa untuk menggubal undang-undang "jika dan dengan tujuan untuk membentuk gaya hidup yang sama rata di seluruh persekutuan" atau "untuk pemuliharaan keseragaman undang-undang mahupun ekonomi yang memerlukan kawalan persekutuan demi kepentingan kebangsaan."[42]
Semua undang-undang persekutuan mengatasi undang-undang negeri sekiranya kuasa perundangan terletak di tangan persekutuan. Satu contoh terkenal ialahhukuman bunuh di bawah undang-undang negeriHesse yang bertentangan dengan larangan yang termaktub di dalam Hukum Asas, sekaligus menolak peruntukan undang-undang negeri itu sebagai tidak sah.Bundesrat (Majlis Persekutuan) ialah badan persekutuan yang disertai oleh negeri-negeri dalam menggubal undang-undang persekutuan. Penglibatan ini diwajibkan terutamanya apabila undang-undang yang hendak digubal jatuh di bawah peruntukan kuasa bersama, memerlukan negeri-negeri melaksanakan peraturan persekutuan atau sebagaimana yang digariskan di dalam Hukum Asas. Setiap negeri, kecualiSchleswig-Holstein (yang kuasa perlembagaannya dikendalikan olehBundesverfassungsgericht bagi pihaknya) memiliki mahkamah perlembagaan masing-masing.Amtsgericht (Mahkamah Daerah),Landgericht (Mahkamah Negeri) danOberlandesgericht (Mahkamah Tinggi Negeri) pula adalah mahkamah-mahkamah negeri yang memiliki kuasa-kuasa umum. Kesemuanya berkuasa membicarakan kes-kes samada menggunakan undang-undang negeri mahupun persekutuan.
Kebanyakan hal-ehwal asas berkaitan undang-undang pentadbiran masih dipegang oleh negeri-negeri, walaupun kebanyakannya menggunapakai beberapa isi penting Akta Prosiding Pentadbiran 1976. Di dalam bidang kuasa pentadbiran,Oberverwaltungsgerichte (Mahkamah Tinggi Pentadbiran) ialah mahkamah tertinggi berkaitan hal-ehwal pentadbiran negeri, melainkan "persoalan undang-undang itu menyentuh undang-undang persekutuan" atau "undang-undang negeri yang mirip dengan undang-undang persekutuan." Di dalam kes-kes sebegini, rayuan terakhir boleh dibuat ke Mahkamah Pentadbiran Persekutuan.
Dengan 82 juta orang, Jerman ialah negara paling banyak penduduk di dalam Kesatuan Eropah. Namun, kadar kesuburannya adalah yang paling rendah di dunia dengan 1.39 orang anak bagi seorang ibu.[22] Pejabat Perangkaan Persekutuan menganggarkan penduduknya akan mengecut ke antara 69 dan 74 juta orang menjelang tahun 2050.[43] Jerman mempunyai beberapa buah bandar raya besar, di antaranya ialahBerlin,Hamburg,Munich,Cologne,Frankfurt danStuttgart. Konurbasi terbesar pula ialah kawasan Rhine-Ruhr, meliputiDüsseldorf (ibu negeri NRW) dan bandar raya-bandar raya sepertiCologne, Essen,Dortmund, Duisburg, dan Bochum.
Jumlah penduduk di wilayah-wilayah Jerman 1800 - 2000 dan jumlah pendatang asing 1975 - 2000.
Sehingga Disember 2006, terdapat sejumlah 7.3 juta orang dengan kewarganegaraan asing yang berdaftar di Jerman dan 18.2% daripada keseluruhan penduduknya adalah berketurunan asing.[44] Golongan muda berkebarangkalian lebih tinggi untuk mempunyai keturunan asing berbanding warga tua. 30% daripada orang-orang Jerman yang berumur 15 tahun atau lebih muda mempunyai sekurang-kurangnya seorang penjaga yang dilahirkan di luar negara. Di bandar raya-bandar raya besar, 60% daripada kanan-kanak berumur 5 tahun dan lebih muda mempunyai sekurang-kurangnya seorang penjaga yang dilahirkan di luar negara.[45] Kumpulan yang terbesar (2.3 juta orang)[46] berasal dariTurki dan majoriti lainnya berasal dari negara-negara Eropah sepertiItali (kumpulan kedua terbesar dengan 8% daripada 7 juta warga asing),Greece,Poland danCroatia.[47] Menurut Tabung Penduduk PBB, jumlah penduduk asing di Jerman merupakan yang ketiga terbesar di dunia, iaitu 5% atau 10 juta daripada 191 juta golongan pendatang di seluruh dunia, atau sekitar 12% daripada keseluruhan penduduknya.[48][49] Penguatkuasaan undang-undang baru berkenaan imigresen dan permohonan suaka yang lebih ketat berbanding undang-undang lama yang agak longgar pula menyebabkan kadar kemasukan semakin berkurangan sejak tahun 2000.[50]
Katedral Cologne di tebingSungai Rhine ialah Tapak Warisan Dunia UNESCO.
Kristian ialah kumpulan agama terbesar di Jerman dengan 53 juta penganut (64%),[51] Agama kedua terbesar pula ialahIslam dengan 3.3 juta penganut (4%) diikuti dengan penganutBuddha danYahudi, kedua-duanya dengan jumlah penganut sekitar 200,000 orang (0.25%). AgamaHindu pula mempunyai sekitar 90,000 orang penganut (0.1%). Lain-lain kumpulan agama memiliki penganut kurang daripada 50,000 orang (kurang daripada 0.05%). Sekitar 24.4 juta orang (29.6%) pula tidak mempunyai agama.
PenganutProtestan bertumpu di utara dan timur manakala penganutKatolik pula bertumpu di selatan dan barat. Masing-masing memiliki penganut sekitar 31% daripada keseluruhan penduduk. Ketua Gereja Katolik Rom pada masa kini,Paus Benedict XVI, dilahirkan di negeriBavaria. Orang-orang yang tidak beragama, termasukateis dan agnostik yang membentuk 29.6% daripada keseluruhan penduduk, kebanyakannya bertumpu di negeri-negeri bekasJerman Timur dan kawasan metropolitan utama.[52]
Daripada 3.3 juta orang penganutIslam, kebanyakannya adalahgolongan Sunnah dan juga Alewi dariTurki, tetapi terdapat juga sekumpulan kecil penganutSyi'ah.[53] 1.7% penduduk negara ini mengaku sebagai penganutKristian Ortodoks, dengan orang-orang berketurunanSerb danGreek membentuk majoriti.[51] Jerman juga mempunyai jumlah penganut agamaYahudi ketiga terbesar di Eropah Barat.[54] Pada tahun 2004, pendatang-pendatang Yahudi dari bekas republikSoviet berhijrah ke Jerman dalam jumlah yang sama besar dengan kumpulan yang berhijrah keIsrael, membawa kepada jumlah keseluruhan sebanyak 200,000 orang berbanding 30,000 sebelumpenyatuan semula. Kota-kota besar dengan komuniti penting orang-orang Yahudi termasuklahBerlin,Frankfurt danMunich.[55] Sementara itu, sekitar 250,000 orang, sebahagian besar merupakan pendatang-pendatang dari Asia, penganut agamaBuddha tinggal di Jerman.[52]
MenurutUndian Eurobarometer pada tahun 2005, 47% warga Jerman bersetuju dengan pernyataan: "Saya percaya akan kewujudan Tuhan", sementara 25% pula bersetuju dengan pernyataan: "Saya percaya wujudnya roh atau kuasa kehidupan" dan 25% pula bersetuju dengan: "Saya tidak percaya akan kewujudan roh, tuhan atau kuasa kehidupan".[56]
Pengetahuan Bahasa Jerman di Kesatuan Eropah dan beberapa negara Eropah lain.
Bahasa Jerman ialah bahasa rasmi dan yang paling dominan yang ditutur di negara Jerman.[57] Ia juga adalah salah satu daripada 23 bahasa rasmi Kesatuan Eropah, dan salah satu bahasa bekerja diSuruhanjaya Eropah, selainbahasa Inggeris danbahasa Perancis. Bahasa minoriti yang diiktiraf pula termasuklahbahasa Denmark, bahasa Sorbia, bahasa Roma dan bahasa Frisia. Kesemuanya dipelihara dan dilindungi olehPiagam Eropah bagi Bahasa Wilayah dan Minoriti. Bahasa golongan pendatang yang paling banyak digunakan pula ialahbahasa Turki,Poland, bahasa-bahasa Balkan danRusia.
Bahasa Jerman piawai ialah bahasa Jermanik Barat yang sangat berkait rapat dan turut digolongkan bersama-sama bahasa Inggeris,Belanda dan Frisia. Kebanyakan perbendaharaan kata bahasa ini berasal dari cabang Jermanik di dalam keluarga bahasa Indo-Eropah.[58] Beberapa kumpulan kecil perkataan penting pula berpunca daripada bahasa-bahasaLatin,Greek,Perancis, dan jugaInggeris. Tabiat mencampuri dua bahasa (sepertiBahasa Rojak) turut mula menular di kalangan penutur bahasa Jerman, yang dikenali sebagaiDenglish (Bahasa rojak yang mencampurkan bahasa Jerman dan Inggeris). Bahasa Jerman ditulis menggunakanabjad Rumi. Namun, terdapat beberapa abjad tambahan iaitu tiga huruf vokalumlaut (ä, ö dan ü) sertaEszett atauscharfes S (S tajam) yang ditulis sebagai "ß" atau gantinya "ss".
Loghat Jerman dibezakan daripada jenis-jenis utama bahas Jerman. Loghat ini adalah jenis tempatan yang berasal daripada puak-puak Jermanik yang berbeza-beza. Kebanyakannya tidak mudah difahami oleh mereka yang hanya boleh bertutur bahasa Jerman piawai kerana kosa kata, sebutan dan susunan ayat yang berlainan.
Di seluruh dunia, bahasa Jerman dituturkan oleh sekitar 100 juta orangpenutur asli dan juga sejumlah 80 juta pengguna yang lain.[59] Jerman ialah bahasa utama di EU yang dituturkan oleh lebih 90 juta orang (18%). Sementara itu, 67% warga Jerman mengaku boleh bertutur sekurang-kurangnya satu bahasa asing, 27% yang lain pula boleh bertutur dua bahasa asing selain bahasa ibunda mereka.
Jerman ialah ekonomi terbesar diEropah, ketiga terbesar di dunia dari segi KDNK dan kelima dari segi kuasa membeli.[60] Pertumbuhan ekonomi pada tahun 2007 dicatatkan sebanyak 2.4% dan dijangka akan mengekalkan tahap ini pada tahun-tahun berikutnya.[61] Sejak Era Industrialisasi, negara ini telah menjadi penggerak, pereka dan penerima faedah sebuah ekonomi yang lebih terbuka. Pengeksportan barangan buatan Jerman adalah faktor utama kekayaan negara ini. Jerman ialah negara pengeksport terbesar di dunia dengan jumlah dagangan mencecah €969.1 bilion pada tahun 2007 (termasuk kawasanEuro) dan menghasilkan lebihan dagangan bernilai €159 bilion.[62] Sektor perkhidmatan pula menyumbang sekitar 70% daripada keseluruhan KDNK, berbanding perusahaan sebanyak 29.1% dan pertanian sebanyak 0.9%. Kebanyak produk keluaran negara ini ialah dalam bidang kejuruteraan, khususnya automobil, jentera, logam dan barangan kimia.[22] Jerman juga merupakan negara pengeluar terbesar dunia bagi teknologi turbin angin dan tenaga suria.[63] Beberapa perhimpunan dan pameran dagangan dunia tahunan terbesar diadakan di beberapa buah bandar raya Jerman seperti Hanover, Frankfurt dan Berlin.
Di kalangan syarikat yang disenaraikan di bursa saham terbesar di dunia mengikut pulangan, iaituFortune Global 500, 37 daripadanya berpangkalan di Jerman. Sepuluh terbesar adalah Daimler, Volkswagen, Allianz (syarikat paling untung), Siemens, Deutsche Bank, E.ON, Deutsche Post, Deutsche Telekom, Metro dan BASF.[64] Di kalangan majikan terbesar pula antaranya ialah Deutsche Post, Robert Bosch dan Edeka[65] Jenama terkenal dunia pula ialahMercedes Benz,SAP,BMW,Adidas,Siemens,Porsche,Volkswagen danDeutsche Bank.[66]
Jerman adalah pengeksport terbesar dunia pada tahun 2007.
Jerman adalah negara yang memperjuangkan kesepaduan ekonomi dan politik dalam Eropah, dan dasar komersilnya acapkali ditentukan oleh perjanjian dengan ahli-ahli EU dan perundangan pasaran tunggal EU. Jerman menggunakan matawang bersama Eropah, iaitueuro, dan dasar kewangannya ditentukan oleh Bank Pusat Eropah di Frankfurt. Selepas penyatuan semula Jerman pada tahun 1990, taraf hidup dan pendapatan tahunan masih kekal lebih tinggi di negeri-negeri Jerman Barat.[67] Pemodenan dan integrasi ekonomi Jerman Timur masih berterusan sebagai satu proses jangka panjang yang dijadualkan sehingga tahun 2019, dengan perpindahan tahunan daripada barat ke timur menelan belanja sebanyak $80 bilion. Kadar pengangguran keseluruhan telah turun dengan konsisten sejak tahun 2005 dan mencecah rekod terendah dalam 15 tahun pada bulan Jun 2008 dengan 7.5%.[68] Peratusan ini meliputi purata 6.2% di Jerman Barat dan 12.7% di Jerman Timur. Kerajaan sebelum ini di bawah CanselorGerhard Schröder telah melancarkan satu rancangan yang menyeluruh bagi memperbaharui pasaran buruh dan institusi-institusi kebajikan. Kerajaan masa kini pula menjalankandasar fiskal yang ketat dan telah memotong pekerjaan biasa di dalam sektor awam dengan tujuan mendapatkan belanjawan seimbang pada tahun 2008.[69]
PelabuhanHamburg ialah yang kedua terbesar diEropah dan ke-9 terbesar di dunia.
Pada tahun 2002, Jerman dicatatkan sebagai pengguna tenaga kelima terbesar dunia dan dua pertiga daripada sumber tenaga utamanya diimport. Pada tahun yang sama, Jerman merupakan pengguna utama tenaga elektrik dengan jumlah penggunaan mencecah 512.9 bilion kilowatt-sejam. Dasar kerajaannya menekankan penjimatan dan pembangunan sumbertenaga boleh diperbaharui seperti suria,angin,biojisim, hidro dan geoterma. Hasil daripada langkah-langkah penjimatan ini, kecekapan tenaga (jumlah tenaga yang diperlukan untuk mengeluarkan seunit KDNK) telah bertambah baik sejak awal 1970-an. Kerajaan turut mensasarkan untuk memenuhi separuh daripada keperluan tenaganya melalui sumber-sumber boleh diperbaharui menjelang 2050. Pada tahun 2000, kerajaan dan industri tenaga nuklear Jerman telah bersetuju untuk memansuhkan semua loji janakuasa nuklear secara berperingkat-peringkat menjelang 2021.[70][71] Namun begitu, tenaga boleh diperbaharui hanya memainkan peranan sederhana di dalam penggunaan tenaga. Pada tahun 2006, keperluan tenaga dipenuhi oleh pelbagai sumber, iaitu petroleum (35.7%), arang batu (23.9%), gas asli (22.8%), nuklear (12.6%) hidro dan kuasa angin (1.3%) dan lain-lain sumber (3.7%).
Kereta api laju ICE3
Oleh kerana kedudukannya di tengah Eropah, Jerman merupakan pusat pengangkutan yang penting. Hal ini dibuktikan dengan jaringan pengangkutannya yang moden dan padat. Antara yang paling dikenali ialah sistem lebuh rayaAutobahn yang meluas yang berkedudukan ketiga dunia dari segi panjang keseluruhan. Satu ciri unik Autobahn di Jerman ialah ketiadaan had laju di kebanyakan laluannya.
Jerman turut menubuhkan satu jaringan kereta api laju dengan pelbagai pusat.Intercity-Express atau ICE menghubungkan bandar-bandar utamanya selain pelbagai destinasi di negara jiran. Kelajuan kereta api ini berubah daripada 160 km/j hinggalah ke 300 km/j. Perkhidmatan ini adalah yang paling maju yang disediakan oleh Deutsche Bahn AG. Sambungan ditawarkan dalam tempoh setiap 30 minit, satu jam atau dua jam.[72]
Jerman telah melahirkan ramai pengkaji terkemuka di dalam pelbagai bidang sains.Hadiah Nobel telah dianugerahkan kepada 100 orang penerima yang berasal dari negara ini.[73] Hasil kerjaAlbert Einstein danMax Planck menjadi asas kepada ilmufizik moden, yang kemudiannya dibangunkan oleh Werner Heisenberg dan Max Born.[74] Mereka ini didahului oleh ahli-ahli fizik seperti Hermann von Helmholtz, Joseph von Fraunhofer dan Gabriel Daniel Fahrenheit. Wilhelm Conrad Röntgen telah menemuiSinar-X yang dipanggilRöntgenstrahlen (Melayu:Sinar Röntgen) di dalambahasa Jerman dan beberapa bahasa lain. Penemuannya ini menjadikannya penerima pertamaHadiah Nobel dalam Fizik pada tahun 1901.[75] Werner von Braun telah membangunkanroket angkasa lepas pertama (roket pertama melepasi 100 km sempadan ke angkasa lepas) dan kemudiannya menjadi anggota terkemukaNASA dan membangunkan roket bulanSaturn V, yang membawa kepada kejayaan Amerika Syarikat melalui Rancangan Apollo. Hasil kerjaHeinrich Rudolf Hertz di dalam bidang sinaran elektomagnet adalah penting dalam pembangunan teknologitelekomunikasi moden.[76] Melalui pembinaan makmal pertama di Universiti Leipzig pada tahun 1879, Wilhelm Wundt dianggap sebagai pengasas bidangpsikologi sebagai sains empirik bebas.[77] Sumbangan Alexander von Humboldt sebagai ahli sains semula jadi dan peneroka pula kemudiannya menjadi asas kepada biogeografi.
Kompleks bilik bersih yang luas untuk pengeluaran mikroelektronik diStuttgart.
Beberapa ahlimatematik terkemuka juga telah dilahirkan di Jerman, termasuklahCarl Friedrich Gauss,David Hilbert, Bernhard Riemann,Gottfried Leibniz,Karl Weierstrass dan Hermann Weyl. Jerman juga merupakan tempat kediaman banyak pereka dan jurutera terkenal sepertiJohannes Gutenberg, yang mencipta mesin pencetak boleh gerak; Hans Geiger, pereka pembilang Geiger; dan Konrad Zuse, yang mula-mula mencipta komputer digital automatik.[78] Pereka, pencipta, jurutera dan usahawan seperti Ferdinand von Zeppelin, Otto Lilienthal,Gottlieb Daimler,Rudolf Diesel, danKarl Benz telah membantu membentuk sistem kenderaan dan pengangkutan udara moden.[79][80]
Institusi-institusi kajian sains yang penting di Jerman ialahPersatuan Max Planck, Masyarakat-Helmholtz dan Persatuan Fraunhofer. Mereka mempunyai hubungan samada secara bebas atau luaran dengan sistem universiti dan menyumbang dalam jumlah yang agak besar terhadap usaha-usaha saintifik di negara ini. Anugerah berprestij Hadiah Gottfried Wilhelm Leibniz dianugerahkan kepada sepuluh orang ahli sains dan akademik pada setiap tahun. Dengan hadiah maksimum €2.5 juta bagi setiap anugerah, ia merupakan salah satu hadiah kajian tertiinggi di dunia.[81]
Tanggungjawab terhadap pendidikan di Jerman diserahkan kepada negeri-negeri sementara kerajaan persekutuan hanya memiliki peranan kecil. Pendidikan pra-sekolah yang tidak diwajibkan disediakan untuk kanak-kanak berusia tiga hingga enam tahun. Selepas itu, mereka diwajibkan menghadiri pengajian di sekolah selama sekurang-kurangnya sembilan tahun.Pendidikan rendah selalunya berlangsung selama empat tahun dan sekolah-sekolah awam tidak disusun mengikut kategori pada tahap ini.[82][83] Berbeza pula di peringkatmenengah, sistem persekolahan dibahagikan kepada empat jenis berlandaskan kemahiran atau keupayaan murid-murid seperti yang dicadangkan oleh guru, iaitu:Gymnasium, yang turut dihadiri oleh murid-murid yang berbakat besar yang menyediakan mereka ke arah pengajian di universiti dengan kehadiran sekitar lapan atau sembilan tahun bergantung kepada tahap murid-murid;Realschule, yang menawarkan pengajian lebih terbuka dan meluas bagi murid-murid tahap pertengahan yang berlangsung sehingga enam tahun;Hauptschule, yang menawarkan pengajian vokasional; dan jugaGesamtschule atau sekolah komprehensif yang menggabungkan ketiga-tiga jenis sekolah menengah di bawah satu bumbung.[82][83]
Rancangan Penilaian Murid-murid Antarabangsa (PISA) yang dikendalikan olehOECD, menilai kemahiran murid-murid berumur 15 tahun di negara-negara ahli dan beberapa negara-negara rakan. Pada tahun 2006, murid-murid memperbaiki kedudukan mereka dari tahun-tahun sebelumnya dengan menduduki tangga ke-13 (atas purata) dalam kemahiran sains, tangga ke-20 dalam kemahiran matematik dan tangga ke-18 dalam kemahiran membaca.[84][85] Memandangkan tahap kecerunan sosio-ekonomi di Jerman lebih tinggi, pencapaian di Jerman dipengaruhi kuat faktor-faktor sosio-ekonomi berbanding negara-negara lain.[84][85]
Untuk memasuki sebuah universiti, murid-murid sekolah menengah perlulah menduduki peperiksaanAbitur, yang menyamaiSijil Tinggi Pelajaran Malaysia. Namun, murid-murid yang memiliki sijil daripadasekolah vokasional boleh juga memohon. Sebuah sistem perantisan yang dipanggilDuale Ausbildung membolehkan murid-murid menghadiri latihan vokasional denganbekerja (belajar) di syarikat-syarikat perusahaan selain sekolah latihan khas yang dikendalikan kerajaan.[82] Kebanyakan universiti di Jerman dimiliki oleh kerajaan negeri dan mengenakan yuran pengajian yang berbeza-beza dari €50 hingga ke €500 bagi satu semester pengajian.[86]
Universiti-universiti Jerman diakui di peringkat antarabangsa, sekaligus menonjolkan nilai pengajian yang tinggi di negara ini. Di dalam "Kedudukan Universiti Dunia THES-QS" pada tahun 2007, tiga buah universiti awam Jerman menduduki tangga 100 utama dunia, manakala 11 yang lain menghuni kedudukan 200 utama.[87]
Oleh sebab kedudukan Jerman di Eropah Tengah, terdapat jumlah pergerakan trafik yang amat tinggi di Jerman. Ini termasuk pergerakan trafik darat, udara dan air. Jerman merupakan negara persinggahan penting bagi sektor logistik Eropah dimana majoriti pergerakan trafiknya terdiri daripada pergerakan barang-barang perdagangan. Dalam dekad yang lepas, trafik barang perdagangan sentiasa beralih daripada perkhidmatan rel kepada jalanraya. Justeru itu, Kerajaan Persekutuan Jerman memperkenalkan tol lebuh raya kepada kenderaan berat pada tahun 2005. Disamping itu, trafik awam juga turut meningkat sehingga dalam jaringan jalanraya di Jerman, terdapat kepadatan yang amat tinggi berbanding di peringkat antarabangsa.
Pada masa akan datang dijangka tedapat peningkatan pergerakan trafik penumpang (1997-2015)sekitar 20% dan pergerakan trafik barang perdagangan (1997-2005)meningkat sekitar 64%. Demi memenuhi peningkatan ini, kerajaan persekutuan Jerman telah meluluskan pelaburan sebanyak 150 bilion Euro untuk tempoh 2001 hingga 2015 bagi menambah kapasiti jaringan jalanraya di Jerman.
Bola sepak merupakan sukan yang paling popular di Jerman. Dengan lebih daripada 7 juta ahli rasmi, Persatuan Bola Sepak Jerman (Deutscher Fußball-Bund) adalah pertubuhan sukan tunggal terbesar di seluruh dunia,[88] dan liga teratas Jerman,Bundesliga, menarik kedatangan purata kedua tertinggi dari semua liga sukan profesional di dunia.[89]Pasukan bola sepak kebangsaan lelaki Jerman memenangiPiala Dunia FIFA pada tahun 1954, 1974, 1990, dan 2014,[90] Kejuaraan Eropah UEFA pada tahun 1972, 1980 dan 1996,[91] danPiala Konfederasi FIFA pada tahun 2017.[92]
Jerman adalah salah satu negara yang terkemuka dalam sukan permotoran di dunia. Pembina sepertiBMW danMercedes adalah pengeluar terkemuka dalam sukan permotoran.Porsche telah memenangi perlumbaan24 Hours of Le Mans sebanyak 19 kali, danAudi sebanyak 13 kali (setakat April 2024[kemas kini]).[93] PemanduMichael Schumacher telah menetapkan banyak rekod sukan permotoran semasa kerjayanya, dengan memenangi tujuh Kejuaraan Pemandu Formula Satu Dunia.[94]Sebastian Vettel juga merupakan antara pemanduFormula One yang paling berjaya sepanjang masa.[95][96]
^ab"15 pembeli terbesar pada tahun 2006".Arah aliran terkini dalam perbelanjaan ketenteraan (dalam bahasa Inggeris). Institut Kajian Keamanan Antarabangsa Stockholm. 2007. Diarkibkan daripadayang asal(PDF) pada 2007-08-14. Dicapai pada2008-09-02.
^Alan McFarlane (2003)."Peperangan Tiga Puluh Tahun (1618-48)". Jumlah Kematian Terpilih bagi Peperangan, Pembunuhan beramai-ramai dan Kekejaman sebelum Kurun Ke-20 (dalam bahasa Inggeris).
^Mary Fullbrook (1991).Sejarah Ringkas Jerman (dalam bahasa Inggeris). Penerbitan Universiti Cambridge. m/s. ms. 97.ISBN0521540712.
^"Bonn". Ensyclopedia Britannica (dalam bahasa Inggeris). Britannica. Dicapai pada2009-09-08.
^Nico Colchester (1 Januari 2001)."Hari D-mark sudah tiba" (dalam bahasa Inggeris). Financial Times. Diarkibkan daripadayang asal pada 2011-05-01. Dicapai pada2009-09-08.
^Bahagian Kependudukan, Jabatan Hal-ehwal Ekonomi dan Masyarakat,PBB (2006)."Penghijrahan Antarabangsa 2006"(PDF) (dalam bahasa Inggeris). Penerbitan PBB. Dicapai pada2008-09-14.Unknown parameter|month= ignored (bantuan)CS1 maint: multiple names: authors list (link)
^Horst Zuse."Kehidupan dan Sumbangan Konrad Zuse" (dalam bahasa Inggeris). Everyday Practical Electronics (EPE) Online. Diarkibkan daripadayang asal pada 2009-06-29. Dicapai pada2008-09-09.
^"Automobil" (dalam bahasa Inggeris). MSN Encarta. Diarkibkan daripadayang asal pada 2009-10-29. Dicapai pada2008-09-09.
^"Zeppelin" (dalam bahasa Inggeris). Suruhanjaya Ulang tahun Ke-100 Penerbangan AS. Dicapai pada2008-09-09.
^"Belajar dan Mengkaji di Jerman" (dalam bahasa Inggeris). Perkhidmatan Pertukaran Akademik Jerman (DAAD). Diarkibkan daripadayang asal pada 2008-09-10. Dicapai pada2008-09-10.