Jepun merupakan sebuahnegara pulau diAsia Timur, terletak diLautan Pasifik di luar pantai timur lautAsia. Ia bersempadan di barat denganLaut Jepun dan memanjang dariLaut Okhotsk di utara keLaut China Timur di selatan. Kepulauan Jepun terdiri daripada empat pulau utama iaituHokkaido,Honshu,Shikoku, danKyushu dan ribuan pulau yang lebih kecil di Jepun, meliputi 377,975 kilometer persegi (145,937 bt2). Dengan populasi lebih daripada 125 juta pada tahun 2020, Jepun merupakan negara ke-11 paling ramai penduduk.Tokyo merupakan iobu negaranya danbandar terbesar. Jepun dibahagikan kepada 47 kawasan pentadbiran "prefektur"[8] (県,ken) dan 8 wilayah tradisional. Kira-kira tiga perempat daripadarupa muka bumi Jepun adalah bergunung-ganang dan berhutan lebat, menumpukan pertanian dan penduduk sangat bandar di sepanjang dataran pantai timurnya.Tokyo Raya merupakan kawasan metropolitan paling ramai penduduk di dunia, dengn lebih daripada 38 juta penduduk pada tahun 2016. Sebahagian daripadaLingkaran api Pasifik, pulau-pulau Jepun terdedah kepada kemusnahangempa bumi dantsunami.
Nama "Jepun" ini meminjam sebutan Cina nama kerajaan tersebut ditulis dalamaksara Cina,日本 sepertimana dicatat para pedagangPortugis diMelaka pada awal abad ke-16.[9] Nama dalam aksara ini berlainan mengikut sebutan bahasa mana yang dipilih:
Japun (ejaan Jawi lama:جڤن) daripada sebutanbahasa MinHokkienJi̍t-pún, sebutan ini yang dipilih baku-baku lain termasukbaku Malaysia sebagaiJepun.
Nama「日本」pula diberi sebutannippon ataunihon:Nippon merupakan sebutan rasmi diterapkan termasuk dalammatawang,setem, dan pertandingansukan antarabangsa[10] manakala sebutanNihon yang mengikut sebutanzaman Edo[11] digunakan dalam urusan tidak rasmi seperti percakapan seharian. Ungkapan ini memberi maksud sama iaitu "puncamatahari" atau ringkasnya "timur" dari kedudukan China, penamaan ini datang hasil perutusan wakil Maharaja Jepun keKerajaan Sui yang memerintah tanah besar ketika itu.
Sebelum Jepun menjalin hubungan dengan China, negara ini dikenali sebagaiYamato (大和).[12] Di China sewaktuzaman Tiga Kerajaan, Jepun dikenali sebagai negaraWa (倭) atauWagoku (倭国).[13]
Kajianarkeologi menunjukkan bahawa Jepun telah diduduki olehmanusia purba setidaknya 50,000 tahun yang lalu, pada zamanPaleolitik Akhir. Setelah melalui beberapazaman air batu jutaan tahun lalu, Jepun beberapa kali terhubung dengan daratan Asia melalui jambatan darat (denganSakhalin di utara, dan mungkin sekaliKyushu di selatan), sehingga memungkinkan perpindahan manusia, haiwan, dan tumbuh-tumbuhan ke kepulauan Jepun dari kawasan yang kini merupakan wilayahRepublik Rakyat China danKorea. Zaman Paleolitik Jepun menghasilkan alat-alatan buatan batu-batan tergilap yang pertama di dunia, sekitar tahun 30000 SM.
Dengan berakhirnya zaman air batu terakhir dan datangnya zaman yang lebih panas, kebudayaanJomon muncul sekitar 11000 SM, yang bercirikan gaya hiduppemburu-pengumpul separa sedentari zamanMesolitik hinggaNeolitik dan pembuatanhasil tembikar terawal di dunia. Dipercayai bahawa penduduk Jomon merupakan nenek moyang suku Proto-Jepun dan sukuAinu masa kini.
Dimulainya zamanYayoi pada sekitar300 SM menandakan kemunculan teknologi-teknologi baru seperti bercucuk tanampadi disawah yang dilengkapi sistempengairan dan teknik pembuatan perkakas daripadabesi dangangsa yang dibawa masuk oleh pendatang dari dari China atau Korea.
Dalam sejarah China, bangsa Jepun pertama kali disebut dalam catatan sejarah klasik,Buku Han yang ditulis tahun111. Zaman Yayoi kemudian diganti oleh zamanKofun sekitar tahun250 M, yang terdiri daripada negeri-negeri yang dilengkapi kekuatan tenteranya. MenurutCatatan Tiga Kerajaan, negeri paling berjaya di kepulauan Jepun waktu itu ialahYamataikoku.
Perkembanganagama Buddha di Jepun dan seni ukir patung banyak dipengaruhi oleh agama Buddha dari China.[14] Walaupun pihak pemerintah yang menganut agamaShinto mula-mulanya menentang keras kedatangan agama Buddha, namun lama-kelamaan akhirnya memeluk dan memajukan agama Buddha di Jepun, sehingga menjadi agama yang ramai penganut di Jepun sejakzaman Asuka.[15]
DalamPembaharuan Taika yang dijalankan pada tahun645, Jepun menyusun semula sistem pemerintahannya dengan mencontohi China, sekaligus membuka jalan untuk fahamanKonfusianisme Cina memperluaskan pengaruh di Jepun sehinggaabad ke-19.
Zaman Nara padaabad ke-8 ditandai oleh pemusatan semula kuasa pemerintahan sebuah negeri Jepun, dengan terbinanya ibu kota dan istana maharaja diHeijo-kyo (kiniNara). Pada zaman Nara, Jepun secara terus-menerus mengamalkan pentadbiran kerajaan seperti China. Salah satu pencapaian terbesar sastera Jepun pada zaman Nara ialah lengkapnya buku sejarah Jepun yang disebutKojiki (712) danNihon Shoki (720).[16]
Zaman pertengahan di Jepun merupakan zamanfeudalisme yang ditandai oleh perebutan kuasa antara golongan pemerintah yang terdiri dari padakesatria yang bergelarsamurai. Pada tahun1185,Minamoto no Yoritomo dijulang sebagaishogun atas jayanta beliau menghancurkansuku Taira yang menyaingisuku beliau lalu mengambil peranan sebagai pemimpin tentera yang berkongsi kekuasaan dengan Maharaja. Pemerintahan tentera yang didirikan Minamoto no Yoritomo disebutKeshogunan Kamakura kerana pusat pemerintahan berada diKamakura (di selatanYokohama masa kini). Setelah Yoritomo meninggal dunia,suku Hōjō membantu keshogunan sebagaishikken, iaitu bagaikanadipati kepada para syogun. Kesyogunan Kamakura berjaya menangkis seranganMongol dari wilayah China yang ketika itu dijajah oleh kaum Mongol pada tahun 1274 dan 1281. Meskipun secara politik terbilang stabil, Keshogunan Kamakura akhirnyadigulingkan olehMaharaja Go-Daigo yang mengembalikan kuasa di tangan maharaja. Maharaja Go-Daigo akhirnya digulingkan olehAshikaga Takauji pada tahun 1336.[18] Keshogunan Ashikaga gagal membendung kekuatan penguasa tentera dan tuan tanah feudal (daimyo), maka terletusnya perang saudara pada tahun 1467 (Perang Ōnin) yang memulakan masa satu abad yang ditandakan oleh peperangan antara paksi yang disebut masa negeri-negeri saling berperang atauzaman Sengoku.[19]
Padaabad ke-16, para pedagang danmubalighJesuit dari Portugal pertama kali tiba di Jepun, lalu memulakan kegiatan pertukaran perniagaan dan kebudayaan antara Jepun danDunia Barat (Perdagangan dengan Nanban). Orang Jepun ketika itu menggelar orang asing dari Dunia Barat sebagainamban yang berarti kaum gasar dari selatan.
Oda Nobunaga menaklukkan daimyo-daimyo lain dengan memanfaatkan teknologi dansenjata api dari Eropah. Nobunaga hampir berjaya menyatukan Jepun sebelum dibunuh dalamPeristiwa Honnōji 1582.Toyotomi Hideyoshi menggantikan Nobunaga, lalu memainkan peranan sebagai penyatu Jepun pada tahun 1590. Hideyoshi berazam untuk menguasai Korea, dan dua kali cubamenyerang Korea, namun gagal setelah kalah dalam pertempuran melawan pasukanKorea yang dibantu kekuatanDinasti Ming. Setelah Hideyoshi meninggal dunia, bala tenteranya berundur dari Semenanjung Korea pada tahun 1598.[20]
Sepeninggal Hideyoshi, putera Hideyoshi yang bernamaToyotomi Hideyori mewarisi kekuasaan sang ayah.Tokugawa Ieyasu memanfaatkan posisinya sebagai adipati bagi Hideyori untuk meraih sokongan politik dan tentera daripada daimyo-daimyo lain. Setelah mengalahkan puak-puak penyokong Hideyori dalamPertempuran Sekigahara tahun 1600, Ieyasu diangkat sebagai shogun pada tahun 1603. Pemerintahan tentera yang didirikan oleh Ieyasu diEdo (kiniTokyo) dipanggilKeshogunan Tokugawa. Keshogunan Tokugawa curiga terhadap kegiatan mubalighKatolik, oleh itu melarang segala hubungan dengan orang-orang Eropah. Hubungan perdagangan antarabangsa hanya terhad kepada pedagangBelanda di PulauDejima,Nagasaki. Pemerintah Tokugawa juga mengamalkan pelbagai dasar lain seperti undang-undangbuke shohatto untuk mengendalikan daimyo di seluruh daerah. Pada tahun 1639, Keshogunan Tokugawa mula menguatkuasakan dasarsakoku ("negara tertutup") yang berlangsung selama dua setengah abad yang disebutzaman Edo. Walaupun pada zaman pemencilan, orang Jepun masih dapat mempelajari ilmu dari Dunia Barat. Di Jepun, ilmu daripada buku-buku Barat dipanggilrangaku (ilmu Belanda) ihsan hubungan orang Jepun dengan penduduk berbangsa Belanda di Dejima, Nagasaki. Pada zaman Edo, orang Jepun juga mula mengkaji negara Jepun lalu memberi istilahkokugaku kepada kajian negara Jepun.[21]
Peperangan banyak membawa penderitaan bagi rakyat Jepun dan juga di wilayah-wilayah jajahan Jepun. Berjuta-juta orang terkorban di negara-negara Asia yang diduduki oleh Jepun yang melaung-laungkan sloganKemakmuran Bersama Asia. Hampir semua industri dan infrastruktur di Jepun hancur akibat perang. Pihak Sekutu melakukan repatriasi besar-besaranetnik Jepun dari negara-negara Asia yang pernah diduduki Jepun.[26]Tribunal Ketenteraan Antarabangsa untuk Timur Jauh yang diselenggarakan oleh pihak Sekutu mulai 3 Mei 1946 berakhir dengan dijatuhkannya hukuman bagi sejumlah pemimpin Jepun yang terbukti bersalah melakukankezaliman perang.
Pada tahun 1947, Jepun menerimaPerlembagaan yang baru, yang mana Jepun ditetapkan sebagai negara yang menganut fahamanpasifisme lalu mengamalkandemokrasi liberal. Pendudukan AS terhadap Jepun secara rasmi berakhir pada tahun1952 dengan menandatanganiPerjanjian San Francisco.[27] Walaupun demikian, pasukan AS tetap mempertahankan pangkalan-pangkalan penting di Jepun, khususnya diOkinawa.Perserikatan Bangsa-Bangsa secara secara rasmi menerima Jepun sebagai anggota pada tahun 1956.
Selepas Perang Dunia Kedua, Jepun mengalamipertumbuhan ekonomi yang pesat, dan menempatkan Jepun sebagai kekuatan ekonomi terbesar nombor dua di dunia, dengan pertumbuhankeluaran dalam negeri kasar lebih kurang 10% setahun selama empat dekad. Kepesatan pertumbuhan ekonomi Jepun berakhir pada awal tahun1990-an setelah pecahnyagelembung ekonominya.[28]
Parlimen Jepun merupakanparlimendwidewan yang terbentuk berasaskan sistem England. Parlimen Jepun terdiri daripada sebuahDewan Perwakilan dan sebuahDewan Kaunselor. Dewan Perwakilan Jepun terdiri daripada 480 ahli yang diundi secara langsung oleh rakyat sekali dalam empat tahun atau setelah majlis rendah dibubarkan. Dewan Kaunselor Jepun pula terdiri daripada 242 ahli yang memiliki masa jabatan 6 tahun, dan juga diundi secara langsung oleh rakyat. Warganegara Jepun berusia 20 tahun ke atas berhak mengundi.[30]
Perdana Menteri Jepun ialahketua kerajaan yang dilantik melalui undian daripada kalangan ahli-ahli Parlimen.[31] Apabila Dewan Perwakilan dan Dewan Kaunselor masing-masing memiliki calon perdana menteri, maka calon daripada Dewan Perwakilan yang diutamakan. Pada praktiknya, perdana menteri berasal daripada parti majoriti di parlimen. Menteri-menteri kabinet dilantik oleh Perdana Menteri. Maharaja Jepun melantik Perdana Menteri berdasarkan keputusan Parlimen Jepun, dan memberi perkenan atas pelantikan menteri-menteri kabinet.[32] Perdana Menteri memerlukan sokongan dan kepercayaan daripada anggota Dewan Perwakilan untuk mengekalkan jawatannya sebagai Perdana Menteri.
MaharajaAkihito ialah Maharaja Jepun masa kini yang naik takhta sebagai maharaja ke-125 setelah ayahandanya, MaharajaHirohito mangkat pada 7 Januari 1989. Upacara pertabalan Maharaja Akihito dilangsungkan pada 12 November 1990.[33] Putera RajaNaruhito, beristerikan Puteri RajaMasako yang berasal daripada golongan rakyat jelata, dan dikurniakan seorang puteri bernama Aiko (Puteri Toshi). Adinda kepada Naruhito, iaituPutera Akishino, turut mempermaisurikan seorang rakyat biasa yang bernamaKiko Kawashima, lalu dikurniakan dua orang puteri (Puteri Mako danPuteri Kako), serta seorang putera bernamaPutera Hisahito.
Jepun memiliki hubungan ekonomi dan ketenteraan yang erat denganAmerika Syarikat, serta mengamalkandasar luar negara berteraskanpakatan keamanan Amerika Syarikat - Jepun.[34] Sejak diterima menjadi anggotaPertubuhan Bangsa Bersatu pada tahun 1956, Jepun telah sepuluh kali menjadi anggota tidak tetap dalamMajlis Keselamatan PBB, termasuk pada tahun 2009-2010.[35] Jepun ialah salah sebuah negaraG4 yang sedang mengusulkan perluasan anggota tetap Majlis Keselamatan PBB.[36] Sebagai negara anggotaG8,APEC,ASEAN Plus 3, dan pesertaPersidangan Kemuncak Asia Timur, Jepun banyak bergiat dalam hubungan antarabangsa dan mengeratkan persahabatan Jepun dengan negara-negara lain di seluruh dunia. Pakatan pertahanan denganAustralia ditandatangani pada Mac 2007,[37] dan denganIndia pada Oktober 2008.[38] Pada tahun 2007, Jepun ialah negara penyumbangBantuan Pembangunan Rasmi (ODA) kelima terbesar di dunia.[39] Negara penerima bantuan ODA terbesar daripada Jepun ialah Indonesia, dengan jumlah bantuan melebihi AS$29.5 juta dari tahun 1960 hingga 2006.[40]
Jepun memiliki lebih daripada 3.000 pulau yang terletak di pesisirLautan Pasifik di timur benuaAsia. IstilahKepulauan Jepun merujuk kepada empat pulau besar, dari utara ke selatan,Hokkaido,Honshu,Shikoku, danKyushu, sertaKepulauan Ryukyu yang berada di selatan Kyushu.Sekitar 70% hingga 80% daripada wilayah Jepun terdiri daripada kawasanpergunungan yangberhutan-hutan,[52][53] oleh itu sesuai untuk kegiatan pertanian, industri, serta penempatan kediaman. Daerah yang curam berbahaya untuk dihuni kerana risiko tanah runtuh akibat gempa bumi, keadaan tanah yang tidak kukuh, dan hujan lebat. Oleh sebab itu, kebanyakan kawasan penempatan tertumpu pada kawasan pesisir pantai. Jepun ialah salah sebuahnegara yang terpadat penduduknya di dunia.[54]
Jepun sering mengalami gempa bumi yang lemah atau sederhana dan adakalanya letusan gunung berapi sering kerana terletak di atasLingkaran Api Pasifik di pertemuan tigaplat tektonik.Gempa bumi yang kuat pula boleh menyebabkantsunami. Setiap abad, di Jepun terjadinya beberapa kali tsunami.[55] Kejadian gempa bumi terbesar yang terjadi sehingga kini di Jepunberlaku di perlautan pantai timur berdekatan Sendai yang menyebabkan tsunami pada tahun 2011. Keadaan geografi menyebabkan Jepun memiliki banyaksumber mata air panas, dan sebahagian besarnya telah dibangunkan sebagai kawasan pelancongan.[56]
Jepun berada di kawasan beriklim sederhana dengan bermusim empat. Walaupun demikian, terdapat perbezaan iklim yang ketara di antara bahagian utara dan bahagian selatan Jepun.[57] Padamusim dingin, kawasan utara Jepun seperti Hokkaido dihujani salji, manakala di selatan pula beriklim subtropika. Iklimnya juga dipengaruhi tiupan angin bermusim yang bertiup dari benuaAsia keLautan Pasifik pada musim dingin, dan sebaliknya pada musim panas.
Iklim Jepun terbahagi kepada enam:
Hokkaido: Kawasan paling utara beriklim sedang dengan musim dingin yang panjang dan membekukan, serta musim panas yang sejuk.Kerpasannya tidak besar, namun salji banyak turun ketika musim dingin.
Laut Jepun: Di pantai barat Pulau Honshu, tiupan angin dari barat laut membawa salji yang sangat lebat. Padamusim panas, kawasan ini lebih sejuk dibandingkan kawasan Pasifik. Walaupun demikian, suhu di kawasan ini adakalanya dapat menjadi sangat tinggi akibat fenomenaangin fohn.
Tanah Tinggi Pusat: Wilayah ini beriklim pedalaman dengan perbezaan suhu purata antaramusim panas danmusim dingin yang amat ketara. Perbezaan suhu antara waktu malam dan siang juga agak ketara.
Lautan Pasifik: Kawasan pesisiran pantai timur Jepun mengalami musim dingin yang sangat dingin, namun tidak banyak turun salji. Sebaliknya, musim panas menjadi begitu lembap akibat tiupan angin musim dari tenggara.
Kepulauan Ryukyu: Kepulauan di barat daya Jepun termasuk Kepulauan Ryukyu beriklim subtropika, panas sewaktu musim dingin dan suhu yang tinggi sepanjang musim panas. Kerpasan sangat tinggi, terutama selama musim hujan, di samping sering mengalami ributtaufan.
Suhu tertinggi yang pernah tercatat di Jepun ialah 40.9 °C (105.6 °F) pada 16 Ogos 2007.[58]
Musim hujan bermula lebih awal di Okinawa, lebih kurang mulai awal bulan Mei. Garis depan musim hujan bergerak ke utara, sehingga hampir mencapai Hokkaido. Di sebahagian besar wilayah Honshu, musim hujan bermula pada tengah bulan Jun selama enam minggu. Taufan sering terjadi sepanjang bulan September dan Oktober, disebabkan tekanan tropika di khatulistiwa yang bergerak dari barat daya ke timur laut, oleh itu sering membawa hujan yang sangat lebat.[57]
Jepun dibahagikan kepada 10 kawasan lingkungan dan 47 buah "prefektur"[8] (県,ken) yang ditadbir bebas daripada kuasa kerajaan pusat. Sila klik pada peta untuk maklumat lanjut.
Sejakzaman Meiji (1868-1912), Jepun mengamalkan sistem ekonomipasaran bebas dankapitalis yang berasaskan ekonomi England dan Amerika Syarikat. Sistem pendidikan Barat diterapkan di Jepun, dan terdapat ribuan rakyat Jepun yang melanjutkan pelajaran ke Amerika Syarikat dan Eropah. Lebih daripada 3,000 orang Eropah dan Amerika dibawa masuk sebagai tenaga pengajar di Jepun.[59] Pada awal zaman Meiji, pihak kerajaan menyediakan landasan kereta api dan jalan raya, serta memulakan pembaharuan dasar pemilikan tanah, di samping mendirikan kilang dan pelabuhan untuk dijual kepada pemilik swasta dengan harga yang murah. Sesetengah golongan usahawan yang lahir pada zaman Meiji berkembang menjadizaibatsu, dan ada di kalangannya yang masih berniaga sehingga masa kini.[59]
Pertumbuhan ekonomi benar dari 1960-an hingga 1980-an bergelar"keajaiban ekonomi Jepun", iaitu purata 10% pada tahun 1960-an, 5% pada tahun 1970-an, dan 4% pada tahun 1980-an.[59] Dekad 1980-an merupakan zaman keemasan eksport barangan automotif dan barang elektronik ke Eropah dan Amerika Syarikat sehingga terjadi lebihan imbangan perdagangan yang mengakibatkan konflik perdagangan. Setelah ditandatanganinyaPerjanjian Plaza 1985, dolar AS mengalami penyusutan nilai berbanding yen. Pada Februari 1987, kadar diskaun rasmi diturunkan hingga 2.5% agar hasil perkilangan Jepun kembali berdaya saing setelah terjadinya kemerosotan jumlah eksport akibat pengukuhan nilai yen. Akibatnya, terjadi surpluskecairan danpenciptaan wang berlebihan. Spekulasi menyebabkan hargasaham danharta tanah terus meningkat, sehingga menimbulkangelembung harga aset. Harga tanah menjadi begitu tinggi akibat wujudnya ramai yang menyangka bahawa harga tanah tidak akan jatuh.[28] Ekonomi gelembung Jepun jatuh pada awal tahun 1990-an berikutan pengetatandasar kewangan olehBank Jepun pada tahun 1989, serta kenaikan kadar diskaun rasmi menjadi 6%.[28] Pada tahun 1990, pihak kerajaan mengeluarkan sistem cukai pembelian tanah baru, dan pihak bank diminta untuk mengehadkan pembiayaan aset harta.Indeks Purata Nikkei dan harga tanah menyusut pada Disember 1989 dan musim luruh 1990.[28] Pertumbuhan ekonomi terbantut pada 1990-an, sehingga hanya mencapai angka purata pertumbuhan ekonomi sebanyak 1.7% akibat pelaburan modal yang tidak cekap di samping fenomena gelembung harga aset pada 1980-an. Institusi kewangan menanggung masalah pinjaman kerana telah mengeluarkan pinjaman wang dengan jaminan tanah atau saham. Usaha kerajaan mengembalikan pertumbuhan ekonomi hanya sedikit berhasil, kemudian terhambat olehkelesuan ekonomi global pada tahun 2000.[60]
DalamIndeks Kemudahan Berniaga, Jepun menduduki tangga ke-12, oleh itu menjadi salah sebuah negara maju denganbirokrasi paling sederhana.Kapitalisme ala Jepun menampakkan beberapa ciri-ciri istimewa.Keiretsu ialah sekelompok perusahaan yang dianggotai oleh syarikat-syarikat yang saling menjalin kerjasama perniagaan dan pemilikan saham. Rundingan gaji (shuntō) serta pembaikan keadaan tempat kerja antara pihak pengurusan dan kesatuan sekerka dilakukan setiap awalmusim semi. Budaya perniagaan Jepun mengamalkan konsep-konsep tempatan, sepertiSistem Nenkō,nemawashi,salaryman, danoffice lady. Perusahaan di Jepun mengamalkan kenaikan pangkat berdasarkan kekananan dan jaminanpekerjaan seumur hidup.[69][70] Kejatuhan ekonomi gelembung disusuli kemuflisan dan pembuangan kerja besar-besaran menyebabkan amalan jaminan pekerjaan seumur hidup semakin diabaikan.[71][72] Perusahaan Jepun dikenali kerana kaedah pengurusan sepertiThe Toyota Way.Aktivisme pemegang saham amat jarang kelihatan.[73] DalamIndeks Kebebasan Ekonomi, Jepun merupakan negara kelima paling besarlaissez-faire di kalangan 41 negara Asia Pasifik.[74]
Jepun ialah negara pengimport hasil laut terbesar di dunia (bernilai AS$ 14 juta).[75] Jepun berada di tangga ke-6 selepasChina,Peru,Amerika Syarikat,Indonesia, danChile, dengan jumlah hasil tangkapan ikan yang merosot sejak tahun 1996.[76][77]
Pertanian merupakan sektor ekonomi utama Jepun hingga beberapa tahun selepasPerang Dunia Kedua. Menurut kaji selidik bancian tahun 1950, lebih kurang 50% tenaga kerja berada di bidang pertanian. Sepanjang "zaman keajaiban ekonomi Jepun", peratusan tenaga kerja dalam bidang pertanian terus merosot hingga kira-kira 4.1% pada tahun 2008.[78] Pada Februari 2007 terdapat 1,813,000 keluarga pertanian komersil, namun di antaranya hanya kurang daripada 21.2% atau 387,000 keluarga merupakan usahawan pertanian.[79] Sebahagian besar tenaga kerja pertanian sudah lanjut usia, sementara bilangan tenaga kerja berusia muda dalam bidang pertanian agak berkurangan.[80][81]
Kounotori 6 digenggam oleh tangan robotik Stesen Angkasa Antarabangsa
Jepun adalah negara utama dalampenyelidikan saintifik, terutamanya dalam bidang yang berkaitan dengan sains semula jadi dan kejuruteraan. Negara ini berada di peringkat kedua di antara negara-negara yang paling inovatif di dalamIndex Inovasi Bloomberg.[82][83] Lebih kurang 700,000 pengkaji berkongsi US$130 billion belanjawanpenyelidikan dan pembangunan.[84]Jumlah yang di belanjakan dalam [[penyelidikan dan pembangunan] bersamaan denganKDNK ialah ketiga tertinggi di dunia.[85] Negara ini adalah kuasa utama dunia dalampenyelidikan asas, serta melahirkan ramai tokoh-tokohHadiah Nobel untuk bidangfizik,kimia danperubatan[86] dan tiga pemenangPingat Fields.[87]
Bilangan penduduk Jepun dianggarkan sekitar 127,614 juta orang (perangkaan 1 Februari 2009).[88] Masyarakat Jepun adalah homogen dari segietnik,budaya danbahasa, dengan bilangan pekerja asing yang sedikit. Di kalangan penduduk minoriti yang kecil di Jepun, terdapatorang Korea Zainichi,[89]Cina Zainichi,orang Filipina,Brazil[90] danPeru.[91] Pada 2003, terdapat 136,000 warga negara barat yang menjadi ekspatriat di Jepun.[92]
Kewarganegaraan Jepun diberikan kepada bayi yang dilahirkan daripada ayah atau ibu berkewarganegaraan Jepun, ayah berkewarganegaraan Jepun yang meninggal sebelum kelahirannya, atau bayi yang lahir di Jepun dengan ayah/ibu yang tidak diketahui/tidak memilikikewarganegaraan.[93] Suku kaum yang paling dominan ialah penduduk asli yang bergelarorang Yamato dankelompok minoriti utama yang terdiri daripada penduduk asliAinu[94] danRyukyu, ditambah kelompok minoriti sosial yang dipanggilburakumin.[95]
Pada tahun 2006, kadarjangka hayat di Jepun ialah 81.25 tahun, iaitu antara yang tertinggi di dunia.[96] Namun usia purata penduduk Jepun semakin meningkat kesan ledakan kelahiran pascaperang diikuti penurunan kadar kelahiran. Pada tahun 2004, sekitar 19.5% daripada populasi Jepun sudah berusia atas 65 tahun.[97]
Perubahan dalam struktur demografi menimbulkan beberapa masalah sosial, terutamanya kecenderungan menurunnya bilangan tenaga kerja dan meningkatnya perbelanjaan kebajikan sosial sepertipencen. Masalah lain termasuk semakin ramai golongan muda yang memilih untuk tidakberkahwin atau mendirikan rumah tangga ketika mencapai usia dewasa.[98] Bilangan penduduk Jepun dikhuatiri akan merosot menjadi 100 juta pada tahun 2050, dan 64 juta pada tahun 2100.[97] Pakar demografi dan jabatan kerajaan kini berbincang mengenai cara menangani masalah penurunan jumlah penduduk.[98]Imigrasi dan insentif wang untuk kelahiran bayi sering kali diusulkan sebagai penyelesaian masalah penduduk Jepun yang semakin menua.[99][100]
Perangkaan tertinggi jumlah penganutagama Buddha danShinto sekaligus ialah 84-96% yang menunjukkan betapa besarnya jumlah penganut sinkretisme daripada kedua-dua agama tersebut.[30][102] Walaupun demikian, perkiraan tersebut hanya berdasarkan jumlah warga yang didapati ada hubungan dengan pihak kuil, dan bukan jumlah penduduk yang sungguh-sungguh menganut kedua-dua agama tersebut.[103] Professor Robert Kisala (dariUniversiti Nanzan) menganggarkan hanya 30% daripada penduduk Jepun yang mengaku menganut suatu agama.[103]
FahamanTaoisme danKonfusianisme dari China juga mempengaruhi kepercayaan dan tradisi Jepun. Agama di Jepun cenderung bersifatsinkretisme dengan melahirkan berbagai-bagai tradisi, seperti orang tua membawa anak-anak ke upacaraShinto, pelajar sekolah berhajat kelulusan ujian dikuil Shinto, perkahwinan ala Barat digerejaKristian, dan penyemadian mayat mengikut larasagama Buddha. Penduduk beragamaKristian hanya berjumlah 2,595,397 atau 2.04% seluruh penduduk Jepun.[104] Kebanyakan orang Jepun mengambil sikap tidak peduli terhadapagama dan melihatagama sebagaibudaya dan tradisi semata-mata. Apabila ditanya mengenai agama, mereka akan mengatakan bahawa mereka beragamaBuddha hanya kerana nenek moyang mereka menganut suatu mazhab agama Buddha. Selain itu, di Jepun sejak pertengahan abad ke-19 lahirnya pelbagai mazhab agama baru (Shinshūkyō) sepertiTenrikyo danAum Shinrikyo.
Lebih daripada 99% penduduk Jepun bertutur dalambahasa Jepun sebagai bahasa ibunda.[88] Bahasa Jepun ialahbahasa aglutinatif yang bercirikan kata hormat yang mencerminkan unsur hierarki sosial dalam masyarakat Jepun. Pemilihan kata kerja dan kosa kata mencerminkan taraf penutur dan pendengar. Menurutkamus bahasa Jepun iaituShinsen-kokugojiten, kosa kata daripadabahasa Cina berjumlah sekitar 49.1% daripada seluruh kosa kata Jepun, manakala kata-kata asli Jepun hanya 33.8% dankata pinjaman bahasa lain pula sekitar 8.8%.[105] Bahasa Jepun menggunakan tulisankanji,hiragana, dankatakana. Jepun juga mempunyai sistem perumian mereka yang tersendiri yang diambil daripada tulisanRumi yang dikenali sebagaiRomaji. Nombor-nomborArab turut digunakan.Bahasa Ryukyu yang juga tergolong dalam keluargabahasa Japonik ditutur oleh pendudukOkinawa, tetapi tidak banyak diwarisi dalam kalangan muda-mudinya.[106]Bahasa Ainu kianpupus dengan hanya beberapa orangpenutur asli yang sudah lanjut usia diHokkaido.[107] Para pelajar sekolah kerajaan dan swasta di Jepun hanya diwajibkan mempelajaribahasa Jepun danbahasa Inggeris.[108]
Pendidikan rendah dan menengah, serta pendidikan tinggi diperkenalkan di Jepun pada tahun1872 hasil usahaPemulihan Meiji.[109] Sejak tahun 1947, rancangan pendidikan di Jepun mewajibkan setiap warganegara bersekolah selama 9 tahun disekolah rendah dansekolah menengah rendah (dari usia 6 hingga 15 tahun). Dalam kalangan penduduk berusia 15 tahun ke atas, kadarcelik huruf mencapai 99% secara sama rata antara lelaki dan wanita (2002).[110]
Budaya Jepun merangkumi interaksi antara budaya asliJomon dengan pengaruh dari luar negara yang menyusul. Pada mulanyaChina danKorea banyak membawa pengaruh, bermula dengan perkembangan budayaYayoi sekitar300 SM. Gabungan tradisi budayaYunani danIndia, mempengaruhi seni dan keagamaan Jepun sejakabad ke-6 Masihi, dilengkapkan dengan pengenalanagama Buddha mazhabMahayana. Sejak abad ke-16, pengaruhEropah menonjol, disusuli dengan pengaruhAmerika Syarikat yang mendominasi Jepun setelah akhirnyaPerang Dunia II.
Kini, Jepun merupakan salah sebuah pengeksport budaya pop yang terbesar.Anime,manga,fesyenperfileman,kesusasteraan,permainan video danmuzik Jepun menerima sambutan hangat di seluruh dunia, terutama di negara-negaraAsia yang lain. Pemuda Jepun gemar mencetustrend baru dan kegemaran mengikut gaya mereka mempengaruhi fesyen dan trend seluruh dunia. Pasaran muda-mudi yang amat cemerlang membawa ujian geir kepada barang-barang pengguna elektronik yang baru, di mana gaya dan fungsinya ditentukan oleh pengguna Jepun, sebelum dipertimbangkan untuk pengedaran seluruh dunia.
Baru-baru ini Jepun mula mengeksport satu lagi komoditi budaya yang bernilai: ahli sukan. Populariti pemainbesbol Jepun diAmerika Syarikat meningkatkan kesedaran warga negara Barat tersebut terhadap segalanya mengenai Jepun.
Orang Jepun biasanya gemar memakan makanan tradisi mereka. Sebahagian besar rancangan-rancangan TV pada waktu petang dikhaskan kepada penemuan dan penghasilan makanan tradisional yang bermutu. Makanan Jepun mencipta nama di seluruh dunia dengansushi, yang biasanya diperbuat daripada pelbagai jenis ikan mentah yang digabungkan dengan nasi sejuk dan pes wasabi. sushi digermari penduduk seluruh dunia. Makanan Jepun menumpu kepada peralihan musim, dengan menghidangkan mi sejuk dansashimi padamusim panas, manakalaramen panas danshabu-shabu disediakan padamusim sejuk.
^abMd. Nasrudin Md. Akhir; Asmadi Hassan; Rohayati Paidi (2008).Organisasi dan Institusi Jepun. Jabatan Pengajian Asia Timur, Fakulti Sastera & Sains Sosial, Universiti Malaya. m/s. 103.ISBN9832085993.
^Lach, Donald (2010).Asia in the Making of Europe.I. University of Chicago Press. m/s. 157.
^Delmer M. Brown (ed.), penyunting (1993).The Cambridge History of Japan. Cambridge University Press. m/s. 140–149.CS1 maint: extra text: editors list (link)
^Hooker, Richard (1999-07-14)."Japan Glossary; Kokugaku". Washington State University. Diarkibkan daripadayang asal pada 2006-08-28. Dicapai pada2006-12-28.
^Roland H. Worth, Jr. (1995).No Choice But War: the United States Embargo Against Japan and the Eruption of War in the Pacific. McFarland.ISBN0-7864-0141-9.
^abcdKobayashi, Kayo (2005).日本の経済: Japanese Economy, The. IBC Publishing.ISBN4-8968-4147-6.Cite has empty unknown parameter:|coauthors= (bantuan)
^"The Constitution of Japan". House of Councillors of the National Diet of Japan. 1946-11-03. Diarkibkan daripadayang asal pada 2007-03-17. Dicapai pada2007-03-10.
^Zaidan Hōjin Yano Tsuneta Kinenkai, 財団法人矢野恒太記念会 (2008). m/s. 134 Tabel 13-6 dan catatan kaki. "Takrifan keluarga petani komersil (hambai nōka) ialah keluarga dengan luas tanah lebih dari 3,000 m² atau pendapatan kasar lebih daripada \500,000 per tahun; takrifan keluarga petani pengusaha (shugyō nōka) ialah keluarga yang berpenghasilan utama dari pertanian, dan memiliki kepala keluarga berumur di bawah 65 tahun yang bekerja di lahan pertanian lebih dari 60 hari per tahun."
^Zaidan Hōjin Yano Tsuneta Kinenkai 財団法人矢野恒太記念会 (2008) m/s. 136 Tabel 13-8. Report of Survey on Movement of Agriculture Structure.
^Bureau of Democracy, Human Rights, and Labor (2006-09-15)."International Religious Freedom Report 2006". U.S. Department of State. Dicapai pada2007-12-04.CS1 maint: multiple names: authors list (link)
^abKisala, Robert (2005). Robert Wargo (penyunting).The Logic Of Nothingness: A Study of Nishida Kitarō. University of Hawaii Press. m/s. 3–4.ISBN0824822846.
^言語学大辞典セレクション:日本列島の言語 (Selection from the Encyclopædia of Linguistics: The Languages of the Japanese Archipelago). "琉球列島の言語" (The Languages of the Ryukyu Islands). 三省堂 1997