Perkataan "jed" merupakan turunanbahasa Inggerisjade yang diambil dari istilah Sepanyolpiedra de ijada "batu pinggang" kerana ia dipercayai kononnya berkesan merawat penyakit pinggang dan buah pinggang - istilah asal tersebut pertama kali direkod pada 1565.[2] Istilah ini dominan di Malaysia[1] dan Singapura.
"Giok" pula pinjamanbahasa Min Selatangio̍k 玉,[3] istilah ini lebih dominan di Indonesia baik melalui bentuk bakunya ("batu giok")[4] mahupun dalam jenis bahasa Melayu lain dituturi di kawasan tertentu dalam negara tersebut seperti diAceh.[5]
Sifat geologi dan kimia
Bongkah jed berwarna putih krim di Muzium Budaya Hotan, China.
Disebabkan kedua-dua jenis jed digunakan dalam budaya Zaman Batu dan Gangsa bagi tujuan yang serupa serta keserupaan rupa, kedua-dua mineral ini tidak dapat dibezakan sehingga tahun 1863 oleh ahli mineralogi Perancis,Alexis Damour.[6]
Nefrit terdiri daripada matriks gentian hablur mikro berselang-seli yang terdiri daripada siri mineraltremolit (kalsium danmagnesium) ke feroaktinolit (kalsium, magnesium danbesi) sementara mineral di tengah-tengah julat ialahaktinolit. Warna hijau pada jed bergantung kepada kandungan besi di dalam ketulan; peningkatan kepekatan zat besi membawa kepada hijau yang lebih pekat. Tremolit boleh dijumpai dalambatuan kapur metamorf, dan aktinolit pula dijumpai dalam batuan syis. Jadeit pula merupakan piroksen yang kaya dengan natrium dan aluminium, dan hanya dijumpai dalam batuan metamorf. Mineral nefrit mempunyianilai kekerasan Mohs sebanyak 6.0 ke 7.0, sama kukuh dengankuarza sementara jadeit pula sedikit lebih rapuh dengan nilai 6.0 ke 6.5.
Nefrit boleh didapati dalam warna putih krim serta pelbagai jenis hijau muda, tetapi jadeit memiliki lebih banyak variasi warna, termasuk biru, perang, merah, hitam, hijau tua, lavender dan putih.[7] Daripada kedua-duanya, jadeit lebih jarang dijumpai – didokumentasikan di kurang daripada 12 tempat di seluruh dunia. Jadeit berwarnazamrud ialah jenis yang paling berharga, baik daripada segi sejarah serta kontemporari. Burma dan Guatemala adalah sumber utama batu permata jadeit moden. Di daerah Mogaung di Daerah Myitkyina, Burma Atas, jadeit membentuk lapisan di atas lapisan serpentin hijau gelap, dan telah digali dan dieksport selama lebih dari seratus tahun.[8] Selain itu, Kanada menyediakan bahagian utama nefrit lapidari moden.
Dalam budaya
Batu jed banyak menghiasi barang kemas seperti cincin, rantai, gelang, serta alat perhiasan rumah. Lebih penting lagi, ia merupakan simbol kemuliaan, maruah, dan ketinggian taraf. Tukang-tukang yang membuat perhiasan jed adalah antara orang yang terkaya di China. Corak yang biasanya menjadi pilihan ialah corak pic, itik mandarin, rusa, kelawar, serta ikan. Setiap corak ada maksud tersendiri.
Asia Timur
Butang baju jadeit ukiran antik Cina terpilih
Takhta emas berhiasan jed dari zaman KoreaSilla; abad ke-6 M
Rantaimagatama dari tapak pengebumian Jepun
Penerapan batu jed dalam kebudayaan Cina berlaku sejakzaman Neolitik dan seterusnya, dan merupakan batu utama dalam seni ukiran Cina. Walaupun jadeit hijau pekat dan terang lebih terkenal di Eropah, dalam sebahagian besar sejarah China, jed terdapat dalam pelbagai warna dan nefrit berwarna putih "lemak daging kambing" merupakan jenis yang paling dihargai. Sumber asli jed diHenan dan sepanjangYangtze dieksploitasi sejak zaman prasejarah dan sebahagian besar sumber asal telah habis; kebanyakan batu jed Cina kini diekstrak dari wilayah barat lautXinjiang. Secara khusus, warna dan kualiti pelindungnya yang halus[9] menyebabkan batu jed dikaitkan dengan konsep-konsep berkaitan jiwa dankeabadian.[10] Perihal berkaitan jed juga diterapkan dalam kebudayaan tak ketara seperti bidang keagamaan.
Penerapan budaya jed terawal Jepun dikesan di kawasan bandar modenItoigawa,Niigata, dengan sejarah penerapan berlaku kira-kira 5,000 tahun lepas.[11][12] Dalamkebudayaan Jepun danKorea, perhiasan jed lazim digunakan sebagai perhiasan dalam upacara pengebumian, dengan batuan jed lazim dibentuk kepada bentukkoma (magatama), dan dalam budaya Jepun, batuan jed dikaitkan dengan kekuasaan dan kekuasaan. Di samping itu,magatama turut muncul dalam kebudayaan Korea kuno, seawalZaman Tembikar Mumun (s. 850–550 SM) dan berterusan ke zamanSilla sertaTiga Kerajaan Korea.[13] Walau bagaimanapun, penerapan jed dalam budaya Jepun terhenti kira-kira selepaszaman Nara.[14] Di Korea pula, pembudayaan jed hilang pengaruh tatkala adat-adat pengebumian Buddhisme menjadi semakin lazim.
Peradaban India
Antara binaan jed tertua di India ialah patungMahavira di kuilJainisme, Kolanpak diTelangana dengan usia sekitar 2,000 tahun, dan dipercayai diukir daripada sebongkah jed tunggal.[15] Kegunaan jed dalam peradaban India memuncak pada zamanEmpayar Mughal, dan dipercayai diwarisi daripadaWangsa Timuriyah. Para rajaNegara Hyderabad (1724–1948) lazim memiliki pedang-pedang dengan hulu diperbuat daripada jed.
Batuan permata jed di kawasan utaraBurma disifatkan sebagai berharga dalam rujukan-rujukan Cina sejak abad ke-10, dan kini masih memainkan peranan sebagai negara pengeluar jed utama dunia. Bermula dari 1930-an, penggalian arkeologi diFilipina menemui bukti penerapan perhiasan jed yang merangkumi masyarakat Austronesia kuno di Asia Tenggara, dan bermula kira-kira pada 2000 SM hingga 1000 Masihi.[16] Jed-jed yang digunakan dikesan berasal dari sebuah deposit berdekatan bandarHualien moden diTaiwan, dan diproses di pelbagai tempat di Asia Tenggara. Pembudayaan ini mewujudkan sebuah jaringan perdagangan laut purba yang merangumi seluruh Asia Tenggara, malah lebih awal dariLaluan Sutera di tanah besarEurasia.[17]
Jed jenisnefrit diNew Zealand dikenali sebagaipounamu dalambahasa Māori, dan memainkan peranan penting dalam kebudayaan Māori. Batuan ini dianggap sebagaitaonga, atau harta karun, dan oleh itu, dilindungi di bawahPerjanjian Waitangi, dengan eksploitasi jed itu dihalang dan diawasi dengan ketat. Namun begitu,pounamu hanya dijumpai diPulau Selatan New Zealand.Pounamu dikatakan bertambah kuasa prestijnya (mana) setiap kali diwarisi kepada generasi seterusnya, menjadikanpounamu dengan sejarah paling turun-temurun sebagaipounamu yang paling berharga. Penggunaan jed dalam budaya Māori adalah meluas, merangkumi penggunaan upacara serta praktikal; sebarangpounamu yang tidak lagi digunakan sebagai barangan utiliti kekal digunakan sebarang barang perhiasan.[18]
Lain-lain
Eropah
Bilah-bilah kapak daripada jed bertarikh asal seawal milenium ke-4/5 SM telah ditemui di beberapa kawasan di Eropah Utara dan Tengah, terutamanya diKepulauan British danSwitzerland.[19][20][21][22] Walau bagaimanapun, penggunaan jed dalam hal ini paling kemungkinan hanya sebagai mata wang atau pertukaran hadiah.[23] Di samping itu, tiada budaya jed ditemui di kawasan timur dan selatan Eropah.
Mesoamerika
Penggunaan jed diMesoamerika dalam upacara-upacara simbolik dan kepercayaan sangat dipengaruhi oleh kelangkaan jed di situ serta nilainya dalam budaya pra-Columbus, seperti masyarakatOlmek danMaya. Walaupun artifak jed telah dibuat dan dihargai oleh banyak masyarakat Mesoamerika, lembahSungai Motagua diGuatemala dianggap sebagai sumber tunggal batu jadeit yang diekstrak di wilayah ini.[24] Dalam budaya-budaya berkenaan, jed lazimnya dikaitkan dengan konsep serta dewa berkaitan alam semula jadi, nyawa dan kesuburan.[25]
Zaman moden
Kini, jed masih dilombong sebagai bautanpermata utama dunia, dan menjadi batuan permata lazim dalam barangan-barangan kemas kontemporari. Sumber batuan jed ditemui di Siberia pada abad ke-19, dan kini, Rusia dianggarkan memiliki khazanah batuan jed sebanyak 336 tan.[26] Di Kanada pula, pelombongan komersial bermula pada 70-an oleh Loex James Ltd. yang ditubuhkan oleh dua orang wargaCalifornia (Amerika).[27]
Industri
Peta negara-negara pengeluar jed utama dunia.
70% bekalan jadeitit bermutu tinggi dunia datang dari negaraMyanmar.[28][29] Sebilangan besar jadeit Myanmar dieksport ke negara lain, terutama di kawasan Asia untuk digunakan dalam perhiasan serta bahan kesenian. Sebilangan besar pengeluaran dilakukan oleh Myanmar Gem Enterprise (MGE), sebuah syarikat milik negara yang memiliki aset yang cukup untuk menampung syarikat selama 172 tahun.[30] Deposit jadeit yang terdapat di wilayah utara Myanmar merupakan sumber jadeit berkualiti tinggi di dunia, dan dicatat oleh bahan rujukan China sejak abad ke-10.Budaya Cina banyak meningkatkan nilai kebudayaan terhadap batu jed; dengan pengaruh mereka yang mengukuh di Myanmar, begitu juga industri jed dan amalan mengeksport mineral tersebut.
Walau bagaimanapun, pelombongan jed di Myanmar sarat dengan kontroversi, termasuk masalah korupsi dan monopoli oleh golongan atasan serta junta tentera Myanmar,[31] konflik yang terbit daripada perebutan pemilikan industri jed serta insiden-insiden kemalangan di kawasan lombong. Sebagai contoh, insidentanah runtuh di lombong Hpakant pada 2020 mengorbankan kira-kira 175 ke 200 orang buruh.[32][33]
^"batu giok".Kamus Besar Bahasa Indonesia. Badan Pengembangan dan Pembinaan Bahasa, Kementerian Pendidikan dan Kebudayaan Republik Indonesia. 2016.
^T. Mukhtar Wali (2016).Batu Giok Aceh (Dampak Kehidupan Sosial Budaya Di Kecamatan Beutong)(PDF) (Tesis). Banda Aceh: Universitas Islam Negeri Ar-Raniry Darussalam. Diarkibkan daripadayang asal(PDF) pada 2021-03-04. Dicapai pada2020-07-06.Penamaan untuk batu giok di setiap tempatnya berbeda-beda, dalam bahasa melayu [sic] batu alam berwarna hijau ini umumnya dikenal dengan namagiok...
^Hunter, Sir William Wilson dan Sir Richard Burn.The Imperial Gazetteer of India, Vol. 3. Oxford, England: Clarendon Press, Henry Frowde Publishers (1907), m/s. 242
^Hodder M. Westropp:On jade implements found in Switzerland. In:The Journal of the Anthropological Institute of Great Britain and Ireland. Jilid 10, 1881, m/s. 359–363 (erste wissenschaftliche Veröffentlichung zu Jadebeilen alpiner Fundquellen).
^Pierre Pétrequin, Alison Sheridan, Serge Cassen, Michel Errera, Lutz Klassen, -- Pétrequin:Consecration and sacrifice: long Alpine jade axeheads in Neolithic Europe In: Menschen–Hunde–Artefakte. Gedenkschrift für Gretel Gallay/Callesen. Schriften des Vereins für Vor- und Frühgeschichte im unteren Niddertal eV, Jilid II, 2012, m/s. 33–64.
^Barker, Graeme (1999).Companion encyclopedia of archaeology. New York: Routledge. m/s. 378.ISBN0-415-21329-0.
^"Jade maya" (dalam bahasa Sepanyol). Diarkibkan daripadayang asal pada 5 Mei 2010. Dicapai pada12 Mei 2010.