Java membenarkan pengenalpasti yang bukan kata simpanan, bermula dengan huruf, garis bawah (_) ataupun tanda dollar ($). Di samping itu, Java turut menykong pengenalpastiunikod. Contoh berikut adalah contoh pengenalpasti yang sah:
Dalam Java, pengulangan (looping) boleh dilakukan dengan menggunakan gelungfor,while ataudo ... while.
Gelungfor
Gelungfor boleh digunakan dalam dua cara iaitu; sama seperti sintaks C,
for(inti=0;i<akhir;i++){// Buat sesuatu.}
atau
for(Bendabenda:senaraiBenda){// Buat sesuatu.}
Dalam sintaks yang pertama,for disertakan dengan tiga ungkapan yang dipisahkan dengan tanda koma bertitik (;). Unkapan yang pertama ialah penugasan awal pembolehubah, yang kedua ialah syarat akhir gelung, dan yang ketiga ialah penugasan semula pemboleh ubah. Gelung di atas dapat diungkapkan sebagai "Buat sesuatu bagii bermula dengan nilai 0, hinggai kurang daripada nilaiakhir, dani ditambah satu setiap kali diulang".
Sintaks yang kedua pula terbahagi kepada dua bahagian yang dipisahkan dengan titik bertindih (:). Bahagian pertama ialah pengisytiharan pembolehubah gelung, manakala yang kedua ialah pembolehubah yang ingin dilelarkan. Gelung di atas boleh diungkapkan sebagai "Buat sesuatu bagi setiapbenda dalamsenaraiBenda".
Mudah untuk dipelajari. Bagi mereka yang sudah mengetahui bahasa pengaturcaraan C atau C++, bahasa Java menjadi mudah dipelajari, disebabkan sintaks yang banyak persamaan.
Tulis kurang kod. Program yang ditulis menggunakan Java biasanya empat kali lagi kurang kod berbanding jika ia ditulis menggunakan C++.
Tulis kod lagi baik. Disebabkan Java ialah bahasa pengaturcaraan yang berorentasikan objek, penggunaan semula kod yang sudah pun ditulis memperbolehkan kadar kesalahan kod dapat dikurangkan.
Pembangunan program-program lagi cepat. Menggunakan Java juga memperbolehkan pembangunan program yang lagi cepat dilakukan dan jumlah baris kod yang lagi kurang diperlukan.
Mengelakkan kebergantungan platform. Program yang dibangunkan oleh bahasa java ialah program yang dapat dilarikan dimana-mana platform.
Penghasilan perisian menggunakan bahasa Java boleh dilakukan dengan berbantukan perisian persekitaran pembangunan java (Java IDE). Salah satu perisian popular tersebut ialahNetbean dan ia percuma. Perisian ini bukan sahaja memperbolehkan kita melakukan kerja-kerja pengaturcaraan biasa, malah program ini juga menyokong konsep pembangunan perisian mengunakan kaedah terkini seperti menggunakanUML. Melalui kaedah UML, pembangun perisian cuma perlu merekacipta model dan kod java dijana oleh perisian. Kitar pembangunan perisian menjadi sangat pantas.
^Java 5.0 menambahkan banyak ciri bahasa yang baru (foreach (untuk gelung),pengkotakan automatik (autoboxing),varargs dananotasi), selepas ia diperkenalkan ke dalam bahasaC# yang serupa (dan yang bersaingan).[1][2]