Movatterモバイル変換


[0]ホーム

URL:


Pergi ke kandungan
WikipediaEnsiklopedia Bebas
Cari

Jamukha

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Jamukha
Kemangkatan1204
WangsaJadaran

Jamukha (Mongolia:Жамуха), seorang pemimpin tentera dan politik Jadaran yang diisytiharkan sebagaiGur Khan (Liao: 'Penguasa Dunia') pada tahun 1201. Kekalahannya dalampertempuran Chakirmaut pada 1204 menjadi awal bermulanya penaklukanEmpayar Mongol.[1]

Biografi

[sunting |sunting sumber]
Peta suku di Mongolia pada tahun 1200

Tidak banyak yang diketahui dari Jamukha, kecuali dia beberapa tahun lebih tua dariTemüjin (Gurkhan). Ketika Hwalun (isteri pertama Yesügei dariMerkit) dan anak-anaknya dijauhi oleh bangsawan keturunan Tatar lain, Jamukha datang dan memberikan dukungannya pada keluarga itu. Pada satu masa,Behter, menyakiti perasaanHwalun. Behter ialah anak pertama Yesugei dari isteri keduanya Sochigel. Behter mengatakan bahawa selepas ia menjadi Khan Khamag, dia akan menikahi ibu tirinya sendiri. Bergurau kalau dia akan menjadi seorang ayah yang baik untuk Temujin bersaudara. Temujin yang masih berumur 8-9 tahun sangat marah mendengar hal ini, dia juga merasa sudah cukup dewasa kerana telah bertunanganBörte.

Temujin memiliki niatan untuk membunuh abang seayahnya sendiri. Jamukha bersedia menolongnya meski hal itu sangat tabu. Jamukha mengalihkan perhatian Behter sementara Temujin memanahnya. Peristiwa pembunuhan Behter ini tidak tertulis dalamSejarah Rahsia Bangsa Mongol, tetapi direkodkan dalam Kronik Dinasti Yuan.Belgutei sebagai adik kandung dari Behter tidak berani berbuat apa-apa selain menerima kematian kakaknya.Qasar, abang dari Temujin maju dan mengancam Belgutei. Selepas peristiwa ini, Jamukha menjadi anda (saudara angkat/blood brother) untuk Temujin.

Perang Merkit dan koyaknya persaudaraan

[sunting |sunting sumber]

Temujin menikahi Borte pada umur 15 tahun, setelah keduanya sudah cukup dewasa. Setahun kemudian, Borte melahirkan anak pertama mereka yang diberi nama Qojin. Meski Temujin kini telah memiliki pasukan yang besar dan Toghrul dari Kerait yang jauh lebih tua telah menjadi anda Temujin, suku Merkit yang memiliki kekuatan lebih kecil tetap berani untuk menyerang Temujin dan melarikan Borte. Ketika Temüjin, Jamukha dan Toghrul mengumpulkan 60.000 tentera untuk menghancurkan Suku Merkit, mereka bertiga mendapati Borte sedang hamil. Anak dari panglima Mongol bernamaChilger Bökö. Suku Merkit dengan cepat menjauh dari wilayah lama mastautin mereka. Pengikut Temüjin dan Jamukha sering berkumpul bersama selama beberapa tahun. Dapat dikatakan bahawa Jamukha telah menjadi bawahannya dan mereka berdua sering meluahkan hal mengenai politik.

Menurut Sejarah Rahsia Mongol, periode ini dikenal sebagai momen terbaik dari kisah dua sahabat. Pertikaian bermula ketika Jamukha mulai menghinaJochi dan menyarankan kepada Temujin untuk lebih mempertahankan sistem Aristokrasi untuk penilaian panglima tentera berbanding Meristokrasi. Ketika ini, Temujin mengangkat Jelme. Abang dari Subutai sebagai Panglima. Jelme berasal dari keluarga rakyat biasa, bahkan sukunya adalah peternak rusa bukan pengembara berkuda seperti suku Mongol yang lain.

Rujukan

[sunting |sunting sumber]
  1. ^Fan, Ryan (2021-12-06)."How Genghis Khan And His Best Friend Turned Against Each Other".Frame of Reference (dalam bahasa Inggeris). Dicapai pada2025-08-03.
Diambil daripada "https://ms.wikipedia.org/w/index.php?title=Jamukha&oldid=6608282"
Kategori:
Kategori-kategori tersembunyi:

[8]ページ先頭

©2009-2025 Movatter.jp