Movatterモバイル変換


[0]ホーム

URL:


Pergi ke kandungan
WikipediaEnsiklopedia Bebas
Cari

James Cook

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Rencana initidakmemetik apa-apasumber atau rujukan. Sila bantu dalammemperbaiki rencana ini dengan menambahkan rujukan kesumber-sumber yang boleh dipercayai. Bahan yang tidak disahkan mungkin akan dipertikai dandipadam.
Cari sumber: "James Cook" – berita ·akhbar ·buku ·sarjana ·JSTOR
(November 2018) (Ketahui cara dan masa untuk membuang pesanan templat ini)
(Kapten) James Cook
Potrait James Cook olehNathaniel Dance, sekitar 1775, National Maritime Museum,Greenwich
Kelahiran(1728-10-27)27 Oktober 1728
Meninggal dunia14 Februari 1779(1779-02-14) (umur 50)
WarganegaraBritish
PendidikanPostgate School,Great Ayton
PekerjaanPenjelajah, ahli pelayaran, ahli kartografi
PangkatKapten
PasanganElizabeth Batts
Anak-anakJames Cook, Nathaniel Cook, Elizabeth Cook, Joseph Cook, George Cook, Hugh Cook
Ibu bapaJames Cook, Grace Pace

KaptenJames Cook (27 Oktober 1728 (T.J.) – 14 Februari 1779) adalah penjelajah, ahli pelayaran dan ahlikartografi Inggeris. Beliau melakukan tiga pelayaran keLautan Pasifik, sambil memetakan banyak kawasan dan merekod beberapa pulau dan pantai dalam peta Eropah untuk kali pertama. Beliau terkenal sebagai orang Inggeris yang menemui pantai timurAustralia, PulauHawaii dan orang pertama memetakanNewfoundland danNew Zealand.

Semasa hidupnya, Cook belayar sebanyak dua kali mengelilingi dunia. Beliau merentasi Bulatan Antartika dan menemui pulau-pulau baru dan landskap diAmerika Utara danPasifik Selatan. Semasa perjalanannya, beliau menghabiskan banyak masa melakukan eksperimen sains dan memeta kawasan baru. Beliau juga menulis buku tentang apa yang ditemuinya. Cook meninggal dunia di Hawaii dalam satu pertempuran denganpenduduk asal Hawaii atas percubaan menculik raja mereka semasa pelayaran penjelajahan ketiganya di Pasifik pada 1779.

Awal hidup

[sunting |sunting sumber]

James Cook dicatat lahir pada lahir pada 27 Oktober 1728[nota 1] di kampungMarton,Yorkshire - beliau dibaptiskan dan didaftarkan di gerejaSt Cuthbert seminggu kemudian.[nota 2][1][2] Beliau anak kedua lapan adik-beradik kepada seorang peladangEdnam, Scotland turut bernama James Cook (1693–1779) dan Grace Pace (1702–1765) kelahiranThornaby-on-Tees.[1][3][4] Keluarganya berpindah ke 1736 mengikuti majikan ayahnya, Thomas Skottowe, yang memberi biaya kepada Cook bersekolah - di sinilah beliau mempelajarimatematik,astronomi dan pemetaan yang menjadi asas kerjayanya nanti.[5] Beliau menamatkan persekolahannya lima tahun kemudian bekerja untuk ayahnya.

Cook semasa berusia 16 tahun berpindah jauh 20 batu (32 km) ke perkampunganStaithes,Yorkshire Utara sebagai pembantu runcit kedai barang jahitan (haberdasher) William Sanderson.[1] Cook dikatakan tertarik kepada laut sambil menjenguk pemandangan laut kedai mereka.[4] 18 bulan kemudian, Cook berpindah kerja keWhitby atas cadangan Sanderson yang memperkenalkan beliau kepada syarikat dagang arang batu John dan Henry Walker.[6] Beliau diberi peluang menakhodakan kapal-kapal dagang antaraTyne danLondon sambil mempraktikkan ajaranalgebra,geometri,trigonometri danpengemudian.[4]

Kerjaya ketenteraan

[sunting |sunting sumber]
[icon]
Bahagian ini kosong.
Anda boleh bantu denganmenambah isi bahagian ini.(Ogos 2020)

Pelayaran pertama (1768–1771)

[sunting |sunting sumber]
Rencana utama:pelayaran pertama James Cook

Pada 25 Mei 1768, Tentera Laut Diraja British mengarahkan Cook (ketika ini berusia 39 tahun) membuat pelayaran keLautan Pasifik untuk memerhati dan mencatatperedaran alih Zuhrah yang bakal berlaku tahun hadapan, di mana kejdian tersebut dilihat mampu menentukan jarak kedudukanBumi dariMatahari sendiri.[7][8] Cook turut dinaikkan pangkat keleftenan bagi misi ini,[9][10]Royal Society turut menjanjikan ganjaran seratusguinea ditambahkan kepada upah tenteranya.[11]

Rombongannya berlayar di atas kapalHMS Endeavour bertolak dari England pada 26 Ogos 1768,[12] mereka mengelilingiCape Horn sebelum menuju jauh ke barat keTahiti tanggal 13 April 1769 untuk memerhatikan pemerhatianbintang Zuhrah secara tepat di sana.[13]

Beliau dinaikkan pangkat sebagaikomander pada bulan Ogos 1771 tidak lama selepas kepulangannya.[14][15]

Pelayaran kedua (1772–1775)

[sunting |sunting sumber]

Beliau diberi arahan melakukan pelayaran kedua atas nasihatRoyal Society[16] untuk mencari tanah yang dikatakan suatu benua besar wujud di arah selatan yakniTerra Australis bersama pengemudi bernamaTobias Furneaux, mereka masing-masing menakhodakan kapal sekociHMSResolution danHMSAdventure berisi jutaan paun bekalan makanan segar dan ternakan serta barangan tukaran yang pelbagai.[17] Rombongan kapal ini berlepas dariPlymouth Sound pada Isnin tanggal 13 Julai 1772. Mereka membuat persinggahan diFunchal,Kepulauan Madeira pada 1 Ogos,[18] mengisi bekalan diTanjung Verde dua minggu selepas itu hingga akhirnya menuju keTanjung Harapan pada 30 Oktober.[19] Dari sana mereka bertolak menuju perairan sejuk pada 22 November: mereka cuba mencari pulau yang ditemukanJean-Baptiste Charles Bouvet di latitud 54° tetapi gagal, kapal-kapal mereka hampir diperangkap air batu padat sebelum keadaan mereda senaik suhu musim panas belah selatan pada minggu kedua Januari. Mereka berjaya menyeberang ke dalamGarisan Antartik pada 17 Januari 1773 sebelum berpatah balik menuju arah timur laut[20] dari 67°15's.[21]

Mereka berlayar serata selatan Lautan Pasifik bermula bulan Jun sebelu mendarat diTahiti pada 15 Ogos, seorang anak pembesarRa'iatea bernama Omai menaiki kapalAdventure mengikut serta untuk ke Eropah tempat kepulangan mereka seterusnya menjadi orang bangsa Pasifik pertama melawat Eropah.[22] Kapal-kapalResolution danAdventure melaluiRapa Nui,Pulau Norfolk,New Caledonia,Vanuatu danTonga sebelum terperangkap dalam suatu badai ribut pada 22 Oktober; dari sini pasukan Cook dalam kapalResolution berlepas sendiri pada 26 November dari Queen Charlotte Sound menyambung jelajah Pasifik dalam singgahan diNew Zealand manakala rombongan Furneaux memilih berlayar pulang dari Disember 1773 sampai tiba di tanah Eropah pada 14 Julai 1774.[23]

Pelayaran ketiga (1776–1779)

[sunting |sunting sumber]
[icon]
Bahagian ini kosong.
Anda boleh bantu denganmenambah isi bahagian ini.(Ogos 2020)

Penculikan Kalaniʻōpuʻu di Hawaii

[sunting |sunting sumber]

Kapal Cook berlayar mengelilingikepulauan Hawaii pada 1779 di mana mereka terpaksa mendarat diTeluk KealakekuaPulau Hawai'i. Secara kebetulan pula, warga pulau tersebut sedang meraikan suatu perayaan tuai menyanjung dewaLono iaituMakahiki, dan bentuk serta laluan kapal dinakhodakan Cook juga menyerupai gambaran yang dibayangkan mengenai kapal dewa itu sendiri;[4][24] lalu rombongan Cook pada awalnya disangka sebagai jelmaan Lono yang disambut hebat dandidewakan.[25]

Pertembungan semula, pembunuhan

[sunting |sunting sumber]
Gambaran pembunuhan Cook oleh orang-orang Hawaii lukisanJohann Zoffany, 1794 dariMuzium Maritim KebangsaanGreenwich

Cook merasa tidak tahan dengan kerenah yang dihadapi mereka lalu memikir untuk menculik raja utama di pulau tersebut,Kalaniʻōpuʻu. Pada 14 Februari, dicatatkan bahawa Cook dan seberapa pegawainya masuk ke pekarangan diraja Kalaniʻōpuʻu dan memaksanya mengikut mereka. Permaisuri baginda,Kanekapolei dan seberapa orang pembesar cuba menghalangnya. Sekelompok orang jelata menyerang Cook setelah mendapat tahu apa yang berlaku di mana seorang lelaki memukul kepala Cook dari belakang sehingga tersungkur pitam di pasir pantai,[26] seorang pengiring diraja bernama Nuaa pula menikam Cook berkali-kali sehingga mati.[27][28] Mayat Cook dibawa masuk kembali ke pulau sambil diperhatikan rombongannya yang tidak mampu berbuat apa-apa.

Meskipun keadaan mereda, orang-orang pulau tersebut mula berasakan kasihan amat terhadap Cook yang dianggap orang tinggi kerana apa yang dibawanya, maka mayatnya dilayan sepertimana adat untuk layon raja-raja yang ada di pulau tersebut: mayatnya dikeluarkan isinya sebelumdibakar untuk mengeluarkan daging dari tetulang yang dijadikan bahan sembahan.[29]

Sebahagian tetulang ini dikembalikan kepada rombongan Inggeris setelah mereka bertemu kembali, tulang-tulang inidikebumikan di laut menurut adat tentera laut diraja.[29]

Kembalinya rombongan mereka ke England

[sunting |sunting sumber]

Clerke menagmbil alih pengetuaan pelayaran Cook di mana mereka cuba menyeberangiSelat Bering.[30] Dalam penyeberangan ini Clerke menghidap batuk kering yang meragut nyawanya 22 Ogos 1779.John Gore yang seperjuangan dalam pelayaran pertama Cook menakhodaiResolution manakalaJames King mengambil alih kapalDiscovery.[31] Mereka akhirnya tiba di England bulan Oktober 1780, King menyempurnakan catatan perjalanan selebihnya dari selepas kematian Cook.[32]

Peninggalan

[sunting |sunting sumber]

Rumah terakhir milik ibu bapa,Cooks' Cottage, mereka dipindahkan keMelbourne,Australia tahun 1934. Rumah John dan Henry Walker di Yorkshire Utara yang mendidik Cook berlayar dijadikan suatumuzium peringatan.

Terdapat juga banyak tempat yang dinamakan sempena memperingati Cook dan pencapaian beliau:[33]

Nota

[sunting |sunting sumber]
  1. ^7 November 1728 menurut takwim baharu.
  2. ^14 November mengikut pentarikhan baru.

Rujukan

[sunting |sunting sumber]
  1. ^abcRigby & van der Merwe 2002, halaman 25
  2. ^Robson 2009, halaman 2
  3. ^Stamp 1978, halaman 1
  4. ^abcdCollingridge 2003
  5. ^Frost, Alan (19 October 2018).Mutiny, Mayhem, Mythology: Bounty's Enigmatic Voyage. Sydney University Press. m/s. 255.ISBN 978-1-74332-587-2.
  6. ^Ralat petik: Tag<ref> tidak sah; tiada teks disediakan bagi rujukan yang bernamahorwitz
  7. ^Kippis, Andrew (1788).Narrative of the voyages round the world, performed by Captain James Cook; with an account of his life during the previous and intervening periods. Chapter 2. Diarkibkan daripadayang asal pada 2018-10-03. Dicapai pada2020-08-02.
  8. ^Collingridge 2003, halaman 95
  9. ^Rigby & van der Merwe 2002, halaman 30
  10. ^Beazley, Charles Raymond (1911)."Cook, James" . Dalam Chisholm, Hugh (penyunting).Encyclopædia Britannica (dalam bahasa Inggeris).7 (ed. ke-11). Cambridge University Press. m/s. 71.
  11. ^Beaglehole 1968, halaman cix
  12. ^"The Sydney Morning Herald".The Sydney Morning Herald. National Library of Australia. 2 May 1931. m/s. 12. Dicapai pada4 September 2012.
  13. ^"BBC – History – Captain James Cook". Dicapai pada31 July 2017.
  14. ^Hough 1994, halaman 180
  15. ^McLynn 2011, halaman 167
  16. ^Williams 2004, halaman 51
  17. ^Villiers 1967, halaman 162
  18. ^Hough 1994, halaman 239
  19. ^Hough 1994, halaman 242
  20. ^Hough 1994, halaman 248
  21. ^Forster 1777, halaman 109
  22. ^Salmond, Anne (2003),The Trial of the Cannibal Dog, New Haven, CT: Yale University Press, m/s. 3,ISBN 978-0-300-10092-1
  23. ^Rigby & van der Merwe 2002, halaman 141
  24. ^Obeyesekere 1992
  25. ^Sahlins 1985
  26. ^Collingridge 2003, halaman 410
  27. ^Samwell, David; Townsend, Ebenezer (Jr); Gilbert, George; Hawaiian Historical Society; Ingraham, Joseph; Meares, John; Cartwright, Bruce (1791).Extracts from Voyages Made in the Years 1788 and 1789, from China to the Northwest Coast of America: With an Introductory Narrative of a Voyage Performed in 1786, from Bengal in the Ship "Nootka". Paradise of the Pacific Press. m/s. 76.
  28. ^Dibble, Sheldon (1843).History of the Sandwich Islands. Lahainaluna: Press of the Mission Seminary. m/s. 61.
  29. ^abCollingridge 2003, halaman 413
  30. ^Collingridge 2003, halaman 412
  31. ^Collingridge 2003, halaman 423
  32. ^"Better Conceiv'd than Describ'd: the life and times of Captain James King (1750–84), Captain Cook's Friend and Colleague. Steve Ragnall. 2013".The Captain Cook Society (CCS). Dicapai pada10 October 2017.
  33. ^"Aoraki Mount Cook National Park & Mt Cook Village, New Zealand". Diarkibkan daripadayang asal pada 1 October 2011. Dicapai pada21 September 2011.
  34. ^"About James Cook University". James Cook University. 2011. Dicapai pada7 January 2014.
  35. ^"Planetary Names: Crater, craters: Cook on Moon".Gazetteer of Planetary Nomenclature.USGS/NASA. Dicapai pada21 September 2011.
Sumber utama


Pautan luar

[sunting |sunting sumber]
Sumber primer atau penulisan bersejarah
Ikon tunas

Rencana berkenaanbiografi ini ialahrencana tunas. Anda boleh membantu Wikipedia denganmengembangkannya.

Diambil daripada "https://ms.wikipedia.org/w/index.php?title=James_Cook&oldid=6628430"
Kategori:
Kategori-kategori tersembunyi:

[8]ページ先頭

©2009-2025 Movatter.jp