Movatterモバイル変換


[0]ホーム

URL:


Pergi ke kandungan
WikipediaEnsiklopedia Bebas
Cari

Jahanara Begum

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Jahanara Begum
Shahzadi dariEmpayar Mughal
Padshah Begum
Keputeraan23 Mac 1614[1]
Ajmer,Rajasthan,India
Kemangkatan16 September 1681(1681-09-16) (umur 67)
Delhi, India
PemakamanNizamuddin Dargah, Delhi
KerabatTimurid
AyahandaShah Jahan
BondaMumtaz Mahal
AgamaIslam

Jahanara Begum (23 Mac 1614 – 16 September 1681) ialah seorang puteriMughal danPadshah Begum dariEmpayar Mughal antara 1631 hingga 1681. Beliau merupakan puteri sulung kepada MaharajaShah Jahan dan isterinya,Mumtaz Mahal.[2] Sering disebut sebagai Begum Sahib (Puteri dari para Puteri), beliau merupakan kakakDara Shikoh dan MaharajaAurangzeb.

Beliau merupakan anak kesayangan dari kesemua putera-puteri MaharajaShah Jahan. Jahanara telah menerima pendidikan yang baik dan menjadi seorang puteri yang bijaksana, cerdas serta berketerampilan terutamanya dalam hal ehwal politik walaupun usianya masih belasan tahun. Selepas kemangkatanMumtaz Mahal ketika melahirkan anak bongsunya pada tahun 1631, Jahanara telah diberi autoriti oleh sang ayahandanyaShah Jahan memegang cap mohor Diraja atau Farman serta memimpin Harem Diraja Mughal dengan diberikan gelaran tertinggi "Padshah Begum" dan menjadi puteri dan sekaligus permaisuri di empayar Mughal ketika usia baru 17 tahun walaupun ketika ituShah Jahan mempunyai 3 isteri yang lain.

Jahanara telah mencapai kekuasaan dan pengaruh politik yang besar sepanjang pemerintahan ayahandanya dan dinukilkan sebagai wanita yang paling berpengaruh di empayar.



Sastera

[sunting |sunting sumber]
Wikimedia Commons mempunyai media berkaitanJahanara Begum

Rujukan

[sunting |sunting sumber]
  1. ^Lal, K.S. (1988).The Mughal harem. New Delhi: Aditya Prakashan. m/s. 90.ISBN 9788185179032.
  2. ^"Begum, Jahan Ara (1613-1683)".Web.archive.org. 2009-04-10. Diarkibkan daripadayang asal pada 10 April 2009. Dicapai pada2016-01-11.
Antarabangsa
Kebangsaan
Tokoh
Lain
Diambil daripada "https://ms.wikipedia.org/w/index.php?title=Jahanara_Begum&oldid=6095420"
Kategori:

[8]ページ先頭

©2009-2026 Movatter.jp