Jacques René Chirac (29 November 1932 - 26 September 2019) ialah mantanPresiden Republik Perancis. Beliau dipilih untuk menyandang jawatan presiden dari tahun1995, dan kemudiannya dipilih semula pada tahun2002 untuk tempoh sehingga tahun2007. Sebagai Presiden, Chirac merupakanPutera Bersamaex officio untukprinsipalitiAndorra serta pemegang anugerah Ketua Besar (Grand Maître)Légion d'honneur.
Dilahirkan diParis, Perancis, Chirac belajar diInstitut Kajian Poliitk Paris danSekolah Pentadbiran Negara Perancis. Selepaspendidikannya, beliau memulakan kerjayanya sebagai seorangkakitangan awam berpangkat tinggi dan kemudian menyertai bidangpolitik. Sejak masa itu, Chirac telah menyandang berbagai-bagai jawatan kanan, termasukMenteriPertanian,Perdana Menteri,Datuk Bandar Paris, dan akhirnya,Presiden Perancis.
Chirac berpegang teguh pada penurunan kadar-kadarcukai, penghapusankawalan harga, pengenaan hukuman keras terhadapjenayah dankeganasan, sertapenswastaanperniagaan. Beliau juga menyokong dasar-dasarekonomi yang lebih bersifat tanggungjawab sosial, dan dipilih sebagai presiden pada tahun1995, selepas berkempen untuk memulihkan "celah sosial" (fracture sociale). Dasar-dasar ekonominya pada berbagai-bagai masa termasuk kedua-dua unsurlaissez faire dandirigisme. Tentang persoalan-persoalanKesatuan Eropah, beliau telah memegang pendirian yang berbeza-beza darieuroskeptisisme hinggalah ke pendirian-pendirian yang lebih bersifat pro-Kesatuan.
Beliau dikenal memiliki pribadi yang hangat, pandai bicara, dan senang bergaul. Beliau adalah anak tunggal dari keluarga menengah atas. Sejak kecil, beliau memang berotak cemerlang dan terbiasa menimba ilmu di sekolah yang bergengsi.
Jacques Chirac belajar di:
Pada awal kariernya Chirac tertarik akan politiksayap kiri. Beliau menjualsurat khabarkomunisl'Humanité dan menandatanganiSeruan Stockholm yang diilhami komunis dalam menentangsenjata nuklear pada 1950. Ikatan-ikatan sayap kiri ini ternyata di kemudian hari menjadi penghalang baginya, misalnya dalam kunjungan pertamanya keAmerika Syarikat dan dalam karier militernya. Meskipun beliau lulus sebagai peringkat pertama kelasnya pada Akademi perwira kavaleri lapis baja di Saumur, militer ingin menurunkan pangkatnya karena mereka tidak ingin seorang "komunis" menjadi perwira.
Setelah menyelesaikan pendidikan perwiranya, Chirac menjadi relawan untuk dikirim keAlgeria sementaraPerang Kemerdekaan Algeria berkecamuk; beliau pernah mengalami kecederaan semasa menjalankan tugas ketenteraan di sana.
Diilhami oleh JenderalCharles de Gaulle untuk terjun ke dunia politik, Chirac melanjutkan kariernya sebagai pegawai negeri pada 1950-an. Beliau mengikuti sekolah musim panas diUniversiti Harvard sebelum masuk ke École Nationale d'Administration (ENA), sekolah elit dan sangat kompetitif yang mendidik para pegawai negeri terbaik Perancis pada 1957. Setelah memperoleh gelar pasca-sarjana dari ENA pada 1959, beliau menjadi pegawai negeri dan dengan cepat mencapai kedudukan yang tinggi. Pada April 1962, Chirac sudah ditunjuk sebagai kepala dari staf pribadiGeorges Pompidou, yang saat itu menjabat perdana menteri di bawah de Gaulle. Penunjukan ini membuat karier politik Chirac meles4t.
Pompidou menganggap Chirac sebagaianak emasnya dan menyebutnya sebagaiLe Bulldozer ("sang jentolak") karena kemampuannya dalam menyelesaikan tugas segera; julukan dengan segera populer di kalangan politik Prancis. Chirac masih mempertahankan reputasi ini "Chirac memotong segala tetek-bengek dan langsung ke tujuan... Sungguh menyegarkan, meskipun kita harus mengenakan sabuk pengaman bila bekerja bersamanya," kata seorang diplomat Inggris yang anonim pada 1995.
Atas saran Pompidou, Chirac mencalonkan diri sebagai seorangGaullis untuk kerusi diPerhimpunan Kebangsaan Perancis pada 1967. Chirac menang dalam pemilu itu dan mendapatkan jawatan dalam kementerian sosial. (Kaum Gaullis secara historis telah mendukung pemerintahan sentral yang kuat dan kemandirian dalam kebijakan luar negeri.) Meskipun beliau lebih merupakan seorang "Pompidolis" daripada seorang "Gaullis", Chirac mempunyai posisi yang baik di lingkaran de Gaulle, karena beliau terkait lewat perkawinan dengan pendamping tunggal sang jenderal pada saatAppeal 18 Jun 1940.
Beliau memiliki kemampuan tinggi dalam menyelesaikan masalah. Salah satu keberhasilannya adalah bernegosiasi dengan pelajar, mahasiswa, dan buruh yang melakukan mogok makan tahun1968. Di bawah pimpinan PresidenValery Giscard d’Estaing (1974-1981), beliau menjabat perdana menteri untuk pertama kali (1974). Periode pertama (27 Mei 1974 - 26 Ogos 1976) terhenti karena beliau kalah. Kejatuhannya dari kursi kekuasaan pada tahun 1976 seperti mendapat energi kembali untuk mendirikan partai sayap kanan yang Gaullis bernamaRassemblement pour la République pada tahun 1976.
Pada tahun1977, beliau terpilih menjadi datuk bandarParis dan jabatan ini bertahan selama 18 tahun atau baru berakhir tahun 1995. Pada saat inilah beliau berkenalan dengan dunia gemerlap politik yang penuh godaan. Jabatan perdana menteri pada pariode kedua (20 Mac 1986-10 Mei 1988) seperti menjadi sebuah masa yang gemilang. Ketika hampir semua partai politik mengalami kesulitan dana, RPR justru bergelimang uang.
Dari periode ini pula kemudian muncul tuduhan yang terus menghantuinya. Beliau dituduh memperkaya partai dan memperkaya diri dengan cara haram. Tuduhan ini berulang kali dibantahnya. Tetapi, beliau juga terus menolak penyidikan hukum atas kasusnya. Sebagai presiden, beliau memang memiliki kekebalan hukum. Namun, skandal korupsi membuat kredibilitasnya rusak.
- Discours pour la France à l'heure du choix,éditions Stock, 1978.ISBN2-234-00859-X.
- La Lueur de l'espérance. Réflexion du soir pour le matin,La Table ronde, 1978.
- Avec Alain Berger,Oui à l'Europe, éditions Albatros, 1984.
- Une ambition pour la France (éd.Jean-Marie Benoist),Albin Michel, 1988.ISBN2-226-02895-1.
- Une nouvelle France. Réflexions 1,NiL Éditions, 1994.ISBN978-2-84111-011-7.
- La France pour tous, NiL Éditions, 1995.ISBN978-2-84111-024-7.
- Le Développement du port de La Nouvelle-Orléans, Presses universitaires du Nouveau Monde, 2007.ISBN1-931948-68-2.
- Mon combat pour la France, tome I,Odile Jacob, 2006.ISBN978-2-7381-1984-1.
- Mon combat pour la paix, tome II, Odile Jacob, 2007.ISBN978-2-7381-1985-8.
- Demain, il sera trop tard,Desclée de Brouwer, 2008.ISBN978-2-220-05991-4.
- Mémoires :
|
|---|
Dikira mengikut fungsi dan penggelaran ketat sebagai "Presiden Republik" (Président de la République) |
| Republik Ke-2 (1848–1852) | |
|---|
| Republik Ke-3 (1871–1940) | |
|---|
| Republik Ke-4 (1947–1958) | |
|---|
| Republik Ke-5 (1958–kini) | |
|---|
Nama dicondongkan untuk penjawatan dipertelingkahkan. Penjawatan pangkuan bertanda bintang atau "*". |