John Anthony White (nama keluarga asal:Gillis, lahir 9 Julai 1975[5]) atauJack White ialah seorang pemuzik, penggubah lagu dan penerbit rakaman dari Amerika Syarikat. Beliau terlibat dalam beberapa kugiran diasaskannya seberapa lama, terutamanya dalamThe White Stripes sebagai penyanyi dan pemaingitar utama; beliau juga terkenal sebagai seorang pemuzik solo.
Beliau dianggap sebagai antara tokoh pemuzik yang menghidupkan semula genregarage rock pada dekad 2000-an. Beliau telah memenangi 12 buahAnugerah Grammy. Tiga album solo karyanya juga telah mencecahtempat pertama dalam carta majalahBillboard. MajalahRolling Stone menyenaraikan beliau dalam antara "100 Pemain Gitar Terbaik Sepanjang Zaman" ("The 100 Greatest Guitarists of All Time") tahun 2010 pada tempat ke-70.
John Anthony Gillis[6] lahir anak bongsu sepuluh adik-beradik diDetroit, Michigan, Ibu bapanya penganut mazhabKatolik Rom[7] bekerja dalam pejabat Ketua Uskup Detroit:[8] ibunya Teresa Bandyk White berketurunan Poland[9] manakala Gorman M. Gillis[10][11] berketurunan orang Scotland yang berhijrah ke Kanada.[12][13]
MInatnya mula berputik terhadap muzik semasa waktu kecil mendengarkanmuzik klasik,[14] namun beliau mula berkenan mendengar muzik rock persisThe Doors,Pink Floyd danLed Zeppelin apabila mula bersekolah.[15] Beliau turut mendengar muzikblues dan rock zaman 1960 - muzik jenis sebeginillah yang akan mempengaruhi gaya atau citarasa muzik dewasanya nanti.[8][5][16] Pada usia 15 tahun, John bekerja dengan seorang sepupu kenalan sekeluarga, Brian Muldoon, memasang kain sofa di sebuah kedai perabot;[8] di sanalah beliau diperkenalkan kepada genrepunk yang didengari bersama ketika bekerja di kedai tersebut.[8][17]
Gillis mula berkenalan dengan seorang gadis iaituMeg White, mereka mula melatih bersama-sama dengan Meg sebagai pemain dram.[8] Mereka menubuhkan kugiranThe White Stripes,[18] mereka membuat persembahan pertama mereka di kelab Gold Dollar di pusat kota Detroit tidak lama kemudian.[17][19] Meskipun mereka berkahwin sebagai sepasang suami isteri, Jack dan Meg seringkali memperkenalkan diri sebagai adik-beradik.[20][21]
Meg dan Jack mengumumkan terbubarnya kugiran ini dalam laman webrasmi mereka pada 2 Februari 2011, menurut Jack - mereka tidak mahu melakukan apa-apa yang akan menjejaskan imej istimewa kerja mereka berdua.[22]
Projek kumpulan lain: The Raconteurs, The Dead Weather
Ketika beliau melakukan konsert jelajah bersama The Raconteurs, beliau kadangkalanya adasakit tekak.Alison Mosshart, penyanyi vokalThe Kills yang turut jelajah bersama White akan menggantikan beliau.[5] Mereka lama-kelamaan semakin serasi bersama dan mula membuat projek kolaborasi bersama. White dan Mosshart mengasaskan sebuah kugiran baru bernamaThe Dead Weather pada awal tahun 2009.