Jabatan di Perancis (Perancis:département,disebut: [depaʁtəmɑ̃]) dan kebanyakan bekas-bekas koloninya ialahpembahagian pentadbiran. 101 jabatan Perancis dibahagikan kepada 22 kawasanmetropolitan yakni, terletak di benua Eropah dan empatkawasanseberang laut, kesemuanya dengan status sama rata dan sah sebagai sebahagian daripada Perancis. Jababatan-jabatan ini dibahagikan kepada 342arrondissement, yang kemudiannya dibahagikan lagi kepada beberapakanton. Setiap kanton pula terdiri daripada sebilangan kecilkomun. Di jajahan seberang laut pula, komun-komun mempunyai peranan pada tingkat jabatan.
26 jabatan di Perancis Metropolitan (di benua Eropah) daripada 96 jabatan terletak berhampiran laut.
Jabatan merupakan satu pembahagian kecil pentadbiran yang terletak antarawilayah danarrondissement. Secara umumnya, satu wilayah mengandungi beberapa jabatan dan satu jabatan dibahagikan kepada beberapa arrondissement.
Di Perancis metropolitan (di benua Eropah), luas kawasan median bagi satu jabatan adalah 5,985 km². Sebagai perbandingan, county beradat diEngland secara puratanya 2.5 kali ganda lebih kecil dan countyAmerika Syarikat 3.5 kali ganda lebih kecil.
Mengikut banci penduduk1999, jumlah penduduk median bagi satu jabatan di Perancis metropolitan seramai 511,012 orang, 21 kali ganda median penduduk county Amerika Syarikat, tapi kurang dua pertiga daripada county beradat England.
Setiap jabatan mempunyai ibu kota jabatan (chef lieu dalambahasa Perancis) di mana terkumpulnya institusi-institusi pentadbiran. Ibu kota biasanya merupakan bandar terbesar bagi jabatan itu, tetapi terdapat juga kes terkecuali.
Seminggu sebelum penciptaan jabatan, satu persidangan diadakan untuk menentukan nama-nama definitif jabatan (nama dan ejaan), jadual berikut menringkaskan pilihan yang telah diambil.
Jabatan-jabatan dinamakan berdasarkan kriteria geografi dan bukan berdasarkan kriteria sejarah untuk tidak mengingati pemotongan dan pemisahan provinsi sebelum Revolusi Perancis (Ancien Régime). Berdasarkan beberapa perubahan nama sejak beberapa abad yang lalu, asal-usul nama dapat dikategorikan dalam jadual berikut:
Ada beberapa jabatan yang telah menukar nama mereka. Antara perubahan-perubahan tersebut, ada yang dibuat pada zaman Revolusi, di mana pada waktu tersebut had geografi jabatan tersebut ditetapkan sedikit demi sedikit.
JabatanParis bertukar pada1795 kepadaSeine sebelum berubah balik kepada nama asal pada 1968.
Ada beberapa perubahan yang dianggap agak baharu dibuat untuk menghilangkan ungkapan yang dianggap bersifat merendahkan, seperti kata sifatbas (rendah) atauinférieur (bawahan), yang sebenarnya digunakan untuk menyebut “hilir”, serta rujukan kepada arah mata anginseptentrionale (utara).
Cadangan untuk perubahan nama tidak semuanya berjaya, umumnya kerana cadangan tersebut merujuk kepada sejarah provinsi Rejim Lama (Ancien Régime), iaitu zaman sebelum Revolusi di mana zamannya dianggap teruk pada ketika itu.
Ariège-Pyrénées merupakan nama yang dicadangkan pada2005 bagi menggantikanAriège[10].
Périgord merupakan nama yang dicadangkan pada abad ke-20 untuk menggantikanDordogne.
Marche-de-Bretagne danHaute-Bretagne merupakan nama yang dicadangkan pada1989 dan2005 bagi menggantikanIlle-et-Vilaine[11].
Landes-de-Gascogne merupakan nama yang dicadangkan pada2006 bagi menggantikanLandes[12].
Hauts-de-France merupakan nama yang dicadangkan pada tahun 80-an bagi menggantikanNord. Lihat kawasanNord-Pas-de-Calais
Bourgogne-du-Sud merupakan nama yang dicadangkan pada2003 bagi menggantikanSaône-et-Loire[13].
Charente-Atlantique merupakan nama yang dicadangkan pada2002 bagi menggantikanCharente-Maritime.
^ab Seine-Saint-Denis muncul dua kali dalam jadual, dalam kategori « sungai » dan « bandar », kerana namanya diambil sempena nama sungai dan juga nama bandar.
^ab Alpes-de-Haute-Provence muncul dua kali dalam jadual, dalam kategori « gunung atau pergunungan » dan « provinsi atau wilayah bersejarah », kerana namanya diambil sempena nama banjarang gunung dan juga nama bekas provinsi.
^Jabatan Landes tidak mengambil namanya daripada nama hutan yang wujud sewaktu pemerintahanNapoléon III tetapi dari padang luas ("landes") yang menutupi bahagian utara wilayahnya.
^Yvelines mengambil namanya sempena hutan Yveline.
^Nama jabatanCôte-d'Or (dalam bahasa Melayu, Bukit/Cerun Emas) diambil pada Revolusi untuk menggambarkan warna keemas-emasan pokok-pokok anggur di bukit-bukit di Beaune pada musim luruh.