Movatterモバイル変換


[0]ホーム

URL:


Pergi ke kandungan
WikipediaEnsiklopedia Bebas
Cari

J

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Untuk kegunaan lain, sila lihatJ (nyahkekaburan).
CariJ atauJ dalamWikikamus bahasa Melayu, kamus bebas.
J
J
Abjad Rumi dasar
 AaBbCcDd 
EeFfGgHhIiJj
KkLlMmNnOoPp
QqRrSsTtUuVv
 WwXxYyZz 

J ialah huruf kesepuluh dalamabjad Rumi, dan huruf terakhir yang ditambah dalam kalangan 26 huruf sepanjang sejarah pembangunan abjad tersebut.

Ia melambangkan bunyi konsonanletusan lelangit-gusi bersuara/dʒ/ diaturkan dalam sistemEjaan yang Disempurnakan yang disetujui dua-dua pihakMalaysia danIndonesia untuk bahasa-bahasa baku mereka pada tahun 1972. Sebelum itu, huruf ini digunakan dalam sistem-sistem ejaanRepublik danvan Ophuijsen diIndonesia melambangkanmalaran tak geser lelangit/j/ yang digantikan seragam menggunakan hurufY.[1] Penutur di Malaysia cenderung menyebut huruf ini sebagaijei mengikutbahasa Inggeris (disebut/dʒeɪ/)[2][3] manakala penutur di Indonesia cenderung menyebut huruf ini sebagai "je"[4] (, /dʒe/).

Sejarah

[sunting |sunting sumber]

J asalnya merupakan bentuk lain hurufI. Bentukhuruf kecilj digunakan padaZaman Pertengahan untuk mengakhiriangka Rumi menggantikani. Penggunaan secara mandiri mula menjadi-jadi dalambahasa Jerman Pertengahan Tinggi.[5]Petrus Ramus (m. 1572) menjadi orang pertama yang terang-terang membezakan I dan J sebagai perlambangan dua bunyi yang berbeza. Asalnya, kedua-dua huruf I dan J melambangkan/i/,/iː/, dan/j/; tetapibahasa-bahasa Romawi mengembangkan bunyi-bunyi baru (dari/j/ dan/g/) yang menjadi bunyi-bunyi lambangan I dan J; oleh itu, Jbahasa Inggeris (dari Jbahasa Perancis, dan maka itu Jbahasa Melayu) agak berbeza bunyinya dari/j/.

Kesemuabahasa-bahasa Jermanik termasukbahasa Belanda –kecuali bahasa Inggeris,Scots danLuxembourg– menggunakan J untukmalaran tak geser lelangit/j/;[1] begitu juga untukbahasa Albania, danbahasa-bahasa Ural danSlavik yang memakai abjad Rumi, sepertibahasa Hungary,Finland,Estonia,Poland,Czech, danSlovak. Sesetengah bahasa dalam famili-famili ini, sepertibahasa Serbia, turut menyerap J ke dalamhuruf Cyril untuk tujuan yang sama. Oleh itulah, huruf kecilnya dipilih sebagai lambang fonetikIPA bagi/j/ (seperti "y" dalam "ya").

Dalambahasa Sepanyol, J melambangkan/x ~ h/ (yang berkembang dariafrikat/dʒ/), serupa dengan bunyi "h" atau "kh" Melayu.

Dalambahasa Perancis,Portugis danRomania, huruf J asalnya berbunyi/dʒ/ tetapi kini berubah menjadi/ʒ/ (seperti dalam perkataanmeasure bahasa Inggeris).

Dalambahasa Turki,Azerbaijan danTatar, huruf J sentiasa melambangkan/ʒ/.

"J" ialah satu-satunya huruf yang tiada dalamJadual Berkala (namunJl pernah digunakan untuk mewakilijoliotium, danJ sendiri pernah dipakai untukiodin[6]).

Kod pengkomputeran

[sunting |sunting sumber]
Perwakilan alternatif J
fonetik NATOKod Morse
Juliet·–––
⠚
Bendera isyaratSemaforaPanduan ASLBraille
Titik kodHuruf besar
J
Huruf kecil
j
UnikodU+004AU+006A
ASCIIPerpuluhan74106
Perduaan0100101001101010
EBCDIC209145

Rujukan

[sunting |sunting sumber]
  1. ^abAsmah Haji Omar (1989),"The Malay Spelling Reform",Journal of the Simplified Spelling Society (2): 9–13, diarkibkan daripadayang asal pada 26 Ogos 2011
  2. ^"J",Oxford English Dictionary, 2nd edition (1989)
  3. ^ "J" and "jay",Merriam-Webster's Third New International Dictionary of the English Language, Unabridged (1993)
  4. ^"je".Kamus Besar Bahasa Indonesia (ed. ke-3). Badan Pengembangan dan Pembinaan Bahasa Indonesia. 2016.
  5. ^Mittelhochdeutsches Handwörterbuch von Matthias Lexer (1878)
  6. ^Lihatunsur kimia
Abjad Rumi/Latin
AaBbCcDdEeFfGgHhIiJjKkLlMmNnOoPpQqRrSsTtUuVvWwXxYyZz
Diambil daripada "https://ms.wikipedia.org/w/index.php?title=J&oldid=5964338"
Kategori:

[8]ページ先頭

©2009-2025 Movatter.jp