Rom, selaku ibu negara Itali, merupakan pusat politiktamadun Barat selama berabad-abad lamanya sebagai ibu kotaEmpayar Rom. Setelahkejatuhan empayar tersebut, Itali menahan serangan demi serangan daripada bangsa asing, baikpuak-puak Germanik sepertiLombard danOstrogoth, mahupunBizantium danNorman, antara lainnya. Berabad-abad kemudian, Itali menjadi tempat kelahiranZaman Pembaharuan,[8] sebuah pergerakan cendekiawan yang sangat berhasil dan terbukti penting dalam pembentukan hala tuju pemikiran Eropah pada zaman seterusnya.
Tasik Como ialah salah satu destinasi pelancongan mewah yang terkenal dengan pemandangan yang indah, kampung-kampung bersejarah dan vila-vila lama. Antara lokasi yang terkenal, yang sering menjadi inspirasi dalam karya Leonardo da Vinci, ialahLierna, sebuah kampung eksklusif yang terkenal dengan vila-vila bersejarah dan laluan berjalan kaki yang indah,Lecco, terkenal kerana terletak di kaki gunung, danVarenna, kampung abad pertengahan dengan laluan semula jadi di tepi tasik.
Portofino ialah salah satu kampung paling eksklusif di Riviera Liguria, terkenal dengan pelabuhan pelancongan, rumah-rumah berwarna di tepi laut, dan butik mewah. Tempat ini menarik pelancong antarabangsa dan selebriti.
Venice terkenal dengan terusan, jambatan bersejarah,Basilica di San Marco dan dataran ikonik. Bandar ini merupakan pusat budaya dan pelancongan bertaraf dunia, dengan banyak muzium dan acara seni.
Rome, ibu kota Itali, terkenal dengan monumen bersejarah sepertiColosseum,Pantheon danVatican City. Bandar ini merupakan pusat budaya, agama dan pelancongan bertaraf dunia.
Terdapat banyak sekali tanggapan yang dikemukakan oleh para ahli sejarah dan ahli linguistik mengenai asal-usul nama "Italia".[24] Menurut salah satu penjelasan yang lebih umum, istilahItalia, dariLatin:Italia,[25] dipinjam menerusibahasa Yunani dari istilahVíteliú yang bermaksud "tanah anak lembu" (cf.Latvitulus "anak lembu",Umbvitlo "anak lembu") dalambahasa Osca.[26] Lembu jantan merupakan satu lambang was puak-puak Itali selatan dan sering digambarkan merodok serigala Rom sebagai lambang keengganan menyerahkan kebebasan Itali sewaktuPerang Samnium. Ahli sejarahYunani,Dionysius dari Halicarnassus mengakui perkara ini di samping kepercayaan bahawa Itali mendapat namanya sempenaItalus,[27] juga disebut olehArsatalis[28] danThukididis.[29]
NamaItalia pada asalnya hanya memaksudkan sebahagian kawasan yang kini menjadiItali Selatan—menurutAntiochus dari Siracus, di bahagian selatan semenanjungBruttium (kiniCalabria). Akan tetapi, menjelang zaman riwayat Antiochus,Oenotria dan Itali sudahpun bersinonim, dan nama itu juga digunakan untuk sebahagian besarLucania. Lama-kelamaan, orang Yunani biasa memanggilkan "Italia" untuk sebuah kawasan yang lebih besar, tetapi pada zaman penaklukan Rom barulah nama itu diluaskan untuk meliputi seluruh semenanjung.[30]
Kerja-kerja ekskavasi di seluruh Itali membuktikan kehadiran manusia moden yang begitu lama sejak zamanPaleolitik, sekitar 200,000 tahun dahulu.[31] Apabila manusia mula bertamadun di rantau Itali, mereka berpecah menjadi kaum-kaum yang ketara sekali perbezaan bahasa dan budaya, sepertiOska,Umbria danLatin. Lambat-laun, kaum Latin paling mendominasi di rantau Itali kerana membina kotaRom yang menjadi paling berpengaruh pada abad ke-4 SM, lantas membina sebuahempayar besar yang meliputi hampir seluruh benua Eropah dan rantau sekitar Laut Mediterranean, termasuk sekali bergabung dengan tamadunYunani purba untuk bersama-sama meninggalkan pusaka yang kaya dalam bidangundang-undang,pentadbiran pusat,falsafah danseni buat tamadun Barat hingga kini. Malangnya, Empayar Rom merosot sekitar abad ke-4 lalu berpecah menjadi negeri-negeri bebas yang saling berbalahan, lebih-lebih lagi di semenanjung Itali, dan keadaan ini berlarutan sepanjangZaman Pertengahan hingga kedatanganzaman Pembaharuan dan zaman moden. Walaupun di tengah-tengah kacau-bilau itu, namun terdapat sesetengah negeri yang boleh membangun dengan perdagangan, yakni empat "Republik Maritim" (Venice,Genoa,Pisa danAmalfi) yang giat berdagang dengan negara Timur.
Walaupun belum bersatu menjadi sebuah negara, namun Itali terkenal sebagai bangsa peloporZaman Pembaharuan yang bertarikh lewat abad ke-13 hingga awal abad ke-17. Dengan inilah lahirnya bermacam-macam tokoh pelbagai bidang yang berjasa besar kepada tamadun moden awal Eropah dan masih tampak kesannya pada zaman sekarang, misalnya sasterawan-sasterawan sepertiFrancesco Petrarca (yang dikatakan memulakan seluruh Gerakan Pembaharuan) danNiccolo Machiavelli (terkenal denganSi Putera); pelukis-pelukis sepertiMichelangelo danRaphael, dan juga tokoh sains dan teknologi sepertiLeonardo da Vinci danGalileo Galilei. Namun di sebalik pencapaian ini, rantau Itali tetap berdepan dengan penaklukan bangsa luar seperti naunganwangsa Habsburg (1559–1796) danNapoleon (1796–1814); diburukkan lagi oleh wabak-wabakMaut Hitam yang meragut sekitar sejuta nyawa penduduk Itali pada abad ke-14 hingga ke-17.[32][33][34]
Pada tahun 1861, setelah banyak mengharungi peperangan dengan kuasa-kuasa asing, barulah lahirnya sebuah pergerakan penyatuan Itali yang terdiri daripada bekas jajahan atau naungan empayar asing di bawah sebuahpemerintahan beraja, berkat usaha nasionalis dan monarkis Itali yang taat setia kepadaWangsa Savoia untuk menubuhkan sebuah negara bersatu yang meliputi seluruhSemenanjung Itali, sehingga mampu mencabar kekuasaanempayar Habsburg. Mula-mula beribu kota diTorino, pada tahun 1965 ibu negara Itali berpindah keFirenze. Apabila Itali berjaya merampasNegeri-Negeri Kepausan daripadaPerancis, barulah ibu negara Itali yang bersatu sepenuhnya diletakkan di kotaRom.
Negara Itali yang baru itu mengamalkan sistem demokrasi yang dikuasai oleh golongan liberal (namun wanita dan golongan tidak berada dilarang daripada mengundi), di samping oleh ekonomi yang berkembang pesat, tetapi terlalu tertumpu kepada bahagian utara sehingga para penduduk bahagian selatan terpaksa berhijrah ke kawasan utara itu atau ke luar negara. Di kemuncak arah aliranemigrasi dari Itali memuncak pada tahun 1913, seramai 872,598 orang meninggalkan negara itu[35] ke negara-negara sepertiAmerika Syarikat danBrazil.
Kemusnahan ekonomi dan sosial akibatPerang Dunia Pertama mendorong sesetengah rakyat Itali cenderung beralih arah kepadaParti Fasis Negara yang dipimpin olehBenito Mussolini. Parti tersebut berjaya mendirikan pemerintahan diktator yang rupa-rupanya tidak menyebelahi keadilan politik dan hak asasi manusia. Kerajaan Mussolini berpakat denganJerman Nazi danEmpayar Jepun, kemudian lalu terjebak dalamPerang Dunia Kedua di sisikuasa Paksi pada tahun 1940. KerajaanFasis meluaskan empayar jajahan Itali keHabsyah,Mesir dan jajahanBritish di Somalia. Akhirnya, Itali ditewaskan oleh musuhnya, Pihak Berikat pada Julai 1943 lalu digulingkannya kerajaan Fasis dan kehilangan semua jajahannnya di Afrika. Pada sisa-sisa Perang Dunia Kedua, Itali berpihak dengan pihak Berikat untuk menumpaskan Jerman Nazi pada tahun 1945.Pada tahun 1946, sebuahpungutan suara yang diadakan pada 2 Jun 1946 memutuskan bahawaItali menjadi sebuah negara republik dan mengusir kerabat dirajanya. Ini juga kali pertama kaum wanita Itali diberi hak mengundi.[38] Berkat bantuan negara luar, ekonomi Itali pascaperang bangkit daripada kehancuran untuk menjadi ekonomi paling pesat pada 1950-an dan 1960-an. SepanjangPerang Dingin, pemerintahan Itali dikuasai oleh parti haluan kanan yang disokong oleh kebimbangan rakyat akan pengaruhkomunis, di samping itu, Itali menyertaiNATO, dan pada tahun 1957, ia menjadi anggota pengasasKomuniti Ekonomi Eropah yang berubah menjadiKesatuan Eropah (EU) pada tahun 1993.
Pada Mac 2020, Itali menerima kesan yang amat besar akibatpandemik COVID-19 pada tahun itu. Perdana Menteri,Giuseppe Conte melaksanakankuarantin di seluruh negara untuk mengekang penyebaranvirus yang terlibat.[39][40] Pada bulan itu, Itali mencatatkan jumlah kematian tertinggi akibat pandemik itu dalam kalangan negara-negara dunia.[41]
Itali terletak di Eropah Selatan dan terdiri daripadaSemenanjung Itali yang berbentuk kasut but dan pulau-pulau kecil, termasukSicily danSardinia yang terbesar. Ia terletak di antara garis panjang 35° dan 48° U, dan garis bujur 6° dan 19° T.
Jumlah keluasan negara ini ialah 301,230 km², iaitu 294,020 km² daratan dan 7,210 km² perairan. Termasuk sekali pulau-pulaunya, Itali mempunyai garis tepi pantai dan sempadan sepanjang 7,600 km di laut-lautAdria,Ionia,Tyrrhenia (740 km), dan sempadan yang dikongsi dengan Perancis (488 km), Austria (430 km), Slovenia (232 km) dan Switzerland; selebihnya dengan wilayah San Marino (39 km) dan Kota Vatikan (3.2 km).
Pergunungan Appennino membentuk tulang belakang semenanjung manakalabanjaran Alp membentuk sempadan utaranya, di mana terletaknya puncak tertinggi di Itali diMont Blanc (4,810 m/15,782 kaki).Sungai Po, sungai terpanjang di Itali (652 km/405 batu), mengalir dari sempadan barat dengan Perancis di Alps lalu merentasidataran Padana hingga ke Laut Adria.
Lima tasik terbesar di Itali ialah (dari besar hingga kecil):[42]Garda (367.94 km2 atau 142 bt2*),Maggiore (212.51 km2 atau 82 bt2*),Como (145.9 km2 atau 56 bt2*),Trasimeno (124.29 km2 atau 48 bt2*) danBolsena (113.55 km2 atau 44 bt2*).
Negara ini terletak di titik pertemuan Plat Eurasia dan Plat Afrika, maka ia mengalami banyak aktiviti seismik dangunung berapi. Terdapat14 buah gunung berapi di Itali, tiga daripadanya adalah hidup:Etna (tempat yang dikatakan terletaknya bengkel tukang besi dewaVulcanus),Stromboli danVesuvius. Vesuvius ialah satu-satunya gunung berapi yang hidup di tanah besar Eropah dan digeruni kerana memusnahkan kotaPompeii danHerculanum. Beberapa pulau dan bukit di Itali adalah hasil kegiatan gunung berapi, dan masih terdapat sebuahkaldera besar yang aktif, iaituCampi Flegrei di barat laut Naples.
Itali dibahagikan kepada 20 daerah (jamak:regioni, tunggal:regione). Lima daripada daerah ini mendapattaraf autonomi khas yang membolehkannya menggubal perundangan mengenai hal-ehwal setempat; daerah-daerah berkenaan ditandai bintang (*) dalam jadual do bawah. Negara ini dibahagikan lagi kepada 110 wilayah (province) dan 8,100 kawasan perbandaran (comuni).
Iklim Itali beraneka ragamnya, dan bergantung pada keadaan setempat, ia mungkin jauh bezanya dengan stereotaipiklim Mediterranean. Kebanyakan kawasan utara pedalaman di Itali, misalnyaPiemonte,Lombardia danEmilia-Romagna, mempunyai iklim yang disifatkan sebagai kebenuaan lembap atau sederhana. Adriana Rigutti (dalam Meteorologia, Giunti 2005) menyatakan bahawa iklim “kawasan lembah Po [adalah] kebenuaan ... dengan musim sejuk yang teruk dan musim panas yang terik”.[43] Kawasan pantaiLiguria dan sebahagian besar semenanjung di selatanFirenze amat sepadan dengan kelaziman iklim Mediterranean (pengelasan iklim Köppen Csa). Keadaan di kawasan pantai semenanjung amat berbeza dengan kawasan tanah tinggi dan lembah di pedalaman, terutamanya pada musim sejuk apabila di kawasan tinggi amat sejuk, lembap dan bersalji. Kawasan pantai pula mengalami musim sejuk yang ringan dan musim panas yang hangat dan kering pada amnya, namun di lembah pamah juga agak panas pada musim panas.
Setelah pesat berkembang dalam sektor industri, Itali mengambil masa yang agak lama untuk berdepan dengan masalah alam sekitarnya. Setelah beberapa peningkatan, Itali kini menduduki tangga ke-84 di dunia dari segi kemapanan ekonomi.[44] 5% daratan negara diliputi olehtaman negara.[45] Sejak tahun 2000, Itali menjadi salah sebuah pengeluartenaga boleh baharu yang terbesar di dunia, termasuklah menjadi pengeluartenaga suria kelima terbesar di dunia pada tahun 2009[46][47] dan pengeluarkuasa angin keenam terbesar pada tahun 2008.[48]
Walaupun begitu, pencemaran udara masih menjadi isu yang serius, terutamanya di bahagian utara yang kuat berindustri, sehingga menjadi negara pelepas karbon dioksida ke-10 tertinggi di seluruh dunia pada 1990-an.[49] Kini, Itali merupakan pengeluarkarbon dioksida ke-12 tertinggi.[50][51]
Lalulintas yang berat dan kesesakan di kawasan-kawasan kota raya terbesar masih menjadi punca isu alam sekitar dan kesihatan yang mendesak, meskipun tahap asbut banyak menurun sejak 1970-an dad 80-an, dan pencemaran asbut ini semakin jarang dialami di samping pengurangan tahapsulfur dioksida.
Sebilangan besar saluran air dan tepi pantau juga dicemari oleh kegiatan industri dan pertanian, manakala kotaVenice sering mengalami banjir akhir-akhir ini kesan kenaikan paras air. Sisa buangan kegiatan perkilangan tidak semestinya dilupuskan secara di sisi undang-undang dan telah mengakibatkan kesan kesihatan yang berlarutan pada para penduduk kawasan terjejas, seperti mana dalam kesbencana Seveso. Negara ini juga mengendali beberapa buah reaktor nuklear sejak tahun 1963 hingga 1990, tetapi ekoranbencana Chernobyl danpungutan suara mengenai isu ini, program nuklear Itali akhirnya berkubur, tetapi keputusan itu dibatalkan oleh kerajaan pada tahun 2008. Itali menandatangani perjanjian dengan Perancis untuk membina sebanyak empat buah loji nuklear pada tahun 2009. Pembasmian hutan, projek pembangunan haram dan dasar-dasar pengurusan tanah yang tidak cekap telah menyebabkan hakisan pergunungan di serata Itali, sehingga mengakibatkan bencana ekologi yang dahsyat seperti banjirEmpangan Vajont 1963, dan gelongsoran lumpur diSarno (1998)[52] dan diMessina (2009).
Sistem politik Itali merupakan republikdemokrasiberparlimen yang disertai olehberbilang parti politik.Kuasa eksekutif dilaksanakan bersama oleh Majlis Menteri-Menteri yang diketuai oleh seorangPresiden (Presidente del Consiglio dei Ministri) yang juga digelarprimo ministro (“perdana menteri”).Kuasa perundangan terletak pada dua dewanParlimen terutama sekali, diikuti oleh Majlis Menteri-Menteri. Cabangkehakiman pula bebas daripada pengaruh eksekutif dan perundangan. Itali mengamalkan sistem republik demokrasi sejak 2 Jun 1946, apabila pemerintahan beraja dimansuhkan oleh sebuahpungutan suara rakyat (rujuk "kelahiran Republik Itali").Perlembagaan negara ini diisytiharkan pada 1 Januari 1948.
Presiden Republik Itali (Presidente della Repubblica) dipilih oleh parlimen untuk berjawat selama tujuh tahun, bersama sebilangan kecil wakil tempatan. Selakuketua negara, Presiden Republik melambangkan perpaduan negara dan menjalankan banyak tugas yang pernah ditugaskan kepadaRaja Itali. Presiden ini berkhidmat sebagai titik perhubungan antara ketiga-tiga cabang kuasa: beliau dipilih oleh pembuat undang-undang, beliau melantik para petugas eksekutif, beliau merupakan presiden kehakiman dan beliau juga panglima besar angkatan tentera.
Presiden mencalonkanPerdana Menteri yang mengusulkan menteri-menteri lain (yang dinamakan secara rasmi oleh Presiden). Majlis Menteri-Menteri mesti memenangi undian percaya daripada kedua-dua dewan Parlimen.
Rakyat Itali memilihparlimen yang terdiri daripadadua dewan, iaituDewan Rakyat (Camera dei Deputati, “Dewan Para Timbalan”) yang dianggotai oleh 630 orang ahli, danSenat Republik (Senato della Repubblica) yang terdiri daripada 315 ahli yang dipilih serta sebilangan kecilsenator seumur hidup). Kedua-dua dewan boleh menggubal rang undang-undang yang mesti diluluskan dalam bentuk sama oleh majoriti di kedua-dua dewan sekali. Para ahli kedua-dua dewan parlimen dipilih secara langsung oleh rakyat melalui sistem pengundian yang rumit (pindaan terakhir pada 2005) yang menggabungkan perwakilan berkadar dengan hadiah majoriti untuk parti campuran terbesar. Semua warganegara Itali yang berusia 18 tahun ke atas boleh mengundi. Bagaimanapun, untuk mengundi ahli Senat, pengundi mestilah berusia 25 tahun ke atas.
Sistem pengundianSenat berdasarkan perwakilanmengikut daerah. Pada 17 Ogos 2010, terdapat enamsenator seumur hidup (termasuk dua bekas Presiden). Kedua-dua dewan dipilih untuk penggal tak lebih lima tahun, tetapi boleh dibubarkan oleh Presiden sebelum berakhirnya penggal biasa jika Parlimen tidak dapat memilih kerajaan yang stabil. Dalam sejarah pasca-perang, ini berlaku pada tahun 1972, 1976, 1979, 1983, 1994, 1996, dan 2008.
Parlimen Itali unik kerana memperuntukkan perwakilan kepadawarganegara Itali yang bermastautin di luar negara (sekitar 2.7 juta orang). Di kalangan 630 Wakil Rakyat dan 315 Senator, masing-masing terdapat 12 dan 6 orang yang dipilih oleh empat buahkawasan pengundian luar negara. Ahli-ahli Parlimen ini dilantik buat kali pertama pada April 2006, dan mendapat kuasa yang sama rata dengan ahli-ahli yang dipilih oleh pengundi di Itali.
Itali menyokong PBB dan kegiatan-kegiatan keselamatan antarabangsa anjurannya. Itali mengerah tentera untuk menyokong misi pengamanan PBB di Somalia, Mozambique, dan Timor Timur, serta memberikan sokongan kepada operasi NATO dan PBB di Bosnia, Kosovo dan Albania. Itali mengerahkan seramai 2,000 askar ke Afghanistan untuk menyokongOperasi Enduring Freedom (OEF) pada Februari 2003. Itali tetap menyokong usaha antarabangsa untuk membina semula dan menstabilkan Iraq, tetapi menarik balik kontinjen tenteranya yang seramai 3,200 askar pada November 2006, sambil meninggalkan petugas kemanusiaan dan kakitangan awam yang lain di Iraq.
Pada Ogos 2006, Itali menghantar seramai 2,450 askar ke Lubnan untuk misi pengamananUNIFIL.[53]
Pada tahun 2008, Tentera Laut Itali dianggotai 35,200 kakitangan aktif dengan 85 buah kapal dan 123 buah pesawat dalam kegunaan.[58] Pada zaman moden, Tentera Laut Itali selaku anggota NATO banyak mengambil bahagian dalam operasi kerjasama di serata dunia.
Tentera Udara Itali pula dikuatkan oleh 43,882 orang dan 585 pesawat, termasuk 219 jet tempur dan 114 helikopter.
Tentera Itali dilengkapi kor berautonomiCarabinieri iaitupolis tentera Itali yang mengawal keselamatan tentera dan orang awam di samping angkatan polis yang lain di Itali. Walaupun Carabinieri terdiri daripada berbagai-bagai cabang yang melapor diri kepada kementerian-kementerian berasingan bagi setiap fungsi individunya, namun kor ini melapor diri kepada Kementerian Hal Ehwal dalam Negeri mengenai hal ketenteraman dan keselamatan awam.[59]
Itali mengamalkan ekonomi kapitalis dengan keluaran dalam negeri kasar (KDNK) per kapita yang tinggi serta prasarana yang cukup maju. MenurutTabung Kewangan Antarabangsa, pada tahun 2008, Itali merupakanekonomi ketujuh terbesar di dunia dan keempat terbesar di Eropah. Itali menganggotaiKumpulan Lapan (G8) negara berindustri, Kesatuan Eropah danOECD.
Pada zaman pasca-perang, Itali bertukar dari sebuah ekonomi berasaskan pertanian yang teruk terjejas akibat Perang Dunia Kedua, menjadisalah sebuah negara paling berindustri di dunia,[60] dan sebuah negara peneraju dalamperdagangan dan eksport dunia. Pada tahun 1987, ekonomi Itali mengatasiUK dari segi KDNK (nominal) untuk masa yang singkat dalam peristiwa yang dikenali sebagai 'il sorpasso'[61] (pemintasan), dan pada tahun 1991, Itali menjadi kuasa ekonomi keempat atau kelima terbesar di dunia sehingga pernah mengatasi Perancis juga.[62] Tetapi kini, setelah pertumbuhan lembap yang berlarutan serta prestasi China yang mengatasi semua ekonomi negara Eropah, Itali tersungkur ke tangga ketujuh (menurut ranking IMF dan Bank Dunia) dalam senarai negara mengikut KDNK (dan juga tangga ke-10 dari segi pariti kuasa beli).
Pada tahun 1980, hutang kerajaan hanya 56.9% KDNK, tetapi menjelang tahun 1994, ia mencapai takat 121.8% KDNK, lebih dua kali ganda had maksimum yang ditetapkan oleh perjanjian Maastricht dan juga tahap keterhutangan yang tertinggi di kalangan negara-negara Kesatuan Eropah.[63] Pada 15 November 2010, badan statistik EU, Eurostat melaporkan bahawa pada tahun 2009, nisbah hutang Itali adalah 116%, iaitu yang kedua terbesar selepas Greece dengan 126.8%.[64] Berbeza dengan Greece, hutang Itali berupa domestik; sebenarnya, kebanyakan pemegang hak milik hutang merupakan warganegara Itali yang sama. Perindustrian Itali pada umumnya tidak terhutang, kadar tabungan keluarga Itali adalah antara yang tertingi di dunia, dan sistem perbankan Itali tidak teruk terjejas oleh krisis yang melanda negara besar yang lain, maka Itali mampu mengawal defisit tahunan negara.
Ekonomi Itali berdepan dengan tiga masalah utama: pertumbuhan yang rendah, ketidakcekapan pihak berkuasa dan kawasan selatan yang kurang terbangun. Sejak 1990-an, ekonomi Itali disifatkan amat rendah pertumbuhannya berbanding negara-negara Eropah yang lain. Pada tahun 2000 hingga 2007, purata pertumbuhannya 1.5%, berbanding 2.4% bagi seluruh Kesatuan Eropah.
Itali menyimpanrizab emas keempat terbesar.[67] Negara ini juga terkenal kerana sektor ekonomi perniagaan yang berpengaruh dan berinovasi,[68] sektor pertanian yang berindustri dan berdaya saing[68] (Itali is the world's largest wine producer[69]), dan sektor automotif, perkilangan, kelengkapan dan reka fesyen yang berdaya cipta dan bermutu tinggi.[68]
Namun demikian, ekonomi negara mengharungi pelbagai cabaran. Setelah pertumbuhan KDNK yang mendadak pada +8% mulai tahun 1964,[70] purata kadar pertumbuhan tahunan sejak tahun 2000 melarat pada 1.23% berbanding dengan purata EU sebanyak 2.28%.[71] Selain itu, taraf hidup di Itali ketara bezanya antara utara dan selatan. Purata KDNK per kapita diItali Utara jauh mengungguli purata EU, sementara sesetengah daerah di Itali Selatan jauh ketinggalan.[72] Itali sering mendapat jolokan “orang sakit Eropah”[73][74] kerana ekonominya yang terbantut, ketidakstabilan politik dan masalah pelaksanaan rancangan pembaharuan.
Ladang anggur diTrentino Alto-Adige. Itali ialah pengeluar wain terunggul di dunia.
Lebih-lebih lagi, Itali mengalami kelemahan struktur kerana bentuk buminya serta ketandusan bahan mentah dan sumber tenaga: pada tahun 2006, negara ini mengimport lebih daripada 86% jumlah penggunaan tenaganya (99.7% bahan api pejal, 92.5% petroleum, 91.2% gas asli dan 15% elektrik).[75][76] Ekonomi Itali juga dicacatkan oleh kekurangan pembangunan prasarana, pembaharuan pasaran dan pelaburan penyelidikan, serta defisit awam yang tinggi.[68] MenurutIndeks Kebebasan Ekonomi 2008, negara ini menduduki tangga ke-64 di dunia dan ke-29 di Eropah, iaitu yang terendah dizon euro. Itali masih menerimabantuan pembangunan dari Kesatuan Eropah setiap tahun. Pada tahun 2000 hingga 2006, Itali menerima €27.4 bilion dari EU.[77]
Ferrari 458 Italia. Itali ialah pengeksport barangan ke-7 terbesar di dunia.
Itali mempunyai bilangan syarikat multinasional bertaraf dunia yang sedikit berbanding ekonomi-ekonomi lain yang setanding saiznya, tetapi mempunyai banyakperusahaan kecil dan sederhana, dan juga “segi tiga perindustrian” utara (Milan-Turin-Genoa) atau segi tiga perindustrian Tuscany (Florence-Prato-Pistoia), iaitu tempat-tempat letaknya kawasan pengeluaran industri dan jentera yang hebat. Ini telah melahirkan sektor perindustrian yang selalu tertumpu pada eksport keluaran mewah ataupasaran ceruk, iaitu walaupun kurang mampu bersaing dari segi jumlah keluaran, namun menjadikan keluaran bermutu tinggi sebagai kelebihan untuk berdepan dengan persaingan dari China dan ekonomi-ekonomi Asia yang membangkit dengan asas kos buruh yang rendah.[79]
Pelancongan merupakan salah sebuah sektor yang paling pesat bertumbuh dan lumayan dalam ekonomi negara: dengan 43.7 juta ketibaan pelancong antarabangsa dan jumlah pendapatan dianggarkan $42.7 bilion, Itali merupakan negara yang keempat terbanyak pendapatan pelancongan dan yang kelima paling kerap dilawati di dunia.[82] Meskipun merosot pada lewat 1980-an dan sewaktuPerang Teluk, namun Itali berjaya membina semula industri pelancongannya pada pertengahan 1990-an.[83] Antara tarikan pengunjung paling terkenal di Itali termasuk Colosseum (4 juta orang pelawat setahun) dan puing-puing Pompeii (2.5 juta orang pelawat setahun).
Pada tahun 2004, sektor pengangkutan di Itali menjana pusing ganti sekitar 119.4 bilion euro, mengambil kerja 935,700 orang di 153,700 perusahaan. Berkenaan rangkaian jalan raya negara, pada tahun 2002, terdapat sejumlah 668,721 km (415,612 batu) jalan raya yang boleh digunakan di Itali, termasuk 6,487 km (4,031 batu) lebuh raya yang milik negara tetapi dikendali oleh syarikat swastaAtlantia. Pada tahun 2005, sekitar 34,667,000kereta penumpang (590 kereta per 1,000 orang) dan 4,015,000 kenderaan pengangkut yang berjalan atas rangkaian jalan raya negara.[87]
Rangkaian kereta api negara yang milik negara dan dikendali olehFerrovie dello Stato, berjumlah 16,287 km (10,122 batu) yang digunakan oleh 4,937 lokomotif dan relkar pada tahun 2003; 69% daripadanya dielektrikkan. Rangkaianjalan air pedalaman negara terdiri daripada sungai-sungai dan terusan-terusan yang boleh dilayari berjumlah 1,477 km (918 batu) pada tahun 2002. Pada tahun 2004, terdapat kira-kira 30 lapangan terbang utama (termasuk dua buahpusat iaituMalpensa di Milan danLeonardo Da Vinci di Rom) serta 43 pelabuhan utama (termasuk pelabuhan diGenoa, iaitu yang terbesar di negara dan kedua terbesar diLaut Mediterranean). Pada tahun 2005, Itali menyimpan armada pesawat awam sebanyak 389,000 unit dan armada saudagar sebanyak 581 kapal.[87]
Kependudukan 1960–2006. Bilangan penduduk (ribu orang).
Dengan sekitar 60.6 juta orang, Itali mempunyai jumlah penduduk yang keempat teramai di Kesatuan Eropah dan yang ke-23 teramai di dunia. Kepadatan penduduknya pada lebih 200 orang per kilometer persegi (lebih 500 sebatu persegi), merupakan yang kelima tertinggi di EU. Kawasan yang paling padat ialahItali Utara yang hanya merangkumi satu pertiga tanah negara tetapi diduduki oleh hampir separuh jumlah penduduk negara.
Selepas Perang Dunia Kedua, Itali menikmati pertumbuhan ekonomi yang pesat dan berpanjangan sehingga penduduk luar bandar beramai-ramai berhijrah ke kota, dan pada masa yang sama mengubah wajah Itali daripada punca emigrasi besar-besaran menjadi negara penerima imigran bersih. Kesuburan tinggi berkekalan hingga 1970-an, kemudian menjunam di bawah kadar penggantian, maka pada tahun 2008, satu perlima orang Itali berusia lebih 65 tahun.[88] Namun demikian, berkat kedatangan penghijrahan beramai-ramai sejak 1990-an, pada dekad pertama abad ke-21, Itali mencatatkan pertumbuhan dalam kadar kelahiran kasar (khususnya di kawasan utara) buat kali pertama sejak bertahun-tahun lamanya.[89]Kadar jumlah kesuburan juga banyak meningkat pada 1990-an hingga 2000-an, kesan peningkatan kelahiran di kalangan wanita tempatan mahupun kelahiran luar negara, maka ia meningkat daripada paras terendah dalam sejarah iaitu 1.18 anak per ibu pada tahun 1995, kepada 1.41 pada tahun 2008.[90]
Itali menjadi negara punca penghijrah beramai-ramai sebaik sahaja selepas negara disatuka semula pada lewat abad ke-19. Dari tahun 1898 hingga 1914, iaitu zaman kemuncak diaspora Itali, kira-kira 750,000 orang Itali berhijrah setiap tahun.[92] Komuniti-komuniti Itali pernah mekar di bekas jajahan Afrika di Eritrea (hampir 100,000 orang pada awal Perang Dunia II),[93] Somalia dan Libya (150,000 orang Itali menetap di Libya, untuk membentuk 18% jumlah penduduk).[94] Semua warga Itali di Libya diusir dari negara Afrika Utara tersebut pada tahun 1970.[95]
Sedekad selepas Perang Dunia Ke-II, lebih 350,000 orang yang terdiri daripada etnik Itali telah meninggalkanYugoslavia (lihatPenghijrahan Istrian).[96] Ramai penduduk berketurunan Itali yang tinggal di Brazil (25 juta),[97] Argentina (20 juta),[98] Amerika Syarikat (17.8 juta),[99] Perancis (5 juta),[100] Uruguay (1.5 juta),[101] Kanada (1.4 juta),[102] Venezuela (900,000)[103] dan Australia (800,000).[104]
Pada awal tahun 2010, terdapat 4,235,059 orang warganegara asing (7.1% penduduk negara[105]) yang menetap di Itali dan berdaftar dengan pihak berkuasa.[106] Perangkaan ini merangkumi lebih setengah juta kanak-kanak yang lahir kepada warganegara asing di Itali (pendatang generasi kedua makin menonjol dalam demografi negara) tetapi tidak termasuk warganegara asing yang meraih kewarganegaraan Itali (53,696 orang pada 2008).[107] Ini juga tidak termasuk pendatang haram (clandestini) yang sukar ditentukan jumlahnya. Pada Mei 2008,The Boston Globe menganggarkan seramai 670,000 pendatang haram berada di Itali.[108]
Pada tahun 2009, asal-usul penduduk imigran Itali terdiri daripada yang berikut: Eropah (53.5%), Afrika (22.3%), Asia (15.8%), benua Amerika (8.1%) dan Oseania (0.06%). Taburan penduduk kelahiran asing juga tidak sekata di Itali: 87.3% pendatang tinggal di kawasan utara dan tengah negara (iaitu kawasan termaju), manakala hanya 12.8% yang tinggal di selatan semenanjung.
Dunia berbahasa Itali. Biru tua: bahasa rasmi; hijau: sekunder, dituturkan atau difahami ramai; biru muda: difahami oleh sesetengah orang kesan penjajahan dahulu.
Bahasa kebangsaan Itali ialahbahasa Itali.Ethnologue menganggarkan bahawa terdapat sekitar 55 juta orang penutur bahasa Itali di Itali dan 6.7 juta orang lagi di luar negara.[109] Bagaimanapun, seramai 120 hingga 150 juta orang menuturkan bahasa Itali sebagai bahasa kedua atau bahasa budaya di seluruh dunia.[110]
Di Itali terdapat bermacam-macam loghat yang dituturkan di seluruh negara dan terdapat sesetengah orang Itali yang tidak boleh berbahasa Itali langsung.[111] Namun begitu, penubuhan sistem pendidikan kebangsaan telah menyebabkan kurangnya kelainan dalam pertuturan bahasa Itali di seluruh negara. Pembakuan bahasa dirancakkan lagi pada 1950-an dan 1960-an berkat pembangunan ekonomi dan kebangkitan media massa dan televisyen (penyiar negara,RAI membantu menentukan bahasa Itali baku).
Sesetengah kelompok etnik mendapat pengiktirafan di sisi undang-undang,[112] dan sebilangan bahasa minoriti menikmati taraf rasmi bersama bahasa Itali di sesetengah kawasan di Itali. Bahasa Perancis ialah bahasa rasmi bersama diValle d’Aosta, walaupun sebenarnyabahasa Franco-Provencal lebih meluas di situ. Bahasa Jerman mendapat taraf yang seumpamanya diWilayah Bolzano-Bozen, begitu juga denganbahasa Ladin di beberapa bahagian di wilayah itu dan juga daerahTrentino.Bahasa Slovenia diiktiraf secara rasmi di wilayah-wilayahTrieste,Gorizia danUdine di daerahFriuli Venezia Giulia.
Di kawasan-kawasan terbabit, persuratan rasmi ditulis dalam dua bahasa (atau tiga bahasa di kawasan Ladin), ataupun disediakan atas permintaan dalam bahasa Itali ataupun bahasa rasmi bersama itu. Papan tanda lalulintas juga berbilang bahasa, kecuali di Valle d’Aosta di mana toponim Perancis diutamakan (kecuali bandarAosta yang mengekalkan bahasa Itali); hasrat untukmengitalikan Valle d’Aosta pada zaman Fasis telah pun dipendamkan. Pendidikan dalam bahasa minoriti dibenarkan di mana letaknya sekolah-sekolah sedemikan.
Agama Katolik Rom merupakan agama yang terbesar di negara, namun Gereja Katolik bukan lagiagama rasmi. 87.8% orang Itali mengakui diri sebagai penganut Katolik Rom,[114] namun hanya kira-kira satu pertiga penganut mengakui kuat pegangan agamanya (36.8%).
Kebanyakan orang Itali percaya kepada Tuhan ataupun sesuatu kuasa hidup yang rohani. Menurut tinjauanEurobarometer yang terkini (2005):[115] 74% warganegara Itali menjawab bahawa 'mereka percaya akan kewujudan Tuhan', 16% menjawab bahawa 'mereka wujud akan suatu jenis roh atau kuasa hidup' dan 6% lagi menjawab bahawa 'mereka tidak percaya akan sebarang jenis roh, Tuhan, atau kuasa hidup'.
Gereja Katolik Itali ialah sebahagian Gereja Katolik Rom sedunia di bawah kepimpinanPaus,kuria di Rom, danPersidangan Biskop Itali. Selain Itali, dua buah negara berdaulat yang lain terangkum dalam kawasan uskup yang bertapak di Itali, iaitu San Marino dan Kota Vatikan. Terdapat 225 kawasan uskup di Gereja Katolik Itali. Walaupun Kota Vatikan bukan wilayah Itali mengikut undang-undang, namun ia terletak dalam lingkungan Rom, dan bahasa Itali merupakan bahasa yang paling kerap dituturkan dan bahasa keduaKuria Rom selainbahasa Latin.[116]
Walaupun mazhab Kristian utama Itali ialah Katolik Rom, namun juga terdapat golongan minoriti yang bermazhab Protestan,Waldensian,Ortodoks Timur dan lain-lain.
Pada abad ke-20,Saksi Jehovah,Pentekostalisme,Evangelikalisme tak bermazhab, danMormonisme merupakan cabang-cabang Protestan yang paling pesat berkembang. Kedatangan penghijrah dariAfrika Barat,Tengah, dan Timur pada awal abad ke-21 telah meningkatkan jumlah penganutBaptis,Anglikan, Pentekosta dan Evangelikal di Itali, sementara penghijrahan dari Eropah Timur pula membesarkan komuniti Ortodoks Timur.
Pada tahun 2006, 2.1% penduduk Itali menganut Protestan, sementara 1.2% yang lain menganut Ortodoks Timur. Kelompok-kelompok Kristian yang lain di Itali terdiri daripada, antara lainnya, lebih 700,000 Kristian Ortodoks Timur, termasuk 180,000Ortodoks Yunani,[121] 550,000 Pentekosta dan Evangelis (0.8%), termasuk 400,000 ahliPerhimpunan Tuhan, 235,685 Saksi Jehovah (0.4%),[122] 30,000 Waldensian,[123] 25,000Adventis Hari Ketujuh, 22,000 Mormon, 15,000 Baptis (termasuk 5,000 Baptis Bebas), 7,000Lutheran, 4,000Methodist (bersekutu dengan Gereja Waldensian).[124]
Agama yang paling lama wujud di Itali ialah agama Yahudi, kerana bangsa Yahudi sudah lama menetap diRom Kuno sebelum kelahiran Nabi Isa. Di Itali lahirnya ramai tokoh Yahudi yang berpengaruh, sepertiLuigi Luzzatti yang menjadi Perdana Menteri pada tahun 1910;Ernesto Nathan yang berkhidmat sebagai datuk bandar Rom pada tahun 1907 hingga 1913; danShabbethai Donnolo, seorang ahli sains Zaman Pertengahan. SewaktuHolokus, Itali menyerap ramai orang pelarian Yahudi dariJerman Nazi. Bagaimanapun, apabila Itali diambil alih olehkerajaan boneka Nazi, sekitar 15% orang Yahudi Itali dibunuh walaupun kerajaan Fasis enggan menghantar golongan Yahudi ke kem maut Nazi. Oleh sebab peristiwa ini dan juga emigrasi sebelum dan selepas Perang Dunia Kedua, komuniti Yahudi di Itali sudah mengecil kepada sekitar 45,000 orang sekarang.
Kesan penghijrahan dari merata dunia, jumlah penganut bukan Kristian semakin ramai. Pada tahun 2009, terdapat 1.0 juta umatIslam di Itali[125] yang membentuk 1.6% jumlah penduduk, namun hanya 50,000 orang Muslim yang memegangkewarganegaraan Itali. Pihak berkecuali menganggarkan jumlah penduduk Muslim di Itali antara 0.8 juta[126] hingga 1.5 juta.[127]
Itali juga diduduki oleh 200,000 penganut agama yang berasal dari benua kecil India, termasuk 70,000 orangSikh yang beribadah di 22gurdwara di seluruh negara,[128] 70,000 orangHindu, dan 50,000 orang penganutagama Buddha.[129] Juga terdapat kira-kira 4,900 orangBahá'í di Itali pada tahun 2005.[130]
Pendidikan awam di Itali adalah percuma dan wajib untuk kanak-kanak berusia 6 hingga 15 tahun.[132] Sistem pendidikan Itali terdiri daripadatahap rendah lima tahun dantahap menengah lapan tahun yang terbahagi kepada sekolah menengah gred pertama (sekolah menengah rendah) dan sekolah menengah gred kedua (sekolah tinggi). Itali juga menawarkan pendidikan swasta.
Mengikut National Science Indicators (1981–2002), pangkalan data yang dibentuk oleh Research Services Group dan mengandungi senarai statistik output dan petikan untuk lebih 90 negara, Itali mencatat outputkertas kerja saintifik yang melebihi purata dunia (dari segi bilangan kertas kerja yang dikarang oleh sekurang-kurangnya seorang pengarang dari Itali) dalam bidangsains angkasa (9.75% kertas kerja di dunia dari Itali),matematik (5.51% kertas kerja di dunia),sains komputer,neurosains,fizik,sains sosial,psikologi danpsikiatri, dan ekonomi danperniagaan.[133]
Universiti Bologna adalah yang tertua di Eropah, diasaskan pada tahun 1088.
Itali menempatkan beraneka institusi pengajian tinggi, baik universiti, kolej, mahupun akademi.Universiti Bocconi di Milan bertempat di kalangan 20maktab perniagaan terunggul di dunia oleh akhbarThe Wall Street Journal, khususnya berkat programM.B.A. yang menaikkan institusi ini ke tangga ke-17 dari segi keutamaan perekrutan siswazah pada tahun 2007.[134] Selain itu,Forbes juga menempatkan Bocconi di tangga teratas sedunia untuk kategori Berbaloi dengan Harga.[135] Pada Mei 2008, Bocconi mengatasi beberapa maktab perniagaan terunggul sedunia yang lain dalam rankingpendidikan eksekutifFinancial Times untuk mendapat tangga ke-5 di Eropah dan ke-15 di dunia.[136]
Antara universiti-universiti dan politeknik-politeknik terunggul yang lain termasukPoliteknik Milan (pada tahun 2009, ia merupakan universiti teknikal ke-57 tertinggi di dunia oleh kajian Top Universities bagi pihak Times Higher Education[137]; dan juga institusi terbaik di Itali dari segi pengeluaran saintifik, penarikan pelajar asing, dan lain-lain menurut kajian tempatan[138]),Universiti Rom la Sapienza (universiti ke-33 terbaik di Eropah pada tahun 2005,[139] di kalangan 50 kolej terunggul di Eropah dan 150 yang terunggul di dunia[140]) danUniversiti Milan (satu-satunya anggota Itali dalam Liga Universiti Penyelidikan Eropah (LERU), sekumpulan prestij 20 Universiti Eropah yang berintensif penyelidikan; nombor satu di Itali dan ke-7 di Eropah mengikut Leiden Ranking).
Maktab pengajian tertua yang masih wujud di Itali dan seluruh dunia Barat ialahUniversiti Bologna.[141] Pada tahun 2009, Universiti Bologna ialah satu-satunya maktab Itali dalam 200 Universiti Terbaik di Dunia keluaranThe Times.
Itali mengamalkan sistem penjagaan kesihatan awam sejak tahun 1978.[142] Perbelanjaan penjagaan kesihatan di Itali menyumbangkan 9.0% KDNK negara pada tahun 2008, sedikit melebihi purata negaraOECD iaitu 8.9%.[143] Bagaimanapun, Itali menduduki tempat kedua sistem penjagaan kesihatan terbaik di dunia,[142][144] dan tempat ketiga prestasi penjagaan kesihatan di dunia.[145]
Itali mencatatjangka hayat ke-12 tertinggi di dunia pada tahun 2010,[146] tetapi juga berdepan dengan peningkatan orang yang terlebih berat badan atauobes dengan 34.2% orang Itali yang mengaku terlebih berat badan dan 9.8% melaporkan diri sebagai obes.[147] 22% penduduk Itali merokok setiap hari pada tahun 2008.[148] Merokok di tempat awam, termasuk bar, kedai makan, kelab malam dan pejabat telah dihadkan kepada bilik has yang berudara sejak tahun 2005.[149]
Selama ratusan tahun, Itali telah melahirkan ramai ahli sains yang handal-handal belaka, antara mereka ialah mungkin polimat yang paling terkenal dalam sejarah, iaituLeonardo da Vinci yang membuat bermacam-macam sumbangan kepada pelbagai bidang, termasuk seni, biologi, dan teknologi.Galileo Galilei ialah seorang ahlifizik,matematik, danastronomi yang memainkan peranan utama dalamRevolusi Sains. Antara pencapaian beliau ialah pemerhatian astronomi menerusiteleskop, dan sokongan kepada fahamanCopernicus.Enrico Fermi, ahli fizik yang memenangi hadiah Nobel merupakan ketua pasukan yang membinareaktor nuklear pertama dan juga dikenang kerana banyak lagi sumbangannya kepada bidang fizik, termasuklah pembangunanteori kuantum.
Itali dikatakan sebagai sebuah negara yang pelbagai warisan budaya kerana ia hanya disatukan pada tahun 1861, dengan perbezaan ketara antara daerah-daerah. Itali telah menyebarkan pengaruh budaya secara meluas di dunia, juga kerana ramai orang Itali berhijrah ke negara lain dalam sejarah.
Di Itali letaknya jumlahTapak Warisan DuniaUNESCO yang terbanyak (45) setakat ini, serta menyimpan kekayaan seni, budaya dan sastera sedunia dari pelbagai zaman. Di Itali letaknya sejumlah kira-kira 100,000 monumen yang beraneka jenis (muzium, istana, binaan, patung, gereja, balai seni, vila, pancutan air, rumah bersejarah dan tinggalan arkeologi).[153] Antara binaan-binaan terhebat dalam seni bina Barat terletak di Itali, sepertiColosseum,Gereja Besar Milan,Gereja Besar Florence,Menara Condong Pisa dan reka bina kotaVenice.
Muzik klasikal sebati dengan jati diri Itali, di mana terciptanya alat-alat muzik seperti piano dan biola, di samping banyak jenis muzik klasikal yang menonjol sepertisimfoni, konserto, dansonata, yang dikatakan lahir sekitar abad ke-16 dan ke-17. Antara penggubah-penggubah muzik terkenal dari Itali termasuklahPalestrina,Monteverdi,Vivaldi,Rossini,Verdi danPuccini pada zaman Pembaharuan dan Moden Awal. Muzik pop pula diserikan olehBerio danNono yang terkenal sebagai perintismuzik eksperimental danelektronik, serta artis-artis yang disanjungi di mata dunia sepertiAndrea Bocelli,Laura Pausini, danEros Ramazzotti. Walaupun tradisi muzik klasikal masih teguh di Itali, seperti yang terbukti dengan puluhan dewan opera yang terkenal sepertiLa Scala di Milan danSan Carlo di Naples, serta para seniman seperti pemain pianoMaurizio Pollini dan penyanyi tenor mendiangLuciano Pavarotti, namun rakyat Itali tidak kurang menyambut baik persada muzik kontemporari yang rancak di negara itu.
Itali terkenal sekali sebagai tempat kelahiran opera.[158]Opera Itali dipercayai diasaskan pada awal abad ke-17, di bandar-bandar Itali sepertiMantua danVenice.[158] Lama-kelamaan, karya-karya yang digubah oleh tokoh Itali pada abad ke-19 dan awal abad ke-20 sepertiRossini,Bellini,Donizetti,Verdi danPuccini, berada di kalangan opera-opera paling sohor yang pernah digubah dan kini masih dipersembahkan di dewan-dewan opera di merata dunia. Dewan operaLa Scala di Milan merupakan salah sebuah dewan opera yang terunggul di dunia. Antara bakat-bakat nyanyian opera Itali yang termasyhur sekali ialahEnrico Caruso,Alessandro Bonci,Luciano Pavarotti,Andrea Bocelli, dan ramai lagi.
Itali mengamalkan tradisi kesukanan sejak sekian lama. Dalam pelbagai sukan, baik berpasukan mahupun perseorangna, Itali bermaruah tinggi dan mencapai banyak kejayaan. Sukan yang paling diminati ramai tak lain tak bukanbola sepak, diikuti oleh bola keranjang dan bola tampar yang turut dikuasai oleh Itali. Pasukan bola sepak Itali memenangi empatPiala Dunia FIFA setakat ini, kali terakhir pada tahun2006.[160] Itali juga mempertaruhkan jaguh-jaguh handalan dalam sukanlumba basikal,tenis,balapan dan padang,lawan pedang,sukan musim sejuk danragbi.Scuderia Ferrari dari Itali ialah pasukan paling lama yang masih aktif dalam perlumbaanGrand Prix semenjak mulai bertanding pada tahun 1948, apatah lagi ia juga pasukanFormula Satu yang paling cemerlang dalam sejarah dengan rekod 15 kejuaraan pemandu dan 16 kejuaraan pengeluar kereta (setakat 2010).
Masakan Itali moden telah berevolusi seiring dengan perubahan sosial dan politik berabad-abad, dengan akar umbinya seawal-awal abad ke-4 SM. Perubahan hebat berlaku apabilaDunia Baru ditemui dan jenis sayur-sayuran baru ditemui, seperti ubi kentang, tomato,cili kembung dan jagung. Bagaimanapun, ramuan-ramuan utama masakan Itali moden ini tidak diperkenalkan secara besar-besaran sebelum abad ke-18.[161]
Ramuan dan hidangan tempatan berbeza-beza mengikut setempat. Bagaimanapun, banyak juga hidangan daerah yang telah tersebar ke merata negara dalam pelbagai bentuk kelainan. Keju dan wain sebati sekali dalam masakan Itali kerana memainkan peranan-peranan yang berbeza di peringkat daerah dan negara dengan kepelbagaian jenisnya serta undang-undangDenominazione di origine controllata (penamaan terlaras). Tidak lupa juga minuman kopi, khususnyaespresso, yang sudah menjadi mustahak sekali dalam masakan kebudayaan Itali. Some famous dishes and items includepasta,pizza,cappuccino,spaghetti,maccheroni,salami,lasagna,focaccia, dangelato.
Menurut Mitrica, laporan Romania pada tahun 2005 menganggarkan bahawa 1,061,400 orang Romania tinggal di Itali, membentuk 37.2% daripada 2.8 juta pendatang di negara itu[162] tetapi tidak jelas bagaimana andaian itu dibuat, maka tidak pasti sama ada ia harus dipandang berat.
Lihat juga:L. Lepschy e G. Lepschy, La lingua italiana: storia, varietà d'uso, grammatica, Milano, Bompiani (dalam bahasa Itali)
Peta rasmi Perancis menunjukkan sempadan yang melencong ke selatan puncak utama, serta mendakwa puncak tertinggi di Itali ialah Mont Blanc de Courmayeur (4,748 m), tetapi ini tidak konsisten dengan konvensyen 1861 dan analisa legeh topografi.
^"2016 Human Development Report"(PDF). Rancangan Pembangunan PBB. 2016. Diarkibkan daripadayang asal(PDF) pada 22 Mac 2017. Dicapai pada23 Mac 2017.Unknown parameter|deadurl= ignored (bantuan)
^foreignaffairs.org| Ben W. Heineman, Jr., and Fritz Heimann speak of Italy as a major country or "player" along with Germany, France, Japan, and the United Kingdom, in "The Long War Against Corruption".
^M. De Leonardis,Il Mediterraneo nella politica estera italiana del secondo dopoguerra, Bologna, Il Mulino, 2003, p. 17
^"carabinieri.it". Translate.google.com. Dicapai pada30 Oktober 2010.
^Monticelli, Giuseppe Lucrezio (Summer, 1967). "Italian Emigration: Basic Characteristic and Trends with Special Reference to the Last Twenty Years".International Migration Review. The Center for Migration Studies of New York, Inc.1 (3, Special issue, The Italian Experience in Emigration): 10–24.doi:10.2307/3002737.JSTOR3002737. ISSN 01979183.Check date values in:|date= (bantuan)
^Pelepasan karbon dioksida secara langsung keluaran manusia sahaja. Tidak termasuk gas rumah tanaman; kegunaan tanah, perubahan kegunaan tanah dan perhutana (LULUCF); dan aliran latar belakang CO2 semula jadi (Lihat juga:Kitaran karbon)
^"Record italiano di velocità" (dalam bahasa Itali). Tutto Treno. 2008. Diarkibkan daripadayang asal pada 2008-12-29. Dicapai pada2 Januari 2009.Unknown parameter|month= ignored (bantuan)
^[L.cost. 26 febbraio 1948, n. 4, Statuto speciale per la Valle d'Aosta; L.cost. 26 febbraio 1948, n. 5, Statuto speciale per il Trentino-Alto Adige; L.cost. 31 gennaio 1963, n. 1, Statuto speciale della Regione Friuli Venezia Giulia]
^"Most Baha'i Nations (2005)".QuickLists > Compare Nations > Religions >. The Association of Religion Data Archives. 2005. Diarkibkan daripadayang asal pada 2018-12-24. Dicapai pada30 Januari 2010.