Itaewon | |
---|---|
Transkripsi Korea | |
• Hangul | 이태원 |
• Hanja | 梨泰院 |
• Perumian Semakan | Itaewon |
• McCune–Reischauer | It'aewŏn |
Koordinat:37°32′N126°59′E / 37.533°N 126.983°E /37.533; 126.983Koordinat:37°32′N126°59′E / 37.533°N 126.983°E /37.533; 126.983 | |
Negara | Korea Selatan |
Kawasan | Seoul |
Itaewon | |
---|---|
Hangul | 이태원동 |
Hanja | 梨泰院洞 |
Perumian Semakan | Itaewon-dong |
McCune–Reischauer | It'aewŏn-dong |
Itaewon ialah sebuah kawasan (ding dong) yang terletak di daerahYongsan-gu diSeoul, ibu kotaKorea Selatan. Sekitar 22 ribu orang tinggal di Itaewon. Itaewon sangat terkenal dalam kalangan pelancong dan ekspatriat, termasuk kakitangan tentera Amerika yang bertugas di Korea Selatan.[1] Banyak restoran antarabangsa yang dibuka oleh golongan imigran di Itaewon seperti dariIndia,Thailand,Timur Tengah danMexico. Di Itaewon, terdapat jugaMasjid Pusat Seoul, masjid terbesar di Korea Selatan.
Duo hip hop UV terdiri daripada penyanyi Korea, JYP (Park Jin-young) danYoo Se-yoon mengeluarkan lagu "Itaewon Freedom" pada April 2011.[2] Tajuk serta lagu itu membayangkan serta meraikan persepsi umum Korea tentang keterbukaan Itaewon berbanding dengan budaya Korea konvensional yang lebih konservatif.[3] Populariti lagu dan video muziknya mengilhamkan lagu parodi dan video daripada kumpulan gadisCrayon Pop pada 2013. Kedua-dua video itu sebahagiannya dirakam di kawasan Itaewon.[4] Selain itu, drama Korea 2020,Itaewon Class berlatarkan Itaewon.[5]
![]() | Wikimedia Commons mempunyai media berkaitanItaewon |