Movatterモバイル変換


[0]ホーム

URL:


Pergi ke kandungan
WikipediaEnsiklopedia Bebas
Cari

Istanbul

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.

Koordinat: Format argumen tidak diketahui
{{#coordinates:}}: garis lintang tidak sah

Istanbul
Hagia Sophia
Hagia Sophia
Hagia Sophia
Kedudukan di Turki
Gambaran Keseluruhan
WilayahWilayah Marmara, Turki
WilayahWilayah Istanbul
Jumlah penduduk12,428,380[1](2019)
Keluasan5,764 km²
Kepadatan penduduk6,521 orang/km²
Ketinggian100 m
Koordinat41.01°′ U 28.98°′ T
Kod pos34010 - 34850 dan
80000 - 81800
Kod kawasan(+90) 212 (bahagian Eropah)
(+90) 216 (bahagian Asia)
Plat nombor Turki34
Datuk BandarNuri Aslan (Parti Rakyat Republikan)
Laman sesawangKawasan Perbandaran Metropolitan Istanbul
GabenorMuammer Güler
Laman sesawangGabenorPortal Istanbul

Istanbul (B. Turki:İstanbul,bentukUthmaniyahاستانبول;Yunani:ΚωνσταντινούπολιςKonstantinoúpolis; juga dalambahasa Melayu lama:Setambul,Jawi: ستمبول)[2] ialahbandar raya yang terbesar, serta juga pusatkebudayaan danekonomi negaraTurki. Bandar raya ini yang merupakanibu negeriWilayah Istanbul terletak di 41° U 28° T padaSelat Bosphorus, dan merangkumipelabuhan asli yang dikenali sebagaiTanduk Emas (bahasa Turki: Haliç) di barat daya negara ini.

Istanbul yang menjangkau kedua-dua belah Selat Bosphorus di kedua-duabenuaEropah (Thrake) danAsia (Anatolia) lantas merupakanmetropolis yang unik di dunia. Istanbul yang begitu bersejarah pernah menjadiibu kota kepada tiga buahEmpayar yang berbeza:

  1. Empayar Rom (330-395);
  2. Empayar Rom Timur (395-1453); dan
  3. Empayar Uthmaniyyah (1453-1923).

Bandar raya ini terpilih menjadi salah sebuahIbu Negara Kesenian Eropah pada tahun2010.Kawasan-kawasan bersejarah Istanbul dirangkumkan dalamTapak Warisan DuniaUNESCO pada tahun1985. Pada tahun1923 berikutan penubuhanRepublik Turki, ibu negara dipindahkan keAnkara.

Menurutbanci2000, jumlah penduduk sebanyak 8,803,468 orang di bandar raya dan 10,018,735 orang dikawasan metropolitan menjadikan Istanbul sebagai bandar raya yang kedua terbesar diEropah. Anggaran banci pada20 Julai2005 sebanyak 11,322,000 orang untuk kawasan metropolitannya telah menjadikan Istanbul sebagai salah satu daripada dua puluh buahkawasan metropolitan terbesar di dunia. Bandar raya ini dipilih sebagaiIbu Negara Kesenian Eropah pada2010 (bersamaPécs,Hungary danEssen,Jerman).

Nama-nama lain

[sunting |sunting sumber]
Maklumat selanjutnya:Nama-nama Istanbul

Bandar raya Istanbul telah diberikan berbagai-bagai nama pada sepanjang sejarahnya, bergantung kepadakebudayaan,bahasa, danagama raja-rajanya.Byzantium,Kostantiniye, danStamboul adalah beberapa contoh yang masih digunakan secara meluas di sesetengah negara. Antara lain, it juga dipanggil "Rom Baru" atau "Rom Kedua" keranaConstantinus Agung,Maharaja Rom, mengasaskan kota ini di atas tapakByzantium, kotaYunani, sebagai ibu negara yang kedua, ibu kotaKristian untukEmpayar Rom, berbanding denganRome yang umumnya bersifatjahiliah.[3]

Istanbul telah diberikannama samaran "Bandaraya Tujuh Bukit"semenanjung bersejarah, bahagiannya yang tertua, dibina oleh Constantinus di atas tujuh buahbukit untuk menandingi tujuh buah bukit Rom. Bukit-bukit tersebut dilambangkan dalamjata bandar raya melalui tujuh buahmasjid.[4] Lagi satu nama samaran Istanbul yang lama ialahVasileousa Polis (Permaisuri Kota-kota), nama yang membayangkan kepentingan dan kekayaan Istanbul pada sepanjangZaman Pertengahan.

Melalui sebuah warta perintah pada 28 Mac 1930, pihak berkuasa Turki secara rasmi meminta orang asing supaya jangan merujuk kepada Istanbul dengan nama-nama tradisional bukan Turki (baik yang dipinjam dari Bahasa Arab sepertiKostantiniye atau Yunani) tetapi menggunakan nama "Istanbul" sebagai nama yang tunggal dalam semua bahasa asing.[5]

Iklim

[sunting |sunting sumber]

Iklim sederhana

 Suhu dan kerpasan purata untuk Istanbul,Turki 
BulanJanFebMacAprMeiJunJulOgoSepOktNovDisTahun
Rekod tertinggi °C (°F)18.3
(65)
24.0
(75)
26.2
(79)
32.9
(91)
33.0
(91)
40.2
(104)
40.5
(105)
38.8
(102)
33.6
(92)
34.2
(94)
27.2
(81)
21.2
(70)
40.5
(105)
Suhu tinggi purata °C (°F)8.7
(48)
9.1
(48)
11.2
(52)
16.5
(62)
21.4
(71)
26.0
(79)
28.4
(83)
28.5
(83)
25.0
(77)
20.1
(68)
15.3
(60)
11.1
(52)
18.4
(65)
Suhu rendah purata °C (°F)2.9
(37)
2.8
(37)
3.9
(39)
7.7
(46)
12.0
(54)
16.0
(61)
18.5
(65)
18.7
(66)
15.5
(60)
12.0
(54)
8.5
(47)
5.3
(42)
10.3
(51)
Rekod terendah °C (°F)-10.4
(13)
-16.1
(3)
-7.0
(19)
-0.6
(31)
3.6
(38)
8.0
(46)
10.5
(51)
8.2
(47)
5.2
(41)
1.0
(34)
-4.0
(25)
-9.4
(15)
−16.1
(3)
Kerpasan mm (inci)98.4
(3.9)
80.2
(3.2)
69.9
(2.8)
45.8
(1.8)
36.1
(1.4)
34.0
(1.3)
38.8
(1.5)
47.8
(1.9)
61.4
(2.4)
96.9
(3.8)
110.7
(4.4)
123.9
(4.9)
843.9
(33.2)
Sumber:Pertubuhan Meteorologi Sedunia (PBB)[6] Devlet Meteoroloji İşleri Genel Müdürlüğü (DMİ)[7][8] danBBC Weather Centre[9] 24 Juni 2010

Galeri gambar

[sunting |sunting sumber]


  • Istanbul

Bandar kembar

[sunting |sunting sumber]

Istanbul mempunyai 45 buahbandar kembar:

Dari bandar berkembarBerlin telah diadakan Pameran PenyatuanUnited Buddy Bears ke Istanbul tahun 2004/2005. Ia diadakan di daerahBeyoğlu yang terkenal.

Lihat juga

[sunting |sunting sumber]

Catatan

[sunting |sunting sumber]
  1. ^"World Gazetteer - Istanbul".Diarkibkan daripada yang asal pada 2013-06-30. Dicapai pada2013-06-30.
  2. ^"Setambul".Kamus Dewan (ed. ke-4). Dewan Bahasa dan Pustaka Malaysia.
  3. ^R. Krautheimer, "Three Christian Capitals: Topography and Politics". Berkeley, 1983
  4. ^Prof. Dr. Murat Belge."Kültür Haritaları Serisi" (dalam bahasa Turkish). National Geographic Türkiye. Diarkibkan daripadayang asal pada 2013-10-05. Dicapai pada2007-01-16.CS1 maint: unrecognized language (link)
  5. ^Stanford dan Ezel Shaw (1977): History of the Ottoman Empire and Modern Turkey. Cambridge: Percetakan Universiti Cambridge, Jilid II, m.s. 386; Robinson (1965), The First Turkish Republic, m.s. 298
  6. ^"Weather Information for Istanbul".Unknown parameter|dateformat= ignored (bantuan)
  7. ^"Yıllık Toplam Yağış Verileri - İstanbul". Diarkibkan daripadayang asal pada 2013-03-31.Unknown parameter|dateformat= ignored (bantuan)
  8. ^"Ölçülen En Düşük Sıcaklıklar (Lowest Recorded Temperatures): 30.01.2012 06:00 - 31.01.2012 06:00 (UTC) - İstanbul".Unknown parameter|dateformat= ignored (bantuan)
  9. ^"BBC - Weather Centre - World Weather - Average Conditions - Istanbul".Diarkibkan daripada yang asal pada 2006-05-18.Unknown parameter|dateformat= ignored (bantuan)

Pautan luar

[sunting |sunting sumber]
Ketahui lebih lanjut tentangIstanbul diWikipedia:
d:Maklumat dari Wikidata
Takrifan dari Wikikamus
Imej dan media dari Commons
Sumber pembelajaran dari Wikiversity
Berita dari Wikiberita
Petikan dari Wikipetikan
Teks sumber dari Wikisumber
Buku teks dari Wikibuku
Aegean

Hierapolis /Pamukkale ·Xanthos /Letoon1

Black Sea

Kota Hittit purbaHattusa ·Safranbolu

Central Anatolia

Göremedan Batu-batuanCappadocia ·Masjid Agung DivriğiandHospitalof Divriği

Marmara

Tapak arkeologiTroia ·Kawasan bersejarahIstanbul

Mediterranean

Xanthos / Letoon1

Southeastern Anatolia

Mount Nemrutin Commagene

1 Shared with otherregion/s

Error: tiada nama laman disertakan (help).

Diambil daripada "https://ms.wikipedia.org/w/index.php?title=Istanbul&oldid=6665326"
Kategori:
Kategori-kategori tersembunyi:

[8]ページ先頭

©2009-2026 Movatter.jp