Movatterモバイル変換


[0]ホーム

URL:


Pergi ke kandungan
WikipediaEnsiklopedia Bebas
Cari

Istana Osu

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Pemandangan Istana Osu dari jauh.

Istana Osu (bahasa Inggeris:Osu Castle) merupakan suatu kompleksistanaberbenteng terletak di pantaiAccra,Ghana menghadapTeluk Guinea. Ia merupakan bekas tempat bersidangnya pemerintah Ghana sehingga tahun 2009 di mana ia dipindahkan keJubilee House semasa pemerintahanJohn Kufuor.[1]

Bangunan ini dibuka kepada orang ramai sejak 2017,[1] namun kebenaran memasuki dalaman istana secara persendirian ditegah.[2]

Sejarah

[sunting |sunting sumber]

Kawasan ini mula dibangunkan sebagai suatukubu olehEmpayar Sweden atas pimpinan Hendrik Carloff, seorang pedagangBelanda pada 1652 sebagai tempat berdagang emas dan gading dengan para penduduk setempat. Ia kemudannya menjadi milikDenmark-Norway di mana ia menjadi lokasi berurusan dalam perdaganganhamba abdi yanglazim serata benua Afrika ketika itu;[1] dari waktu ini juga ia diberi namaFort Christiansborg sempenaRaja Christian V yang memerintah ketika itu.

Kesemua binaan istana terangkum dalam pembelian jajahan Pantai Emas olehpihak British yang bernilai£10,000 (antara £850,000 dan £1.5juta mengikut inflasi 2007).

Istana ini menjadi kediaman Gabenor Jeneral Ghana apabila negara tersebut merdeka tahun 1958; pekarangan istana diubahsuai untuk menambahkan beberapa buah bilik menyambut kedatanganRatu Elizabeth II setahun kemudian.[1] Ia menjadi rumah kediamanPresiden Ghana apabila negara tersebut menjadi republik pada tahun 1960.[3]

Rujukan

[sunting |sunting sumber]
  1. ^abcdghanacastle.gov.ghDiarkibkan 3 April 2007 diWayback Machine
  2. ^"Ghana Museums & Monuments Board".www.ghanamuseums.org. Dicapai pada2019-10-19.
  3. ^"Osu Castle".shoutghana.com. Diarkibkan daripadayang asal pada 2007-03-12. Dicapai pada7 Februari 2007.

Pautan luar

[sunting |sunting sumber]
Diambil daripada "https://ms.wikipedia.org/w/index.php?title=Istana_Osu&oldid=5235535"
Kategori-kategori tersembunyi:

[8]ページ先頭

©2009-2025 Movatter.jp