| Istana Kota Manggalela | |
|---|---|
![]() | |
| Nama alternatif | Istana Manggalela |
| Maklumat umum | |
| Jenis | Istana |
| Gaya seni bina | Seni bina jajahan |
| Lokasi | Kuala Belait,Daerah Belait |
| Negara | Brunei |
| Koordinat | 4°35′49.14″N 114°15′6.22″E |
| Pembinaan bermula | 1956 |
| Butiran teknikal | |
| Bahan | Konkrit, simen |
| sunting ·sunting di Wikidata | |
Istana Kota Manggalela (juga dikenali sebagaiIstana Manggalela)[1] atau dahulunya dikenali sebagaiIstana Hinggap adalah salah satukediaman rasmi sementara bagiSultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam yang terdahulu,Omar Ali Saifuddien III.[2] Istana ini terletak di Jalan Maulana,Kuala Belait,Belait.[3][4] Bangunan ini telah menjaditarikan pelancong dan tapak bersejarah pada masa kini.[5]
Nama "Istana Kota Manggalela" diambil daripada pertempuran semasa Perang Padas Damit yang berlaku di sekitar Kubu Manggalela,Beaufort,Sabah, di antara pasukanSyarikat Borneo Utara British (SBUB) dan pendudukKesultanan Brunei dari Disember 1888 hingga Mei 1889.[6]
Istana Kota Manggalela dibina sepenuhnya daripadakonkrit dansimen.[7]
Istana Hinggap dibina pada tahun 1956 dan kemudiannya siap dua tahun kemudian.[2] Pembinaan istana tersebut dititahkan oleh Sultan Omar Ali Saifuddien III sebagai kediaman sementara setiap kali baginda melawat Daerah Belait.[2] Dari tahun 1960-an dan 70-an, istana ini berfungsi sebagai tempat persinggahan pegawaiTentera Darat British.[7]