↑a.Baitulmuqaddis sebagai ibu negarade jure. Di samping itu,Tel Aviv sebagai ibu negarade facto, kerana Israel menerbitkan Hukum yang menuntut Jerusalem (Baitulmuqaddis) sebagai ibu negara, tetapi tidak diakui oleh kebanyakan negara di dunia serta PBB. ↑b. 20,770 adalah Israel dalamGreen Line. 22,072 termasukDataran Tinggi Golan danBaitulmuqaddis Timur yang dilampirkan.
Israel atau rasminyaNegara Israel (Bahasa Ibrani:מְדִינַת יִשְׂרָאֵל,Medinat Yisʁa'el,Bahasa Arabدَوْلَةْ إِسْرَائِيل,Dawlat Isrā'īl,Bahasa Inggeris:State of Israel), adalah sebuah wilayah pentadbiran tahap pertama diAsia Barat yang terletak di pinggir tenggaraLaut Mediterranean. Israel bersempadan denganPalestin di sebelah timur dan barat daya,Lubnan di utara,Syria sertaJordan di timur, danMesir di barat daya.[3] Jumlah penduduknya melebihi tujuh juta orang.[4] Penduduk-penduduknya termasuk warganegara-warganegara yang terdiri daripada banyak lataretnik danagama (lihat jugaOrang Israel.)
Nama "Israel" berakar umbi dalamAlkitab Ibrani,Kejadian 32:28, di manaYakub menamakan semula Israel selepas berjaya bergelut dengan seorang musuh yang penuh misteri, dalam kepercayaan kristian musuh itu adalah tuhan yang sedang menyamar.[5] Entiti alkitabiah ini yang diasaskan oleh Yakub kemudian dipanggil "Anak-anak Israel" atau "Orang Israel" (Israelite). Di dalamal-Quran juga bangsa ini disebutBani Isra'il. Secara etimologi,Bani bermakna anak-anak keturunan sedangkanIsra'il adalah nama asliNabi Ya'akub a.s. Baginda adalah puteraNabi Ishaq a.s. binIbrahim a.s. Baginda berhijrah ke Haran wilayah Syria utara dan bernikah di sana, disanalah generasi pertama Bani Isra'il berkembang.
Rekod sejarah pertama untuk perkataan "Israel" datangnya daripadastele Mesir yang mendokumenkan kempen-kempen ketenteraan diKanaan. Walaupun stele ini yang merujuk kepada suatu kelompok orang (bukan 'negara') bertarikh pada lebih kurang1211 SM,[8] tradisi-tradisi Yahudi menganggapTanah Israel sebagaiTanah Suci Yahudi danNegeri Kanaan selama 3,000 tahun. Tanah Israel memegang tempat yang istimewa dalam kewajipan-kewajipan agama Yahudi dan merangkumi tapak-tapak agama Yahudi yang paling penting — termasuk puing-puingKuil Pertama danKuil Sulaiman Kedua, Raja Yahudi. Berhubungan dengan kedua-dua versi kuil ini ialah upacara agama yang penting yang merupakan asal bagi banyak aspek agama Yahudi moden.[9] Mulai dari sekitarabad ke-11 SM, negara pertama dalam satu sirikemaharajaan dan negara Yahudi mengasaskan pemerintahan sekejap-sekejap dikawasan ini yang berlangsung selama melebihi satumilenium.
Orang-orang Yahudi yang hidup dalamDiaspora telah mencubaberhijrah ke Israel selama berabad-abad. Umpamanya pada tahun1141,Yehuda Halevi memanggil orang-orang Yahudi berhijrah ke Israel Eretz dan akhirnya meninggal dunia diBaitulmuqaddis. Pada tahun1267,Nahmanides menetap di Jerusalem dan sejak masa itu, suatu kehadiran orang Yahudi yang berterusan di Jerusalem telah dikekalkan.Yosef Karo berimigrasi ke komuniti Yahudi yang besar diSafed pada tahun1535. Gelombang-gelombang imigrasi juga berlaku, umpamanya pada tahun-tahun 1209-1211, imigrasi atauAliyah (עלייה)Perancis danEngland keAcre menjadi masyhur seperti pada tahun1258 dan1266. Pada tahun1260,Yechiel dari Paris berhijrah ke Acre bersama anak lelaki dan sekumpulan besar pengikutnya. Gelombang-gelombang imigrasi yang kecil berlaku padaabad ke-18 disebabkan tujuan agama. Yang termasyhur ini ialahMenachem Mendel dari Vitebsk dengan 300 orang pengikutnya,Judah he-Hasid dengan melebih 1,000 orang pengikut, danVilna Gaon dengan melebihi 500 orang pengikut (dan keluarga mereka) yang dikenali sebagaiPerushim. Gelombang-gelombang pelajar rabai berimigrasi pada tahun 1808 - 1809 dan menetap diTiberias,Safed, dan kemudiannya diBaitulmuqaddis.[11]
Pada tahun1860, komuniti Yahudi lama di Baitulmuqaddis memulakan pembinaan kawasan-kawasan kejiranan di luar dinding Bandaraya Lama (yang pertama ialahMishkenot Sha'ananim). Pada tahun1878, petempatanpertanian moden yang pertama diasaskan diPetah Tikva.
Gelombang besar imigrasi moden yang pertama ke Israel bermula pada tahun1881 apabila orang-orang Yahudi melarikan diri daripada penyeksaan yang semakin bertambah, atau selepas idea-ideaZionismeSosialis mengenai "penebusan tanah" dicadangkan olehMoses Hess dan orang-orang lain. Orang-orang Yahudi membeli tanah daripada Turki Uthmaniyah dan pemilik-pemilik tanah perseorangan Arab. Selepas orang-orang Yahudi mengasaskan petempatan-petempatan pertanian, ketegangan tercetus antara orang-orang Yahudi dan orang-orang Arab.
PenubuhanZionisme telah mencetuskan Aliyah kedua (1904 – 1914) dengan banjiran sekitar 40,000 Yahudi. Pada1917, Setiausaha Luar Negara British ketika itu iaituArthur J Balfour telah mengisyhtiharkan Deklarasi Balfour yang "memandang baik penubuhan satu kediaman rakyat Yahudi di dalam Palestin." Pada 1920, Palestin telah diterima ke dalamLiga Bangsa-bangsa.
KebangkitanNazisme di Jerman pada 1933 telah mengakibatkangelombang Aliyah kelima. Pada waktu ini, kaum Yahudi di rantau ini telah bertambah dari 11% jumlah penduduk pada 1922 ke 30% pada 1940.[perlu rujukan] 28% tanahnya telah dibeli dan dimiliki organisasi Zionist tambah pula dengan tanah peribadi yang dimiliki Yahudi.[perlu rujukan] Wilayah selatan Israel yang besarnya hampir setengah dari keluasan negara Israel adalah tandus dan secara kasarnya adalah padang pasir yag kosong, panas dan tanpa penduduk iaitu di Padang PasirNegev. Berikutan peristiwaHolocaust di Eropah, ia menyebabkanpertambahan imigrasi tidak sah dari bahagian-bahagian lain di Eropah. Pada penghujungPerang Dunia II, jumlah populasi orang Yahudi di Palestin kira-kira 600,000 orang.
Pada tahun 1947,PBB memutuskan untuk membahagi daerah mandat British,Palestin. Keputusan ini ditentang keras oleh negara-negara Timur Tengah dan banyak negaraMuslim. MenurutPBB, kaum Yahudi mendapat 55% dari seluruh wilayah tanah meskipun hanya merupakan 30% dari seluruh penduduk di daerah ini. ManakalaBaitulmuqaddis, bandar suciYahudi,Muslim danKristian, akan dijadikan bandar antarabangsa.
Israelditubuhkan pada tanggal14 Mei1948. Namun keesokan harinya, Israel diserang oleh pakatan tenteraLubnan,Syria,Jordan,Mesir,Iraq dan negara Arab yang lain. Dalam peperangan ini, Israel berjaya mengalahkan tentera bersekutu Arab dan malah merampas lebih kurang 70% dari luas wilayahPalestin. Perang ini menghasilkan banyak kaum pengungsi Palestin yang mengungsi dari daerah Israel. Tetapi di sisi lain tidak kurang pula kaum Yahudi yang diusir dari negara-negara Arab.
Israel bersempadan denganLubnan di utara,Syria,Jordan danTebing Barat di timur danMesir sertaJalur Gaza di barat laut.Laut Mediterranean terletak di baratnya manakalaTeluk Aqaba terletak di selatan. Wilayah kekuasaan Israel, tidak termasuk wilayah tertakluk ketika Perang Enam Hari 1967 ialah sekitar 20,770 kilometer persegai dengan 2% kawasan Israel dilitupi air.[12] Menurut kenyataan rasmi Israel, luas wilayah keseluruhan Israel, yang meliputi Baitulmaqdis Timur danDataran Tinggi Golan ialah 22,072 kilometer persegi.[13] Sementara itu, luas wilayah keseluruhan yang dikawal Israel, meliputi wilayah Palestin diTeping Barat ialah 27,799 km2.[14]
Meskipin berkeluasan kecil, geografi Israel adalah pelbagai, daripada persekitaran padang pasirNegev di selatan sehingga banjaran Galilea dan Dataran Tinggi Golan di utara. Sekitar 70% penduduk Israel menetap di kawasan pesisir pantai di barat Israel yang menghadap laut Mediterranian. Di sebelah timur benjaran tengah terdapatLembah Jordan yang merupakan sebahagian dari Great Rift Valley sepanjang 6,500 km.Sungai Jordan mengalir di sepanjang Lemabh Jordan, dari Gunung Hermon melaluiLembah Hulah danLaut Galilea menuju ke Laut Mati.[15] Ke kawasan selatan Israel terdapatArabah dan berakhir denganTeluk Eilat (Teluk Aqaba).
Salah satu ciri-ciri khas geografi Israel dan Semenanjung Sinai adalah terdapatnyamakhtesh, iaitu suatu kawah yang terbentuk melalui hakisan.[16]Makhtesh terbesar dunia ialah Kawah Ramon diNegev yang berukuran 40 kilometer kali 8 kilometer. Sebuah laporan mengenai status alam sekitar di kawasan Mediterranian melaporkan bahwa Israel memiliki jumlah spesies tumbuhan per meter persegi yang paling banyak jika dibandingkan dengan negara-negara yang juga berada di kawasan Mediterranian.[17]
Suhu di Israel adalah pelbagai, terutamanya semasa musim dingin. Daerah yang bergunung-ganang cenderung berangin, dingin, dan kadang-kadang bersalji;Baitulmuqaddis biasanya bersalji paling tidak sekali setiap tahun.[18] Sedangkan di kota-kota pesisir sepertiTel Aviv danHaifa, iklimnya cenderung beriklim Mediterranian, dengan suhu yang sejuk, musim dingin yang berhujan, dan musim panas yang hangat dan lama. Suhu tertinggi di Asia yang pernah tercatat (53.7 °C) direkodkan pada 1942 dikibbutzTirat Zvi di utara Lembah Jordan.[19]
Israel merupakan sebuahrepublikdemokrasi dengansistem berparlimen.[12]Presiden Israel bertindak sebagaiketua negara, namun tanggungjawabnya begitu terbatas dan hanya bersifat istiadat.[20] Anggota parlimen yang disokong oleh golongan majoriti dilantik sebagaiPerdana Menteri Israel. Biasanya, yang menjadi perdana menteri ialah ketua parti dengan keanggotaan terbesar. Perdana Menteri ialahketua kerajaan serta ketuakabinet.[20][21] Israel diperintah oleh 120 orang anggota Parlimen,Knesset. Anggota-anggota Knesset berasal daripada pelbagai parti politik yang dipilih dalam pilihan raya.[22] Biasanya kerajaan yang terbentuk ialah kerajaan pakatan (pelbagai parti).
Pilihan raya Parlimen dilakukan empat tahun sekali, namun isu kerajaan pakatan yang tidak stabil ataupun ketidakpercayaan oleh Knesset sering kali menyebabkan kerajaan terbubar lebih awal. Kata Carol Migdalovitz: "Purata tempoh pemerintahan sebuah kerajaan Israel ialah sekitar 22 bulan. Proses perdamaian dengan Palestin, peranan keagamaan dalam negara, dan skandal-skandal politik sering kali menjadi sebab pecahnya kerajaan dan mengakibatkan pilihan raya diadakan lebih cepat."[23] Hukum-hukum dasar Israel (Ibrani:חוקי היסוד,ḥŭḳḳēi ha-yyǝsōd) berfungsi sebagai perlembagaan tak tertulis negara. Pada tahun 2003, Knesset mulai mengajukan usul perlembagaan rasmi yang berdasarkan hukum-hukum ini.[12][24]
Ibu kota
Menurut dakwaan danhukum negara Israel, ibu kota Israel ialahJerusalem (Baitulmuqaddis). Hal ini diperlihatkan dengan sikap pihak Israel yang memusatkan pemerintahan serta pejabat Presiden di kota ini. Walaupun demikian, pihakPBB[25] dan kebanyakan negara dunia tidak mengakuinya. Sementara di bahagian timur, Palestin juga menetapkanBaitulmuqaddis Timur sebagai ibu kota.
Setakat tahun 2009, populasi Israel ialah kira-kira 7.5 juta orang.[26] Israel memiliki dua bahasa rasmi, yaitubahasa Ibrani danbahasa Arab.[12] Bahasa Ibrani merupakan bahasa utama negara dan dituturkan oleh kebanyakan penduduk Israel. Bahasa Arab pula lazimnya dituturkan oleh kaum Arab minoriti dan kaum Yahudi yang berasal dari tanah Arab. Pada tahun 2002, populasi Yahudi yang berasal dari Tanah Arab merangkumi 40% populasi Israel.[27] Sedangkan pada tahun 2008, warganegara Israel berkebangsaan Arab mencapai 20% populasi Israel.[28]
Israel didirikan sebagai sebuah negara bagi kaumYahudi dan sering kali disebut sebagai "negara Yahudi". Undang-undang Israel memberikan para Yahudi dan orang-orang yang berketurunan Yahudi hak untuk mendapatkan kewarganegaraan Israel.[29] Lebih dari tiga per empat, atau 75.5% populasi Israel adalah orang Yahudi dengan pelbagai latar belakang. Sekitar 68% Yahudi Israel dilahirkan di Israel, 22% merupakan imigran Eropah dan Amerika, dan 10% merupakan imigran dari Asia dan Afrika (termasuk dari dunia Arab).[30] Afiliasi keagamaan penduduk Yahudi Israel adalah bervariasi: 55% mengaku sebagai Yahudi "tradisional", sedangkan 20% pula menganggap dirinya sendiri sebagai "Yahudi sekular", 17% mengaku sebagaiYahudi Ortodoks dan baki 8% mengaku sebagaiYahudi Haredi[31] Golongan Muslim mencapai 16% jumlah penduduk Israel dan merupakan agama minoriti terbesar Israel. Sekitar 2% populasi pula beragamaKristian dan 1.5% beragamaDruze.[32]
Budaya Israel memiliki budaya yang pelbagai oleh kerana para imigran Yahudi dari seluruh dunia membawa tradisi dan budaya mereka masing-masing.[33] Hari raya di Israel ditentukan berdasarkantakwim Yahudi dan hari Sabtu (Shabbat) ditentukan sebagai hari cuti.[34] Budaya Israel juga dipengaruhi oleh budaya Arab seperti yang dapat dilihat pada seni bina bangunan,[35] musik,[36] dan masakan warga Israel.[37]
Sastera Israel, terutamanya puisi dan prosa, ditulis dalambahasa Ibrani dan merupakan sebahagian daripada kebangkitan semula bahasa Ibrani sebagai bahasa lisan sejak pertengahan abad ke-19. Walau demikian, terdapat pula karya sastera yang diterbit dalam bahasa lain seperti bahasa Inggeris. Menurut hukum Israel, dua salinan bahan cetak yang diterbitkan di Israel mesti disimpan ke dalam Perpusatakaan Universiti dan Nasional Yahudi diUniversitiIbrani Jerusalem Pada tahun 2001, hukum ini dipinda agar rakaman audio dan video beserta media bukan cetak juga terlibat.[38] Pada tahun 2006, 85% dari 8,000 buah buku yang dimasukkan ke perpusatakaan adalah berbahasa Ibrani.[39]Pekan Buku Ibrani (שבוע הספר) diadakan setiap bulan Jun dan acara ini meliputi pameran buku, bacaan awam dan sesi pertemuan bersama-sama para pengarang Israel.
^Penamatan Mandat British untuk Palestin secara rasmi dibuat melalui rang undang-undang Palestin pada 29 April 1948 tetapi kenyataan awam yang disediakan oleh pejabat Kolonial dan Luar Negeri mengesahkan penamatan tanggungjawab British terhadap pentadbiran Palestin mulai tengah malam pada 14 Mei 1948.
^abRalat petik: Tag<ref> tidak sah; tiada teks disediakan bagi rujukan yang bernamaimf2
^Benzion Dinur, "The Messianic Fermentation and Immigration to the Land of Israel from the Crusades until the Black Death, and Their Ideological Roots," di dalam Benzion Dinur, Historical Writings (Jerusalem: Mosad Bialik, 1975), jilid ii. , Elhanan Reiner, Pilgrims and Pilgrimage to the Land of Israel, 1099-1517, disertatasi kedokotoran, Universiti Ibrani Jerusalem, 1988
^abcd"Israel".The World Factbook. Central Intelligence Agency. 2007-06-19. Diarkibkan daripadayang asal pada 2018-12-24. Dicapai pada2007-07-20.
^Pada tahun 1990-an, pilihan raya umum langsung Perdana Menteri disahkan namun sistem ini dinyatakan tidak memuaskan dan cara pilihan raya yang lama kembali digunakan.