Islamabad (bahasa Urdu: اسلام آباد) merupakanibu negaraPakistan. Bandar ini merupakan bandar kesembilan terbesar diPakistan selepasKarachi,Lahore,Faisalabad,Rawalpindi,Gujranwala,Peshawar,Multan, danHyderabad.[1]
Bandar ini dibina pada 1960-an untuk menggantikanKarachi sebagai ibu kota. Antara sebab Islamabad dibina adalah untuk membangunkan seluruh negara dengan lebih seimbang, kerana pada masa itu pembangunan menumpu terhadap Karachi. Karachi juga dicancam serangan darilaut kalau peperangan denganIndia berlaku. Sebaliknya, Islamabad yang terletak di kawasan bergunung-ganang lebih selamat.
Islamabad merupakan bandar yang bersih dan moden, tidak seperti bandar-bandar Pakistan yang lain. Kota ini distrukturkan dengan kemas, dan dibahagikan kepada beberapa sektor dan zon. Antara mercu tanda yang terletak di Islamabad ialahMasjid Faisal, yang terkenal kerana saiznya yang besar, serta seni binanya yang unik. Masjid ini dihadiahkan kepada Pakistan olehRaja Faisal dariArab Saudi.
- ^Badar-bandar terbesar di Pakistan[[1]]