Movatterモバイル変換


[0]ホーム

URL:


Pergi ke kandungan
WikipediaEnsiklopedia Bebas
Cari

Islam di Singapura

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Sebahagian daripada siri berkaitanDunia Islam
Islam mengikut negara
Pengaruh Islam dinegara-negara dunia


Islam merupakan agama yang minoriti diSingapura, dengan hampir 16% sahaja penduduknya mengamalkan ajaran Islam, menurut Banci Republik Singapura 2020 yang terkini. Kebanyakan rakyat Singapura yang beragamaIslam ini secara tradisinya terdiri dari masyarakatMelayu. Masyarakat Melayu/Islam tempatan tidak lagi berkelompok di sesuatu lokasi. Sebaliknya mereka diselerakkan di seluruh Singapura.[1]

Bilangan umat Islam

[sunting |sunting sumber]

Menurut statistik dalam Banci Republik Singapura 2020 lagi, kira-kira 15.6% penduduk Singapura beragamaIslam, dengan hampir 99% (bersamaan 442,368 daripada 447,747 penduduk Melayu) kekal beristiqamah dalam mengamalkan ajaran Islam, di mana masyarakat Melayu merangkumi 82% daripada umat Islam di negara ini. Malah, daripada keseluruhan 15.6% penduduk Islam di Singapura, terdapat sebahagian besar komuniti India Muslim yang membentuk 13% daripada komposisi umat Islam tempatan. 5% selebihnya turut diamalkan sebilangan penduduk etnik-etnik lain daripada masyarakat Cina/Tionghua, Serani, Arab, Siam dan Inggeris.

Profesor Hussin Mutalib dari Universiti Nasional Singapura (NUS) menyatakan sungguhpun bilangan orang Cina yang memeluk agama Islam juga kian meningkat sejak beberapa dekad yang lampau, akan tetapi peratusannya bagaimanapun masih mengalami lonjakan yang begitu perlahan. Banci yang diadakan setiap dekad menunjukkan anggaran peningkatan sekadar 0.1% bagi setiap dekad di kalangan orang Cina yang beragama Islam biarpun populasinya kian bertambah; Banci 2020 (0.5%) berbanding 1980 (0.1%).

Populasi umat Islam berdasarkan bancian mengikut etnik

[sunting |sunting sumber]

Jadual-jadual berikut memaparkan populasi dan peratusan penduduk di Singapura yang mengamalkan ajaran Islam berdasarkan etnik berbanding jumlah populasi keseluruhan penduduk di Singapura berdasarkan etnik mengikut Banci yang dicatatkan setiap dekad.


Cina

BanciPopulasi Orang Cina di SingapuraPopulasi Orang Cina di Singapura yang beragama IslamPeratus+/-
19801,517,6601,1220.07%-
19901,782,3003,6000.20%+0.13%
20001,969,3575,0630.26%+0.06%
20102,349,5058,3320.36%+0.10%
20202,606,88111,9530.46%+0.10%


Melayu

BanciPopulasi Orang Melayu di SingapuraPopulasi Orang Melayu/Islam di SingapuraPeratus+/-
1980294,121292,17499.34%-
1990298,400297,50099.70%+0.36%
2000315,198313,78099.55%-0.15%
2010386,968382,01798.72%-0.83%
2020447,747442,36898.80%+0.08%


India

BanciPopulasi Orang India di SingapuraPopulasi Orang India di Singapura yang mengamalkan ajaran IslamPeratus+/-
1980127,78127,42321.46%-
1990150,20039,50026.30%+4.84%
2000179,18745,92725.63%-0.67%
2010265,22357,54621.70%-3.93%
2020299,05669,96423.39%+1.69%

Majlis Ugama Islam Singapura

[sunting |sunting sumber]

Majlis Ugama Islam Singapura (MUIS) ditubuhkan pada 1966 bagi menguruskan hal ehwal undang-undang pentadbiran Islam, mahkamah Syar'iah, pentadbiranMasjid-Masjid dan Surau-Surau sertamadrasah-madrasah seluruh negara, urusan menunaikan fardhuHaji, pengurusanZakat dan hartaWakaf. MUIS memiliki harta jutaan dolar hasil sumbangan dan potongan gaji dari pelbagai pihak membabitkan para kakitangannya, asatizah-asatizah tempatan, mahupun di kalangan umat Islam tempatan sendiri.

Azan

[sunting |sunting sumber]

Minoriti Islam di Singapura tidak dibenarkanazan terlalu kuat. Oleh itu umat Islam di sana mengalihkan pembesar suara menghala ke dalam premis masjid atau surau dan jauh dari premis-premis kediaman sambil mengehadkan pembesar suara. Dengan adanya siaran radio, orang Islam kini boleh mengetahui waktu solat dengan membuka siaran radio. Pada 14 Julai 2010, Menteri KananGoh Chok Tong menjelaskan masjid dan surau tempatan tidak lagi menggunakan pembesar suara untuk azan dan ceramah sebagai tanda menghormati sensitiviti penduduk yang majoritinya terdiri daripada orang bukan Islam.Majlis Ugama Islam Singapura (MUIS) pada masa yang sama telah lama menerima hakikat dan akur bahawa Singapura adalah sebuah negara pelbagai kaum dan agama dengan kewujudan ruang bersama dan sekular untuk semua.

Tokoh, sarjana dan ulama Singapura mendapat pendidik dan inspirasi agama di negara majoriti Islam. Apabila kembali ke Singapura, di mana Islam adalah minoriti - amalan agama terpaksa diubahsuai.[2]

Tidak hanya membabitkan umat Islam, penyesuaian ini juga membabitkan penganut-penganut agama yang lain. Misalnya, penganut agama Buddha dan Tao tidak lagi membakarcolok semasa sambutan perayaan di tokong-tokong mahupun di tempat-tempat terbuka. Malah, jumlah dan saiz colok turut dikurangkan dan amalan membakar colok hanya di premis tokong.

Lihat juga

[sunting |sunting sumber]

Rujukan

[sunting |sunting sumber]
  1. ^Nasib penduduk minoriti Islam
  2. ^Rakyat Singapura Pastikan Wujud Harmoni Di Negara Bandaraya Itu
Negara berdaulat
Senarai negara-negara
dengan pengiktirafan
terhad
Wilayah tanggungan dan
wilayah lain-lain


Rencana berkenaanIslam ini ialahrencana tunas. Anda boleh membantu Wikipedia denganmengembangkannya.

Diambil daripada "https://ms.wikipedia.org/w/index.php?title=Islam_di_Singapura&oldid=6273751"
Kategori:
Kategori tersembunyi:

[8]ページ先頭

©2009-2025 Movatter.jp