Sebahagian daripada siri berkaitanDunia Islam |
Islam mengikut negara |
---|
![]() |
Pengaruh Islam dinegara-negara dunia |
|
|
Islam di Azerbaijan | ||||
---|---|---|---|---|
Islam | Peratus | |||
Islam Syiah | 85% | |||
Islam Sunni | 15% |
Dianggarkan sekitar 93 peratus pendudukAzerbaijan adalah secara nominal sebagaiMuslim. Azerbaijan adalahnegara sekular. Baki penduduk memeluk kepercayaan lain atau tidak berugama, sungguhpun mereka tidak diwakili secara rasmi. Diantara majoriti muslim, amalan keagamaan adalah agak rendah dan identiti muslim lebih berasaskan kebudayaan dan ethnik bukannya agama; bagaimanapun, paraimam melaporkan peningkatan kehadiran kemasjid selepas2003. Populasi muslim dianggarkan 85 peratusSyiah dan 15 peratusSunni; perbezaan ini secara traditional tidak jelas.
Islam tiba diAzerbaijan dengan kedatanganorang Arab padaabad ke-7, beransur-ansur menggantikanZoroastrianisme dan kepercayaan panag Azerbaijani. Pada abad ke-7 danabad ke-8, kebanyakan pengikut Zoroastrians berpindah keIndia, di mana mereka dikenali sebagaiParsi. SehinggaBolshevikSoviet menghentikan amalan ini, pengunjung Zoroastrian dariIndia danIran mengembara ke Azerbaijan bagi menyembah tapak suci, termasuk Kuil Ateshgah Temple diSurakhany padaSemenanjung Apsheron.
Padaabad ke-16, shah pertama bagi DinastiSafavid,Ismail I (r.1486-1524), menubuhkan IslamSyiah sebagai ugama rasmi, sungguhpun sebahagian besar penduduk Azerbaijanis kekal sebagaiSunni. Istana Safavid dipengaruhi oleh kedua pengaruhTurki (Sunni) dan Iran (Syiah), bagaimanapun, yang mengukuhkan asas dua ugama dan kebudayaan Azerbaijani pada tempoh tersebut. Sebagaimana lain-lain tempat dalam dunia Muslim, kedua cabang Islam bertikai di Azerbaijan. Penguatkuasaan Islam Shi'a sebagai ugama rasmi menimbulkan pergeseran antara pemerintah Safavid di Azerbaijan dan pemerintahan Sunnis diEmpayar Uthmaniyyah bersebelahan.