Movatterモバイル変換


[0]ホーム

URL:


Pergi ke kandungan
WikipediaEnsiklopedia Bebas
Cari

Isfahan (bandar)

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
(Dilencongkan daripadaIsfahan)
Dataran Isfahan

Isfahan atauEşfahān (juga dieja sebagaiIspahan, Bahasa Parsi LamaAspadana, Bahasa Parsi PertengahanSpahān, اصفهان ,Eṣfahān) adalah pusat pentadbiranWilayah Isfahan diIran. Ia adalah bandar ketiga terbesar di negara ini dengan mempunyai populasi seramai 1,600,554 penduduk pada tahun 2007.[1]

Isfahan pernah suatu masa menjadi bandar terbesar di dunia. Kegemilangannya adalah dari1050 hingga1722 ketika ia menjadi ibukota empayar Parsi dibawah pemerintahan kerajaanSafavid. Pada hari ini, ia mempunyai banyak bangunan-bangunan sejarah yang dibina oleh raja-raja Safavid.

Sejarah

[sunting |sunting sumber]
Chehel Sotoon merupakan antara tarikan utama di Isfahan.
Pintu masukMasjid Shah.

Pra Sejarah

[sunting |sunting sumber]

Sejarah Isfahan bermula ketika zamanPaleolitik. Dewasa ini, beberapa sejarahwan menemui beberapa artifak yang bertarikh ketika zamanPaleolitik,Mesolitik,Neolitik danZaman Besi.

Empayar Elam

[sunting |sunting sumber]

Ketika zaman purba, Isfahan menjadi sebahagian daripadaEmpayar Elam. Ketika zamanMedes pula, ia dinamakan Aspandana dan berkembang menjadi sebuah pekan. Isfahan kemudiannya jatuh ke tangan kerajaanAchaemenid dan kemudiannya ke tangan askar-askarYunani pimpinanIskandar Zulkarnain. Selepas kejatuhan Yunani di Iran, kota ini diperintah oleh kerajaanArsacid dan menjadi sebahagian daripada empayarParthia dan ketika ini, Isfahan menjadi ibu kota salah satu wilayah Parthia dan diperintah seorang gabenor. Pada zamanSassanid pula, ia diperintah oleh gabenor yang digelar "Espoohrans" atau ahli-ahli tujuh keluarga mulia Iran dan mereka ini merupakan kerabat diraja Sassanid. Malahan, ketika zaman ini juga, Isfahan menjadi pusat ketenteraan Parsi. Bandar Isfahan kemudiannya jatuh ketangan tentera Islam dari tanah Arab.

Empayar Islam

[sunting |sunting sumber]

Kepentingan Isfahan merosot ketika pemerintahan Arab sehinggalah zamanAbbasiyah. Pada kurun ke sepuluh, ia diperintah oleh kerajaanBuwayhid dan kota ini sekali lagi mencapai kegemilangannya. Ketika zaman pemerintahanMalik Shah I dari kerajaan TurkiSeljuk, Isfahan menjadi ibu kota empayar ini. Ketika zaman inilah kota ini menjadi pusat tumpuan perkembangan ilmu dan merupakan antara bandar yang utama di dunia.

Serangan tenteraMongol pada kurun ke tiga belas menyebabkan kemusnahan yang teruk dan ramai penduduknya terbunuh. Serangan tenteraTimur selepas itu memburukkan lagi situasi di Isfahan. Namun begitu, kerana kedudukannya yang strategik, bandar ini kembali berkembang semulanya terutamanya ketika wangsaSafavid.

Pada tahun1722 tenteraAfghan menyerang kota ini menyebabkan banyak infrastrukturnya musnah teruk. Ini merupakan beberapa faktor yang menyebabkan kejatuhan kota ini. Faktor lain pula perdagangan timur-barat beralih dari jalan darat ke jalan laut menyebabkan ekonomi bandar ini merosot.

Geografi

[sunting |sunting sumber]

Isfahan terletka di penaraZayandeh Rud, di kaki pergununganZagros. Iklimnya sederhana dan mempunyai musim-musim lazim. Kota Isfahan terletak 1590 meter di atas paras laut dan mendapat 355 mm hujan setiap tahun. Julat suhu pula adalah antara 2 darjah hingga 28 darjah selsius.

Galeri

[sunting |sunting sumber]

Rujukan

[sunting |sunting sumber]
  1. ^Iran: Statistik bandar dan pekan terbesar (dari laman web world-gazetteer.com)

Pautan Luar

[sunting |sunting sumber]
Wikimedia Commons mempunyai media berkaitan:Isfahan (bandar).
Laman Web Kerajaan
Laman Web Lain
Diambil daripada "https://ms.wikipedia.org/w/index.php?title=Isfahan_(bandar)&oldid=5765267"
Kategori:
Kategori tersembunyi:

[8]ページ先頭

©2009-2025 Movatter.jp