Movatterモバイル変換


[0]ホーム

URL:


Pergi ke kandungan
WikipediaEnsiklopedia Bebas
Cari

Iraq

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Rencana inimemerlukanpetikan danrujukan tambahan untukpengesahan. Sila bantumemperbaiki rencana ini dengan menambahkan petikan kesumber-sumber yang boleh dipercayai. Bahan yang tidak disahkan mungkin akan dipertikai dandipadam.
Cari sumber: "Iraq" – berita ·akhbar ·buku ·sarjana ·JSTOR
(April 2024) (Ketahui cara dan masa untuk membuang pesanan templat ini)
Rencana ini perludikemas kini. Sila bantu mengemaskinikan rencana ini bagi mencerminkan peristiwa yang terkini atau maklumat yang baru.(Apr 2024)
Rencana inimungkin boleh dikembangkan melalui teks yang diterjemah daripadarencana yang sepadan dalam Wikipedia Bahasa Arab. (April 2024)
Klik [tunjuk] pada sebelah kanan untuk melihat maklumat penting sebelum menterjemahkan.
  • Lihat versi rencana Arab itu yang diterjemahkan oleh mesin.
  • Terjemahan mesin Google adalah permulaan yang berguna untuk terjemahan, tetapi penterjemah harus membaiki kesalahan-kesalahan mengikut keperluan dan mengesahkan bahawa terjemahan itu adalah tepat, bukan sahaja salin dan tampal teks keterjemahan mesin ke dalam Wikipedia Bahasa Melayu.
  • Jangan terjemah teks yang tidak boleh dipercayai atau berkualiti rendah. Jika boleh, sahkan teks dengan rujukan yang disediakan dalam rencana bahasa asing.
  • Selepas menterjemah, templat{{Laman diterjemahkan|ar|العراق}} hendaklah ditambah padalaman perbincangan untuk memastikan pematuhan kepadahak cipta.
  • Untuk panduan lebih lanjut, sila lihatWikipedia:Terjemahan.
Republik Iraq
ريڤوبليك عراق
جمهورية العراق
Jumhūriyyat al-‘Irāq
Bendera Iraq
Jata Iraq
BenderaJata
Cogan kataالله أكبر
Allahu Akbar
Lagu kebangsaanMawtini
Ibu negara
dan bandar terbesar
Baghdad
Bahasa rasmiBahasa Arab
KerajaanDemokrasiBerparlimen
Latif Rashid
Mustafa Al-Kadhimi
Kemerdekaan
• daripada KerajaanTurki Uthmaniyah
1 Oktober 1919
• daripadaUnited Kingdom
3 Oktober 1932
• Perairan (%)
1.1
Penduduk
• Perkiraan 2023
43,324,000[1] (35th)
82.7/km2 (214.2/sq mi) (ke-125)
KDNK (PPP)2023
• Jumlah
USD508.973 bilion[2] (ke-48)
USD11,742[2] (ke-114)
KDNK (nominal)2023
•  Jumlah
USD254.993 bilion[2] (ke-47)
USD5,882[2] (ke-111)
Gini (2012)29.5[3]
rendah
HDI (2021) 0.686[4]
sederhana · ke-121
Mata wangDinar Iraq
(IQD)
Zon waktuUTC+3 (AST)
• Musim panas (DST)
UTC+4 (ADT)
Arah memandukanan
Kod panggilan964
Kod ISO 3166IQ
DPT internet.iq

Iraq (Arab:ٱلْعِرَاق,rumi: al-ʿIrāq;Kurdi:عێراق,rumi: Êraq,Aramia Imperial:ܥܝܪܐܩ) atau secara rasminyaRepublik Iraq (Arab:جُمْهُورِيَّة ٱلْعِرَاق,rumi: Jumhūriyya al-ʿIrāq;Kurdi:کۆماری عێراق,rumi: Komarî Êraq) ialah sebuahnegaraTimur Tengah diAsia Barat-Daya merangkumi kebanyakanMesopotamia, juga merangkumi barat lautpergunungan Zagros dan bahagian timur daripadaPadang Pasir Syria. Ia berkongsi sempadan denganKuwait danArab Saudi hingga ke selatan,Jordan di barat,Syria di barat laut,Turki di utara, danIran (Kurdistan wilayah) (Parsi) di timur. Ia mempunyai bahagian sempit pada tepi pantai diUmm Qasr padaTeluk Parsi.

Nama

[sunting |sunting sumber]

Terdapat beberapa cadangan mengenai asal nama Iraq; satu datangnya daripada bandar Sumeria Uruk (atau Erech). Cadangan lain adalah perkataan Iraq datangnya daripada bahasa Aramaic, bermaksud "tanah di sepanjang muara-muara sungai."

Di bawah dinasti Sassanid , terdapat satu kawasan dipangil "Iraq Arabi" yang mana merujuk kepada bahagian selatan Iraq. Al-Iraq adalah nama yang telah digunakan oleh orang-orang Arab sendiri kepada tanah tersebut sejak abad ke-6.

Sejarah

[sunting |sunting sumber]
Rencana utama:Sejarah Iraq

Sejarah kuno/purba

[sunting |sunting sumber]
Rencana utama:Sumeria

Mengikut sejarah, Iraq dikenali sebagaiMesopotamia, yang secara harfiahnya bererti "di antara sungai-sungai" dalambahasa Yunani. Tanah ini menjadi tempat kelahiran peradaban pertama dunia yang dikenali dengan budayaSumeria, diikuti dengan budayaAkkadia,Babilonia danAsyur yang pengaruhnya meluas ke daerah-daerah tetangganya sejak sekitar 5000 SM. Peradaban-peradaban ini menghasilkantulisan tertua dan sebagian dariilmu pengetahuan,matematik,perundangan/hukum-hakam danfalsafah yang pertama di dunia, sehingga menjadikan wilayah ini sebagai pusat yang popular dan dikenali umum sebagai "Buaian Peradaban".Peradaban Mesopotamia kuno mendominasi peradaban-peradaban yang lain pada zamannya.

Padaabad ke-6 SM, wilayah ini menjadi sebahagian dariKekaisaran Parsi di bawahKoresy Agung selama hampir 4 abad, sebelum ditakluk olehIskandar Agung dan tetap berada di bawah kekuasaanYunani selama hampir dua abad. Sebuah sukubangsa Iran dari Asia Tengah yang bernamaParthia kemudian merebut wilayah ini, diikuti denganDinasti Sassanid Persia selama 9 abad, hinggaabad ke-7.

Di awalabad ke-7,Islam menyebar ke daerah yang sekarang bernama Iraq. Sepupu sekaligus menantuNabi Muhammad iaituSaidina Ali memindahkan ibukota di Kufah "fi al-Iraq" di mana ia menjadiKhulafa ar-Rasyidin yang ke-4.Bani Umayyah yang berkuasa dariDamsyik di abad ke-7 menguasai Provinsi Iraq.

Baghdad, ibukotaKhilafahAbbasiyah, adalah kota utama bagi duniaArab danIslam selama 5 abad.

Turki Ottoman

[sunting |sunting sumber]
Rencana utama:Kesultanan Uthmaniyyah

Pada tahun 1258, Baghdad dihancurkan olehbangsa Mongol.Turki Ottoman mengambil alihBaghdad dariParsi pada tahun 1535. Uthmani kehilangan Baghdad keDinasti SafavidParsi pada tahun 1509, dan mengambilnya kembali pada tahun 1632. Kekuasaan Uthmani atas Iraq berlangsung hinggaPerang Dunia I saatKhilafah Turki Ottoman berada bersamaKekaisaran Jerman danBlok Sentral.

Geografi

[sunting |sunting sumber]
Rencana utama:Geografi Iraq
Gambaran keseluruhan peta Iraq.
Topografi Iraq.

Geografi Iraq adalah pelbagai dan terbahagi kepada lima kawasan utama: padang pasir (barat Euphrates),Mesopotamia Atas (antara hulusungai Tigris danEuphrates), tanah tinggi utara Iraq, Mesopotamia Hilir, dan dataran aluvium yang memanjang dari sekelilingTikrit keTeluk Parsi.

Pergunungan di timur laut adalah lanjutan sistem alpine yang membentang ke timur dariBalkan melalui selatanTurki, utara Iraq,Iran, danAfghanistan, akhirnya sampai keHimalaya diPakistan.Gurun terletak di wilayah barat daya di sepanjang sempadan denganArab Saudi danJordan dan secara geografinya terletak diSemenanjung Arab.

Ekonomi

[sunting |sunting sumber]
Rencana utama:Ekonomi Iraq

Ekonomi Iraq dikuasai oleh sektor minyak, yang telah menyediakan kira-kira 99.7% daripada pendapatan pertukaran asing semasa sejarah modennya.[5] Sehingga 2021, sektor minyak menyediakan kira-kira 92% daripada pendapatan pertukaran asing.[6] Ekonomi agraria Iraq sehingga kini mengalami perkembangan pesat berikutan Revolusi 14 Julai (1958) yang menggulingkan pemerintahan beraja Iraq Hasyimiah. Ia telah menjadi ekonomi ketiga terbesar diTimur Tengah menjelang 1980. Ini berlaku sebahagiannya kerana inisiatifperindustrian dan pembangunan infrastruktur kerajaan Iraq yang berjaya pada tahun 1970-an, termasuk projekpengairan, pembinaan kereta api dan lebuh raya, dan elektrifikasi luar bandar.[7]

Pada 1980-an, masalah kewangan yang disebabkan oleh perbelanjaan besar-besaran dalamPerang Iran-Iraq dan kerosakan kemudahan eksport minyak olehIran menyebabkan kerajaan Ba'ath melaksanakan langkah-langkah penjimatan, meminjam banyak, dan kemudian menjadualkan semula pembayaran hutang asing. Iraq mengalami kerugian ekonomi sekurang-kurangnya $80 bilion daripada perang.[8] Pada tahun 1988, permusuhan berakhir. Eksport minyak secara beransur-ansur meningkat dengan pembinaan saluran paip baru dan pemulihan kemudahan yang rosak, tetapi sekali lagi mengalami penurunan mendadak selepasPerang Teluk Parsi. KDNK menurun kepada satu perempat daripada keluaran dalam negara kasar 1980 dan terus menurun di bawahsekatan antarabangsa selepas perang, sehingga menerima bantuan daripada Program Minyak untuk Makanan PBB pada tahun 1997.[9][7]

Pemerintahan

[sunting |sunting sumber]

Politik

[sunting |sunting sumber]
Rencana utama:Politik Iraq

Kebijaksanaan etnik minoriti

[sunting |sunting sumber]
Rencana utama:Kebijaksanaan etnik minoriti di Iraq

Pembagian administrasi

[sunting |sunting sumber]
Rencana utama:Kerajaan Iraq
Lihat pula:Distrik di Iraq

Iraq dibagi ke dalam 18governorat (atauprovinsi) (bahasa Arab:muhafadhat, tunggal -muhafadhah,bahasa Kurdish: پاریزگهPârizgah). Pemerintahan dibahagi lagi ke dalam sejumlahqadhas (ataudistrik).

Rencana utama:Federalisme di Iraq

Konstitusi Iraq yang baru mempersiapkan pembentukan sejumlah wilayah dengan menggabungkan 1 governorat atau lebih. Kini hanya mempunyai 1 wilayah -Kurdistan Iraq - dan ada usulan agar lebih banyak lagi wilayah yang dibentuk di selatan.Templat:Meso Labelled Map


Demografi

[sunting |sunting sumber]
Rencana utama:Demografi Iraq

Anggaran pada bulanJulai 2006 jumlah semua penduduk Iraq ialah sebanya 26,783,383 orang.

75-80% penduduk Iraq adalahbangsa Arab; kelompok etnik utama yang lain adalahKurdi (15-20%),Asyria,Turkmen Iraq dll (5%), yang kebanyakan tinggal di utara dan timur laut negeri. Kelompok yang lain adalahorang Parsi danArmenia (kemungkinan keturunan budaya Mesopotamia kuno). ±25.000–60.000 orangArab Marsh tinggal di selatan Iraq.

Bahasa Arab danKurdi adalah bahasa rasmi.Bahasa Asyria danTurkmen adalah bahasa rasmi di daerah-daerah yang berturut-turut ditinggali oleh orang Asyria dan Turkmen.Bahasa Armenia danParsi juga dituturkan namun jarang sekali.Bahasa Inggeris adalah bahasa barat yang umum dituturkan.

Komposisi etnik:

  • Kelompok etnik:Arab, 75–80%;suku Kurdish, 15-20%; Turkoman, Assyria atau lainnya 5%.
  • Agama:Islam, 97%; Kristian atau agama lain hanya sebanyak 3%.

Proporsi:Tidak ada angka rasmi yang tersedia, terutama kerana sifatnya yang sangat politik.Sumber:Britannica:Syiah 60%,Sunni 40%Sumber:CIA World Fact Book: Syiah 60%-65%, Sunni 32%-37%

Menurut kebanyakan sumber-sumber barat, majoriti bangsa Iraq adalah orang ArabMuslimSyiah (sekitar 60%), danSunni yang mewakili sekitar 40% dari seluruh populasi yang terdiri dari sukuArab,Kurdi danTurkmen. Orang-orang Sunni menyangkal keras angka-angka ini, termasuk seorang bekas duta besar Iraq[10], yang mengacu ke sumber-sumber Amerika[11]. Mereka mengklaim bahwa banyak laporan atau sumber hanya mencantumkan Sunni Arab hanya sebagai 'Sunni', dan tidak memperhitungkan orang-orang Sunni Kurdi dan Sunni Turkmen. Sebagian berpendapat bahwaSensus Irak 2003 memperlihatkan bahawa orang-orang Sunni sedikit lebih banyak[12]. Etnik Assyria (kebanyakan daripadanya adalah pemelukGereja Katolik Khaldea danGereja Assyria di Timur) mewakili sebagian terbesar pendudukKristen Irak yang cukup besar, bersama-sama dengan orang Armenia.Pemeluk Baháí,Mandeanisme,Sabak, danYezidi juga ada. Kebanyakan orang Kurdi adalah pemeluk Muslim Sunni, meskipun kaum Kurdi Faili (Feyli) umumnya adalah Syiah.

Agama

[sunting |sunting sumber]
Rencana utama:Agama di Iraq

Agama di Iraq (CIA World Factbook 2019)[13]

  Islam (rasmi) (98%)
  Kristian (1%)
  Lain-lain (4%)

Agama di Iraq bermula sejak Mesopotamia Purba, khususnyaSumer,Akkad,Assyria danBabylonia antara sekitar 3500 SM dan 400 AD, selepas itu sebahagian besarnya memberi laluan kepada Kristian Syria dan kemudiannya kepadaIslam.[14][15]

Banci kebangsaan tidak diadakan sejak 1987.[16] Pada tahun 2020-an, negara ini adalah sebahagian besarMuslim, yang berpecah kepada dua mazhab berbeza,Syiah danSunni. Kira-kira 95% hingga 98% penduduk adalah Muslim, dengan Syiah Muslim membentuk majoriti sedikit.[17][18]

Selebihnya mengikuti agamaKristian, Yazidisme, Mandaeisme dan Yarsanisme.

Prasarana

[sunting |sunting sumber]

Pendidikan

[sunting |sunting sumber]
Rencana utama:Pendidikan di Iraq

Pendidikan di Iraq ditadbir olehKementerian Pendidikan.

UNESCO melaporkan bahawa Iraq sebelum ini mempunyai salah satu persembahan pendidikan terbaik di rantau Timur Tengah/Asia Barat.[19] Di sekolah rendah, kadar enrolmen kasar dahulu adalah 100%, dan tahap celik huruf adalah tinggi. Kadar buta huruf ialah 20% pada tahun 1987.[20] Walau bagaimanapun, pendidikan telah menderita sejak 1980-an dan terutamanya 1990-an berikutanperang Teluk, sekatan antarabangsa, pendudukan Amerika, dan ketidakstabilan umum di negara ini.[perlu rujukan]

Sehingga 2018, 92% kanak-kanak telah mendaftar di sekolah rendah.[21] Walau bagaimanapun, hanya lebih separuh daripada kanak-kanak berpendapatan rendah menamatkan sekolah rendah, dan kurang daripada satu suku tamat sekolah menengah.[21] Kadarcelik huruf Iraq dianggarkan 82[20]-85%[22]

Kebudayaan

[sunting |sunting sumber]
Rencana utama:Kebudayaan Iraq

Dalam era milenium yang paling mutakhir ini, Iraq telah dibahagikan menjadi lima daerah budaya: Kurdi di utara yang berpusat diArbil,ArabIslamSunni di tengah sekitarBaghdad, Arab IslamSyiah di selatan yang berpusat diBasra,Assyria, sekelompok orangKristian yang tinggal di berbagai kota di utara, danArab Rawa, sekelompok orang yang berpindah-pindah, yang tinggal di daerah berawa-rawa di sungai tengah. Pasar dan barter adalah bentung perdagangan yang lazim mereka lakukan.

Muzik

[sunting |sunting sumber]
Laman utama:Muzik Iraq,Muzik Kurdi, danMuzik Assyria

Iraq dikenali terutama kerana alatan muziknya yang disebutoud (mirip denganlute) danrebab; bintang-bintangnya termasukAhmed Mukhtar danMunir Bashir, seorang Assyria. Hingga kejatuhanSaddam Hussein,stesen radio yang paling popular di Iraq adalah "Suara Pemuda". Stesen ini memainkan campuran muzikrock barat,hip hop danmuzik pop, yang kebanyakannya diimport dariJordan kerana adanya sanksi ekonomi antarabangsa. Iraq juga memproduksikan seorang bintang pop pan-Arab penting yang hidup di pengasingan iaituKazem al Saher, yang lagu-lagunya mencakupiLadghat E-Hayya, yang dilarang kerana kata-katanya yang terlalu kasar dan kurang menyenangkan.

Lihat juga

[sunting |sunting sumber]

Lihat lagi

[sunting |sunting sumber]


Rujukan

[sunting |sunting sumber]
  1. ^"وزارة التخطيط، تُصدر بيانا لمناسبة اليوم العالمي للسكان" [Pernyataan Kementerian Perancangan Sempena Hari Kependudukan Sedunia].Kementerian Perancangan Iraq (dalam bahasa Arab). 7 July 2023. Dicapai pada27 February 2024.
  2. ^abcd"World Economic Outlook Database, October 2023 Edition. (Iraq)".Tabung Kewangan Antarabangsa. 10 October 2023. Dicapai pada12 October 2023.
  3. ^"Gini Index - Iraq". World Bank.Diarkibkan daripada yang asal pada 8 December 2015. Dicapai pada9 October 2022.
  4. ^"Human Development Report 2021/2022"(PDF) (dalam bahasa Inggeris).United Nations Development Programme. 8 September 2022. Dicapai pada9 October 2022.
  5. ^"OPEC : Iraq".www.opec.org (dalam bahasa Inggeris). Dicapai pada21 Mac 2018.
  6. ^"مستشار الكاظمي يؤكد تراجع دين العراق إلى 20 مليار دولار بفضل انتعاش أسعار النفط".www.aljazeera.net (dalam bahasa Arab). Dicapai pada26 Disember 2021.
  7. ^ab"Iraq - Economy".Encyclopedia Britannica (dalam bahasa Inggeris). Dicapai pada17 Januari 2020.
  8. ^Christopher Parker & Pete W. Moore."MER 243 - The War Economy of Iraq".Middle East Research and Information Project. Diarkibkan daripadayang asal pada 12 April 2018.
  9. ^"What We Do". Diarkibkan daripadayang asal pada 20 Februari 2009. Dicapai pada3 Mac 2015.
  10. ^"Iraqis By the Numbers" oleh FARUQ ZIADA[1]Diarkibkan 2011-08-06 diWayback Machine
  11. ^ Peta tentang distribusi kelompok-kelompok agama, dari laporan Komisi Baker-Hamilton, hlm. 102
  12. ^"Iraq 2003 Census: Sunnis 59%, -----es 40%" oleh Mohammed Alomari (faair.org)[2]
  13. ^"CIA data for Iraq". 25 Mei 2022.
  14. ^"Mesopotamian religion | Facts, Names, Gods, Temples, & Practices".Encyclopedia Britannica (dalam bahasa Inggeris). Dicapai pada25 Oktober 2021.
  15. ^L. Sandler, Stanley (2002).Ground Warfare: An International Encyclopedia 3 volume set (dalam bahasa Inggeris). ABC-CLIO.ISBN 978-1576073445.
  16. ^"Iraq: Freedom in the World 2021 Country Report".Freedom House (dalam bahasa Inggeris). Dicapai pada3 Januari 2022.
  17. ^"CIA World Fact Book". 21 April 2021. Dicapai pada2 September 2023.
  18. ^Michael Lipka (18 Jun 2014)."The Sunni-Shia divide: Where they live, what they believe and how they view each other". Pew Research Center. Dicapai pada15 April 2021.
  19. ^"Iraq: Education in transition, needs and challenges 2004 - Iraq | ReliefWeb".reliefweb.int (dalam bahasa Inggeris). 31 Disember 2004. Dicapai pada8 Ogos 2023.
  20. ^ab"Why has illiteracy rate gone up in Iraq?".al-monitor. 5 Disember 2018. Dicapai pada21 Jun 2023.
  21. ^ab"Deep inequality continues to shape the lives of children in Iraq". unicef. Dicapai pada21 Jun 2023.
  22. ^"Iraq Literacy Rate 2000-2023". Macrotrends. Dicapai pada21 Jun 2023.

Bacaan lebih lanjut

[sunting |sunting sumber]
  • Wawancara dengan Sean Garcia dari Refugees International, tentang penderitaan ratusan ribu pengungsi Iraq[3]Diarkibkan 2007-03-13 diWayback Machine
  • Shadid, Anthony 2005.Night Draws Near. Henry Holt and Co.,New York,Amerika Syarikat.ISBN 0-8050-7602-6
  • Hanna Batatu, "The Old Social Classes and the Revolutionary Movements of Iraq", Princeton: Princeton University Press, 1978
  • Irak adalah salah satu setting utama untuk novel fiksi ilmiah John J. Rust "Epsilon"
  • A Dweller in Mesopotamia, petualang seorang seniman rasmi di Taman Eden, oleh Donald Maxwell, 1921.(faksimili yang dapat dicari di Perpustakaan Universitas Georgia;DjVu &layered PDF format)
  • By Desert Ways to Baghdad, oleh Louisa Jebb (Mrs. Roland Wilkins) Dengan ilustrasi dan peta, 1908 (edisi 1909).(faksimili yang dapat dicari di Perpustakaan Universitas Georgia;DjVu &layered PDF format)

Pautan luar

[sunting |sunting sumber]
Ketahui lebih lanjut tentangIraq diWikipedia:
d:Maklumat dari Wikidata
Takrifan dari Wikikamus
Imej dan media dari Commons
Sumber pembelajaran dari Wikiversity
Berita dari Wikiberita
Petikan dari Wikipetikan
Teks sumber dari Wikisumber
Buku teks dari Wikibuku

Pemerintah

[sunting |sunting sumber]
Wikimedia Commons mempunyai media berkaitanIraq
Wikikembara memiliki panduan pelancongan bagiIraq.

Lihat pula

[sunting |sunting sumber]

Tinjauan

[sunting |sunting sumber]

Berita

[sunting |sunting sumber]

Lain-lain

[sunting |sunting sumber]
Asia Tenggara

Brunei ·Filipina ·Indonesia1 ·Kemboja ·Laos ·Malaysia ·Myanmar ·Singapura ·Thailand ·Timor Leste ·Vietnam

Asia Barat

Arab Saudi ·Armenia ·Azerbaijan2 ·Bahrain ·Cyprus ·Emiriah Arab Bersatu ·Georgia2 ·Iran ·Iraq ·Israel ·Jordan ·Kuwait ·Lubnan ·Mesir ·Oman ·Palestin ·Qatar ·Suriyah ·Turki2 ·Yaman

Asia Tengah danUtara

Afghanistan ·Kazakhstan ·Kyrgyzstan ·Rusia2 ·Tajikistan ·Turkmenistan ·Uzbekistan

Asia Timur

China ·Hong Kong3 ·Korea Selatan ·Korea Utara ·Macau3 ·Jepun ·Mongolia

Asia Selatan

Bangladesh ·Bhutan ·India ·Maldives ·Nepal ·Pakistan ·Sri Lanka

Wilayah tanggungan dan negeri dengan pengiktirafan terhadWilayah tanggungan :

Akrotiri dan Dhekelia,Wilayah Lautan Hindi British(United Kingdom) ·Kepulauan Cocos (Keeling),Pulau Krismas(Australia)
Negeri dengan pengiktirafan terhad :Abkhazia ·Cyprus Utara ·Nagorno-Karabakh ·Ossetia Selatan ·Republik China (Taiwan)

Ikon tunas

Rencana berkenaanTimur Tengah ini ialahrencana tunas. Anda boleh membantu Wikipedia denganmengembangkannya.

Diambil daripada "https://ms.wikipedia.org/w/index.php?title=Iraq&oldid=6465753"
Kategori:
Kategori-kategori tersembunyi:

[8]ページ先頭

©2009-2025 Movatter.jp