Iqram Dinzly | |
|---|---|
| Kelahiran | Muhammad Iqram Dinzly bin Muhammad Saipuddin (1981-09-29)29 September 1981 (umur 44) |
| Warganegara | Malaysia |
| Pendidikan | Jurusan Seni Persembahan |
| Pusat pendidikan | Universiti Teknologi MARA (UiTM) kampusShah Alam |
| Pekerjaan | Pelakon, pengacara, penyanyi, usahawan |
| Tahun aktif | 2003–kini |
| Ketinggian | 172 cm (5 ka 8 in) |
| Ibu | Lalitol Akmar binti Mohamed Shaffie |
| Bapa | Muhammad Saipuddin bin Dato' Seri Haji Ahmad Said |
Muhammad Iqram Dinzly Muhammad Saipuddin (lahir 29 September 1981)[1] merupakan seorang pelakon, pengacara, penyanyi, usahawan lelakiMalaysia. Beliau terkenal menerusi lakonannya dalam siri dramaJelatang (2007) dan peranannya sebagai Karl dalam filemEvolusi KL Drift (2008). Beliau juga berbakat dalam bidangperagawan,pengacaraan dan pemaine-sukan.
Iqram dilahirkan pada 29 September 1981 diIpoh,Perak; beliau merupakan anak ketiga daripada empat beradik kepada pasangan Muhammad Saipuddin Ahmad Said dan Lailatol Akmar Mohamed Shaffie.
Beliau menamatkan pengajian dalam jurusan Seni Persembahan diUniversiti Teknologi Mara (UiTM)Shah Alam.
Iqram memulakan kerjayanya dengan membuat kemunculan dalam sitkomPuteri lakonanNora Danish yang bersiaran diTV3, beliau tidak menunggu lama untuk mengukuhkan nama dalam industri dengan memegang watak pembantu sebagau Amin dalam dramaDua Hati yang mana beliau bergandingan denganLinda Rafar. Seterusnya, beliau memegang watak Darius dalamDunia Baru, seorang pelagak yang akhirnya menjadi suami watak Madihah lakonanAnne Ngasri. Dalam kemunculan inilah beliau sering ditohmah ada hubungan dengan rakan seperjuanganAnding Indrawani yang dianggap berperwatakangay boy yang sedikit sebanyak merencatkan potensi bakat baru beliauu.[2] Tuduhan ini dinafikan sekeras-kerasnya kerana mereka berkawan baik.[perlu rujukan]
Beliau pernah memenangiBachelor With Not A Hair Out of Place anjuran MajalahCLEO pada tahun 2006. Selain berlakon, Iqram juga berbakat dalam bidang tarian. Beliau pernah bergiat aktif dalam satu pertubuhan tarian di UiTM iaitu Persatuan Anak Seni Kampus atau lebih dikenali sebagai "PESKA", yang merupakan salah satu persatuan yang teraktif di UiTM dalam memperjuangkan irama tradisional.
Selepas itu, beliau menganggotai kumpulan tarian PRISMA SENI untuk mempelbagaikan kemahiran dalam tarian yang mana persatuan tersebut lebih menonjolkan tarian kreatif dan moden. Kerjaya filem Iqram bermula pada 2007 dengan membintangi filem1957: Hati Malaya arahanShuhaimi Baba, beliau kembali menjayakan watak Darius dalam filemDunia Baru The Movie, kemudian diikuti oleh peranan pembantu sebagai Haiqal dalamEvolusi KL Drift arahanSyamsul Yusof lakonan bersama Syamsul danFarid Kamil.
Beliau kembali berlakon bersama Farid menerusi filem aksi fantasi cereka sains arahanMamat Khalid,Apokalips X yang ditayangkan pada 3 April 2014, Dalam filem ini, beliau melakonkan watak sebagai Shinsaku Kagawa, ia kemudian diikuti oleh filemLagenda Budak Setan 3: Kasyah - Legenda Berakhir arahanSharad Sharan, yang ditayangkan pada September.[3]
Beliau kini dalam pengunduran selama tidak terbatas dalam dunia hiburan susulan kematian bapanya dan sebelum diisytihar muflis.
Iqram ialah seorang yang bujang dan belum berkahwin. Ini menjadikan beliau sebagai satu-satunya yang masih bujang di kalangan 4 adik-beradiknya.
Beliau juga pernah dikaitkan dengan beberapa artis wanita sepertiFouziah Gous,Soo Wincci danUqasha Senrose.[4][5]
Setelah membawa diri keLangkawi, beliau sekali lagi terpalit kontroversi kononnya mempersendakan agama dengan berserban ke kelab malam. Iqram menjelaskan beliau hanya berfesyen semata-mata kerana di pulau peranginan terkemuka itu di kala siang agak panas dan bahang tetapi agak dingin dan sejuk di waktu malam.[6]
Bapanya, Mohammad Saipuddin Ahmad Said meninggal dunia pada 9 Oktober 2017 pada usia 71 tahun.[7]
Selepas kematian bapanya, Iqram mencetuskan kontroversi lagi dengan memuat naik video secara langsung beliau menari-nari di instagram tanpa sebarang motif.Netizen menggelarkannya "gila, depresi". Tetapi, Iqram mendapat sokongan kuat rakan-rakan artis yang mengenalinya secara peribadi dan mereka percaya Iqram berbuat begitu hanyalah untuk berekspresi semata-mata bukan untuk menarik perhatian media mahupun publisiti murahan.[8]
Pada Februari 2018, Iqram mengalami kerugian hampir RM15,000 selepas kediamannya di Damansara dimasuki pencuri, antara barangan yang hilang ialah komputer riba milik arwah bapanya. Malah laman Instagram beliau turut disekat dari capaian.[9]
Pada 15 Januari 2019, Iqram diisytihar muflis olehLembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) selepas beliau didapati gagal membayar cukai pendapatan sebanyak RM77,000. Perkara itu didedahkan oleh Iqram di lamanInstagramnya. Beliau menerima notis tersebut daripada peguam LHDN di Mahkamah Majistret Ipoh pada tarikh sama, Iqram turut menjelaskan beliau berkemungkinan tidak akan kembali berlakon.[10][11][12]
| Tahun | Tajuk lagu | Penyanyi |
|---|---|---|
| 2022 | "Jari Neraka" | Duet bersama Alfie Zumi &Tauke Jambu |
| Tahun | Tajuk | Watak | Catatan |
|---|---|---|---|
| 2003 | Jutawan Fakir | Pekerja pejabat | Filem pertama, pelakon tambahan |
| 2007 | 1957: Hati Malaya | Ahmad Badawi | |
| 2008 | Dunia Baru The Movie | Darius | |
| Evolusi KL Drift | Karl | ||
| 2009 | Sifu & Tongga | Ketua Mat Rempit | Penampilan khas |
| 2010 | 2 Hati, Satu Jiwa | Nizam | |
| 2011 | Rasuk | Arman | |
| 2014 | Apokalips X | Razor | |
| Lagenda Budak Setan 3: Kasyah | Shan | ||
| 2024 | Korsakoff | Ezra | |
| Zim Zim Ala Kazim | Kikas / Bruha |
| Tahun | Tajuk | Watak | Saluran TV |
|---|---|---|---|
| 2004 | Zon 606 | Rem | VCD |
| Sahabat Atau Kekasih? | Boy | ||
| 2008 | Din Atau Dina | Din | Astro Ria |
| Anak Emak | Iskandar | TV2 | |
| Demi Masa | Nazli | TV3 | |
| Sebelum Sejadah Dibentang | |||
| 2009 | Novelis Babysitter | Sadzli | |
| 2010 | Madu Cinta | TV1 | |
| Catatan Kelmarin | Rashdan | ||
| 2011 | Memoir Seorang Lelaki | Hijjas | TV3 |
| Aku Untuk Siapa | |||
| Jiman | Azhar | TV9 | |
| 2012 | Jodoh Kita | Zainal | TV1 |
| Calon Suamiku | Azmi | Astro Prima | |
| 2013 | Derhaka Neraka | Mazri | |
| 2014 | Bila Biniku Gongxi | TV3 | |
| Sandiwara | Aiman | ||
| Jangan Ambil Nyawa Aku | Malique | Unifi TV | |
| 2015 | Meniti Cinta Starimost | Iman | Astro Ria |
| Lima Kali Cinta | Rizuan | TV3 | |
| 2016 | Pergilah Air Mata Ramadhan | Azman | TV9 |
| Cinta 11 Syarat Raya | Syahrie | Astro Prima | |
| Sepatu Tinggi Medina | Indra | Unifi TV | |
| 2017 | Miss Ustazah | TV1 | |
| Dengan Lafaz Bismillah | Johari | TV2 | |
| Parut | Affendi | ||
| Manja | Azlan | TV1 | |
| 2018 | Wanita Di Hujung Kuala | Adam | |
| 2019 | Titi Kayu | Ali | TV3 |
| Tahun | Tajuk | Peranan | Saluran TV | Catatan |
|---|---|---|---|---|
| 2009 | Gegar U (Musim ke-2) | Pengacara | Astro Ria | |
| Chopp! | TV9 | |||
| 2012 | Jalan-Jalan Cari Makan | TV3 | ||
| 2013 | Betul ke Bohong? (Musim 4) | Artis jemputan | Astro Warna | Episod 12 (Separuh Akhir) |
| 2014 | Betul ke Bohong? (Musim 5) | Episod 4 | ||
| 2016 | Dalang Prank (Musim 2) | |||
| 2024 | No Filter | Astro Ria |
| Tahun | Tajuk |
|---|---|
| 2005 | Petronas Hari Raya 2005 |
| 2006 | Mr. Potato (Gila Kentang) |
| 2007 | Hotlink |
| Tahun | Tajuk | Penyanyi |
|---|---|---|
| 2005 | "Kian" | Mawi |
| Tahun | Anugerah | Kategori | Keputusan |
|---|---|---|---|
| 2006 | Bachelor With Not A Hair Out of Place anjuran majalah Cleo | Tiada | Menang |