Movatterモバイル変換


[0]ホーム

URL:


Pergi ke kandungan
WikipediaEnsiklopedia Bebas
Cari

Iput

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Iput dalamhieroglif
ipwt
[1]
Permaisuri Iput
PuteriUnas, isteriTeti dan ibuPepi I Meryre

Iput I adalahPermaisuriMesir, anak perempuan RajaUnas, raja terakhir dariDinasti Kelima Mesir. Beliau berkahwin denganTeti,Firaun pertama yangDinasti Keenam Mesir. Anak mereka ialahPepi I Meryre.[2]

Kehidupan

[sunting |sunting sumber]

Iput ialah anak perempuan Raja UnasDinasti Kelima. Ibunya ialahNebet atauKhenut. Beliau berkahwin dengan Raja Teti yang merupakan raja pertamadinasti keenam Mesir. Anak mereka ialah RajaPepi I. Iput digambarkan bersama dengan anaknya Pepi di atas stela dekri dariKoptos.[2] Kerangka tulang yang ditemui dalam piramid menunjukkan beliau meninggal dunia sebagai wanita pertengahan umur.[3]

Iput mempunyai seorang lagi anak lelaki,Nebkauhor.[4] Dia mempunyai beberapa anak perempuan yang antaranyaSeshseshet Waatetkhethor,Seshseshet Idut,Seshseshet Nubkhetnebty danSeshseshet Sathor.[5]

Gelaran Iput I

[sunting |sunting sumber]

Iput I memegang beberapa gelaran[3] kerana beliau adalah anak perempuan seorang raja:Puteri Raja Mesir Hulu dan Hilir (s3t-niswt-biti),Puteri Raja dari tubuhnya (s3t-niswt-nt-kht.f),Puteri Tuhan (s3t-ntr),Puteri Tuhan ini (s3t-ntr-wt).

Gelaran-gelaran lain adalah kerana disebabkan telah berkahwin dengan firaun:Isteri Raja, kekasihnya (hmt-nisw meryt.f),PendampingHorus (smrt-hrw),Salah satu daripada cogan-hette (wrt-hete),Dia yang melihat Horus dan Seth (m33t-hrw-stsh), danPuijian Besar (wrt-hzwt).[3]

Iput mendapat lebih banyak gelaran apabila anaknya Pepi I mengambil takhta:Ibunda Raja (mwt-niswt),Ibunda Raja Dua (mwt-niswt-biti) danIbunda Raja piramid Mennefer-Pepy (mwt-niswt-mn- nfr-ppy).[3]

Piramid Iput I

Pengebumian

[sunting |sunting sumber]

Iput dikebumikan diSaqqara, dalam piramid berhampiran dengan Teti. Piramid Iput danKhuit ditemui antara Julai 1897 dan Februari 1899 oleh Victor Loret.[6]

Ruang pengebumiannya berisi keranda batu kapur, dan keranda kayu sedar. Sisa wanita pertengahan umur ditemui. Beberapa peralatan pemakamannya masih terselamat. Ini termasuk bekas kanopi, penyandar kepala, dan gelang emas.[7] Mayatnya berada diMuzium Mesir diKaherah. Gelang emas ditemui pada lengan Iput. Ruang ini selanjutnya mengandungi beberapa bekas termasuk tembikar merah yang dikilat dan cawan kristal batu. Bekas dan perkakas model dimasukkan sebahagian pengebumian juga. Sebahagian daripadanya telah diliputi oleh emas.[3]

Rujukan

[sunting |sunting sumber]
  1. ^Tyldesley, Joyce. Chronicle of the Queens of Egypt. Thames & Hudson. 2006.ISBN0-500-05145-3
  2. ^abDodson, Aidan and Hilton, Dyan. The Complete Royal Families of Ancient Egypt. Thames & Hudson. 2004.ISBN0-500-05128-3Ralat petik: Tag<ref> tidak sah, nama "DH" digunakan secara berulang dengan kandungan yang berbeza
  3. ^abcdeGrajetzki, Ancient Egyptian Queens: A Hieroglyphic Dictionary, Golden House Publications, London, 2005,ISBN978-0-9547218-9-3ISBN 978-0-9547218-9-3Ralat petik: Tag<ref> tidak sah, nama "WG" digunakan secara berulang dengan kandungan yang berbeza
  4. ^N. Kanawati, Mereruka and King Teti. The Power behind the Throne, 2007, p. 14 et 50
  5. ^N. Kanawati, Mereruka and King Teti. The Power behind the Throne, 2007, p. 21-22 et 50
  6. ^Lauer, Jean Phillipe. Saqqara: The Royal Cemetery of Memphis, Excavations and Discoveries since 1850. Charles Scribner's Sons. 1976.ISBN0-684-14551-0
  7. ^Verner, Miroslav. The Pyramids: The Mystery, Culture, and Science of Egypt's Great Monuments. Grove Press. 2001 (1997).ISBN0-8021-3935-3
Diambil daripada "https://ms.wikipedia.org/w/index.php?title=Iput&oldid=4742896"
Kategori:
Kategori tersembunyi:

[8]ページ先頭

©2009-2025 Movatter.jp