Movatterモバイル変換


[0]ホーム

URL:


Pergi ke kandungan
WikipediaEnsiklopedia Bebas
Cari

Internet Explorer

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Internet Explorer
PembangunMicrosoft
Versi stabil terkiniv11.0.9600.16521 (11.0.4)  (11 Mac 2014; 11 tahun yang lalu (2014-03-11))
status pengembanganAktif
Ditulis dalamC++
Sistem pengendalianMicrosoft Windows
Status pembangunanAktif
Laman sesawanghttp://windows.microsoft.com/en-GB/internet-explorer/download-ie
VersiInternet Explorer:
1 ·2 ·3 ·4 ·5 ·6 ·7 ·8 ·9 ·10 ·11
"Peperangan" pelayar web

Windows Internet Explorer (dahulunyaMicrosoft Internet Explorer; singkatan:IE), ialah sesiripelayar webbergrafik yang dimajukan olehMicrosoft sebagai satu komponensistem pengendalianMicrosoft Windows sejak tahun 1995. IE menjadi pelayar web yangpaling laris digunakan sejak tahun 1999, dan pernah mencapai kemuncak penggunaannya sebanyak 95% pada tahun 2002 dan 2003 dengan versiIE5 danIE6, sebelum terjejas oleh persaingan hebat dari pelayar lain sepertiMozilla Firefox.

Keluaran terkininya untuk Windows ialahInternet Explorer 8. Terdapat juga Internet Explorer untuksistem pengendalian lain sepanajng sejarah penghasilannya, termasukInternet Explorer Mobile (Windows CE danWindows Mobile),Internet Explorer for Mac danInternet Explorer for UNIX (Solaris danHP-UX).

Sejarah

[sunting |sunting sumber]
Internet Explorer 3.0.1 untuk Windows 3.1.
Internet Explorer 3.0.1 untukWindows 3.1.

Projek Internet Explorer bermula pada tahun 1994 oleh Thomas Reardon,[1] kemudian dipimpin oleh Benjamin Slivka,[2][meragukan bincang] mencungkil kod sumber dariSpyglass, Inc. Mosaic, sebuah pelayar web komersil awam yang berhubungan dengan pelayarMosaicNCSA. Pada akhir tahun 1994,Microsoft melesenkan Spyglass Mosaic dengan dikenakan bayaran yuran suku tahun serta seperatusan hasil bukan Windows Microsoft untuk perisian berikut. Walaupun namanya seruppa dengan NCSA Mosaic, namun Spyglass Mosaic berjimat-jimat menggunakan kod sumber NCSA.[3]

Fail:Internet Explorer 1.0.png
Internet Explorer 1

Internet Explorer

[sunting |sunting sumber]
Rencana utama:Internet Explorer 1

Internet Explorer 1 lahir pada 16 Ogos 1995, sebagai sebentuk pembaharuan Spyglass Mosaic yang dilesenkan oleh Microsoft dari Spyglass Inc, disertakan dengan perisianMicrosoft Plus! untukWindows 95 dan keluaran OEM Windows 95. IE1 dipasang sebagai sebahagianInternet Jumpstart Kit dalam Plus!.[4] Pasukan Internet Explorer bermula dengan enam orang pada peringkat pembangunan awal.[5][6] Internet Explorer 1.5 dikeluarkan beberapa bulan kemudian untuk kegunaan Windows NT dan menambahkan sokongan untuk pemaparan jadual asas. Apapun, dengan menyertakan IE1 secara percuma ke dalam OS-nya, maka tiada perlunya membayar royalti kepada Spyglass Inc., sehingga Microsoft dikenakan tuntutan mahkamah dan terpaksa melangsaikan berjuta-juta dolar.

Internet Explorer 2

[sunting |sunting sumber]
Rencana utama:Internet Explorer 2

Internet Explorer 2 dikeluarkan untuk Windows 95,Windows NT 3.5, danNT 4.0 pada 22 November 1995 (menyusuli beta 2.0 pada Oktober), bercirikan sokongan untuk SSL, kuki,VRML,RSA, dankumpulan berita Internet. Versi 2 juga merupakan keluaran pertama untukWindows 3.1 dan MacintoshSystem 7.0.1 (Januari 1996 untuk PPC; April 1996 untuk 68k).[7] Versi 2.1 untuk Mac keluar pada Ogos 1996, ketika Windows baru menerima versi 3.0. Versi 2 disertakan dalam Windows 95 OSR 1 danInternet Starter Kit for Windows 95 pada awal tahun 1996,[8] terdapat dalam 12 bahasa termasuk Inggeris tetapi berkembang kepada 24 untuk Windows 95, 20 untuk Windows 3.1, dan 9 untuk Mac pada April 1996.[9] Versi 2.0i menyokong set aksara dua bait.[9]

Bahagian pasaran Internet Explorer, 1994–2024

Internet Explorer 3

[sunting |sunting sumber]
Rencana utama:Internet Explorer 3

Internet Explorer 3 keluar pada 13 Ogos 1996, lalu menjadi lebih laris berbanding versi terdahulunya. IE3 dibangunkan tanpa kod sumber Spyglass, namun masih menghargai "teknologi" Spyglass dalam dokumentasinya. Internet Explorer 3 ialah pelayar web utama pertama yang menyokongCSS, tetapi separa-separa sahaja. IE3 juga disediakan sokongan untuk kawalanActiveX,aplet Java, multimedia, dan sistemPICS untukmetadata kandungan. Versi 3 turut diberkaskan denganInternet Mail and News,NetMeeting, dan satu versi awalWindows Address Book, begitu juga disertakan dalam Windows 95 OSR 2. Versi 3 terbukti menjadi versi Internet Explorer terawal yang cukup popular, hinggakan lebih diberi perhatian teliti. Beberapa bulan selepas dikeluarkan, para penyelidik dan penggodam menemui beberapa kerentanan keselamatan dan privasi. Versi IE ini merupakan versi pertama yang berlogo 'e biru'.[10] Pasukan Internet Explorer terdiri daripada kira-kira 100 orang dalam tiga bulan pembangunan IE3.[5] Kebocoran besar utama IE yang terawal, iaitu Princeton Word Macro Virus Loophole, ditemui dalam IE3 pada 22 Ogos 1996.[11] Keserasian ke belakang tersedia dengan membolehkan pengguna yang menatar ke IE3 masih menggunakan IE dahulu, kerana proses pemasangan menukarkan versi terdahulu ke direktori yang berasingan.[12]

Internet Explorer 4

[sunting |sunting sumber]
Rencana utama:Internet Explorer 4

Internet Explorer 4 yang keluar pada September 1997, mendalamkan lagi tahap persepaduan antara pelayar web dan sistem pengendalian yang menampungnya. Pemasangan versi 4 dalam komputer Windows 95 atau Windows NT 4 diikuti pilihanWindows Desktop Update menyebabkan Windows Explorer lama diganti oleh versi yang seakan-akan pelayar web, di sampingdesktop Windows disepadukan dengan web melaluiActive Desktop. Bagaimanapun, persepaduan Windows ini dikritik atas sebab pembungkusannya (lihatUnited States v. Microsoft). Pilihan ini tiada lagi dengan pemasang Internet Explorer selanjutnya tetapi tidak ditanggalkan dari sistem jika sudah dipasang. Internet Explorer 4 memperkenalkan sokongan untukPolisi Kumpulan yang membolehkan syarikat menyusun dan menetapkan pelbagai aspek konfigurasi pelayar. Internet Mail and News digantikan denganOutlook Express, sementara disertakannyaMicrosoft Chat dan NetMeeting yang diperbaharui. Versi ini juga disertakan dalamWindows 98. Adanya ciri-ciri baru yang membolehkan pengguna menyimpan dan menerima pesanan dalam bentuk komen yang masih tidak digunakan hari ini. Internet Explorer 4.5 menawarkan ciri-ciri baru seperti penyulitan 128-bit yang lebih mudah, di samping banyak mempertingkatkan kestabilan berbanding versi sebelumnya, khususnya versi68k yang kerap tersekat tiba-tiba.[13][14][15]

Internet Explorer 5

[sunting |sunting sumber]
Rencana utama:Internet Explorer 5

Internet Explorer 5 yang dilancarkan pada 18 Mac 1999, lalu disertakan dalamWindows 98 Second Edition dan diberkaskan denganOffice 2000, merupakan satu lagi keluaran penting yang menyokongteks dwiarah,aksara rubi,XML,XSLT dan keupayaan menyimpan laman web dalam formatMHTML. IE5 diberkaskan bersamaOutlook Express 5. Begitu juga, dengan keluaran Internet Explorer 5.0, Microsoft mengeluarkan versi pertamaXMLHttpRequest yang melahirkanAjax. Internet Explorer 5.01, iaitu versi pembaikian pepijat, dikeluarkan pada Disember 1999 dan juga disertakan dalamWindows 2000, disusuli Internet Explorer 5.5 pada Julai 2000 yang diperbaiki keupayaan pratayang hasil cetekan, sokongan piawaian CSS dan HTML, dan API pembangun; versi ini diberkaskan denganWindows Me. Version 5.5 juga disertakan sokongan untuk penyulitan 128-bit. Namun begitu, IE5 ialah versi terakhir untuk Mac dan UNIX. Versi 5.5 ialah versi terakhir yang dilengkapiCompatibility Mode (Mod Keserasian) yang membolehkanInternet Explorer 4[16] dijalankan bersama dengan 5.x.[10][17] Pasukan IE terdiri daripada lebih seribu orang pada tahun 1999, dibiayai US$100 juta setahun.[5][6]

Bahagian Pasaran pada Oktober 2008[18]
IE4 - 0.01%
IE5 - 0.20%
IE6 - 37.01%

Internet Explorer 6

[sunting |sunting sumber]
Rencana utama:Internet Explorer 6

Internet Explorer 6 keluar pada 27 Ogos 2001, beberapa bulan sebelumWindows XP, menyertakan peningkatan DHTML, bingkai sebaris terbatas kandungan, dan sokongan separa CSS tahap 1,DOM tahap 1 danSMIL 2.0.[19] EnjinMSXML juga ditingkatkan ke versi 3.0. Ciri-ciri baru yang lain termasuk versi baruInternet Explorer Administration Kit (IEAK), bar media, penyepaduanWindows Messenger, pengumpulan kerosakan, penukaran saiz imej automatik,P3P, dan penampilan baru yang seiringan dengan gaya visualLuna dalam Windows XP. Internet Explorer 6.0 SP1 menawarkan beberapa peningkatan keselamatan dan bersesuaian dengan keluaran tampung XP SP1. Pada tahun 2002, protokolGopher dimatikan dan tidak disokong lagi oleh Internet Explorer 7.[20] Internet Explorer 6.0 SV1[21] keluar pada 6 Ogos 2004 untukWindows XP SP2 dan menawarkan pelbagai peningkatan keselamatan dan butang warna baru pada antara muka pengguna. IE6 memperbaharui logo 'e biru'-nya kepada wajah3D biru cerah.[10] IE6 ditamatkan hayatnya pada 13 Julai 2010.[22]

Internet Explorer 7

[sunting |sunting sumber]
Rencana utama:Internet Explorer 7

Internet Explorer 7 keluar pada 18 Oktober 2006, disertakannya pembaikan pepijat, peningkatan sokongan piawaian web,pelayaran bertab dengan pratayang dan pengurusan tab, kotak carian pelbagai enjin, pembaca suapan web, sokonganIDN, sokonganSijil Pengesahan Diperluas (Extended Validation Certificate), dan penapis anti-phishing. Dengan IE7, Internet Explorer telah dinyahgandingkan dari Windows Shell - berbeza daripada versi-versi terdahulu,kawalan ActiveX Internet Explorer tidak dihoskan dalam proses Windows Explorer, sebaliknya berjalan dalam proses Internet Explorer yang berasingan. IE7 disertakan dengan Windows Vista dan Windows Server 2008, dan juga tersedia untuk Windows XP Service Pack 2 dan selanjutnya, serta Windows Server 2003 Service Pack 1 dan selanjutnya. Keluaran asal Internet Explorer 7 memerlukan komputer meluluskan semakan pengesahanWindows Genuine Advantage sebelum dipasang, tetapi pada 5 Oktober 2007,Microsoft menanggalkan keperluan ini. Mengikut sesetengah statistik, pada pertengahan tahun 2008, Internet Explorer 7 melebihi Internet Explorer 6 dari segi bahagian pasaran di sesetengah tempat.[23]

Internet Explorer 8

[sunting |sunting sumber]
Rencana utama:Internet Explorer 8

Internet Explorer 8 keluar pada 19 Mac 2009, setelah dibangunkan sejak Ogos 2007 selewat-lewatnya.[24] Pada 5 Mac 2008, keluaran beta awam pertama (Beta 1) dikeluarkan kepada pengguna awam,[25] diikuti keluaran beta awam kedua (Beta 2) pada 27 Ogos 2008.[26] IE8 disokong dalamWindows XP SP2 dan SP3,Windows Server 2003 SP2,Windows Vista,Windows 7 danWindows Server 2008 (32-bit dan 64-bit).[27] Internet Explorer 8 (IE8) RC1 keluar pada 26 Januari 2009. Internet Explorer 8 "Final" keluar pada 19 Mac 2009. Keselamatan, kemudahan penggunaan, dan peningkatan sokonganRSS,CSS, danAjax merupakan keutamaan Microsoft untuk IE8,[28][29] merangkumi kepatuhan yang lebih tegas kepadapiawaian, termasuk perancangan kepatuhanCSS 2.1 sepenuhnya untuk keluarannya.[30] Segala perubahan ini membolehkan IE8 lulus dalam ujianAcid2.[31] Bagaimanapun, untuk mengelakkan masalah keserasian, IE8 turut disertakan paparan gaya IE7. Laman-laman yang dijangka lebih bagus disokong oleh IE7 boleh mematikan perubahan mendadak IE8 dengan menyertakanunsur meta di bahagian HEAD dalam dokumen HTML-nya. IE8 turut banyak meningkatkan sokonganJavaScript dan juga prestasi[30], tetapi tidak lulus dalam ujianAcid3, iaitu versi 8.0 mencatat 20/100 markah. IE8 menyediakan sokongan untukAccelerators yang membenarkan pembukaanaplikasi web tanpa perlu mengemudi kepadanya, danWebSlices yang membolehkan sebahagian halaman dilanggani dan dipantau dariFavorites Bar yang diperbaharui.[30] Ciri-ciri lain termasuk ciri-ciri privasiInPrivate, dan penapis pemancing dataSmartScreen.[32]

Internet Explorer 9

[sunting |sunting sumber]
Internet Explorer 9 Beta Awam dijalankan padaWindows 7
Rencana utama:Internet Explorer 9

Internet Explorer 9, kini sedang dibangunkan, akan mempunyai sokongan lengkap atau separa bagi kesemua pemilihCSS 3, sifat jejari sempadan CSS 3,JavaScript lebih pantas,profil warnaICC terbenam v2 atau v4, sertarenderingpemecutan perkakasan menggunakanDirect2D danDirectWrite. Microsoft telah mengumumkan bahawaWeb Open Font Format (WOFF) juga akan disokong.[33] WOFF merupakan "kegemaran kuat" bagi penyeragaman oleh Kumpulan Bekerja Fon Web bagiW3C.[34]

Microsoft terus menumpukan kepada kepentingan melepasi ujianAcid3,[35]tetapi spekulasi bahawa IE9 akan menyokongSVG yang disyorkan oleh W3C tercetus apabila Microsoft mengumumkan bahawa mereka telah menyertai Kumpulan Bekerja SVG.[36]DiMIX 10, Paparan Pelantar IE9 pertama dilancarkan, yang menampilkan sokongan CSS3 dan SVG,enjin JavaScript baharu dipanggil calledChakra, serta markah 55/100 bagi ujianAcid3, naik daripada 20/100 bagiIE8. Pada 5 Mei 2010, Paparan Pelantar kedua IE9 dilancarkan, yang menampilkan markah 68/100 bagi ujian Acid3 serta prestasi lebih pantas padaujian prestasi WebKit SunSpider JavaScript berbanding Paparan Pelantar pertama IE9. Pada 23 Jun 2010, Paparan Pelantar ketiga IE9 dilancarkan, dengan markah 83/100 bagi ujian Acid3 serta memperkenalkan sokongan bagi unsur<audio>,<video>, dan<canvas> serta WOFF. Pada 4 Ogos 2010, Paparan Pelantar keempat IE9 dilancarkan, yang menampilkan markah 95/100 bagi ujian Acid3 serta enjin JavaScript yang lebih pantas daripada Paparan Pelantar ketiga IE9. Binaan terakhir IE9 dijangkakan akan dilancarkan pada tahun 2011. Sokongan tag audio dan videoHTML5 turut dijanjikan.[37][38]Beberapa pakar industri meramalkan bahawa Microsoft akan melancarkan IE9 sebagai versi luar jalur utama yang tidak terikat pada mana-mana versi Windows.[39]Menurutlaman Pandu Uji Internet Explorer 9Diarkibkan 2010-09-26 diWayback Machine, keperluan sistem bagi IE9 ialah Windows Vista SP2 (dengan Naik Taraf Pelantar dan IE8) atau Windows 7.[40]Pada 12 Ogos 2010, Microsoft mengumumkan bahawa IE9 Beta Awam akan dilancarkan pada 15 September 2010 semasa satu acara khas diSan Francisco yang dipautkan pada idea 'kecantikan web.'[41] Adalah disahkan bahawa pelayar ini hanya akan berfungsi padaWindows Vista danWindows 7.[42] On September 15, 2010, Microsoft launched the IE9 Public Beta.[43]

Internet Explorer 10

[sunting |sunting sumber]
Rencana utama:Internet Explorer 10

Internet Explorer 11

[sunting |sunting sumber]
Rencana utama:Internet Explorer 11

Ciri-ciri

[sunting |sunting sumber]

Internet Explorer telah direka bentuk untuk memperlihatkan beraneka jenis laman web serta menyediakan ciri-ciri tertentu dalam sistem pengendalian, termasukMicrosoft Update. Pada zamanperang pelayar web terawal, Internet Explorer jauh mengatasiNetscape apabila mengejar kemajuan teknologi untuk menyokong ciri-ciri progresif ketika itu.[44]

Sokongan piawaian

Internet Explorer, menggunakanenjin susun aturTrident:

  • supportsHTML 4.01,CSS Tahap 1,XML 1.0 danDOM Tahap 1, dengan sedikit kepincangan pelaksanaan.
  • menyokong sepenuhnyaXSLT 1.0 dan juga sebuah dialek XSLT lapuk yang dikenali sebagaiWD-xsl, yang sedikit sebanyak berasaskan Draf Kerja W3C Disember 1998 bagiXSL. Sokongan untukXSLT 2.0 pada masa akan datang.
  • menyokong separa CSS Tahap 2 dan DOM Tahap 2, dengan kepincangan pelaksanaan besar dan masalah kepatuhan. Kepatuhan hampir sepenuhnya kepada CSS 2.1 ditambahkan dalam keluaranInternet Explorer 8.[45][46]
  • tidak menyokongXHTML, tetapi boleh memaparkan dokumen XHTML yang dikarang dengan prinsip-prinsip keserasian HTML lalu disediakan denganMIME-typetext/html.
  • tidak menyokongSVG di mana-mana versi[47].

Internet Explorer menggunakanDOCTYPE sniffing untuk memilih antara "quirks mode" (menghasilkan paparan yang seiras dengan versi-versi IE yang lama) danmod biasa (paparan menghampiri spesifikasi W3C) untuk paparan HTML dan CSS (Internet Explorer sentiasa menggunakan mod biasa untuk pencetakan). IE juga menyediakan dialekECMAScript tersendiri iaituJScript.

Internet Explorer banyak menerima kritikan kerana sokongannya terhad untukpiawaian webterbuka.[47]

Sambungan bukan piawai

Internet Explorer telah memperkenalkan pelbagai jenis sambungan proprietari untuk kebanyakan piawaian, termasuk HTML, CSS dan DOM. Ini telah menyebabkan sebilangan laman web tidak dapat dipaparkan dengan betul dalam pelayar web yang patuh kepada piawaian, oleh itu perlunya "quirks mode" untuk membolehkan unsur-unsur tidak wajar yang dimaksudkan untuk Internet Explorer di pelayar-pelayar lain.

Internet Explorer telah memperkenalkan beberapa jenis sambungan kepada JScript yang telah diterima oleh pelayar-pelayar lain, termasuk sifat innerHTML yang mengembalikan rentetan HTML dalam unsur; objek XMLHttpRequest yang membolehkan penghantaran permintaan HTTP dan penerimaan sambutan HTTP; dan sifat designMode dalam objek contentDocument yang membolehkan teks kaya untuk penyuntingan dokumen HTML. Sesetengah fungsi-fungsi tersebut tidak menjadi sehinggalah wujudnya kaedah-kaedah W3C DOM. Sambunganaksara ruby kepada HTML juga diterima sebagai modul dalam W3C XHTML 1.1, walaupun tidak didapati dalam semua versi W3C HTML.

Microsoft pernah memohon beberapa ciri-ciri IE yang lain untuk pertimbangan W3C agar dipiawaikan, termasuk sifat CSS 'perilaku' yang menghubungkan unsur-unsur HTML dengan perilaku JScript (iaitu HTML Components, HTC); profilHTML+TIME yang menambahkan sokongan pemasaan dan penyegerakan media pada dokumen HTML (serupa dengan W3CXHTML+SMIL); dan format failgrafik vektorVML. Bagaimanapun, kesemuanya ditolak, sekurang-kurangnya dalam bentuk asalnya. Bagaimanapun, VML kemudian digabungkan denganPGML (cadanganAdobe danSun), maka terhasilnya formatSVG yang diluluskan oleh W3C untuk menjadi salah satu format imej vektor yang digunakan di web, tetapi anehnya tidak disokong oleh IE sahaja.[48]

Perilaku bukan piawai yang lain termasuk: sokongan teks menegak, tetapi dalam sintaks yang berbeza dari cadangan calon W3C CSS3; sokongan untuk pelbagai kesan imej[49] dan peralihan halaman, tidak terdapat dalam W3C CSS; sokongan untuk kod skripterkeliru, khususnyaJScript.Encode()[50]; sokonganpembenaman fonEOT dalam laman web.[51]

Favicon

Favicon ("favorites icon", ikon kegemaran) yang diperkenalkan oleh Internet Explorer kini juga disokong oleh pelayar lain. Favicom membolehkan laman web menentukan imej 16x16 piksel untuk digunakan dalam penanda buku. Dalam IE, sokongan disediakan hanya untuk format ICO Windows; bagi pelayar lain pula, Favicon diperluas ke jenis imej yang lain seperti PNG dan GIF.

Kebolehgunaan dan kebolehcapaian
Fail:Favorites.PNG
Menyusun Kegemaran diInternet Explorer 6

Internet Explorer menggunakan kerangka kebolehcapaian yang disediakan dalam Windows. Internet Explorer juga merupakan antara muka pengguna untuk FTP, dengan operasi-operasi yang serupa dengan Windows Explorer (cuma ciri-ciri ini memerlukan tetingkap cangkerang untuk dibuka dalam versi-versi terkini pelayar ini, bukannya terang-terangan dalam pelayar).Visual Basic for Applications (VBA) juga tidak disokong, tetap terdapat melalui sambungan (iMacros). Versi-versi terkini dilengkapi ciri-ciripenyekat tetimbul danpelayaran bertab. Pelayaran bertab juga boleh ditambahkan pada versi-versi lama dengan memasangMSN Search Toolbar atauYahoo Toolbar.

Cache

Internet Explorer menyimpan kandungan sebagaicache dalam folderFail Internet Sementara (Temporary Internet Files) untuk mempercepatkan capaian (atau membolehkan capaian luar talian) ke laman-laman yang pernah dilawati. Kandungannya diindekskan dalam fail pangkalan data yang dikenali sebagaiIndex.dat. Terdapat berbilang-bilang fail Index.dat yang mengindekskan pelbagai kandungan, seperti kandungan web yang dilawat,suapan web,URL yang dilawat, kuki dsb.[52]

Sebelum IE7, fungsi pembuangan cache hanya memadamkan indeksnya tetapi fail-failnya tidak semestinya dapat dibuang, maka timbulnya risiko keselamatan dan privasi. Dalam IE7 dan selanjutnya, apabila cache dibuang, kali ini fail cache lebih pasti dibuang juga, oleh itu fail index.dat ditulis ganti dengan bait nol.

Polisi Kumpulan

Internet Explorer boleh dikonfigurasi sepenuhnya dengan menggunakanPolisi Kumpulan (Group Policy). Para pentadbirdomain Windows Server boleh menggunakan dan menguatkuasakan pelbagai tetapan yang mempengaruhi antara muka pengguna (seperti menutup item menu dan pilihan konfigurasi individu), serta ciri-ciri keselamatan tersirat seperti muat turun fail, konfigurasi zon, tetapan mengikut laman, perilaku kawalan ActiveX dan lain-lain. Tetapan dasar boleh dikonfigurasi untuk setiap pengguna untuk setiap pengguna dan setiap mesin. Internet Explorer juga menyokongPengesahan Windows Bersepadu (Integrated Windows Authentication).

Rujukan

[sunting |sunting sumber]
  1. ^"2003 Young Innovator - Thomas Reardon, 34 - Openwave - Tailors Internet application to cell phones".Technology Review. Dicapai pada2009-06-01.[pautan mati kekal]
  2. ^www.zoominfo.com/people/Slivka_Benjamin_3581789.aspx
  3. ^Eric Sink (2005-05-12)."Memoirs From the Browser Wars". Dicapai pada2006-03-24.
  4. ^Sandi Hardmeier (Published: August 25, 2005)."The History of Internet Explorer". Microsoft.com. Dicapai pada2008-10-17.Check date values in:|date= (bantuan)
  5. ^abc"Victor: Software empire pays high price | CNET News.com". News.com. Dicapai pada2008-10-17.
  6. ^ab"Memoirs From the Browser Wars". Ericsink.com. Dicapai pada2008-10-17.
  7. ^http://www.islandnet.com/~kpolsson/comphist/comp1996.htm Computer History
  8. ^"Microsoft Internet Explorer Web Browser Available on All Major Platforms, Offers Broadest International Support". Microsoft.com. Dicapai pada2008-10-17.
  9. ^abhttp://www.microsoft.com/presspass/press/1996/apr96/iemompr.mspx Microsoft Internet Explorer Web Browser Available on All Major Platforms, Offers Broadest International Support
  10. ^abchttp://www.microsoft.com/windows/ie/community/columns/historyofie.mspx MS History
  11. ^"The History of Microsoft Internet Explorer". Nwnetworks.com. Diarkibkan daripadayang asal pada 2011-09-12. Dicapai pada2008-10-17.
  12. ^"By having IE3 rename your previous version, Microsoft gives you a fallback in case IE3 crashes. IE3 also scans for Netscape bookmarks and converts them to IE3 favorites."http://www.windowsitpro.com/article/articleid/2801/internet-explorer-30.html
  13. ^http://cws.internet.com/file/11708.htm WinPlanet IE4 Review
  14. ^http://www.pcpro.co.uk/broadband/reviews/671/internet-explorer-4.html PC Pro IE4 Review
  15. ^http://www.macuser.co.uk/macuser/reviews/16079/microsoft-internet-explorer-v40.htmlDiarkibkan 2005-02-09 diWayback Machine MacUser IE 4 Review
  16. ^http://support.microsoft.com/kb/197311/EN-US/ KB197311
  17. ^http://support.microsoft.com/kb/237787 MS Article ID 237787
  18. ^http://marketshare.hitslink.com/browser-market-share.aspx?qprid=2&qpmr=40&qpdt=1&qpct=3&qpcal=1&qptimeframe=M&qpsp=117&qpnp=1
  19. ^"SMIL Standards and Microsoft Internet Explorer 6, 7, and 8". Diarkibkan daripadayang asal pada 2007-06-03. Dicapai pada2007-05-27.
  20. ^"Using a web browser to access gopher space". Dicapai pada2007-05-11.
  21. ^SV1 bererti "Security Version 1", iaitu set peningkatan keselamatan yang disediakan untuk keluaran itu[1]. Versi Internet Explorer ini dikenali sebagai IE6 SP2, memandangkan penyertaannya dengan Windows XP Service Pack 2, tetapi ini boleh mengelirukan apabila membincangkan Windows Server 2003 yang disertakan fungsi sama dalam kemaskini SP1 bagi sistem pengendalian tersebut.
  22. ^"Lifecycle Supported Service Paks". Dicapai pada2009-08-10.
  23. ^"Browser statistics". W3Schools. Dicapai pada2008-08-04.
  24. ^"IE 8: On the Path to Web Standards Compliance - ACID 2 Test Pass Complete".Microsoft. 2007-12-19. Dicapai pada2007-12-20.
  25. ^Internet Explorer 8 Readiness Toolkit
  26. ^Internet Explorer 8
  27. ^"Internet Explorer Readiness Toolkit". Dicapai pada2008-03-08.
  28. ^LaMonica, Martin (2007-05-03)."Microsoft hints at general plan for IE 8".CNET News.com. Dicapai pada2008-03-11.
  29. ^Reimer, Jeremy (2007-05-02)."Microsoft drops hints about Internet Explorer 8". ars technica. Dicapai pada2007-05-02.
  30. ^abc"How do I make my site light up in Internet Explorer 8?". Dicapai pada2008-03-07.
  31. ^"Internet Explorer 8 and Acid2: A Milestone". Dicapai pada2008-03-07.
  32. ^"PC World - Internet Explorer 8 Beta 2: Can It Outfox Firefox?". Pcworld.com. Dicapai pada2008-10-17.
  33. ^Galineau, Sylvain (2010-04-23),Meet WOFF, The Standard Web Font Format, Microsoft
  34. ^Web Fonts Working Group Charter, updated 2009-11-10, retrieved 2009-11-24
  35. ^Hachamovitch, Dean (2009-11-18)."An Early Look At IE9 for Developers". IEBlog. Dicapai pada2009-11-18.
  36. ^Dengler, Patrick (2010-01-05)."Microsoft Joins W3C SVG Working Group". IEBlog. Dicapai pada2009-01-05.
  37. ^Anderson, Tim (2010-03-16)."Microsoft's Internet Explorer 9 embraces - yes - HTML5".The Register. Dicapai pada2010-03-16.
  38. ^"The Web Standards Project's Acid3 Test".Microsoft. Diarkibkan daripadayang asal pada 2010-03-22. Dicapai pada16 March 2010.
  39. ^http://www.winsupersite.com/live/ie9_preview.asp
  40. ^"salinan arkib". Diarkibkan daripadayang asal pada 2010-03-22. Dicapai pada2010-09-17.
  41. ^"Beauty of the Web". Diarkibkan daripadayang asal pada 2010-09-19. Dicapai pada2010-09-17.
  42. ^Internet Explorer 9 Beta launching September 15th, might enter a beauty pageant
  43. ^"Internet Explorer 9 Beta: UI Smackdown".PCWorld. Dicapai pada15 Sept 2010.Check date values in:|accessdate= (bantuan)
  44. ^Browser History: Netscape explains that"By the fourth generations of both browsers, Internet Explorer had caught up technologically with Netscape's browser.... Netscape 6.0 was considered slow and buggy, and adoption was slow to occur", Access Date: 2008-03-25
  45. ^"Internet Explorer 8 Beta 1 Whitepapers".MSDN. Dicapai pada2008-03-11.
  46. ^James Hopkins » IE8 Bugs
  47. ^abSvensson, Peter (2008-09-10)."Creator of Web spots a flaw in Internet Explorer". msnbc.msn.com. Dicapai pada2008-11-16.
  48. ^SVG Support Tables
  49. ^Filter Tool (WebFX)Diarkibkan 2010-10-16 diWayback Machine. Diterbitkan pada 12 Mei 2005
  50. ^Using Script Encoder; Published on May 12, 2005
  51. ^Font Embedding for the Web
  52. ^Windows Core Networking Team."A bit about WinInet's Index.dat".MSDN blogs. Dicapai pada2008-03-07.


Pautan luar

[sunting |sunting sumber]
Teras
Applikasi
dan perkakasan
Inti
Servis
Sistem fail
Server
Reka bentuk
Keselamatan
Permainan
Antarabangsa
Kebangsaan
Lain
Diambil daripada "https://ms.wikipedia.org/w/index.php?title=Internet_Explorer&oldid=6395662"
Kategori:
Kategori-kategori tersembunyi:

[8]ページ先頭

©2009-2026 Movatter.jp