Movatterモバイル変換


[0]ホーム

URL:


Pergi ke kandungan
WikipediaEnsiklopedia Bebas
Cari

Internet

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Gambaran grafik maklumat struktur jaringan WWW pada Wikipedia, sebagaimana digambarkan sebagai pautan

Secara amnya,Internet (Jawi: اينترنيت; singkatan ungkapanInggerisinter-network) ialah suaturangkaian komputer besar yang saling berhubung menerusi beberapa rangkaian kecil setempat.[1] Manakala Internet (huruf 'I' besar) ialahsistem komputer umum, yang berhubung secara sejagat dan menggunakanTCP/IP sebagaiprotokol pertukaran paket (packet switching communication protocol). Cara menghubungkan rangkaian dengan kaedah ini dinamakaninternetworking. 80% daripada maklumat di internet adalah dalam bahasa Inggeris dan hanya 20% daripada keseluruhan adalah bahasa lainnya.

NamaInternet muncul dalam manual radio sediaan Jabatan Perang Amerika Syarikat tahun 1945,[2] ia turut ditakrif lakuranInternetwork atau "antarangkaian" dalam dokumenRFC 675 tahun 1974[3] Pengungkapan ini ada duluan dari kata sifatinternetted seawal 1849 yang bererti "saling terkait" (interwoven) mengias kepada kerja mengaitjala (net);[4] – ia pernah dipinjam terjemah diIndia dalambahasa Hindi diakarSangsakerta sebagai अन्तर्जालantarjāla.[5]

Kemunculan Internet

[sunting |sunting sumber]
Rencana utama:sejarah Internet

Rangkaian pusat yang membentuk Internet bermulapada tahun 1969 sebagaiARPANET, yang dibangunkan oleh ARPA (United States Department of Defense Advanced Research Projects Agency). Beberapa penyelidikan awal yang disumbang oleh ARPANET termasuk kaedah rangkaian tanpa-pusat (decentralised network), teori queueing, dan kaedah pertukaran paket (packet switching).

Pada 01 Januari 1983, ARPANET menukar protokol rangkaian pusatnya, daripadaNCP kepadaTCP/IP. Ini merupakan permulaan Internet yang kita kenali hari ini.

Pada sekitar 1990-an, Internet telah berkembang dan merangkaikan kebanyakan daripada rangkaian-rangkaian komputer yang sedia ada.

Internet kini

[sunting |sunting sumber]

Internet dikuatkuasa oleh perjanjian komersil dwi- atau berbilang pihak dan spesifikasi teknikal (protokol yang menerangkan tentang pemindahan data antara rangkaian). Protokol-protokol ini disediakan berdasarkan perbincanganPasukan Petugas Kejuruteraan Internet (Internet Engineering Task Force - IETF) yang terbuka kepada umum. Badan ini mengeluarkan dokumen yang dikenali sebagaiRFC (Request for Comments). Sebahagian daripada RFC dijadikanpiawaian Internet oleh Lembaga Rekabentuk Internet (Internet Architecture Board - IAB). Protokol-protokol Internet yang sering digunakan adalah sepertiTCP/IP,UDP,DNS,PPP,SLIP,ICMP,POP3,IMAP,SMTP,HTTP,HTTPS,SSH,Telnet,FTP,LDAP danSSL.

Beberapa perkhidmatan popular di Internet yang menggunakan protokol di atas, ialahe-mel,Usenet, Newsgroup, perkongsian fail,Jaringan Sejagat (WWW),Gopher, WAIS, finger,IRC,MUD, danMUSH. Di antara semua ini, e-mel dan Jaringan Sejagat paling kerap digunakan, dan lebih banyak perkhidmatan yang dibina berasaskannya, seperti senarai mel dan blog. Internet memungkinkan adanya perkhidmatan masa-sebenar seperti radio web dan siar web, yang boleh dicapai di seluruh dunia.

Beberapa perkhidmatan Internet popular yang berdasarkan sistem proprietari ialah sepertiIRC,ICQ,AIM,CDDB,Torrent danGnutella.

Sebuah pembekal maklumat Internet sejagatcomScore melaporkan bahawa jumlah pengguna unik Internet mecapai aras 1 bilion pada Disember 2008.[6] Mengikut perangkaan penyelidikannya,Asia-Pasifik mempunyai bilangan pengguna Internet paling ramai dengan 41 peratus, diikuti olehEropah (28 peratus),Amerika Utara (18 peratus),Amerika Latin (7 peratus) dan akhir sekaliTimur Tengah &Asia Timur (bersama 5 peratus).China menggungguli senarai mengikut negara dengan 17.8 peratus pelayar Internet sedunia.[7] Mengikut senarai tapak web yang dilawati pula,Google berada di kedudukan teratas dengan 778 juta pelawat unik. Ini diikuti denganMicrosoft,Yahoo,AOL dan Wikipedia dengan projek kembarnya.[8]

Budaya Internet

[sunting |sunting sumber]

Bilangan pengguna Internet yang besar dan semakin berkembang, telah mewujudkan budaya Internet. Internet juga mempunyai kesan yang besar ke atas ilmu, dan pandangan dunia. Dengan hanya berpandukanenjin gelintar sepertiGoogle, pengguna di merata dunia mempunyai capaian serta-merta kepada bermacam-macam maklumat. Berbanding dengan buku dan perpustakaan, Internet melambangkan penyebaran(decentralization) maklumat dan data secara ekstrem.

Isu moral dan undang-undang

[sunting |sunting sumber]

Terdapat kebimbangan masyarakat mengenai Internet yang berpunca daripada beberapa bahan kontroversi di dalamnya. Pelanggaran hakcipta, bahan lucah, curian identiti, dan fitnah, adalah biasa dan sukar hendak dikawal selia.

Kematian juga telah disalah gunakan di dalam penggunaan Internet oleh sesetengah pihak. Brandon Vedas meninggal dunia akibat pengambilan dadah yang berlebihan setelah rakan-rakan sembang IRCnya memberikan semangat. Shawn Woolley membunuh diri kerana ketagihan dengan permainan online iaitu Everquest. Brandes ditikam bunuh, dan dimakan oleh Armin Meiwes setelah menjawab iklan dalam internet.

Masyarakat hari ini mudah terpengaruh dengan paparan yang terdapat melalui laman web. Mereka tidak menilai sama ada sesuatu itu benar atau palsu. Kandungan yang bersifat fitnah dan maklumat palsu amat mudah mempengaruhi pemikiran masyarakat. Masyarakat sepatutnya menilai sesuatu yang dipaparkan di internet mempunyai kesahihan atau tidak. Jangan menerimanya secara membabi buta.

Selain itu, banyak syarikat rakaman serta syarikat penerbitanfilem melahirkan kebimbangan mereka mengenai gejalacetak rompak yang semakin menjadi-jadi menerusi internet. Pengguna internet boleh memuat turun filem, video ataupun lagu berformatMP3 secara percuma dengan mudah melalui beberapalaman web tertentu ataupun melalui perisianrakan-ke-rakan sepertiBittorrent. Pada tahun 2004, Persatuan Industri Rakaman Amerika (RIAA) telah memfailkan saman terhadap lebih 250 individu yang menawarkan muat turun lagu yang dicetak rompak.

Capaian Internet

[sunting |sunting sumber]

Negara dengan capaian internet yang terbaik termasukKorea Selatan (50% daripada penduduknya mempunyai capaian jalur lebar (Broadband),Malaysia danSweden. Terdapat dua bentuk capaian Internet yang umum, iaitu capaian dial-up, danjalur lebar.

Penggunaan Internet di tempat awam

[sunting |sunting sumber]

Internet juga semakin banyak digunakan di tempat awam. Beberapa tempat awam yang menyediakan perkhidmatan Internet termasuk Perpustakaan, dan Internet Cafe (dikenali juga sebagai Cyber Cafe). Terdapat juga tempat awam yang menyediakan pusat perkhidmatan berinternet, sepertiInternet Kiosk, Terminal Capaian Awam (Public Access Terminal), dan Telefon web.

Terdapat juga kedai atau restoran yang menyediakan capaianWi-Fi atauHotspot, seperti WiFi-cafe. Pengguna hanya perlu membawakomputer riba (notebook) atauPDA, yang mempunyai kemampuan WiFi untuk capaian ke Internet.

Rujukan

[sunting |sunting sumber]
  1. ^Corbett, Philip B. (1 Jun 2016)."It's Official: The 'Internet' Is Over".The New York Times (dalam bahasa Inggeris).ISSN 0362-4331.Diarkibkan daripada yang asal pada 14 Oktober 2020. Dicapai pada29 Ogos 2020.
  2. ^"United States Army Field Manual FM 24-6 Radio Operator's Manual Army Ground Forces June 1945". United States War Department. 18 September 2023.
  3. ^Cerf, Vint; Dalal, Yogen; Sunshine, Carl (Disember 1974).Specification of Internet Transmission Control Protocol.IETF.doi:10.17487/RFC0675. RFC 675.
  4. ^"Internetted".Oxford English Dictionary (ed. 3rd). Oxford University Press. September 2005. (Langganan ataukeahlian perpustakaan awam UK diperlukan.) nineteenth-century use as an adjective.
  5. ^Snell, Rupert (1993). "The hidden hand: English lexis, syntax and idiom as determinants of Modern Hindi usage". Dalam Arnold, D.; Robb, P. (penyunting).Institutions and ideologies: A SOAS South Asia reader. Richmond: Routledge Curzon. m/s. 73.
  6. ^"Global internet users cross 1 bn-mark in Dec: comScore". Economic Times. 23 Jan 2009. Dicapai pada2009-01-24.
  7. ^"Global Internet Audience Surpasses 1 billion Visitors, According to comScore". comScore.com. 23 Jan 2009. Diarkibkan daripadayang asal pada 2009-01-26. Dicapai pada2009-01-24.
  8. ^"More than 1 billion internet users now online". The Telegraph. 23 Jan 2009. Dicapai pada2009-01-24.|first= missing|last= (bantuan)

Pautan luar

[sunting |sunting sumber]
Jenis
Peralatan
Kabel
Protokol
Kaedah sambungan
Medium penyambungan
Internetwork
Topologi
Komputer
Kelajuan
Syarikat pengeluar
Sejarah
Perintis
Media
penghantaran
Topologi
dan pensuisan rangkaian
Pemultipleksan
Rangkaian
Perpustakaan negara
Lain-lain
Diambil daripada "https://ms.wikipedia.org/w/index.php?title=Internet&oldid=6671519"
Kategori:
Kategori-kategori tersembunyi:

[8]ページ先頭

©2009-2025 Movatter.jp